(kalau dapat main game, macam nilah dia!)

Ini peristiwa yang aku anggap senang terjadi di mana-mana pun hari ini. Peristiwa kecil pengalaman aku sendiri dengan anak saudara aku. Aku tak tahulah kenapa aku tiba-tiba teringat hal ini, mungkin sebab pagi ini aku bangun sedikit awal dan aku terus capai pisau tajam dengan pensil untuk diasah atau 'digorek' kata orang Kelantan. Tengah-tengah menggorek aku teringat perbualan aku dengan anak saudara aku yang seorang ini. Usianya sudah 10 tahun, darjah 4 tapi kehidupan dia kehidupan budak-budak bandar, bukan budak kampung seperti aku. Aku namakan anak saudara aku ni sebagai A.


A : Syuppi (Pak Usu Pie), boleh tak tolong asah pensil A? A nak buat kerja sekolah tapi pensil ni macam dah tumpul.


Aku: Hmm, bak sini tengok. Alah, sikit je tumpul ni. Kejap syuppi pegi amek pisau.



beberapa minit kemudian...

Aku : Nah! (sambil menghulurkan pisau lipat tajam)


A : Err Syuppi, A nak buat apa dengan pisau ni? Takkan nak asah pensil pakai pisau? Sharpener takde ke?


Aku : Kenapa tak boleh pakai pisau? Sama je. Pensil tajam jugak nanti kan? Even, lagi tajam dari pakai sharpener.


A : Hurm, A tak penah pakai pisau. Tak pandai. Lagipun kalau luka kena pisau macam mana?



Aku : Aish, manja betul! Bak sini pensil tu.



Last-last aku jugak yang asal pensil tu. Sambil gelak-gelak dalam hati, "Budak-budak sekarang. Nak asah pensil pakai pisau pun takut luka tangan..."


Seriously, benda kecik je. Tapi ia menunjukkan bagaimana jati diri budak-budak sekarang. Diorang terlalu berada dalam comfort zone sampaikan nak keluar sikit saja dari kepompong kebiasaan diorang pun diorang takut. Itu baru nak guna pisau, bagaimana agaknya kalau aku bawa anak saudara aku ni masuk hutan, pegi tahan jerat burung ke, tahan pukat ke, pegi tangkap ikan pakai 'ceracak' ke, agaknya awal-awal dah menjerit ketakutan bila tengok pacat, lintah, ulat bulu, ular air, biawak, babi hutan dan macam-macam lagi.


Kelakar sungguh! Bila difikir-fikir, semasa aku kecil, arwah ayah aku selalu bawa aku masuk kebun, masuk hutan, tangkap ikan, masuk dusun. Memang susah payah sebab badan aku kecik, sampai kadang-kadang kena tinggal jauh kat belakang. Tapi itu pengalaman yang membuat aku jadi seorang budak yang susah menangis dan tak takut untuk cuba benda baru. Pernah sekali, di waktu senja arwah ayah bawa aku tahan pukat di 'gebeng' - ini istilah untuk tempat di mana 2 sungai bertemu dan tempat berkumpulnya ikan-ikan sungai- dan kebetulan tempat tu sangat dekat dengan kawasan perkuburan. Kamu mahu tahu apa terjadi? Aku ditinggalkan di kawasan kubur di celah-celah batu nisan sebab arwah ayah aku tak mahu bawa aku. Air sungai terlebih dalam waktu itu, kalau aku masuk dalam sungai, confirmed lemas!


Ditambah hujan lebat, aku duduk sorang-sorang kat celah-celah batu nisan tu menunggu ayah aku balik. Adalah dalam 40-50 minit aku berseorangan kat situ. Tapi cukuplah, pengalaman itu benar-benar membuat aku tidak berapa cuak sangat dengan kawasan kubur, hingga hari ini. Dan sekarang, aku terbayang kalaulah aku bawa anak saudara aku si A ni ke kawasan itu lagi, aku nak tinggalkan dia di kawasan kubur yang sama aku pernah ditinggalkan.


Biar dia jadi berani sikit!


8 ulat gigit daun hijau:

Dulu time kecik2 aku tak suker asah pensil pakai sharpener, mesti nak pisau sebab lagi tajam and leh shape2 nak bagi senang melukis~

Nenek aku pernah potong kuku aku gune mata pisau cukur gillete. Seram dowww!!!

huhu.aku suke g kawasan kubur weh.bace batu nisan arwah.kalo mampu, siap kire bape lame org tuh dalam kubur tuh.huhuhu~

wow...
beraninya. :)
thumbs up la bro.hehe

ak suke asah pensel pakai pisau~kalo bley nk buat mate pnsel tu stajam yg boleh hahah~

bdk2 skang ak rse mmg cmtu kot..sbb dorg da d bsrkan dgn nature mcm tu kn..tp ak plg x boleh trime bile bdk 5 thn skng da ade nset sndrk. like wth ok.

AlexAlabasta - haha! see, selalunya generasi sekarang dah takkan dapat rasa asah pensil pakai pisau.

walhal, originalitinya di situ bukan?

mak aku masih lagi potong kuku guna pisau gilette sampai sekarang. hee!

Farhah - huih, peliknya hobi hang!

misslavenderaida - nak rasa? nanti aku bagi thumbs up dekat ko gak. hehe!

Suraya i - hmm, handphone dah macam lastik zaman aku dulu. dulu, budak-bidak bawak guli, lastik, getah, batu.

sekarang ni budak-budak bawak handphone, thumdrive, CD, DVD, PSP, iPod, bla bla bla....

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed