(kalau rebound macam TY ni, maybe aku akan consider untuk cari rebound girl... joke!)

Tadi aku terjumpa kawan lama, kawan sekolah rendah di facebook. Lelaki. Lama sungguh tak dengar cerita kawan aku sorang ni. Last sekali aku lost contact dengan dia masa form4 ke form 5, aku pun dah lupa. Sebab masa itu cuti, jadi sedang pusing-pusing KB, terjumpa dia dengan teman istimewa dia (ada sebab aku panggil teman istimewa, bukan awek, nanti aku jelaskan!) dia dekat Pizza Hut. Dari situ kami borak-borak punya borak hinggalah terbuka cerita lama masa kami masih di sekolah menengah.

Kawan aku ni jenis yang setia sungguh. Setia yang aku anggap kadang-kadang macam makan diri. Awek dia yang sebelum itu memang cantik, aku tak nafikan. Aku bagi 8.5 bintang per 10. Memang lawa. Tapi sayang dia jenis yang tak puas dengan satu lelaki. Kawan aku ni pulak jenis yang menurut saja apa kehendak awek dia. Bukanlah nak kata dia tak ada pendirian, tapi kalau sampai dah terkantoi depan mata awek sendiri lepak dengan lelaki lain, berduaan, at least mintaklah penjelasan duduk perkara yang sebenar ye tak? Ini tak, dia boleh pulak sempoi-sempoi cakap "Maybe kawan baik dia kot..." Kawan baik lah sangat baiiii! Tapi apa nak buat, sebagai kawan, aku dan kawan-kawan lain yang bersimpati mampu takat bagi nasihat sajalah.

Alhamdulillah, tak lama lepas tu diorang gaduh besar then break up. Setakat yang aku dengar jauh-jauh, perempuan tu yang tinggalkan dia. Sebab apa, entahlah. Aku pun tak berapa nak sure. Tapi yang menarik perhatian aku ialah waktu tengah berduka lara tu, kawan aku yang sorang ni pernah berkata sesuatu yang buat aku sangat-sangat respect dengan dia... Masa tu aku, kawan aku ni (senang cerita, aku bubuh nama R, dan kawan aku sorang lagi, M tengah kononnya berdiskusi pasal hal diorang clash tu).

Aku : Weyh, lepak ah bro. Aku tau memang perit sket bila benda macam ni jadi. Tapi relax ah, maaf cakap beb, awek kau bukan gadis baik pun.

R : Aku tau. Dan aku sedar pun korang memang tau perangai sebenar dia. Tapi tulah, aku harap aku dapat dibagi peluang untuk 'betul'kan dia. Sebelum jadi apa-apa, aku tau lepas ni dia akan makin teruk. Haih, tak sangka sampai sini je peluang aku.

M : Alahai, lepak ah. Sekarang ni kau cari perempuan lain, kau mainkan dia pulak. Alah, kira macam chain reaction. Kau kena main, kau mainkan orang lain. Fair lah tu, collateral damage!

Aku terkaget sekejap dengan cadangan kawan aku yang sorang lagi. Tak tahulah samada dia serius atau main-main tapi aku berminat nak dengar reaction si R ni, so aku diam.

R : Bro, walaupun aku 'sakit' macam mana pun kena tinggal, aku takkan mainkan hati perempuan lain beb. Aku takkan cari rebound girl semata-mata nak sedapkan hati aku. Hati dia macam mana? Hati bakal perempuan yang aku bakal sayang betul-betul macam mana? Lagi satu, sampai bila chain reaction ni nak habis kalau bukan aku yang stop? Maaf beb, aku tak rasa aku patut buat macam tu. Nanti tak ada penghujung. Dan kau tahulah, perempuan ni kalau dia nak balas dendam, 10 kali ganda lagi dahsyat dia boleh buat kau tau.

Aku : ........... (terdiam! terus aku respect kawan aku sorang ni.)

Sebenarnya perbualan tu panjang lagi tapi aku rasa poin penting yang patut dan wajib aku membebel kat blog ni ialah, jangan cari rebound girl atau rebound guy untuk kau lepaskan dendam kau dengan perempuan atau lelaki lain. Tak ada kesudahan yang gembira pun, except kau seronok kejap, and then what??? Apa kau dapat??? Sebab aku rasa ramai yang mencari rebound guy or girl ni sebab dendam, sebab nak melampiaskan nafsu amarah. Bila dendam tu dah habis, mulalah pening-pening kepala mencari alasan. Sudahnya, tak ada apa yang sudah! Itu masih nasib baik kalau tak jadi apa-apa yang tak patut. Kalau jadi, ter'buat' benda tu ke contohnya? Boleh ke main tarik-tarik balik macam tali layang-layang?

Alhamdulillah, lepas tu kawan aku Si R ni jumpa seorang perempuan yang baik untuk dia. Budak UIA tak salah aku. Senang jaga kata dia. Dan dengar cerita katanya dah ready nak kahwin dah pun. Alhamdulillah. Tuhan Maha Adil. Dihilangkan kekurangan dalam diri kau, ditambah satu kelebihan untuk berhadapan dengan cabaran yang tak putus-putus kat dunia ni, seorang perempuan, gadis yang baik untuk jadi penyedap mata yang halal. Manis pulak tu.

Aku? Rebound girl? Tak lah kot. Kena cari yang 'sungguh-sungguh' kali ini. Tapi kalau kena main lagi, tak tahulah. Tak minta, cuma aku rasa aku dah buang sikit-sikit rasa takut dipermainkan. Kena cuba jugak kan? Doa juga, moga dipertemukan yang tidak sempurna, tapi ikhlas dan jujur menyayangi. Cinta? Itu hak dia. Aku takkan paksa....

Dan oh, sebelum terlupa. Awek tidak sama dengan teman wanita. Teman wanita tidak dengan kekasih. Kekasih tidak sama dengan teman istimewa...



20 ulat gigit daun hijau:

was once a 'sorta' rebound girl. not a position i wanted to be anymore :|
maybe ak pon ptt wat satu entry psl ni. lol.

kucingsiber - uish, really? hmm, first hand experience! tulislah, nanti aku komen baekkk punya!

:D

pakwe adelah kekasih hati mu di dunia, tapi di akhirat kelak, adekah dia masih pakwemu?

erkkk~

nnn..org cakap,bila ditinggalkan,kita kena cari laen tuk cepat2 ubatkn hati yg luka supaya sebelum luka tuk berdarah dengan lebih parah,dah ada some1 tuk menutup luka tu.. tp kdg2,bila keadaan mcm tu,kita konfius,kita kapel balik tu kerana kita suke dia ataw sebab masa tu org tu care kat kita...perasaan sebenar??unknown~~:D

cinta itu sesuatu yang datang dengan sendiri.. tapi tidak akan bertahan lama.. iya akan pudar apabila tiba masanya.. tetapi, kita harus letakkan usaha yang tinggi untuk memastikan perasaan cinta antara kita dan pasangan sentiasa di "service" dan di "maintainance" kan.. itu lah rahsia pasangan bahagia sehingga ke anak cucu.. effort, effort, effort!

Farhah - hurm, soalan yang aku tak berani jawab... hehe!

-mars- tidak salah untuk recover, cuma jangan cari rebound girl or guy. sebab hubungan rebound ni atas dasar dendam, bila ia berakhir, apa lagi yang tinggal?

Khairil Hafizi - setuju dengan hujah anda. Effort kena sentiasa first class....

Fazzuaney Asrad said... March 8, 2010 at 6:35 PM  

Rebound girl la best oi!!!

Kapel 6 bulan pastu clash carik laen~~~

Sedap sangat nihhh hahaha :D

Kalo tiga2 tu xsama abes ape tu awek? ape tu teman wanita? and ape tu kekasih? hehe.. Xpaham..

reb0und girl???
xnk jd reb0und girl!!
hehehe..

gewd entry!!
best!!!
*wp entry ny pjg,
ttp sabar menanti titik n0ktah..

Fazzuaney Asrad - memanglah 6 bulan tu best.

tapi kalau tak sampai 6 bulan, pompuan tu jadikan kau rebound guy, apa cer?

hahaha!

wani - saya perlukan satu post lain untuk beri pendapat dalam hal ini...

lain kali ya cik wani?

:D

Liez - hmm, sebenarnya ini my opinion saja.

ramai juga mungkin yg tidak setuju. tapi lumrahnya, siapa yang suka jadi rebound guy or girl kan?

simple, kita tak sakitkan hati orang, mudah-mudahan hati kita pun tak sakit kan?

:D

kalo kite ikhlas insyAllah,
kalo kite memain,
awal2 mmg seronok...
lelama bila kne btg hidung sndiri...
nk berhujah pasal humanity plak...

cam2 org dlm dunia ni...
tp malangnye tak ramai yg tau menghargai...
baik laki ke pompuan kn?

segala apa yg berlaku pada kita tu rezeki,
jd lebey baik atau x...
bergantung kpd usaha kita..
insyAllah....

rebound2 ni berlaku kat org xdpt accept direject....
biarlah org wat kat kita,kita jgnla wat kt org...
kat dunia kita merana..tp kat akhirat insyAllah kita bole tergolong dlm org2 yg sabar....

Spinach - well, like always it's easier said than done.

ramai juga yang keliru samada hubungan kedua, ketiga adalah rebound atau benar2 perasaan suka.

tapi apapun, saya setuju dengan pendapat terakhir anda. setiap perbuatan ada balasannya.

yeah, btul pe yg kwn ko ckp..pmpuan kalo revenge mmg kau xleh tjangke..

but aku respect gile la ngan kwn ko tu..

woot2. mcm terasa je ngn post ni. rebound guy. hihi! sumpah, lepas ni tak nak cari lagi dah

Suraya i - yerp! setuju. kaum perempuan ni dianugerahkan dengan kecantikan yang mampu memukau walau sekuat mana pun lelaki tu nak tepis right?

yeah, i salute him too. mujurlah dia dah jumpa gadis yg sesuai dgn dia...

:D

marjeena - whoa, macam ada pengalaman??

hehee~

:P

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed