(aku cadangkan kamu pakai ini. tikam ikut mulut, sentap dari hidung biar putus dua!)


Malam ini aku nak mengarut.


Kamu pernah dikhianati? Maksud aku, bila bercinta. Kalau kamu pernah, sudah tentu ada rasa mahu balas dendam bukan? Jangan tipu, susah aku nak percaya ada manusia yang dapat mesej sebegini...


"You, I rasa I dah tak boleh go on dengan You. You terlalu baik untuk I, macam I tak layak pulak. Let's call it off..."


Dan akan balas begini...


"Tak apa. Maybe antara kita takde jodoh..."


Lepas tu, bangga sebab lelaki atau perempuan itu kata dia baik.


Khinzi*! Ini ayat lelaki atau perempuan yang kononnya ingin break off secara baik, tapi padahal sambil menaip SMS itu, dia sedang gelak-gelak dengan member-member atau maybe baru lepas tukar status facebook jadi "In A Relationship" dan tiba-tiba rasa bersalah kalau langsung tak bagitau kamu dia sudah ada skandal lain. Sangatlah dungu pada sesiapa yang merasakan dirinya sangat baik bila dipuji sebegitu, dan merasakan bukan salah sesiapa jika break up itu berlaku.


Tapi logik lah kan, sesiapa juga akan merasa nafsu amarah membuak-buak kalau diperlakukan sebegitu. Ini bukan soal pinjam pensil, lepas tu tak pulangkan. Ini bermain dengan sesuatu yang jauh lebih besar, yang mana sesetengah orang mungkin anggap itu salah satu soal hidup mati. Dendam? Memang tak baik, tapi siapa yang takkan berdendam kalau sudah bertahun bersama, tak ada penjelasan, tiba-tiba dengan SMS yang berharga 10 sen, hubungan itu dikuburkan begitu sahaja.


Selalu juga aku gelakkan orang lain, atau orang lain gelakkan aku bila aku kata...


"Satu hari nanti, aku dapat bawak Fairlady, dapat bini tahap Cheryl Cole punya seksi, duit berkepuk-kepuk, kredit kad sama tebal dengan Yellow Pages, aku nak tayang balik kat ex aku. Hari kahwin dia, aku nak bawak Porsche Carrera 911 pegi sana, tabur duit 10, 20 ribu pastu aku nak blah, biar terbeliak bijik mata cikaro tu menyesal sebab tinggalkan aku."


Hahaha! Tapi itu cuma kata-kata yang selalunya terkeluar bila aku 24.5% waras, selebihnya setan dan "api" yang berkata-kata. Walaupun demikian, aku merasakan ia sesuatu yang menarik untuk direnungkan. Sebab apa? Sebab aku rasa waktu itu lidah kita lantang bercakap benda yang sememangnya kita nak buat, dan kalau diberikan jin Aladin, memang aku mintak dipercepatkan masa ke saat dan keadaan itu supaya aku boleh buat betul-betul apa yang aku cakap!


Aku tak nak kata dendam itu bagus, atau satu sifat mulia untuk diamalkan. Tapi kadang-kadang sedikit dendam perlu juga supaya kita 'naik semangat' dan fokus apa yang kita sebenarnya nak dan tak pernah terfikir pun sebelum ni. Lebih-lebih lagi, kalau ex kita itu memang patut diberi pengajaran atas tingkah laku yang kurang ajar, cara percakapan ibarat longkang di Chow Kit atau dia memang jenis yang perlu di'sound' dengan cara sebegitu.


Persepsi perempuan aku tak tahulah. Tapi kalau aku betul-betul dapat buat apa yang aku cakap tu, aku rasa 1% hidup aku dah complete. Heh! Puas hati aku, biarpun kalau aku buat tak sampai pun sejam. Tapi nikmatnya membuat aku tersenyum lebih-lebih lagi bila aku tak ada kerja lain nak dibuat. Terfikir juga, best jugak balas dendam ni rupanya. Hish, hasutan syaitan. Apa salah? Lepas buat, taubatlah! Lagipun, aku nak buat sekali tu je ye tak? Buat pulak pada orang yang memang patut dilayan sebegitu rupa. Korang tak rasa macam tu?


Penat tau jaga hati perempuan ni. Bertahun pulak tu. Dengan perangai, kerenah, komitmen, membebel, nak itu nak ini, birthday lah apa benda semua, tetiba cakap kita tak ada persefahaman? Dey, bukan aku bodoh sangat. Kenapa tak tinggal awal-awal? Masalahnya, perempuan ni macam lalang. Kamu tengah pandang dia beralun ke timur, sekali kamu pejam mata, tengok-tengok dan beralun ke barat, utara, selatan. Baru tadi kamu elok-elok pegang, alih-alih dah diterbangkan angin. Kadang-kadang kalau yang original punya perempuan jenis ini, dia tak ada perasaan sayang atau cinta walau secebis pun, tapi masih lagi bisa tunjukkan muka seperti itu. Sebab itu mereka senang cipta kesempatan, ambil kesempatan dan blah bila rasa dah tak ada kepentingan. Macam kacang hantu, sebijik!


Sedikit emo, tapi aku cuba juga masukkan fakta. Haha, ayat nak cover. Tapi ini memang aku tulis tak ada stop-stop. Memang apa yang terlintas, itulah yang aku tulis. Sedikit pesanan sebelum aku mengarut lebih jauh...


Kamu yang baru break up, pergi hentam ex kamu! Dan cari lain.

Kamu yang baru nak couple, "Prevention is always better than curing!"

Kamu yang tengah couple, "Jaga lelaki/perempuan kamu baik-baik."


Chow!



29 ulat gigit daun hijau:

wahh..menakutkan... =) ok, preacution taken..hehe

*precaution

ehh macam marah je....sabar k...yang dah lepas biar je la...bina hidup baru.....ramai lagi yang tgh tggu awk kat luar....n x semua ppuan mcm tue k......

hani raihan - ini cuma in prompt to punya penulisan.

baguslah kalau beringat.

zetty e - yeah, marah sekejap. tiba-tiba saja.

hmm, kalaulah semudah yang kamu katakan itu.

kan?

hehe,best bace ni, n aku suka part 'kard kredit setebal yellow pages',haha!
perumpamaan yg xpenah aku dngr,kreatif but also kelakar,wakakak~
n 3 ayat last tu pun best,kau mmg kool ah daus.
komen pasal isu post kau ni,hmm.
mmg,kadang2 tu guna ayat tu sbg alasan je(mebi almost everyone!),padahal dah bosan,padahal dah jumpa yg lain.
n aku kalau dpt cmni,aku tak marah,cuma aku akn berdendam nk g kenduri kawen die naik fairlady z,kihkih~

tapi kalo break up bukan sbb alasan "kite dah xde persefahaman", tu pun kne pergi hentam ex ker..?? ^^


Btw,ada logik di sana sini ur post ni... ;)

wahh!!

diz apply to pompuan as well kot.
apepon, dlm relationship kene honest. tp mslhnya bila kite honest, dia plak cm2.

ssh nak ckp.

tp prinsip aku.

aku boleh thn ape je pakwe aku buat. tp if dia curang. ok. datz it.
:)

sabaq broo..dugaan hidup smua tuh..
.byk2 ingat tuhan ,kekdg tuhan tarik tuh kta marah,tp kita tak nampak sebab musabab hikmah dia..

x semua org clash guna ayt2 tu utk sbb2 yg sama mcm saudara ckp~ persefahaman tu bole dirasa kalau kita semakin knl psgn kita tu..and it can results; bersefahaman atau tidak. what do you think, kalau si A sudah tak mampu menyayangi B, should they proceed smpai kahwin?

herm...kalo aku cakap sabar pun..aku jamin ko ni da sabar setinggi gunung..we all have our limits right?

tp aku admitla...certain pompuan,especially yg perasan bgus,lawa,pandai,alim etc ni kne ajar sket...bg masuk kpala otak die tuh...

pompuan ni ske bg alasan,xsampai hati...xsampai hati kat sapa kita xtau..last2 bile da terlambat barula nk ckp 'xsefahaman'...nasihat aku kepada pompuan2 mahupun lelaki, plz make sure ur niat tu b4 kapel...jgn terlalu mengikut perasaan....kalo ko niat tu juz becoz u know dat guy/gal xkan curang ko ke layan ko bebaik, plz laaa...if u cant do the same dont bother bg signal lebey pun...buang masa org dan diri ko sendiri...

to all,

yg baru kapel: pk2la niat tu blk,prevention is better than cure...

yg sdg kapel: plz be fair to urself n ur partner, jgn asek pk ape yg korg nak...pk ape yg korg perlukan dlm relationship korg...n most of all..respect each other

yg bru clash: jgn putus harapan...amek sbyk masa utk mengubati diri sendiri...doa2 byk2 k?

kpd my fren daus....
u got a fren in me....
i know u deserve better...

'u go to kiss a lot of frogs before u can find the right prince'

in ur case..princess?

fulamak.. mang ayat ko best bro! haha.. memukau.. xpe.. pompuan kt dunio ni banyok.. sekali petik jari seploh yg datang.. kukukuku.. tp tol tu.. bukan sume pempuan tu teruk..

chayok bro!

"i have to let you go, u are too nice for me.. there someone else desrve you more than me.."

FUCK those FUCKING WORDS! Bodoh la orang yang break-up dan cakap macam tuh.. wadde? abeh tuh, xkan la ko xnak orang yang baek.. orang tuh punye sker kat ko, baek plak tuh, ko nk pass? hello.. orang2 macam nh mesti bajet mulia sbb sanggup berkorban.. FUCK OFF! Klaua tak suka cakap la tak suka.. Those stupid words just making things worst..

Encik Jurassic - haha! thanks for dropping by. aku suka juga cara penulisan kau sam. simple tapi profoundly logical.

itulah, macam selalu dikata, "forgiven but not forgotten" kan?

msHanum - itu cuma satu perumpamaan cik Hanum. apa yang saya nak kata, rupanya dalam dunia ini banyak sekali alasan untuk seorang perempuan atau lelaki memutuskan sesuatu hubungan dengan alasan yang sangat 'bodoh'...

cuma, kadang-kadang ada orang yang tak sedar dengan hal ini. itu point saya.

Orkid - setiap hubungan ada keunikan masing-masing.

mungkin Cik Orkid bertuah dan orang lain yang bahagia juga bertuah.

cuma jangan lupa, roda kehidupan tak pernah berhenti berputar. mungkin tak terjadi pada kita hari ni, tak bermakna tak terjadi pada kita esok kan?

:D

Anip - setuju. mata aku kadang-kadang 'buta' bila melihat yang di sebalik hijab.

Tuhan maha agung, maha mengetahui.

nasib baik ada member macam hang, selalu mengingatkan.

si gadis - baik, saya nak tanya balik, apa definisi sayang? siapa boleh definiskan?

orang dulu, tak kenal pun, apatah lagi sayang, boleh juga kekal sampai ke anak, cucu, cicit, ciut...

orang sekarang, sayang sampai meredah lautan api, kahwin nak grand2 sebab sayang, alih2 tak sampai setahun dah bercerai berai?

so?

apa yang saya nak sampaikan, jangan tertipu dengan alasan-alasan seperti ini. jangan kerana sayang, tergadai segalanya.

spinach - aha! reasoning yang bagus. maaf kalau post ini aku banyak beri contoh pasal perempuan, sebab aku lelaki.

tak bermakna bila aku kata lelaki dan penulisan aku seperti ini, aku akan kata semua lelaki perfect. aku akan terima pendapat, kalau kau mampu yakinkan aku.

macam yang ditulis cik spinach ni.

:D

Anonymous - thanks. for giving a good comment, and for dropping by my blog.

tak terfikir nak berblog?

kalau sudah ada, roger2 lah ya. orang berbudi, kita berbahasa.

Khairil Hafizi - HARSH! tapi kalau readers baca betul-betul, it's 95% perfect utk menjelaskan apa yang aku nak tulis sebenarnya.

setuju dengan anda. ayat yang simple, tapi memerlukan akal yang mendalam untuk mengangguk dan setuju.

sapa yang bagi benda yang baik kat orang lain kan?

hee!

eh, ko kene dump ke matpi?huhuhu anyway, perempuan mmg complicated and pelik. memang aku akui 100% la kan.sekejap gatal nak ini, sekejap gatal nak itu.

tapi tuh la, nafus perempuan ade 9. memang digunakan dengan pelik2 ler jadinye. hehe :)

anyway,moga ko jumpe jodoh kau yer :)

haha. bahagia tu subjektif.

pas sengsara pun bahagia gak kan?

setiap org ada jln cerita masing2

:)

jln kita besok, bukan kita tentukan, bak roda, ibarat kata encik kersani.ngee~~

Farhah - haha! tidaklah. sekadar bila sesuatu itu terjadi, macam piktograf, rasa perlu untuk membebel dan mengarut.

dan...

inilah hasilnya!

hehe.

Orkid - moga roda itu dirahmati, indah dan menyenangkan walu singkat...

:)

if u say pmpuan mcm tu. lelaki pun ade je yg mcm tu jgk kn?
xd beze sbnrnye sbb after all kite sume manusia jgk =D

revenge = aku rse ak pun jnis org mcm tu haha~


p/s: post ko adalah lg best if some part of it is ur own past story =P

sur, aku 2 kali kene dump dgn laki guna ayat tu ok. seyes ni bkn ayat pompuan je.. tgk x crite he's not dat into u. kan ade ayat ni as ayat dump dari laki.

sori kersani. aku mmg berminat dgn post ko neh. dan komen2 kat cni.

keep up da gud writing!

Suraya^i - yerp! ayat ini sama saja, tak kira lelaki atau perempuan, dua dua bertujuan untuk buat sesuatu yang 'tak baik' nampak 'baik'.

seriously, ayat seperti ini membuat orang yang menerima tu berfikir, is it true?

tapi sebenarnya tak ada jawapan, ia hanyalah satu mainan kata atau dengan lebih mudah, kamu baik, aku lagi baik! so, kamu tak layak untuk aku!

itu saja...

betul ke? pengalaman aku macam sikit je...

Orkid - cuba pula tengok "My Sassy Girl".

sama saja, dunia ni berputar dan it is just a matter of sapa yang lebih cepat bosan, atau sapa yang lebih cepat menghidu peluang yang lebih baik.

n there always have to be the prey for the predator to kill!

kan?

kalau minat komen di sini, selalulah singgah ya?

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed