(dia....)
Altimet feat Adeep Fabulous Cats - Chantek
Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa
Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara
Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya
Chantek…
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oh chantek…
Sungguh aku cinta kamu
Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga
Chantek…
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar…
Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa…
Oohhh chantekk..
Sungguh aku cinta kamu
Aku..
Melihat kita bersama di hari tua
Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju
Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar…
Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa…
Oh chantek…
Sungguh aku cinta kamu…
kredit pada http://khairilhusni.blogmas.com untuk lirik
Kali pertama kita bersua, kita tak bersepatu serupa.
Tapi aku suka sepatu putih kamu yang ringkas kerana aku tahu kamu bukan bukan memandang benda-benda yang mahal sahaja dalam hidup kamu...
Kali pertama kita bersua, kamu bukan dengan kawan-kawan kamu, tapi kamu dengan adik lelaki kamu.
Tapi aku suka caramu, kerana kamu tidak senang percaya pada aku. Jadi aku tahu kamu bijak untuk tidak bertemu lelaki asing berdua-duaan...
Kali pertama kita bersua, warna rambutmu hitam dan anak matamu memang cokelat. Chantek!
Tapi aku suka kerana kini kamu bertudung, dan kamu melakukannya kerana keinginan kamu sendiri. Jadi aku tahu sifat kamu yang suka berubah untuk kebaikan...
Kali pertama kita bersua, aku tidak tahu samada kamu bisa mencipta gula dari yang cuka.
Tapi kini aku tahu, kamu bukan sekadar mencipta gula, tapi kamu maniskannya lagi dengan madu yang jarang ditemui...
Kali pertama kita bersua, kamu awal-awal sudah kata kamu ada sedikit sahaja masa.
Aku tidak marah, dan dari situ aku tahu kamu selalu mengatur masa, dan bukan seorang yang tiada perancangan apa-apa...
Kali pertama kita bersua, kita makan di cafe yang simple sahaja.
Tapi aku suka itu kerana kita seronok makan bersama, bukan seronok mengejar makanan yang mahal dan mewah. Kerana itu aku tahu kamu pandai menjaga duit kamu...
Kali pertama kita bersua, kamu tetap anggun tanpa mendedahkan kulitmu.
Tapi aku suka itu, kerana aku ingin lihat kamu yang sebenar di depan mata. Bukan melihat kamu yang lain yang dibuat-dibuat...
Kali pertama kita bersua, aku tahu kamu sudah ada tempat dalam hatiku, dan kamu punya tempat dalam perancangan yang ku jangka.
Dan jika kali terakhir kita berjumpa, walau mungkin kau sudah kepudaran rupa.
Aku akan kenang setiap saat "Kali pertama kita bersua", kerana kau tetap chantek padaku, dan aku takkan lupa...
14 ulat gigit daun hijau:
amboi.....mcm kenal lak gurz tue....heheheh time tue muka mcm budak2 la wak.....heheh tema kasih.....
wahh..hehe..hani pun kenal gurlz tu..hehe
sape nih? mmg cantik :)
zetty e - yeke? owh, agaknya kita 'berkawan' dengan orang yg sama kot? kan?
yeke budak2? patutlah cute smacam... hehe!
:D
hani raihan - yeke? whoa, ramai betul 'kawan' girl ni ek?
:P
Orkid - sapa? Nanti saya kenalkan...
dulu pun masa kita buat IGC kat melaka, dah hampir2 nak kenal, tapi kita pegi sekejap sgt masa tu.
tak sempat nak kenalkan...
:)
haha
macam kenal je dak ni
siape ye...
admiral hafiz - kenal? hmm, selalu jumpa ya?
bagus2.
bagi saya jaga ya?
awek? eheh :P
Rose IR - tak. kekasih.
ehee!
haaaaaaaaaaaaaa... da singgah~~..nice blog.. =)
are-you - thanks and thanks.
:D
lame aku carik lagu ni, konfius adip ke adik ke,rupanye adeep...
thanx
lame aku carik lagu ni, konfius adip ke adik ke,rupanye adeep...
thanx
Post a Comment