Semasa cuti mid-sem yang seminggu itu, telah dapatlah kiranya aku menemankan salah seorang anak saudaraku yang baru saja mendapat result SPMnya untuk ke sebuah ekspo selangkah ke alam universiti yang dianjurkan oleh sebuah universiti ini. Akan halnya, aku pun bukanlah rajin sangat nak ke tempat-tempat sebegitu, tapi memandangkan anak saudaraku ini beria-ia benar ingin aku meneman akan dia ke situ, aku turutkan saja.
Sudah aku jangka ramai sekali budak-budak lepasan SPM akan memeriahkan ekspo seperti ini kerana dia situlah mereka akan dapat buat semakan kelayakan, kaunseling, melihat-lihat fasiliti dan sebagainya. Kami bertolak seawal mungkin (lebih kurang 8.30 pagi) kerana tidak mahulah aku berebut-rebut di kaunter nanti, tapi apakan daya, nasi memang sudah jadi bubur hari itu. Sampai saja dia hadapan kompleks pendaftaran, aku melihat lautan manusia seperti semut-semut yang menghurung gulalah adanya. Terus aku down, dan lekaslah aku menyuruh anak saudaraku itu mendaftar apa-apa yang patut.
Lepas 2 jam menunggu, nak pegi ke kaunter pun tak dapat! Aku cubalah usha apa sangatlah prosedur yang susah sangat ni, rupa-rupanya di kalangan beribu-ribu student yang nak menyemak kelayakan, hanya ada 4 bijik laptop yang disediakan untuk menyemak kelayakan oleh urusetia. Bayangkan student yang ingin meng'register' ada dekat 2000, 3000 orang tapi ada 5 orang urusetia yang aku tengok macam pagi tu baru nak readykan laptop, connection apa semua. Sungguhlah hampeh rasa di hati. Last-last, kami ambil brochure courses yang rasa perlu saja dan blah dari situ.
Bukanlah nak memburukkan etika kerja universiti terbabit, tapi apalah salahnya kiranya disediakan lebih banyak sedikit komputer untuk urusetia buat semakan? Tak adalah keadaan jadi huru-hara sampaikan dah macam nak masuk dalam kandang sarkas pun ada. Dalam keadaan kalut-kalut itu, sempat juga aku snap beberapa keping gambar sebagai bukti. Harap lepas ni kalau nak buat event, fikir-fikirlah kebajikan pengunjung-pengunjung yang datang ya? Budak-budak ni baru lepas SPM, janganlah kerana melihatkan pengurusan yang 'kurang cekap' ni, hilang terus rasa nak sambung belajar.
Anyway, selamat melangkah ke alam universiti pada yang akan sambung belajar. Tahniah diucapkan!
(beginilah keadaan kaunter pendaftaran. dari pukul 9.30 pagi sampailah 12.00 tghari!)
6 ulat gigit daun hijau:
huh?apesal ko x mengamuk je wei?:P
npe ak rse cm uitm je tu XD
can't say better~ This is so 90's... no, 90's is way better! Duhhh!
Farhah - haha. kalau mengamuk pun tak dapat settle masalah cik farhah. boleh kata semua visitors yg datang, semua komen pasal benda yang sama.
kuciwa, kuciwa.
Suraya i - oooopssss!! saya tak kata, awak yang kata.
tapi rasanya tak semua cawangan dia macam tu kot, maybe ada yang bagus.
kan?
AlexAlabasta - kan? isu pendaftaran, ramai orang. tapi benda-benda macam ni lah yang masih tak mampu nak diselesaikan.
adoyai...
Post a Comment