Aku tersenyum sendiri bila membaca blog yang suka melabel-label orang lain. Suka betul melabel A sama dengan B, B sama dengan C. Aku bersifat natural dalam hal ini. Haih, banyak sungguh masa membuat satu post tentang orang lain, sedangkan tak ada masa untuk menghargai apa yang orang lain pernah buat untuk dia.

Hubungan lelaki dan perempuan yang baru ingin 'hidup' itu bermula dengan satu degupan dari si lelaki, dan dibalas dengan satu degupan jua dari si perempuan itu. Barulah ia 'hidup'.

Akan tetapi kalau sudah selama masa degupan dan degupan si lelaki saja yang berdegup, tak ada reaksi dari si perempuan, lebih baiklah biarkan saja dugupan yang pertama itu mati bukan? Semua orang pun ada batas kesabaran juga betul?

Orang lain punya hak juga untuk senyum dan bahagia. Macam aku kata sebelum ini... Kebahagiaan bagi setiap orang itu berbeza-beza. Jangan disamakan.

Aku harap saja degupan aku kali ini yang betul. Aku tak pasti pun. Hanya Tuhan yang menentukan semua. Tapi sekurangnya aku berani cuba. Fikirlah dulu perasaan orang lain sebelum malabel.

Terima Kasih.



Everclear - She's So High Above Me

She's blood, flesh and bone
No tucks or silicone
She's touch, smell, sight, taste and sound
But somehow I can't believe
That anything should happen
I know where I belong
And nothing's gonna happen

'Cause she's so high
High above me, she's so lovely
She's so high, like Cleopatra, Joan of Arc, or Aphrodite
She's so high, high above me

First class and fancy free
She's high society
She's got the best of everything
What could a guy like me ever really offer?
She's perfect as she can be, why should I even bother?

'Cause she's so high
High above me, she's so lovely
She's so high, like Cleopatra, Joan of Arc, or Aphrodite
She's so high, high above me

She calls to speak to me
I freeze immediately
'Cause what she says sounds so unreal
'Cause somehow I can't believe
That anything should happen
I know where I belong
And nothing's gonna happen



Kegembiraan bagi setiap orang itu berbeza-beza. Jangan samakan.

Semalam antara hari paling best dalam minggu ini selain hari aku cakap "That's all for my presentation. Thank you." rabu lepas.

Sesungguhnya, excitement itu datang dari 2 buah movie yang aku tonton back to back. Tak pernah lagi aku buat gila seperti ini. Tapi memandangkan hakikat aku nak tengok Ip-Man 2 dan member-member lain pula nak tengok Iron Man 2, so tak payah susah-susah fikir, layan dua-dua! Tak best pulak kalau pecah, kata nak hang out sama-sama ye tak?



8.30 malam, Ip Man 2 -

Aku punya expectation yang sangat tinggi terhadap filem sequel ini. Kerana filem pertama begitu gempak. Dan memang aku harus akui, Ip Man 2 sama sekali tidak menghampakan walau ada sedikit drag di bahagian pertengahan cerita. Semua shot diolah dengan begitu baik untuk menunjukkan betapa susahnya permulaan hidup Master Ip di Hong Kong di awalnya. Ada satu shot bikin gua sebak juga bila isteri dia cakap jangan buka pintu sebab diorang tak cukup duit nak bayar sewa rumah.

Once movie ni dah start hikes for climax, dia punya fast action memang buat gua tepuk tangan 2 3 kali. Uncle-uncle chinese kat belakang pun tepuk sekali dengan gua dalam panggung tuh! Memang kaw dia punya action! 4,5 bintang untuk part dia apply segala ilmu yang dia training selama ni untuk belasah mamat omputeh tu. Hehe! Kalau dia tak berhenti, mau pecah muka mamat tu kena 'Sebaran Tangan' Master Ip.

Dan bagi korang yang rasa nak compare dengan first movie dia, gua rasa korang takkan hampa. Jalan cerita sudah sedikit lari bila semua orang expect Bruce Lee akan keluar tapi at the end, gua sedar ini movie pasal Master Ip, apahal pulak nak Bruce Lee masuk lebih-lebih kan? Apa-apa pun , selamat memlaburkan 12 ringgit untuk sebuah movie yang sangat berbaloi bagi gua!

p/s: gua harap Malaysia pun start bikin movie-movie macam ni next time. Bukan ada letup-letup pun. Tapi storyline, sinematografi, garapan cerita dan lakonan memang on top of the league!



10.45 malam, Iron Man 2 -

Ini bukan cerita pilihan gua, So, gua tak mau komen lebih-lebih. Dari first movie, ada sedikit penurunan gua rasa sebab banyak drag. Dialog pun kadang-kadang susah nak tangkap sebab naturalisme yang agak lebih-lebih.

Tapi part lain, part lawan-lawan, part lawak-lawak yang boleh blah, gua rasa Iron Man 2 gua boleh bagi 3.7 bintang dari 5 bintang. So, kalau korang nak layan jenis yang tech-savvy, pastu nak sebut "woooooo... woooo...." sebab kagum dengan teknologi yang pelik-pelik dan belum dapat dibayangkan bolehlah layan movie ni.

Dah, gua ngantuk, mau tidur!

Chiow~



(ini bukan cerita pasal loser...)

"Dorabojimalgo tteonagara...
Tto nareul chatjimalgo saragara...."

Pukul 10.36 malam, lagu Haru-haru Big Bang berdering di telefon. Aku pandang sepintas lalu sebab tangan tengah sibuk menaip kerja-kerja untuk projek.

Private Number???

Siapa? Aku capai telefon cepat-cepat nak angkat. Plup! Muzik berhenti. Aish! Dah masuk miscall. Siapa ni? Aku cuba nak call balik tapi tak dapat. Nak mesej pun tak boleh. Laa, apa motif nak call kalau kau tak nak cakap?

Aku sambung balik buat kerja. 2, 3 minit lepas tu aku tersenyum. Haha! Now i now who the caller is. Aku tak pasti 100% tapi gerak hati aku rasa aku tau siapa yang call tadi. Ni mesti budak lelaki yang tengah haunt 'dia' sampai sekarang. Sebab once aku pernah write my number on her facebook account once. So, I guess dia buka facebook tu then retrieve nombor aku dari sana. Tapi satu benda aku tak faham, kenapa kena guna private number?

Ah, lantaklah. Aku tunggu juga kalau-kalau dia call lagi sekali. Tapi takde, senyap terus. Geram pulak. Kalau sempat bagi sedas dua pun kira boleh kow tim la. Hehehe... Gerak hati aku berkata begitu sebab aku baru je lepas call 'dia' tadi. So, mesti mamat ni dapat instinct dari mana-mana terus rasa jealous. Tu dia tak puas hati, terus call aku tu. :P (yeke?)

Tapi tak apalah, apa yang aku nak tulis sebenarnya jauh lebih penting dari itu.

Untuk 'dia' dan perempuan-perempuan di luar sana, lelaki kalau sudah sayang betul-betul dia akan cuba untuk protect kamu sehabis baik. Walau jauh atau dekat, kami takkan biarkan ada sesiapa jua makhluk yang waras atau tidak waras untuk cuba usik atau permainkan kamu. Katalah kami ini over-concern ke, overreact ke, apa ke tapi memang sudah dianugerahkan sifat kami ini tidak suka bila sesuatu yang kami sayang itu diinjak -injak.

Ramai perempuan yang kata ego lelaki itu tiada faedah. Kamu tak rasa ego kami berguna dalam hal ini juga?

Walau jauh, kami cuba untuk pertahankan kamu. Mungkin kamu tidak sedar ini, tapi kamu harus tahu sifat protektif ini bukan boleh dibuat-buat. Berapa ramai lelaki yang loser mengambil kesempatan atas hubungan yang dikatakan cinta, tapi harus diingat ada juga lelaki yang menyayangi kamu lebih dari apa yang pernah kamu bayangkan. Stupid? Kami tak fikir begitu. Memiliki kamu bermakna tanggungjawab kami untuk mempertahankan kamu. Bukan boleh paksa.

Mungkinlah juga kami tidak romantik (atau kurang romantik), tapi percayalah romantik bukan kayu ukur yang paling tepat untuk mengukur rasa yang ini. Ramai lelaki yang tidak atau kurang romantik mengambil berat akan pasangan mereka lebih dari yang dikatakan romantik itu. Dan satu benda aku mohon, perempuan, janganlah sekali dihalang sifat protektif lelaki. Itu satu bukti kami bukan jenis 'pakai-buang'.

Kerana pada pandangan pihak yang lain, "Eh, your boyfrind memang jenis macam tu eh? Cemburu tak memasal?" Sinis bukan?

Tapi kalau tak cemburu apa maknanya?

Jadi bila cemburu datang bersama sedikit ego untuk mempertahankan kamu, hargailah perasaan itu walau untuk seketika. Bukan semua lelaki sanggup berdepan dengan lelaki lain untuk perempuan yang disayangi. Apatah lagi cinta itu bukan terikat dengan jalinan perkahwinan pun. Tapi kalau kami sanggup lakukan itu, fikirlah untuk seketika, mungkin...

"Lelaki ini benar-benar menyayangi aku."

Kami dikurniakan 9 akal. Bukannya terlalu tidak layak untuk menimbang apa yang dikatakan antara berkawan dan 'stalking'. Kalau di depan mata sudah melebih-lebih, takkanlah api yang tengah memarak bila orang cuba mengusik kamu dipadam dengan semudah itu? Sekurang-kurangnya bagilah kami can untuk bagi penumbuk sebiji dua. Biar dia ingat sikit, jangan usik hak orang lain dan kalau sekalipun dia bukan hak orang lain, perempuan itu harus dihormati dan bukan boleh dibuat main-main.

Kalau di facebook atau mana-mana dunia maya, aku tak kisah sangat yang jenis bagi komen-komen berunsur ke 'arah' itu dekat wall. Walaupun still bodoh untuk lakukan sebegitu, tapi sekurangnya orang tahu. Jadi bila aku tanya 'dia' tentang komen-komen ini, perbualan kami jadi gelak-gelak saja sebab dia memang tak tahu menahu pun apa komen-komen mengarut yang mencerobohi wall facebook dia.

Tapi yang aku tak boleh tahan bila ada mamat yang masuk account dia, lepas tu berlagak macho konon-konon nak bagi amaran, warning lah kira!

Nak bagi amaran apa bro? Kau masuk account orang tu pun dah jelas-jelas tunjuk kau bacul. Lepas tu guna bahasa kesat yang sangat-sangat kesatlah. Kira nak tunjuk dia ni macho dan american sangat. Grammar tunggang-langgang pun tak apa, asalkan nampak macho. Bila aku mintak bagi number phone, aku nak call, terus dia block aku. Wuish, hebat! Mesti lepas tu dia berlagak kat member-member dia...

"Haa, semalam aku dah sound budak tu. Senyap dia bila aku ajak gaduh! Hahaha!' sambil gelak sorang-sorang disupport member-member yang lain.
(tetiba rasa macam lama tak pakai benda alah ni...)

Senyap apa pulak bai? Aku tak sempat reply, kau dah awal-awal block gua? Macam mana gua mau reply???

Aiyaa, banyak bikin pening ini orang lor. Banyak langsi. Sekarang ni marah aku pun dah reda sikit sebab lepas cakap dengan 'dia' hari tu, banyak sangat benda yang dah jelas. The air has been so much much cleared. Sungguhlah payah nak deal dengan mamat ni. Dia macam hantu. Chipsmore pun boleh jugak. Sekejap ada, sekejap takde. Tak sempat nak cakap elok-elok, dah terus disconnect. Kalau depan-depan, memang aku tak cakap banyak. Aku bagi dulu, lepas tu kau nak blah, kau bawaklah 'buah tangan' aku tu!

Tak apalah bro, kalau lu ada apa-apa nak call gua, call je. Pagi boleh, tengahari boleh, petang boleh, malam tak boleh! Malam gua mau lepak sama member-member gua. Lu dah ada number gua kan? Kalau tak nak habis credit pun, miscall je. Nanti gua call lu balik. Gua pakai line, boleh 'cakap' lama-lama sikit ye tak? Hehe!

Untuk kamu, senyumlah ya. Tak payah fikir sangatlah pasal mamat ni. Dendam sikit je pun. Kalau jumpa, nak 'salam' elok-elok sikit je.

Chiow~




Tadi, satu panggilan mengubah segala rasa.

Alhamdulillah.

Aku mohon, biarlah begini.

Diperjelaskan segalanya, dipermudahkan segalanya untuk kami.

"Kamu jaga diri kamu baik-baik ya? Jangan difikir sangat apa yang sudah lepas itu...."

Kerana aku sentiasa di sini, mempercayai kamu. Tiada apa untuk dimaafkan kerana kamu tidak pernah bersalah.





Bangun pagi ini, layan Hot FM tengah sedap pasang Lefthanded punya lagu. Tak mau cerita lebih sebab tak ada kaitan dengan penulisan kali ini pun.

Tapi anggaplah lagu "Semangat Lamina" ni macam soundtrack untuk post kali ini.

Ianya sangat menyedutkan kan bila terpaksa membuat catuan duit untuk beli something, tetiba rasa macam nak beli something yang lain at the same time. Rasa aih, lemah betul! Dulu aku tak adalah rasa macam ni bila aku tengok semua orang gila pakai DSLR atau Lumix. Tapi memang selalu macam tu, time aku ada duit, bukannya aku rasa aku nak beli terus. Aku relax dulu...

Member 1: Weyh, kau tak nak try pakai DSLR ke? Gambar cun ooo...

Member 2: Kau beli ah DSLR. Nanti kita usha awek-awek cun buat jadi model... (?)

Sepupu : Kau try la aku punya dulu. Nanti kau dah biasa, kau angkat lah...

Abang : Tak payah pakai DSLR, benda tu besar. Digicam pun leceh nak bawak!

Blogger : Ada gambar cantik kat blog pun boleh attract and naikkan traffic tau...

Fikir-fikir balik, aku lepak dulu. Aku pun konon-konon fokus benda lain. Tak jadi angkat kamera besar tuh! Beli benda lain dulu.

Tapi bila aku dah plan elok nak beli benda yang memang dah sangat lama nak, tetiba ramai lah pulak kawan-kawan aku yang sibuk cerita pasal DSLR lah, LX3 lah, lomo lah, macam-macam. Jadi secara tak langsung, menyebabkan aku punya nafsu nak beli menatang alah ni membuak-buak kembali. Tapi nak beli macamana? Duit dah bayar untuk benda yang lain?

Adusss!!!

Masalah ni taklah besar sangat sebelum ni, tapi sekarang ni hari-hari dan tiap-tiap kali aku bukak blog member-member atau blogwalking, tengok gambar-gambar kat blog diorang memang class! Usha-usha, aku tau diorang memang pakai DSLR, pakai menatang tu tak payah edit pun gambar dah memang crispy. Aku cemburu bukan apa, sebab aku rasa kalau ada DSLR confirm mesti gambar-gambar kat blog pun jadi cun. Aku tak salahkan diorang, memang diorang berhak berlagak pun. Kamera diorang bagus. Beli ribu-ribu tak berlagak, buat apa kan?

Eh, apa ada hal???

Tapi tulah, bila aku plan A, benda B pulak jadi. Bila aku plan B, benda C pulak jadi. Bila aku plan C, benda A pulak jadi balik. Bila aku tak plan apa-apa, lagilah aku tak tau apa yang jadi! Haish!

Orang kata "Gagal merancang itu maksudnya merancang kegagalan."

Betul ke?

Macam mana pulak halnya kalau tak merancang apa-apa lebih baik dari merancang, merancang tapi buat pening kepala je? Apa kes tuh der?

Ahhh, dah lah! Malas nak fikir. Aku nak gi mandi sama karaoke dalam jamban! Nanti nak beli mesin karaoke pulakkkk....





"Satu Benda Jatuh, Satu Benda Bangun."

Cepat sungguh masa berlalu. Dan aku menulis ini dengan otak yang kosong. Tiada apa berlegar di ruang serebrum atau sereblum. Tangan saja yang lalu nak menulis, hati dan jiwa masih kosong. Mungkin perenggan dua nanti baru idea aku selari dengan apa yang tertulis di sini.

Aku rasa aku ini jenis yang terlalu optimistik. Dan manusia sekeliling aku mungkin sakit hati atau cepat annoyed dengan sifat aku yang satu ini. Aku tidak gaduh atau cepat risau dengan sesuatu benda. Memang aku kaki buat kerja last-last minute. Kalau tak suka pun, nak buat macam mana? Dah memang aku begini. Aku akan risau juga, tapi bila hujung-hujung nanti. Tak kiralah kerja jenis yang macam mana, aku bukan jenis yang gelabah nak siapkan secepat mungkin. Relax-relax dulu, bila dah gelabah baru buat.

Ini kata-kata Azbo (Bobo) yang aku rasa dia cakap pun dalam separa serius, separa main-main. Tapi apa yang dikatakan itu, terlekat di otak aku sampai sekarang.

"Kau nak buat benda, kau buat dengan passion. Kau buat benda bagus tapi tak ada passion, end up apa yang kau dapat sebenarnya?"

True!

Seronok ke kalau terkejar-kejar hidup ini untuk puaskan kehendak orang lain. Ramai yang tidak sedar langsung akan hal ini. Tak pernah fikir pun! Tapi kalau berhenti berlari 999 jam dan kau fikir sebentar untuk 1 minit, aku berlari laju-laju ini mengejar apa, mesti kau akan tersenyum kembali melihat kembali jiwa yang sudah luruh, badan yang sudah terpalit luka akibat ranjau dan onak duri yang kau tempuh selama ini, orang-orang yang kau dah tinggalkan tapi kau buat untuk orang lain!

Berbaloi?

Terpulang.

Aku bukan jenis yang begitu. Lebih baik dapat sedikit, tapi untuk aku. Dari buat banyak benda tapi untuk orang lain.

Hidup bukan charity, kalau sekalipun charity, kau kena bantu diri kau dulu sebelum kau fikir untuk bantu orang lain. Politik hidup, biasalah!

Semua orang pun mahu hidup kan?

Sekarang ini aku mengharap pada orang yang tidak pasti pula. Haish...






Ini first time tag dari Techic. Selalunya tag-tag gambar ni dari folder dalam komputer, jadi boleh tipu kalau nak. Tapi kali ni gambar mesti dari profile facebook. Jadi agak leceh kalau nak tipu pun. Gurau je Mum...

Hmm, gambar ini diambil waktu sedang makan di Sushi King di Ipoh Parade. Kalau waktu foundation dulu, aku fikir Sushi King itu restoran orang-orang Jepun yang datang ke Ipoh, bertahun-tahun selepas itu baru aku tahu orang Melayu pun makan di situ. Dulu, aku lalu je depan restoran itu tanpa sedikit pun curiosity untuk tahu apa menunya.

Sekarang, bila ramai member-member yang sudah mengajak masuk, aku pula yang jadi excited nak try sushi yang pelik-pelik. Untuk pengetahuan readers sekalian, di Ipoh ni shopping complexes yang ada hanyalah Ipoh Parade dan Jusco je. Yang lain, semua cinonet. Jadi kenangan waktu foundation banyak jugak terpahat di Ipoh Parade.

Tiba-tiba sebut pasal Sushi ni, anyone? Mum, jom, the treat's on me!

Chow~




Hari ini hari kedua EDX. Secara tentatif, hari ini ada public lecture dari Tun Mahathir di Chancellor Hall. Aku pula berpakaian formal dan duduk macam penunggu di booth, sibuk men'explain' pasal VANET pada budak-budak sekolah yang masih tertanya-tanya apa itu networking, data communication, GSM module, flooding dan macam-macam istilah lain yang membuatkan mereka berkerut dagu dan anak mata.

Tak apalah, aku tak salahkan diorang. Walau penat bercakap, aku seronok sebab aku cuba membuat mereka faham. Dalam erti kata lain, aku cuba bagi analogi paling mudah dalam setiap penerangan aku. Lepas 2 3 kali analogi, dari konsep data transmission dah jadi konsep posmen hantar surat, barulah mereka mengangguk-angguk tanda ada yang sudah 'nampak' apa yang aku cuba sampaikan. Baru rasa puas!

Aku pun tidak faham apalah halnya semua ini dengan formaliti!

Aku perlu pakai pakaian formal, duduk di tengah-tengah manusia yang panas dan cuba untuk menerangkan projek yang aku buat selama 2 semester dalam masa 10 minit. Aku tak kisah pasal masa, tapi aku tidak suka formaliti. Aku lebih suka kalau presentation ini dibuat dengan pakaian biasa, jeans dan t-shirt maksud aku. Kenapa bila perlu present idea, kita perlu jadi orang lain untuk ikut prosedur?

Aku boleh tepati masa, dan aku boleh saja pakai pakaian formal walau tak selesa. Tapi kenapa semua ini tidak boleh dibuat dalam bentuk yang santai. Mungkinlah pada VIP, pakaian formal itu perlu. Tapi pada budak-budak sekolah? Pakaian santai dan tiada 'formaliti' aku rasa lebih memudahkan aku untuk berkomunikasi. Aku rasa lebih relax untuk menyampaikan idea aku dalam keadaan berbual, 2 ways communication, bukannya seperti Honda Asimo yang diprogram button 'start' dan 'stop', bila perlu bercakap dan bila perlu berhenti.

Sebab itu kadang-kadang aku rasa, semua ini hanyalah prosedur. Prosedur untuk memilih projek yang bagus, mesti ada projek yang tidak bagus. Aku tidak marah, itu hukum rimba. Manusia mana yang tidak suka hukum rimba? Tapi satu benda aku tidak tahan, kenapa aku perlu berpakaian formal dan menunggu di sini. Aku tahu projek aku tidaklah sebagus mana, tapi aku bukanlah sebodoh ini untuk duduk menunggu, menunggu dan menunggu berjam-jam sehingga 4 petang.

Tidak adil jika aku katakan semua event semacam ini. Ada event yang bagus. Tapi apalah salahnya jika diberikan sedikit ruang untuk memberikan cadangan untuk hari pertama, mungkin berpakaian formal itu perlu. Tapi untuk hari kedua, rasanya pakaian separa kasual pun cukuplah. Projek aku pun akan dikorbankan, kenapa perlu buat banyak prosedur untuk benda-benda yang akan di left out kan?

Mungkin sedikit emosi, tapi aku menulis ini di booth bersama-sama seorang pelajar master dan dia pun setuju dengan aku. Projek dia tentang digital archieve system for long term access aku rasa pun bukan projek main-main. Tapi dia pun orang biasa seperti aku yang sukakan benda yang santai. Lepas 4 5 minit berborak, terus dia mengatakan rimas dengan prosedur dan formaliti seperti ini. Hendak tinggalkan booth, mesti isi borang. Bila isi borang, aku tanya siapa yang akan jaga booth aku? Diorang pula terkial-kial nak jawab. Nampak apa yang aku nak cakap?

Maknanya formaliti dan sistem yang ada hanya cantik di atas kertas. Semua baik, semua sempurna. Tapi praktikaliti? Gagal teruk! Absolute formality fails absolutely!

Aku tidak kecewa sangat sebab aku tak pernah mengharap sekali pun projek aku ke EDX. Tapi aku bagitahu pada rakan-rakan yang akan, mahu dan bercita-cita untuk ke EDX, bersedialah dengan formaliti yang sangat menyusahkan. Abstract yang aku hantar, hardcopy dan softcopy, sampai sekarang aku tak tahu apa function dia. Sedangkan aku terkejar-kejar menghantar benda tu pada committtee.

Benda-benda kecil yang dipandang remeh, selalunya itulah yang menjadi 'killer' pada sesuatu event. Dan EDX, adalah mangsa terbaru formaliti ini!

p/s: tertanya-tanya apa akan jadi jika Tun Mahathir pakai t-shirt sahaja dan bagi ucapan dengan duduk di kerusi dan berbicara seperti seorang 'biasa'. Aku rasa itu lebih menyelesakan dia.

Kamu tidak fikir begitu?



Post kali ini tidak serius. Hanya sekadar gambar-gambar hidangan lazat yang telah aku nikmati sepanjang minggu ini dah minggu lepas.

Aku bersyukur walau aku tak belajar di luar negara, aku masih dapat merasa sate dan tom yam yang enak. Serta budu dan belacan, sesuatu yang aku takkan resist sampai bila-bila.


(sate restoran 'Buluh Perindu', Bandar U. Boleh tahan. RM8 utk 20 cucuk. Okeylah tu...)


(aha, kuah kena mintak lebih!)


(pizza baru dari Pizza Hut. Biasa je. Lupa apa nama dia. Tapi size agak besar dari pizza biasa.)


(honey chicken wings? mana satu wings dia aku pun tak sure...)


(balik balik, sosej jugak yang ko jumpa...)


Pizza Hut? Mana-mana pun ada kan?





Aku tahu ramai artis Malaysia yang tidak lepas SPM tapi masih boleh jadi artis. Sebenarnya agak segan nak mengatakan mereka ini artis kerana definisi 'artis' pada aku ialah 'orang yang tahu, mampu mengaplikasikan dan hidup untuk seni'.

Artis Malaysia hari ini tahu tentang seni? - 70%

Artis Malaysia yang benar-benar mengaplikasikan seni? - 30%

Artis Malaysia yang hidup untuk seni? - 1%

Itu HAKIKAT!

Aku bagi contoh mudah. Baca ini!

Kamu tak rasa budak nama Aril ni bodoh? Statement kurang cerdik dari artis yang kurang cerdik yang lahir dari 'seni' berasaskan SMS dan duit!

Aku akui aku bukanlah peminat Rain @ Bi yang tegar. Tapi sekurangnya aku tahu Bi tidak mengecap gemilang yang dia dapat di Hollywood dan Korean entertainment industry dengan mudah. 7 8 tahun latihan demi latihan dilalui sebelum dia layak untuk debut. Bila debut pun, dia terpaksa bersaing dengan Se7en, yang waktu itu juga sedang meningkat naik di Korea. Dan Aril patut tahu, Rain TAK PERNAH lips-sync bila menyanyi!




Kamu rasa lagu 'Menatap Matamu' tu sama level dengan 'Rainism'??? Pendeknya akal!

Lagi?

Kamu lihat SNSD. Lihat SNSD Go to School. Persembahan pertama diorang di atas pentas hanyalah sekadar pentas sekolah menengah. Itupun mereka berlatih bertahun-tahun sebelum persembahan diorang dilayan endah tak endah oleh peminat yang belum kenal siapa SNSD. Tapi ada mereka kata mereka nak jadi lebih hebat dari Wonder Girls? Lebih hebat dari Hyo ri?

Tak! Mereka kata mereka mahu dikenali dengan imej sendiri. Mereka mahu peminat hafal setiap nama 9 dari mereka dengan lagu-lagu mereka. Bukan dengan meniru imej orang lain. Sebab itulah lagu mereka macam 'Into The New World', 'Girl's Generation', 'Gee', 'Genie', 'Oh!', 'Kissing You', 'Baby Baby', 'Boyfriend', 'Run Devil Run', 'Dear Mum', 'Honey' dan lagu-lagu lain peminat hafal setiap satu. Why? Why di Malaysia tidak seperti itu?

Hari ini? Siapa tidak kenal SNSD di Korea???

Tapi ada mereka berlagak dengan media? Melayan peminat macam artis ini hebat sangat? Langsung tak. Even 9 kali menang K-Chart in a row, mereka tetap berterima kasih pada peminat mereka.

Artis kelahiran 'SMS' ada layan peminat macam tu?

Dan satu force yang buat aku rasa nak membebel kali ini ialah, birthday 'Tae Yeon' pada 9 Mac lepas disambut dengan meriah oleh peminat SNSD. Siap ada poster, kad, video, hadiah, party dan macam-macam yang dibuat peminat untuk Tae Yeon sebab mereka sayang artis mereka.

Artis Malaysia, ada peminat buat macam tu???

Jadi pesanan aku, "Kalau kamu kurang cerdik, jangan tunjukkan yang kamu itu kurang cerdik! Simpan untuk diri kamu saja!"





Huh! Huh! Huh!

Nafas semput sekejap. Toleh jam di tangan sudah pukul 5.45 petang. Game dah start 15 minit. Gen06 lawan Ace. Team Gen06 ni team batch aku, mostly budak engineering. Diorang main untuk UTP league.

Lari! Lari! Sebab hari ni firasat baik, rasa macam Gen06 nak menang. Rekod bersih. Sebelum ni Ace tak pernah menang dengan Gen06 rasanya.

Sampai kat padang, kelibat budak-budak penyokong Gen06 nampak berterabur. Ada yang muka kelat, mungkin sedikit tidak puas hati dengan permainan hari ini. Tapi ada juga aku tengok yang sedap melayan rokok, mungkin masih lagi tenang dengan percaturan permainan yang nampak kurang possession dari team lawan.

Duduk bangun dekat 15 minit, bola melambung ke depan gol Gen06. Bola tak ada rupa nak kill the goal. Tiba-tiba saja mamat berjersi merah nombor 9 melompat tinggi mengatasi Joe dan membuat satu tandukan tanpa arah tujuan. Bola berpusing dan melambung ke belakang terus menuju ke penjuru kiri gol Gen06.

Aslam tenggelam punca! Dari keadaan yang langsung tidak bahaya, dan penyerang itu pun seolah tidak menyangka bola menuju ke gawang. Penyokong Ace gamat dengan laungan dan sorakan yang bersifat ejekan.

Aku dah tak boleh sabar. Laungan mesti dibalas laungan. Cacian mesti dibalas cacian. Macam yang aku buat masa Kelantan lawan Negeri Sembilan di Piala Malaysia dulu. Dan dengan satu peluang terhidang di depan mata, Hillary gagal menyempurnakan cross cantik dari Syed Amin. Gen06 kecewa untuk 45 minit pertama.

Huhhhhhhh!! Semua dirundung resah. Ini quater-final, 2 tapak saja lagi untuk ke final. Ke final ertinya, ada peluang untuk Gen06 sekali lagi menjadi juara ulung UTP Soccer league, seperti setahun lepas.

Masa kedua bermula. Gerakan demi gerakan Gen06 berjaya dibaca dan dihalang pertahanan Ace yang terdiri dari 4 mamat yang besar dan tinggi. Tak ubah macam cara permainan Chelsea. Semua jaga line! Dapat bola, clear! Memang diorang nak menang dengan 1-0. Celaka! Aku benci main macam ni. Buang masa. Banyak bola throw in dari bola yang disepak.

Sekali percubaan, rembatan Syed Amin dari jarak 15 ela menuju tepat ke gawang. Bola menjunam tapi tidak cukup tajam untuk menerjah gawang. Sekadar melalui palang gol yang disumpah-sumpah penyokong Gen06 yang makin hilang sabar. Ace dah main kasar. 2 3 orang pemain Gen06 terhincut-hincut ditackle kasar.

Corner kick, Syed Amin membuat tandukan kencang ke tanah dan melantun tanpa sebarang halangan! Sayang! Sekali lagi palang menjadi musuh ketat Gen06. Penyokong hampa lagi. Cacian dan makian dari penyokong team sebelah makin membakar cuping telinga. Bab* lah!!!

Kali ini Piduih yang baru saja ditackle kasar sebentar tadi, membuat larian solo dari kanan. One-two dengan Faiz, Piduih terus menuju kotak penalti. Sedikit telahan silap dari penjaga gol Ace yang meluru keluar kerana menyangka Piduih akan membuat hantaran silang. Silap besar! Piduih terus membuat rembatan paras lutut ke arah gol dari kanan dan.....

GOLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Gen06 berpesta!!! Masing-masing menarik nafas lega kerana nafas sudah kembali. 5 6 orang penyokong setia Gen06 berlari ke tengah padang menjulang Piduih sebagai penyelamat hari ini. Game diteruskan. Satu percubaan menarik dari kanan dan sedikit kebodohan pemain pertahanan Ace memberi satu lagi gol mudah untuk Gen06. Tapi sayang, gol dibatalkan atas alasan off-side sekalipun atas sebab kecuaian pemain pertahanan Ace sendiri. Percubaan demi percubaan Gen06 laju dan terus bertali arus namun gagal mencari target yang tepat. 90 minit tamat.

Penalti!

Wan Serat, Syed Amin dan Abal dengan mudah merembat masuk sepakan penalti mereka. Ace gelisah kerana 2 pemain mereka hanya sekadar membuat sepakan kencang ke arah palang gol. Kini cuma tinggal Piske...

Dan Piske, tanpa sebarang tekanan dan diselangi sorakan semangat yang membunuh keyakinan Ace.....

Menolak lembut ke kiri pintu gol!

Penjaga gol Ace hanya sekadar berdiri di tengah. Langsung tidak mampu membaca gerak badan Piske dan.......

Seluruh penyokong Gen06 berlari ke tengah padang dan melepaskan rasa gelisah yang bertunjang sejak tadi, Segala sorakan dari penyokong Ace terus mati! Hanya suara Gen06 yang terus gemilang petang semalam!!! Pemain-pemain Gen06 bersama penyokong meraikan hari penuh sejarah, kemenangan penuh dramatik!!! Penalti 4-2.

Dan akhirnya, Gen06 akan ke Semi-final.... Dan akan ke final, InsyaAllah.

Kita jumpa di sana!!

Credit to Gen06 facebook page for the icon.





"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat."

Aku setuju sungguh dengan ini. Tiada apa yang salah dan tiada sebarang keraguan walau sedikit pun. Itu secara apa yang tercatit dan secara teorinya.

Praktikaliti?

Masih satu persoalan besar. Kerana norma masyarakat kita hari ini senang benar untuk menghukum. Masyarakat lebih senang menghukum dari mempertimbang, atau memaafkan. Sejuta kebaikan yang dilakukan selama seratus tahun bisa hilang dengan satu kesilapan yang bisa dilakukan untuk cuma satu minit.

Apa kita menyangka orang yang baik itu akan kekal baik setiap saat dan ketika? Maksum dan sempurna hingga tiada langsung cacat cela? Maaf, cuma manusia agung yang satu itu saja yang maksum, sempurna dan tiada cacat cela. Dan kerana ronak dunia hari ini, aku tidak rasa kamu akan jumpa lagi manusia yang seperti itu.

Samalah juga halnya bila manusia yang jahat. Jahat untuk selama masakah dia? Hinggakan tiada ruang langsung untuk dimaafkan, atau sekurangnya memberi sedikit ruang untuk dia bernafas, melihat kembali 1 minit ke belakang dan memperbetulkan diri. Tapi tidak begitu norma kita hari ini. Masyarakat kita suka pada 'comformity' dan sifat ortodoks, bila seorang kata itu salah, 60% dari hati kita sudah menghukum dia ini bukan orang baik. Itu bukan satu bentuk hukuman?

Walhal sumber itu belum benar-benar terbukti. Hukum Malaysia, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Tapi benarkah begitu dalam keadaan kita hari ini? Penat cuba menutup kebenaran, jalan mudah, fikir satu jalan lain agar kita lupa. 'Justice delayed is justice denied brother', ingat tu!

Penagih dadah yang cuba kembali dan memohon agar kita menarik mereka dari terus terjerumus, pernah kita bagi peluang?

Mualaf yang memohon sedikit sumbangan dalam perjuangan mereka untuk teruk mengucup Islam, berapa ramai yang benar-benar kita bagi peluang?

Pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik, tanpa dilihat usaha lipat ganda dalam penglibatan sosial, berapa ramai yang dimaafkan? Dan diberi peluang?

Sahabat yang sudah kenal bertahun, sedikit silap terus dihukum?

Banyak lagi!

Tapi hakikatnya begitulah. Bila sesuati idealogi sudah disalah tafsir menjadi budaya, minda-minda yang sempit lebih mengatasi akal yang waras. Pada satu saat, aku pun rasa apa yang aku tulis ini tak ada kesan.

Sesuatu hubungan itu terbina begitu juga. Sudah pernah aku mengatakan ini sebelum ini, " Lebih baik tersalah ampun dari tersalah menghukum". Maksudnya, bila seseorang itu melakukan kesalahan, letaklah pengampunan terlebih dahulu sebelum hukuman. Sekalipun mungkin kesalahan itu benar-benar dilakukan, tidakkah sifat mengampunkan itu menginsafkan diri si pesalah itu? Dan kalau benar kesalahan itu tidak dilakukan, bukankah pengampunan itu 'hukuman' yang terbaik?

Bagaimana halnya andai hukuman diletakkan di hadapan pengampunan? Judgemental, sudah pasti! Biarpun butir bicara belum terluah. Kalau kesalahan itu benar-benar dilakukan, maka hukuman itu pilihan yang baik. Tapi bagaimana kalau kesalahan itu sama sekali tidak pernah dilakukan? Adilkah dihukum sebelum diperdengarkan?

Lelaki dan perempuan, sama sahaja. Tiada yang terlepas dari masalah dan kesalahan. Jadi jangan terlalu cepat menghukum. Kalau sesuatu rasa sayang dan cinta itu mampu dibina dari sebuah persahabatan, dibaja hingga bertahun-tahun, tidakkah terasa amat berharga rasa itu untuk dibunuh dengan satu kesalahan?

Besar atau kecil kesalahan itu, siapalah kita untuk menghukum? Berilah peluang. Selagi termampu. Dan jangan sangka pengorbanan kamu itu sia-sia sekalipun kamu dikecewakan lagi, kerana Yang Maha Berkuasa di atas menyayangi sesiapa jua yang memaafkan.

Cerita kamu mungkin tidak semua orang dengar. Tapi kemaafan kamu pasti akan didengari juga suatu saat nanti.




Pepatah Cina ada menyebut,

Bila kamu hilang sesuatu yang kamu sayang, atau cinta, ia hilang dan pergi bersama nasib yang buruk.

Jadi jangan terlalu bersedih atas kehilangan itu...



Wise saying, "You Lose Something, You Gain Something..."

But, why do I only feel the loss?





Apa yang terjadi beberapa hari lepas sedikit memeranjatkan aku. Aku tidak pasti samada kamu terbaca atau tidak cerita di the Star kisah budak umur 20-an membelasah girlfriend dia. Mengikut fakta kes, budak lelaki tu semacam high bila tengah bercakap dan meminta nak pinjam duit dari girlfriend dia. Bila tak dibagi, budak lelaki ni 'bercakap' menggunakan tangan dan mulut. Tak pasal pasal jadi kes polis!

Tapi bukan kes penderaan (?) itu yang aku nak menulisl kali ni, tapi tak terasa sangat bodoh ke untuk sayang sampai ke tahap itu? Lagikan yang dah kahwin pun belum tentu layak dan ada hak untuk memukul isteri, inikan pula yang 'lautan api sanggup kurenangi'? Retorik!

Aku bercakap ini kerana aku tahu aku jenis yang pemarah. Betul, aku tak tipu. Dan sifat marah ni sebenarnya api. Api takkan wujud kalau tak ada bahan bakar. Betul? Dan dalam kes ini, bahan bakarnya mungkin kerana lelaki itu sudah 'kena' atau memang perempuan itu yang bermulut celupar.

Arwah ayah aku berkahwin dengan mak aku lebih 40 tahun, sekalipun mak aku tak penah kena 'tangan'. Kenapa? Ini aku belajar dari perbualan orang-orang tua, sebab aku suka belajar dari perbualan mereka.

"Bila lelaki tengah penat atau marah, jangan ambil kesempatan itu untuk membebel, merungut dan berlebih-lebihan bila bercakap. Biar dia minum air dulu, duduk dan nampak macam sudah tenang, baru start!"

Aku tergelak juga dengan petua mak aku ni. Sebenarnya petua ini selalunya dia bagi pada makcik-makcik yang selalu datang bertandang ke rumah. Tapi betullah, kata-kata orang tua selalunya memang membuatkan aku terfikir akan kebenarannya.

Api memang takkan menang dengan api. Sudah lumrahnya begitu.

Sebab itu aku perhatikan bila arwah ayah aku balik dari kebun ke, dia tengah berpeluh-peleuh kepenatan, mak aku takkan sekali-sekali sebut pasal duit, pasal garam gula, pasal itu ini. Dia letak air teh, lepas tu dia jalan. Dia bagi can arwah ayah aku untuk duduk dan tenang-tenang sikit. Hatta, masa tengah makan pun mak aku takkan sentuh pasal benda-benda yang merumitkan kepala.

Haa, bila sudah kena rokok sebatang, nampak arwah ayah aku sudah tenang sikit baru dia masuk 'line'. Time tu walaupun penat, tapi sekurangnya dia tak terbeban sangat. Baru boleh dibawa berbincang. Nak bangkitkan isu-isu keselamatan negara pun tak apa. Kalau pun dia tak nak berfikir sangat akan hal-hal remeh temeh, sekurangnya dia rasa dia patut berterima kasih ada orang melayan makan dan minumnya.





Aku kagum! Jauh sekali pemikiran seorang orang tua. Dia bukan baca tips-tips ini dari mana-mana buku, Google jauh sekali sebab mak aku tengok laptop pun dia takut nak tekan. Tapi ini dari pengalaman dan pesanan orang dulu-dulu. Dan sampai akhir hayatnya, arwah tak pernah memukul mak aku walau sekali. Marah dan bermasam muka tu biasalah, tapi bila mak aku diam, arwah ayah aku pula yang gelabah.

Nampak?

Bagi aku, perempuan takkan menang dengan lelaki dengan berkeras. Sebaliknya, gunakan akal yang ada, biar dia fikir sendiri apa akibatnya kalau mengikut sangat nafsu amarah itu. Lama tidak, dia akan sedar juga.

Tiba-tiba aku rasa aku terlalu woman-oriented dalam penulisan kali ini. Baik, aku balancekan balik. Dan untuk lelaki, hak kamu sebagai kekasih atau suami tetap ada dan terjaga sekalipun kamu tidak memukul pasangan kamu. Bahkan, perempuan itu lebih cinta, sayang dan hormat pada lelaki yang lebih cepat refleks neuronnya dari tangannya. Bersabarlah selagi termampu, tapi tidak pula sampai digelar dayus.

Tapi aku tidak rasa perempuan hari ini harus dididik dengan pukulan. Kita bukan lagi hidup di zaman budak-budak sekolah hingga darjah 3 atau 4. Jadi, dengan ilmu yang ada, seharusnya kita mencari sesuatu jalan penyelesaian pada konflik yang lebih humane, lebih bijak dan lebih penting, penyelesaian itu merapatkan lagi sesuatu hubungan. Bukan menghancurkan.

Ahhh, aku sudah membebel banyak. Lain kali lah ya!



daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed