Bangun pagi ini, layan Hot FM tengah sedap pasang Lefthanded punya lagu. Tak mau cerita lebih sebab tak ada kaitan dengan penulisan kali ini pun.

Tapi anggaplah lagu "Semangat Lamina" ni macam soundtrack untuk post kali ini.

Ianya sangat menyedutkan kan bila terpaksa membuat catuan duit untuk beli something, tetiba rasa macam nak beli something yang lain at the same time. Rasa aih, lemah betul! Dulu aku tak adalah rasa macam ni bila aku tengok semua orang gila pakai DSLR atau Lumix. Tapi memang selalu macam tu, time aku ada duit, bukannya aku rasa aku nak beli terus. Aku relax dulu...

Member 1: Weyh, kau tak nak try pakai DSLR ke? Gambar cun ooo...

Member 2: Kau beli ah DSLR. Nanti kita usha awek-awek cun buat jadi model... (?)

Sepupu : Kau try la aku punya dulu. Nanti kau dah biasa, kau angkat lah...

Abang : Tak payah pakai DSLR, benda tu besar. Digicam pun leceh nak bawak!

Blogger : Ada gambar cantik kat blog pun boleh attract and naikkan traffic tau...

Fikir-fikir balik, aku lepak dulu. Aku pun konon-konon fokus benda lain. Tak jadi angkat kamera besar tuh! Beli benda lain dulu.

Tapi bila aku dah plan elok nak beli benda yang memang dah sangat lama nak, tetiba ramai lah pulak kawan-kawan aku yang sibuk cerita pasal DSLR lah, LX3 lah, lomo lah, macam-macam. Jadi secara tak langsung, menyebabkan aku punya nafsu nak beli menatang alah ni membuak-buak kembali. Tapi nak beli macamana? Duit dah bayar untuk benda yang lain?

Adusss!!!

Masalah ni taklah besar sangat sebelum ni, tapi sekarang ni hari-hari dan tiap-tiap kali aku bukak blog member-member atau blogwalking, tengok gambar-gambar kat blog diorang memang class! Usha-usha, aku tau diorang memang pakai DSLR, pakai menatang tu tak payah edit pun gambar dah memang crispy. Aku cemburu bukan apa, sebab aku rasa kalau ada DSLR confirm mesti gambar-gambar kat blog pun jadi cun. Aku tak salahkan diorang, memang diorang berhak berlagak pun. Kamera diorang bagus. Beli ribu-ribu tak berlagak, buat apa kan?

Eh, apa ada hal???

Tapi tulah, bila aku plan A, benda B pulak jadi. Bila aku plan B, benda C pulak jadi. Bila aku plan C, benda A pulak jadi balik. Bila aku tak plan apa-apa, lagilah aku tak tau apa yang jadi! Haish!

Orang kata "Gagal merancang itu maksudnya merancang kegagalan."

Betul ke?

Macam mana pulak halnya kalau tak merancang apa-apa lebih baik dari merancang, merancang tapi buat pening kepala je? Apa kes tuh der?

Ahhh, dah lah! Malas nak fikir. Aku nak gi mandi sama karaoke dalam jamban! Nanti nak beli mesin karaoke pulakkkk....


10 ulat gigit daun hijau:

pikir-pikir... beli bende mahal xleh terburu2...nnt nyesal. cam aku 20 tahun bru decide nk beli kamera ape... :P

Nor Hanis - yeah. kena fikir betul2 sebab nak pakai lama.

hmm, kau pakai lumix kan?

:)

Salam
lepat setuju dengan pendapat brader Kersani..nak beli barang mahal2 takleh nak pakai hentam.kena study dulu..apa faedahnye dlm masa long term?berbaloi ker?boleh jaga ker barang tu?tambhn pulak dengan suasana ekonomi sekarang..thankz sudi lawat blog lepat..

yup~ Lumix LX3... hehehe~

Lepat Pisang - nice opinion!

bukan apa, takut menyesal je kalau dah beli, tiba-tiba pakai skejap nak upgrade kan?

yeah, no problem bro. u got one nice blog too!

:)

Nor Hanis - hoh??? haaa, idaman den tuh!

boleh bagi tutorial sket x?

teeheee!!

blog aku pn xde gmbr lawa2 gak, gna digicam biasa jerk, patot la xramai yg mengunjung.. btw, time kaseh la sudi ziarah...

Cik Yanna - no sweat... :)

Kalaw tol2 minat y not beli?

sophie - yeah, memang betul2 minat. just sekarang ni tengah consider whether i'm opting for the right choise...

:)

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed