Bila dah lama sel-sel otak aku tak diasah utk berfikir dalam2 macam petang ni, rasa sakit datang tetiba. Semalam tengah sedap2 dok layan mimpi, boleh pulak aku tersedar sebab pening kepala. Nak kata aku ada penyakit orang tua2, rasanya umur baru awal 20an. Tak mungkin dah kena penyakit pelik2. Adeyh, tak apalah. Ada benda lagi best utk aku tulis kat sini selain dari kisah telan panadol dan dengkuran2 yg aneh.


Cinta 3 segi.


Kalau tengok drama melayu sejak zaman bangku sekolah, cinta 3 segi ni memang antara plot kegemaran pengarah2 filem Malaysia. Tak kisah lah drama hari raya ke, drama sambutan merdeka ke, tak sambut apa-apa ke, plot cinta 3 segi ni memang fofuler lah pendek kata. Maybe sebab kisah cinta 3 segi ni senang buat penonton tertanya2 si hero atau si heroin akan pilih sapa, maka melekatlah penonoton2 setia kat depan tv atau panggung wayang. Dan kalau hero silap pilih heroin yg 'kurang' kat mana2, even watak dia baik, ayu, sopan santun tahap 19 skala richter pun mesti ada yg tak puas hati. Bikin panas je membazir tengok 2 3 jam ending tak seperti yg diharapkan.


Tapi cinta 3 segi ni sesungguhnya bagi aku tak mengenal jantina. Lelaki atau perempuan. Bapuk? Maaf. Jarang skali aku dengar bapuk berebut lelaki. Tapi itulah hakikatnya. Circle 3 manusia yg mempunyai perasaan sayang, kasih, rindu dan cinta pada orang lain tumpah pada orang lain. Dan lagi, hal semacam ini bukan boleh dipaksa. Kalau paksa pun belum tentu jadi!


Selalunya, jarang juga ada penamat yg baik utk mana2 pihak kecuali 2 dari 3 pihak tersebut 'mengalah' dengan cara yg baik. Yakni, seorang mengalah dengan 'melepaskan' dan seorang lagi mengalah dengan 'menerima'. Si A melepaskan si B dan si C menerima si B. Makanya, dalam hal ini si B lah yang paling bertuah bukan?


Betul ke begitu?


Okeyh, mulai dari perenggan ini aku akan menulis dari perspektif aku, maknanya lelaki. Kamu setuju, kamu tak setuju, kamu tau kat mana nak 'shoot' aku balik kan? Baik.


Aku assume si B adalah lelaki. Maka, kita faham si A seorang gadis yg sukakan B dan B pula sukakan si C. Dalam hal ini, aku rasa B harus lebih bijak dari sekadar mendapat apa yg diinginkan dengan membandingkan apa yg mungkin lebih baik utk semua orang. Bagi aku, si B tak harus menerima si A tetapi juga tak harus mencari peluang memaksa si C menerima si B. Minda lelaki lebih cepat menerima sesuatu berbanding perempuan dan lebih cepat juga dibuang selepas diproses kalau dirasakan maklumat itu tidak berguna. Perasaan? 2 kali 5. Tak usah berdalih, itu kenyataan.


Senang cerita, andai si C mempunyai pilihan lain, lepaskan dia pergi. Kamu bukan lelaki loser atau pengalah jika kamu mengalah. Cinta adalah pilihan, itu sesuatu yg jelas bagi aku. Kamu melepaskan utk melihat dia gembira. Untuk melihat sesorang mendapat apa yg diidamkan. Tidakkah itu hebat? Dan hey, kamu patut berbangga jika kamu ada kekuatan seperti itu. Bukan semua orang ada kekuatan melepaskan apa yg disayangi. Lebih2 lagi kalau hal berkaitan perasaan sayang yg dipendam bertahun lamanya. Percayalah, ada yg lebih menyayangi kamu di sudut penjuru yg lain, cuma menanti kamu utk 'melengkapkan' satu puzzle. Cuma, harus dipastikan kesakitan kehilangan itu tidak membunuh keupayaan kamu utk menuju puzzle itu.


Tapi aku juga harus katakan, melepaskan si C bukan bermakna kamu menerima si A. Memaksa diri menerima sesuatu yg bukan kamu 'temui' sendiri, itu dayus namanya. Jadi bijaksana. Jelaskan duduk perkara yg sebenar. Kekuatan kamu yg hilang utk melepaskan si C harus kembali ada utk bertegas dgn si A. Menjadi kawan bukan sesuatu option yg bijak bagi aku. Dalam keadaan tertentu. Kerana perempuan lebih vulnerable. Melihat kamu di depan mata setiap hari, takkan boleh buat mereka semakin menganggap kamu sbg kawan. Makin parah jadinya. Tapi itu semua bergantung pada cara kamu menghadapinya. Kalau tiada kekuatan secukupnya, lebih baik diam terus dari semakin memburukkan keadaan.


Penyudahnya, harus kembali pada yg Maha Berkuasa akhirnya. Kekuatan akan hilang, tapi ia akan datang kembali. Kerana kekuatan itu datangnya dari binaan dalaman, dari hati. Tak semestinya hati yg cepat recover ada kekuatan yg lebih. Tapi kamu tggu saja magik dari Tuhan, sinar ada di mana2. Cuma kadang2 terhijab di sebalik hikmah yg tersimpul kemas. Sekali simpulan itu terlerai, mungkin kita, kaum lelaki akan sedar, perancangan Ilahi itu sentiasa lebih baik dan terlebih baik utk kita.


Dan mungkin juga yg paling sempurna utk kita. Utk kau dan aku.


Perempuan? Aku tak sebegitu yakin utk memberi idea dalam dogma pandangan mereka...


10 ulat gigit daun hijau:

ntahla..kalo da org xmau xperlu lgi terhegeh2..blah je..senang..carik yg lebih menghargai...

wa talak penah kena cinta tiga segi...
wa kena cinta bulat.. syok sendiri pusing-pusing hahaha

menanrik la post ni..mcm tuan punye bdn yg menulis ade pnglmn plk.. XD

huhuhu...

for me~

btol ape ko ckp daus...

kita mana bole paksa sumone suka kat kita...

perasaan itu dtg dr hati kita,bukan dr hati org lain...

kalau nk kata suka sama suka..bguslaa...

tp lebih baik xda langsung perasaan negatif seperti dipaksa,terpaksa,kesian dan sebagainye...

bg akulaa...

si B patut pk pngjang...
salah pilihan suma binasa...
yeala..
sape suka dijadikan second choice spt si A...
yup,maybe si A bole jaga si B pada awalnye...
tp harapan ttp harapan...
die mesti akan mengharap si B menerima die seadanye...

tp kalo si B ttap nak kat si C camne?

knape nk perlu dibandingkan lg?
one thing for real

" no women likes competition"

dlm bercinta ni cukupla kita menerima sesorg seadanya...
kalo nk dibentukkn biar yg terbaik utk dia,bukan utk kita...
perasaan kita suma dtg dr hati dan hati2 ini milik Allah....
so mintala petunjuk,
baik nk tau sape yg seswai,ape yg patut wat kalo gado or etc....

kalo semua yg kita harapkan xseperti yg kita mahukan,
kena ingat...
Allah xkan menguji kita dgn sesuatu yg melebihi kemampuan kita dan bukan semua yg kita nk adalah terbaik utk kita...

dr pndgn seorg pompuan,
pompuan pun jgn jd bodo...
jga maruah itu yg penting...
walau sesuka mana pun kita kat sesorg,
kalo die still tgk n compare dgn org lain,
not worth it...
kalo xsuke wat cara xske...
jgn bg harapan or wat2 baik utk jaga hati...
no means no...
tutup kes~

"Kerana perempuan lebih vulnerable. Melihat kamu di depan mata setiap hari, takkan boleh buat mereka semakin menganggap kamu sbg kawan. Makin parah jadinya."

setuju!betul sangat2!
lebih baik jauh,dari selalu nampak depan mata tapi nothing happened.
heh :)

imHepPie - masalahnya bila bermain dengan perasaa ni, tak macam boleh buang macam buang gumpalan kertas...

bobo - bulat pun satu bentuk jugak.
hahaha!

SuRaya^i - hmm. yeke? :P

Skenji Spirit - yeah. memberi harapan palsu tu aku rasa satu dosa jugak. dosa dalam diam.

tapi terpulanglah...

khadijah - baguslah kalau setuju. itu cuma apa yg dirasa. takde hipotesis pun. sekadar penelitian sendiri.

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed