Pada aku, cinta bukan sains roket. Cinta bukan sesuatu yang rumit, yang memerlukan lelaki atau perempuan utk mencuba semua 'rasa' mempermainkan dan dipermainkan sebelum membuat keputusan. Ramai sungguh yg kata, even kawan2 aku pun menganggap hidup lelaki macam dalam akuarium. Dan perempuan adalah 'ikan' yg mesti dipancing seekor demi seekor utk dirasa. Bila sudah rasa tahu rasa manis dan pahit pada semua ikan, barulah kau nak buat pilihan. Ahhhh, persetankan lelaki! Perempuan pun sama!
"Saya bukan tak boleh terima awak. Tapi saya perlukan masa utk berfikir..." Sedangkan bukan aku tak tahu berapa ramai lelaki yg mengelilingi kamu, mengucapkan kata-kata sayang palsu! Yang kelakarnya, lelaki seperti ini kamu layan lebih istimewa dari yang betul-betul sayang pada kamu. Pantang kalau yg lelaki yg benar-benar ikhlas ini terbuat silap, pasti akan 'dihukum' seteruk-teruknya agar merasa sakit, kononnya itulah pengorbanan sebelum cinta diterima. Dan pada masa yg sama, kata-kata mesra lelaki durjana, kau layan penuh mesra.
Hahaha! Malam ini pedih. Tapi aku belajar sesuatu. Aku sudah buat sesuatu yg tak pernah aku lakukan kerana kamu. Kerana aku sangka kamu istimewa. Kamu berbeza dari yg lain. Tapi malam ini kamu buktikan kamu cukup sabar menyeksa sampai ke limit batasan aku. Aku tidak putus asa, tapi aku tahu perjuangan aku sebenarnya tak ada makna pada kamu. Kamu anggap ini permainan. Macam kisah lama kamu juga. Walhal kadang2 kamu lupa, lelaki ini yg membuat kamu ketawa di saat kamu sedih dan di saat lelaki2 durjana itu sedang dengan perempuan lain. Tapi akhirnya, kamu lukakan juga.
Tolong jangan komen entri ini. Fikiran aku sedang tidak betul. Dan aku sedang berfikir tentang sesuatu. Kamu perempuan yg memerlukan cinta, tapi bila cinta itu datang dekat pada kamu, kamu buang macam kain buruk. Kamu campak dengan kata2 manis agar hati lelaki tidak terluka. Kamu susun bahasa biar derita itu nampak 'manis'. Tak apalah, sekali lagi lelaki itu curang! Hahaha, terima kasih perempuan. Dunia egoistik lelaki memang akan jadi mangsa perempuan di planet mana2 pun.
Curang? Ahhh, indah perkataan ini. Indah lagi bila melakukannya! Satu soalan aku pada kamu, kemana kamu rasa kamu akan menapak dengan kecurangan kamu ini? Hukum dunia wahai perempuan, curang dibalas curang. Jadi jangan letak status YM, GTalk, FB, FS atau Tweeter kamu dengan doa2 pada Tuhan utk diberikan cinta sejati kalau kecurangan itu macam permainan kamu! Selalu aku dengar lelaki punya air mata buaya. Bagaimana dengan perempuan yg membuang cinta hanya utk keseronokan sementara? Benar aku jauh, dan aku cuba mendekatkan diri pada kamu setiap hari. Setiap hari. Kamu tak mampu nafikan ini, tak usah cuba.
Cukuplah rasanya sampai di sini. Tragedi oktober berulang. Beribuan kali aku memaafkan kamu dalam diam. Beribuan kali aku menyejukkan hati yg panas kerana sayang. Tak terucap lagi kata sayang kerana kamu tak pernah memandang. Walau apapun, terima kasih utk permainan itu. Tapi layak ke aku utk berterima kasih? Penat sudah aku cuba membuktikan. Tapi alasan2 kamu semuanya aku cuba fahami walaupun aku tahu andai tersadung, kamu selalunya terperangkap dengan kata2 kamu sendiri. Tapi lelaki berair mata buaya setia memaafkan, owh maaf, lelaki berair mata buaya tak kenal cinta. Ya, mungkin sebab tak kenal cintalah yg membuatkan hingga malam ini tangan aku masih terketar2 bila menulis entri gila ini!
Perempuan, aku tidak meminta banyak. Mahal sungguhkan satu peluang? Owh maaf, sekali lagi terlupa, lelaki berair mata buaya mana layak diberi peluang. Tempatnya di bakul sampah saja. Bila hidup kamu ditimpa hujan, kamu akan datang balik ke tong sampah itu supaya kamu ada teman. Satu pilihan, dicampak bila saja kemahuan dan nafsu kamu dipenuhi. Pandai pula kamu mencari jalan ke sini bila kamu rasa 'lelaki2 jujur' di luar sana mula bosan pada kamu.
Sekali lagi cukuplah. Kerana aku tahu lelaki berair mata buaya atau mana2 lelaki pun ada batasan kewarasannya. Kamu pijak lumat kewarasan itu, hancurkan apa saja yg mungkin membuat aku sayang pada kamu utk tumbuh subur kembali. Tapi kali ini tidak, permainan kamu sampai di sini. Kamu yang memulakan, dan aku berhak utk menamatkannya sekarang. Kerana sudah 2 kali kamu mematikan kamu dalam hati kamu, biar aku tamatkan selamanya dalam hati AKU malam ini. Maaflah, takkan ada terima aku kembali atau drama2 melankolik lagi, terima kasih? Cukuplah apa yg sudah aku perbodohkan diri sendiri.
Kamu jalanlan sendiri. Kita lihat nanti, siapa yg bertatih bertongkat dan siapa yg takkan menoleh lagi ke belakang! Tidak lama pun, dan aku tahu kamu pun bukan jauh sangat!
8 ulat gigit daun hijau:
pompuan kene pancing ke??skang nih senang je tgk org ngurat tepi jln
imHepPie - haha. lelaki sampah sarap pun ramai. depends on perspektif dan perception sendiri.
masing2 ada sudah dikurniakaan otak bukan utk berfikir?
:D
isk2...best ayat2 ko..cuma biase la...realiti n hakikat mmg ssah nk diterima.
tp xkire kite mcm mane, pasti akan ade seseorg yg dh ditakdirkn utk kite...
tggu jo laa jodoh ekau datang yop oii~ hehehe :p
"sometimes you have to kiss a lot of frog to find the right prince"
kalo ko rasa ko xrugi..its fine by me~
sha89 - hmm, menunggu. orang kata jodoh akan tiba. macamana kalau jodoh yg tiba, tiba2 tak tiba???
:P
Skenji Spirit - i'm not going to kiss anyone. but the journey will end. i knew it.
but i just know the destination...
ini dari hati ke dari novel? ahahaha.
mashimarul - haha! dua dua! :P
Post a Comment