Tentu korang tertanya-tanya apasal aku upload gambar sampah sarap kat atas nih. Takpe, sebelum korang fahamkan diri korang, aku pun amek masa lama gila nak faham politik kampus aku sekarang. Al-maklumlah semua orang 'believe in change' dan semua penduduk kampus tau 'change' apa yg sedang hangat kat UTP di Tronoh nih.


Sebelum korang bertambah pening, ini ada maklumat penting utk penghadaman fikiran korang. UTP baru saja lepas General Constituency Election atau 'Pilihanraya MPP' utk senang difahami. Seperti biasa, budak-budak yg pro ke 'arah itu' dan budak-budak yg 'lost' tak tau pro arah mana-mana akan bertanding merebut jawatan tertinggi pelajar. Dah namanya berkempen, mestilah masing-masing nak tunjuk lagak manifestasi yg gempak-gempak kan? Banting, banner, poster memang tak payah ceritalah, sampai kat atas jalan raya pun (kalau dibenarkan) diorg nak tampal poster dan banner! Semangat macam haram!


Tapi dalam banyak-banyak perubahan yang dijanjikan (aku dan member-member aku memang tak percaya pun!), takde seekor pun calon yang cuba memanifestasi pasal kebersihan kat UTP! Semua nak manisfestasi idea dan gimi-gimik yang "WOW!!!" tapi banyak benda-benda asas yg dilupakan. Kepentingan kebajikan pelajar, akademik, perancangan masa depan, kebersihan, ketelitian dalam penilaian keputusan pelajar antara isu-isu yg bagi aku WAJIB dijadikan menu utama dalam interface antara wakil pelajar, pelajar dan pihak pengurusan. Tapi hampeh, memang aku dah rasa 'perubahan' kali ini setakat macam gaduh kucing! Bunyi gedebang gedebung dari jauh, tapi hasilnya tak ada pun! ZERO! Macam anjing menyalak bukit!


Contoh KEGAGALAN pertama, calon-calon MPP ni gagal utk mengutip balik poster2 yg berselerakan di kawasan academic building! NAK KUTIP SAMPAH SENDIRI PUN TAK MAMPU??? Apatah lagi nak betulkan dogma dan pemikiran pelajar supaya maju 10-20 tahun kehadapan. Kecewa, aku memang kecewa. Sejujurnya, aku tak kisah pun kalau calon-calon ini nak buat banner sebesar gunung everest, atau banting sepanjang tembok china skalipun, BUATLAH!!! AKU TAK HERAN LANGSUNG!!! Tapi yg aku tak puas hati, sehari lepas election, bila aku lalu jalan nak gi ke kelas, poster-poster wakil pelajar (AHHH, bosan!!!), poster-poster 'manusia-manusia sampah' ni bertaburan di atas jalan dan aku kesian dekat mak cik cleaner yg tak pasal2 dapat pahala free tolong kutip sampah-sarap diorang.


WOI MANGKUK, LAIN KALI NAK BERTANDING, TOLONG AJAR ANAK BUAH KE, ANAK APA-APALAH, KUTIP BALIK SAMPAH SARAP KAU! Jangan fikir kau dah menang election, poster-poster kau tu menarik perhatian aku sangat. Seriously, aku pijak-pijak je poster-poster tu semua bila aku jalan. Sumpah! Kau tak puas hati, meh datang bilik aku v5c-5-1-2. Call dulu sebelum datang, boleh aku prepare ayat2 power nak bagi berdesing sket telinga tuh! Dan aku ada bukti pun memang aku pijak poster-poster tuh! Lantaklah poster sapa, pro apa pun, mana-mana yg ada tengah jalan, lagi sedap aku 'merasa' tapak kaki aku!



Aku bukan pelajar yang perfect! Tapi brader, sendiri pikirlah. Pukul 4.45 petang, kotak undian baru suku je penuh. Ko tak rasa macam ko ni hina ke hanya disokong oleh kroni-kroni kau? Ahhh, persetankan! Bosan aku melatah pasal manusia-manusia macam ni. Ada sesapa tak puas hati???


16 ulat gigit daun hijau:

lek ar bro. jgn emo2 :)

anyhu, i am totally behind u with this part. xnmpk sgt ape2 perubahan yang dijanjikan calon2 MPP tu.

tp i xde kat kampus skrg so xsure la sgt ape yg berlaku sana :P mayb agak susah utk calon2 tu wat propaganda dorg come to life? kte xtao kan, we were not in their shoes hehe

sabar2.
nanti kite buat parti politik baru kt utp.
xmain laa mpp ni.
kita main politik teros laa.
baru laa worth ti gado2 or kempen2 yang hampeh cani.
:D

i x puas hati jugak. but, i lama dah penat nak bising pasal hal ni.

one time, i just jalan2 with me bf and bawa plastik sampah with me. any sampah i see just kutip la.

since im doing nothing kan (by mean nothing is jalan2 je kot), sambil dating sambil buat community service. :D

Politik Pondan.

benci aku dengan perangai-perangai kotor dan tak matang anjing-anjing politik yang tak abih2 maen taktik kotor dengan beli undi dan pengaruh budak2 foundation, hasut budak2 foundation. Jang undi itu la.. ini la.. wei, xtau ke adat mengundi.. ari mengundi mane boley kempen lagi. bodoh! bangsat! tak guna langsung!

huii..samala aku pon mls nk amik tau hal2 camni..nk mngundi pon mls haha

biasela
politik...
cakap lebur
buatnye tidak....

kart skewl i p0wn ade wat mppu gak..
tp 4 stpm students jewk laa..
bg jnji yg gempaq2,
tp pilih da mng sume wat b0d0h..
nmpk sgt juz nak name jewk kan..

wani - haha, tak emo. sekadar penulisan yg beremosi utk menunjukkan rasa tidak puas hati yg amat sgt.

hmm, seperti biasa RM akan mempengaruhi budak2 junior utk memilih calon2 diorg. dan seperti biasa calon2 diorg akan jadi boneka yg tak tahu nak buat keputusan sendiri utk kepentingan pelajar.

anyway, i tak pernah terfikir utk try be in their shoes. buang masa beb!

Encik Jurassic - hahaha! hang balik utp, kita tubuhkan parti Rakan Hostel!hehehe...

sesapa pun boleh join asalkan takde kroni dan takde kepentingan utk politikal idea yg sempit dan membencikan!

amacam??? :D

adeknurul - malangnya, perhaps hanya 0.000045% budak2 yg pentingkan agama ni jaga kebersihan sampai macam tu.

and yet, they said "Cleanliness is a part of Faith"

Tak faham teori apa diorg pakai? Bila nak jaga kroni, makin byk idea2 mengarut kononya itulah perjuangan sebenar.

I don't give a a freaking shit about whut they thought. Tapi kebersihan ni isu umum kan? So, sama-samalah jaga rite?

:D

bobo - diorang ada jantika ke athe very first place?

hehehe...

pondan! hmm, maybe pondan paling sesuai.....

:D u got it perfect bro!

khairl hafizi - anda berhak marah di sini. takde kroni dan aku tak kisah pun kau nak mencarut ke apa.

anyway to all my readers, khairil hafizi is one the past MPPUTP yg 'pernah' bekerja dgn diorang (manusia sampah sarap).

so, anda sendiri tentukan diorg ni macamana!

:D

imHepPie - masalahnya bila kita tak mengundi, lagi senang diorang bolot the positions...

macamana tuh??

:P

admiral hafiz - haha! kenapa? korang pun kena influence disuruh pangkah calon2 tertentu ke??

:P

LIEZ - i don't really know the conditions of your school. tapi kat kampus i, memang itulah yg terjadi.

sad, isn't it?

hmm, anyway thanks for dropping ur comment here.

terbuka sungguh topik kali ini. :D

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed