Sehari dua ini asal bangun tidur saja, benda pertama yg akan aku buat adalah picit butang on laptop dan bukak chrome utk update blog2 yg selalu bergerak aktif. Hatta banyak lagi nota2 yg perlu dibaca, ditelaah dan dihafal utk final exam tapi kalau tak update post2 AdekNurul, Cik Tanya Sama hati, Cik Epal, Cik Suraya, Wani, Rose, AkuTakPeduli, LampuNeon, Mashimarul, Dahlia, Bobo, Dandelinoid dan ramai lagi member2 bloggers, aku rasa macam Maya Karin tak pekena nescafe je di pagi hari. Rasa tak lengkap. Macam ada keje yg tak sudah.
Aku perasan jugak kebelakangan ni ramai betul kawan bloggers aku yg clash. Kalau korg selalu blog surf member2 bloggers aku, mesti korang tau sapa yg aku maksudkan. Bukan nak menambah perisa dalam gulai ke apa, sekadar aku cuma nak menyatakan aku bersimpati atas apa yg berlaku. Tak apalah, apapun yg berlaku hidup mesti diteruskan. Yang sudah tu sudahlah, kalau kenang buat membingitkan kepala, menyesakkan nafas, lebih baik lupakan. Maafkan walaupun pahit. Sebab memberi kemaafan itu besar ertinya utk menenangkan jiwa. Okeyh?
Alhamdulillah, aku pun dah lepas 2 paper. Satu yg aku rasa confident dan satu lagi paper yg aku anggap killer paper utk sem ni. Kiranya senang cerita, aku masih ada lagi 4 paper menanti, tapi tak apalah sebab aku rasa masih boleh cope out dengan paper2 tersebut. Tersebut? Macam ayat buat karangan darjah 4. Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu tidur! Hehehe. Apa kaitan? Apa kes? Ntah, jangan tanya. Hehe!
Anyway, kadang2 aku rasa macam tak macho jugak kadang2 kalau lelaki ni sibuk dok bercerita tentang diri dia kat blog. Macam syok sendiri pun ada. Tapi bagi aku, it depends on macamana kau setelkan kemelut yg bergelumang dalam diri kau tuh. Kalau sekalipun kau tak tulis kat blog, tapi kau ada cara yg bagus utk lepaskan benda2 yg tak patut dalam diri kau then it's good for you. Tapi dari kau buat benda pelik2 semata-mata nak lepaskan kemarahan atau ketidakpuasan hati kau, lebih baik kau buat kat blog. Sekurang-kurangnya kau tak menyusahkan sesapa ye tak? Bukan aku paksa sesapa pun baca blog ni. Aneh kalau kau sibuk menghentam lelaki yg ada blog, tapi kau sendiri tak mengerti dan tak pernah jumpa cara yg bagus utk kau releasekan pressure dalam diri kau. Nasihat aku, belajarlah dan cari cara lain. Kalau masalah kau dah menjadi masalah member kau, itu dah lain cerita jadinya nanti beb!
Dan pelik juga aku tak rasa macam 'kehilangan' sangat 2 3 hari ni. Maybe, tekanan utk buat yg terbaik utk final kali ni jadi catalyst utk healing feelings yg mengarut2 tuh. Alhamdulillah, jalan yang aku nak pilih dah semakin jelas dan insyaAllah, aku sedang berusaha membuka hati utk seseorang yang masih belum kunjung tiba. Aku tak mengharapkan banyak sebenarnya, cukupkah kalau kali ini, biarlah dia seorang yg matang dan bijak utk aku bawak bercerita dan berkongsi impian aku. Seronok dan teruja sebenarnya utk mempunyai seseorang dari kaum yg berlainan yang kau sayang utk kau jadikan yang halal utk kau suatu hari nanti dan kau tahu dia memahami diri dan impian kau. Betterhalf? Better than that, it's YOUR PERFECT HALF. :D
Dan untuk menjawab soalan kau wahai roomateku incik Hakim yang handsome lagi menawan berkereta Viva Silver berplet nombor BKF 1637, aku masih single. Tak ada cerita Melaka ke, Kelantan ke, Terengganu ke atau mana-mana negeri sekalipun yang sedang membelengu. It's a fresh new start and i'm gonna back to square one, and if God will, i'll jump to a new leaf. Aku kan ulat hijau, so kenalah selalu melompat-lompat ye tak? Baru padan dengan nama. Wuuhuuu!
Dan kawan Cik Epal yang bernama Naza Atiqah itu sungguh comel, aku rasa. Hahaha! Cik Epal, tak nak kenalkan aku dengan dia? :P Nanti aku belanja kau chicken chop atau burger besar? Kau kan suka makan western food?
Tak apalah kalau tak dapat pun, walaupun terlewat sket follow Family Outing, tapi tetiba aku rasa blog aku dah lama tak ada gambar perempuan yg panas (hot la tuh!). Jadi, aku letak beberapa keping gambar Lee Hyo Ri sebab, aaa, nak letak gambar kawan cik Epal tu, sekali dia dah ada bf la pulak. Hehehe. Tak nak pulak aku kena sound dengan bf dia. Cari pasal di kala final exam begini, bukan pilihan yang tepat. Kalau tengah bosan cari pasal, itu aku selalu juga buat. Haha! Gurau-gurau saja. Enjoy guys! Girls, tak sangat lah kot.... Ahaxz!
(jauh)
(dekat sket....)
(laaaagi dekat.... aish, makin seksi?)
( tadaaa!!! the real her... so natural. and stunningly gorgeous too...)
Peace and love to all, Chiow!
16 ulat gigit daun hijau:
"Aku tak mengharapkan banyak sebenarnya, cukupkah kalau kali ini, biarlah dia seorang yg matang dan bijak utk aku bawak bercerita dan berkongsi impian aku."
kalo ak mmg da out of the list la. xmatang lg haha.nseb bek kin xd letak nk pmpuan matang gk -_-"
same la habit kte pagi2. saye pun suka baca blog org juge~
incik Hakim yang handsome lagi menawan berkereta Viva Silver berplet nombor BKF 1637...
beliau maseh single??haha
gurl korea mmg comel..tpi boys jepun mmg hensem!omg!!!hahaha~
neway daus..aku ade terlompat2 gak bce ayat post ko kali nih...(like always) hahaha~tapi pape pun, moga ko dpt harungi liku-liku hidup dengan tabah!acewah~
o yeah~ setuju dengan peah~ xD
lee hyori lawa gak r~ tapi lagi lawa song hye gyo~ :P
Suraya i - semua orang ada citarasa sendiri kan?
:D
wani - yeah. macam x kena saja kalau x update blog org lain kan?
imHepPie - menawan? saya tak kata menawan pun? :P
haha. dia sudah berpunya. tapi kalau masih nak try juga, carilah kat fb saya yer.
:P
Farhah - u have been my great, great friend all this while. i do really appreciate it.
and thanks a zillion farhah...
:D
imaginary.cat - semua orang ada citarasa sendiri kan?
ahaxz!
:P
yeayyy..suke hyori gak!!die kat family outing sgt sempoi ok..terguling2 aku tgk die wat lawak.uhuhu....
nita - yerp! stuju. lebih2 lagi bila dia tengah compete dengan ye jin.
totally hillarious!
:D
Hahahaha...
Tak nak komen panjang, tapi FB kan dah memang terkenal as tempat menggedik sedunia!
Kalau tak letak status propaganda, aku tak rasa ada orang nak singgah nanti.
Janji kau tak reply comment dia dengan ayat-ayat gedik juga sudahlah.
p/s: Aku tengah musykil..
Adakah kau dah tangkap cintan dengan minah tu sampai kau create post macam ni? :p
*cinderella* - wah, jauh sungguh pemikiran anda. sampai ke situ pulak yer?
haha.
tak adalah. cuma annoyed dengan perangai manusia sebegini. kalau kamu baru dgn fb mungkin kamu rasa itu benda yang 'biasa' tapi aku sudah penat membaca ayat2 mereka yang memenuhi wall aku.
:D
ni cinderella betul ke tipu? :P
Aku cinderella betul yang menunggu kasut gelasku lagi sebelah..
Hahahaha..
Suggestion, tak payah jenguk home wall..
Terus ke profile..
:P
*cinderella* - akan dipertimbangkan cadangan anda itu.
sedarkah anda bahawa anda sedang komen di post yg salah?
hehe...
xpe xpe. no sweat. :D
Post a Comment