Nota kepala 1: Entri ini sedikit panjang. Diingatkan pada ibu-ibu mengandung agar mempercepatkan bacaan bila dah terasa air ketuban tu pecah.
Nota kepala 2: Gua suka style letak 2 keping gambar dalam satu2 entri. Tapi utk entri kali ni gua kumpul semua gambar2 kat bawah ye.
Nota kepala 3: Lu nak gambar lebih2, tunggu gua upload kat FB. Gua malas nk upload malam ni!
Jumaat, 6/11/09
9.15 am: Rumate gua yg tersayang yakni Akim bersama awek dia drop gua kat stesen KTM batu gajah. Diorg kata nak gi Ipoh trus, so diorg lepak dgn gua sampailah tren tiba. Sharp pkul 9.16 pagi, tren jalan. Hati gua sayu meninggalkan bumi Perak nih.
12.05 pm: Gua sampai kat stesen KL. Pusing punya pusing, gua jumpa Masjid Negara yg paling dekat utk gua solat jumaat. Dengan jeans selekeh dan t-shirt sendat, gua bantai semayang. Asalkan gua tutup aurat! Bestnya, gua jumpa dgn salah seorang usahawan paling kaya kat Malaysia, sapa tah nama dia. Syed Al-Bukhary. Haa, kira okeylahkan solat satu saf dgn dia ye tak?
3.00 pm: Gua gerak pegi Maxis KLCC, sebab nak jumpa bapak sepupu gua. Dia keja dengan pos Malaysia, tapi posted kat Maxis. So, gua merasa first time naik van pos, masuk headquarters dia, masuk gudang surat, semua semua lah! Excited giler babi tengok karung2 surat yg muat utk bubuh badan gua kat dalam tuh! Hahaha! Banyak pulak tu!
5.15 pm: Gua pinjam motor bapak sepupu gua pegi Bukit Jalil, nak cari tiket match bola lah konon! Sampai sampai je, ada dekat 2000 peminat bola yg senasib macam gua. Hampeh! Hati gua dah panas dah, datang jauh2 dari Perak nak tengok bola, tapi hasrat macam tak kesampaian. Dem, gua menyumpah seranah dalam hati. Tapi masa tu, gua ingat kalau malam sabtu tak dapat tiket jugak, gua panjat je pagar stadium tu! Hehehe...
9.00 pm: Takde peristiwa penting. Hehe. Gua layan nur kasih sambil call orang2 kampung gua yg datang kot2 ada bawak tiket lebih. Naseb baek ada, tu pun gua kena jumpa dia dan amek tiket tu kat depan stadium. Chantekk!!!
Sabtu, 7/11/09
8.25 am: Matahari belum lagi timbul, gua sekali lagi terpacak depan kaunter tiket kat stadium Bukit Jalil! Sekali lagi tiket dikatakan habis, padahal berlambak2 ulat-ulat tiket tengah cari mangsa nak jual tiket harga mark up! Tak masuk akal betul. Apa diorg gua gila nak bayar RM90 utk sekeping tiket? Gua lagi sanggup panjat pagar la brader!
11.35 am: Singgah gerai pekena nasik lemak ayam Melayu masa otw balik rumah. Masa tu, gua tak yakin orang2 kampung gua bawak tiket, that's why gua usha lagi skali pagi ni. Takut2 diorg sampai baru nak cakap tiket habes, tak ke naya?
2.00 pm: Tidor!!! Persiapan misti mau rapi nak tgk match piala Malaysia lah katakan..... Hehehe!
5.30 pm: Gua bawak motor laju2 sampai stadium. Tengah jalan lagi, jalan dah sesak macam haram! Baru pkul 5 lebih. Tapi yg datang memenuhkan jalan raya tu semua pakai baju merah. Gua senyap jelah, satu negeri beb! Hujan pulak tgh lebat tak hengat!
5.45 pm: Orang kampung gua sampai. Fuhh, naseb baek ah ada tiket! Kitorg berlima merempuh masuk pintu pagar sebab Abang Polis Gila Babi tak nak buka gate walaupun sepatutnya diorg bukak dari pkul 5.30 ptg lagi. Macamana lah peminat tak emo??? Lepas melilau-lilau dekat setengah jam, barulah dapat port yg baek sket. Match start lagi 3 jam! Gila!! Time ni gua terserempak dengan Danny X-factor. Boleh tahan mamat tu, siap pakai topi yg kaler merah putih, pastu ada loceng2 lagi! Hahaha! Tapi dia sempoi la. Gua tegur, dia layan je.
8.15 pm: Player2 Negeri Sembilan dan Kelantan masuk ke padang utk panaskan badan. Sorakan dekat 80,000 penyokong Kelantan dan 15,000 penyokong Negeri Sembilan gamat, gegak gempita satu stadium! Ditambah dengan mercun, bunga api, laungan2 orang utan dan macam macam lagilah! Gua dah hilang fokus nak dengar, masa tu gua pandang padang je, excited tgk trofi Piala Malaysia diarak masuk.
8.45 pm: Match starts! Dan the rest, gua tau lu orang dah baca paper. Pasukan negeri gua, Kelantan tumpas 1-3 pada pasukan Negeri Sembilan. Apa nak kata, Team Nogori main lagi cantik, gua tak salahkan sesapa kecuali sorang defender Kelantan jersi no 25 yg maen macam budak tadika tak cukup makan!! Babi lu!
Sebagai salah seorang penyokong tegar pasukan Kelantan, gua humbly mintak maaf, gua susun sepuluh jari dengan perangai tak bertamadun segelintir penyokong Kelantan yg tak mampu nak kawal emosi diorg. Gua pun kecewa, tapi gua tau peluang tu akan ada lagi season depan. So, kenapa nak emo lelebih ye tak?
Apapun, benda dah jadi, Gua nak ucap tahniah utk Team Sang Rusa. Untuk Team Kelantan, Red Army akan sentiasa berada di belakang anda musim depan dan seterusnya! Jangan putus asa, tahun depan kita pastikan Piala Malaysia, penantian 40 tahun akan terbalas!
Chiow!
(lautan peminat Red Warriors yg datang dari jauh dan menunggu hampir 3 jam sebelum gate dibukak! Tak ke panas hati???)
(gua respek semangat diorg support team negeri kaw2! yang bengong baling mercun cuma budak2 nakal yg dok kat seating bahagian atas. tak berani dok bawah takut kena blasah! bacul ah!)
14 ulat gigit daun hijau:
naseb bukan ko salah sorg yg men mercun bakar2 segala tuh haha..
eh len kali masuk tmpat surat byk2 tuh tolong kumpulkan koleksi stem
wah3...bagus2..semangat2..
bakpo la ada jgk yg lempar2 mercun..
tak pasal2 busuk nama penyokong kelate.. :-(
eheh..seb bek ko x terlibat bkr mercun sekali :P papepun, seyes..aku respek farhan main...sgt kemas dan struggle..tp syg, die x dpt support from his team..plus, inderaputra pun men sgt berusaha~ huhu..takpe, tahun depan kelantan jumpe nogori lagi!hahaha~:P
hehe is it worth it? mcm best je. mesti meriah kan? tp mlgnye kelantan kalah :( xpe2. gomo srwk gomo! hahah..
imHepPie - haha. aku nak tgk bola. bukan nak gi beraya. hehe.
setem?
uish, takkan nak cabut yg kat surat orang lain punya kot.... hehehe!
-atiQah- haha. biasalah.
tak ramai pun yg buat. tapi bila kena, semua kena.
kan?
:)
Farhah - haha. tahniah orang nogori. yeahhh, insyaAllah, kita jumpa lagi di final tahun depan.....
:D
wani - yeah! totally worthy!
seronok gila masuk stadium dengan berpuluh ribu orang yg semuanya satu semangat nak menyokong negeri sendiri...
:D should try!
yeah..bkn smuer pun yg wat mende kanak2 tu kan..and aku sgt kagum ngan gol indraputra yang ala2 beckham ngan lampard tu..:)
Better luck next time team kelantan
coba lagik bro tahun depan...
bLueSpeCky - yeah. mujur masih ada yang faham...
:)
Sharif John - right on bro! better luck, better game.....
:D
Anip - ooowhhhh, itu sudah semestinya!
Post a Comment