(gambar sebelum makan aku tak nak letak, tapi kami makan sikit saja.... heh!)
Aku pun tak tahu kenapa idea aku datang mencurah-curah bila jarum pendek di jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi. Mungkin kitaran tidur aku dah berubah. Otak jadi lebih aktif bila bulan menjelma. Ahhhh, aku bukan vampire! Apa? Ingat aku minat sgt cerita-cerita vampire nih???
Sabtu lepas adalah hujung minggu utk 'melepas'. Bukan melepas sesuatu keluar dari perut, tapi melepaskan tekanan jisim otak yg tepu, setepu susu Fernleaf yg budak2 suka minum tuh! Kecik2 dah suka minum susu, apa nak jadi nih? 3 minggu straight benda yg boleh berfikir dalam kepala ni dijadikan hard disk dan diformat setiap pagi dan petang kerana test, assignment dan presentation. Masa tu aku dah 'atas pagar', sikit lagi nak weng. Kalau tak, aku mungkin update blog ni dari Tanjung Rambutan! Kan? Kan?
Jadinya, plan asal utk melayan Inglorious Basterds tak tercapai sebab cerita tu tak ditayangkan kat Perak! Memang basterd lah! (maaf, bahasa kurang sopan!) Last2, kami layan nafsu perut sebelum melayan nafsu menonton muvi, bukan nafsu syahwat okeyh! Gila kau, semua lelaki beb!
Jadi, Tori Khomi Set dan semangkuk udang pulut dibalut dgn weeds jadi pilihan aku. Lebih bertuah, kami ada wakil pelajar dari Jepun yakni Zuri-Hirumi Abdullah yg memang serba tahu pasal makanan2 pelik kat Sushi King. Macam biasa, sebagai seorang yg memang expert, lauk dia memang sentiasa lagi sedap dari lauk kitorang. Hampeh! Piri Piri Chicken Set jadi pilihan dia. Sempat lah aku pow seketul dua daging ayam dia walaupun Tori Khomi pun sebenarnya chicken set jugak! Hehehe. Tapi sedikit nasihat utk korg yg suka melantak kat sushi king, cubalah rasa Fruche Strawberry atau Fruche Blueberry. Sedap siot! (Aku rasa aku eja fruche tu salah, pedulikan!)
Petangnya, dalam pukul 6.14.34 perpuluhan 544 saat, kitorg melangkah ke panggung wayang 1 TGV jusco. Ahhh, lama sungguh tak bau hapak seat dalam panggung wayang! Nyaman sekali dicampur bau coke yg tumpah, popcorn2 yg berselerakan di seat serta maybe sedikit air liur mahkluk2 asing yg tertidur time layan movie2 yg membosankan (teman awek, salah perempuan!) Tak kisahlah, asalkan dapat feels tgk wayang sejak sekian lama.
Kami layan Jennifer's Body. Prinsip aku layan muvi ini senang. "Kalau muvi tak best, at least aku dapat tengok scene Megan Fox tanggal jaket! Heheheh!" Lelaki kot. Normal lah kan. Lainlah kalau ayat aku macam ni, "Wuish, seksinya Jack Black!" Kalau korang dengar aku cakap macam tu, cepat2 capai benda yg tajam lagi berbisa dan libas tanpa rasa bersalah. Aku bakal memberikan ciuman terulung utk korang!
Chow!
(guys, aku kena letak caption ke utk picture ni? :P)
6 ulat gigit daun hijau:
haha. twilight best! (xde kaitan)
alaaa nak tgk jennifer's body gakkk, bkn sbb nk tengok megan fox bukak baju okay, sbb trailer dia cambest
zuru hirumi lah.. tapi takpe kire pas lah tu.. lepas ni kite makan jellyfish plak. byk lagi tak rasa tu. set tu pun byk lagi tak rasa tu. makan benda pelik tapi halal dan sedap tape. hehe.
huhuhuh. lenkali kalo korang nk g sushi king ajak r aku skali. bebudak ni x mo mkn mknn jepon D:
wani - hahaha! okeylah, SATU saja best.
hehehe.
hmm, don't expect too much of this movie. But i do enjoy the funny scripts...
:D
budak transfer jepun - haha! ooooops, maaf, bahasa jepun watashi masih belum bagus.
:P
jellyfish? Next dishes!!
:D pasti.
imaginary.cat - will do, no biggie. siapkan duit dan perut saja.
hehehe!
:P
Post a Comment