Pemeriksaan Gun Shot Residue (GSR)

Campuran di dalam GSR

Apabila sesuatu tembakan dilepaskan, satu pembakaran akan terhasil akibat dari pelanggaran penghentak dan serbuk letupan di dalam katrij peluru. Serpihan atau ‘Residue’ akan terhasil dan ianya boleh digunakan utk mengenalpasti katrij peluru yg telah digunakan dalam tembakan tersebut. Serpihan ini boleh ditemui pada kulit atau pakaian penembak, pada lubang luka tembakan serta pada objek2 lain yg menjadi sasaran. Proses nyahcaj dari pistol atau rifel yg digunakan, terutamanya jenis ‘Revolver’ juga kadangkala menyebabkan serpihan terdapat pada orang2 yg berada berdekatan dgn kawasan tembakan.


(GSR yg terhasil ketika tembakan dilepaskan)

Antara bahan2 kimia yg terdapat di dalam serpihan atau ‘Residue’ adalah Karbon (Pb), barium (Ba), atau antimoni (Sb). Biasanya, ketiga-tiga bahan tersebut akan wujud secara serentak dan dipanggil bahan primer. Antara bahan2 lain yg kadangkala terdapat bersama adalah aluminium (Al), sulfur (S), tin (Sn), kalsium (Ca), potassium (K), klorin (Cl) atau silikon (Si). Walaubagaimanapun, tiga bahan primer di atas lebih senang utk dikesan kerana ia tidak akan memanas seperti yg berlaku pada serpihan atau ‘Residue’.

Selain itu, bahan primer akan mengikut arah laluan senjata dihalakan dan menurun secara berkurangan mengikut arah peluru. Oleh itu, bahan serpihan primer lebih senang dijumpai pada sasaran atau luka tembakan dalam jarak sekitar 200 meter.


(kesan tembakan pada t-shirt normal)

Katrij peluru, peluru, kelongsong serta jaket besi juga mengandungi bahan spesifik yg boleh dikesan. Secara fizikalnya, kesemua katrij peluru adalah diperbuat dari tembaga (70% gangsa dan 30% zink). Hanya sebilangan kecil yg mengandungi logam nikel (logam syiling). Peluru pula adalah terdiri dari karbon dan antimoni, dengan sgt sedikit yg mengandungi teras aloi yg diperkukuhkan. Jaket peluru pula selalunya diperbuat dari tembaga (90% gangsa dgn 10% zink), tetapi ada juga yg diperbuat dari aloi yg diperkukuhkan atau aluminium. Kelongsong juga kadangkala mengandungi logam nikel.

Pengesanan GSR

Teknik utama utk mengesan serpihan primer adalah dgn mengaplikasikan:

1) Analisis Pengaktifan Neutron (NAA)

2) Spektrophotometri Penyerapan Atom (AAS)

3) Meng’scan’ Mikroskopi Elektron dgn Analisis Penceraian Tenaga (SEM-EDA)

Untuk menjalankan teknik-teknik ini, sample mesti diperolehi dari permukaan kulit mangsa di tempat kejadian. Kelewatan mendapatkan serpihan, pergerakan mangsa atau basuhan pada anggota badan akibat dari bedah siasat atau ‘autopsi’ akan menghapus atau memusnahkan GSR.

SEM-EDA telah diakui sebagai antara teknik terbaik dalam mengesan GSR.

Teknik mengumpul GSR tidak sukar dan agak senang utk dijalankan di tempat kejadian. Satu permukaan atau pemegang bergetah (gummed) akan diusap secara langsung pada permukaan (kulit atau sebagainya) untuk diuji. Pemegang tersebut yg mengandungi serpihan boleh terus dibawa ke makmal utk ujian dgn menggunakan alatan SEM. Teknik pengumpulan Polivinil-Alkohol (PVAL) telah dicipta bagi memastikan taburan topikal GSR serta penyampelan bahan2 lain seperti darah terjaga dgn baik.


(ukuran sebenar kemungkinan GSR yg terhasil dari tembakan pada sasaran)

Kelebihan utama teknik ini ialah: SEM akan mendedahkan maklumat terperinci permukaan sebenar dari bahan yg diuji, utk dibandingkan dgn contoh GSR yg telah diketahui serta gambar2 yg telah diambil dari tempat kejadian. Sebahagian besar bahan dari serbuk letupan yg telah separuh terbakar dan sfera GSR boleh diasingkan dari bahan2 lain yg mencemarkannya.

Harus diingati, mana2 bahagian badan yg berada berhampiran dgn kawasan tembakan juga mungkin mengandungi serpihan jelas yg konsisten dgn tembakan yg dilepaskan. Pakaian mangsa harus dibiarkan pada badannya sehingga dibawa ke makmal utk bedah siasat atau ‘autopsy’ kerana sedikit kesilapan pengendalian akan mengubah lubang kemasukan peluru dan mengubah cara GSR perlu dikumpulkan serta memerlukan maklumat lain dalam mengintepretasi tempat kejadian.

Analisis GSR memerlukan penilaian yg teliti. Hasil positif palsu mungkin disebabkan pencemaran atau pemindahan GSR kepada anggota badan mangsa akibat kecuaian, atau apabila anggota badan dicemari oleh GSR dari tembakan sebelumnya. Hasil negatif palsu pula mungkin terhasil apabila membasuh tangan (ketika tempat kejadian sedang disampelkan) atau mangsa yg memakai sarung tangan (gloves). Rifel dan ‘shotgun’ mungkin tidak menghasilkan GSR pada tangan.


(serakan GSR)

SEM sgt berguna dalam mengenalpasti peluru, di mana bahan2 yg terdapat pada atau berhampiran mangsa seperti fragmen atau pecahan tulang mungkin dpt digunakan dalam pengstrukturan semula tempat kejadian. Ia juga digunakan utk mempelajari kesan yg tertinggal pada alatan akibat dari hentakan pin tembakan di dalam bahan2 yg wujud pada katrij yg telah digunakan. Penemuan kesan ini mungkin sgt bermanfaat dalam menentukan jenis pistol yg telah digunakan utk melepaskan tembakan. Hasil dari satu kajian mendapati SEM mampu mendedahkan dgn jelas kesan pada permukaan dengan peratusan 50% utk impresi dari ‘shotgun’ manakala 75% impresi dari senjata jenis rifel, dgn persamaan pada 4 atau lebih karakteristik utk seseorg individu bagi kategori yg sama.

p/s: kalau nk tembak sesapa, prepare je berus cat, plastik dan minyak tanah. tau kan apa nak buat? :P


1 ulat gigit daun hijau:

This comment has been removed by a blog administrator.

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed