Langkah kaki ini semakin teguh

Seteguh rasa di hati

Hati junjungan panglima cinta

Secinta abadi ratu idaman


Gelanggang musim berombak

Ombak kasih anyaman rindu

Serindu jasad pada nyawa

Bernyawa demimu di setiap detikan waktu


Terbangan irama menghinggap getaran

Menggetar… menghidup… mengalunkan…

Alunan kepercayaan tiada penghujung

Hujungan sayang pelabuhan cinta


Larian waktu kian pantas

Sepantas degup hembus nafasku

Bernafas atas nama terunggul

Seunggul dia di mata, hati dan jiwa...


Larian Waktu

16 Julai 2006


Terdapat cinta di sini. Cinta yang tak pernah mati. Cuma satu keterbalikan rasa menyebabkan aku tersungkur dan rebah. Derita untuk satu waktu yang cukup lama. Ia menyingkap kembali realiti-realiti yang pernah sekali bertapak di lubuk hati paling dalam. Sebelum aku melangkah pergi,


Terima Kasih untuk derita itu…

2 ulat gigit daun hijau:

i couldn't say anything but wow~
:)

terima kasih.
bukan thank you.
tapi terima kasih...
:D

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed