(who can name the price of the hug by a mother?)


Masa kita kecik2, pernah tak kita bilang brapa kali mak kita cakap “Kalau orang buat baik dgn kita, kita mesti balas budi baik orang tu”. Pernah? Hmm, memang membalas budi satu amalan yg mulia. Dituntut di sisi agama dan disuruh pula adap budaya kita. Aku tak nak deny benda baik ni. Just kadang2 aku sesaja terfikir, ada tak cara utk kita ‘membalas budi’ org lain dgn ‘lebih’ baik? Lebih baik drpd yg kita amalkan selama ini.

Kalau dalam bahasa omputehnya, membalas budi ni lebih kurg maksudnya dgn frasa ‘Pay It Back’. Jadi, instead of kita Pay It Back, apa kata kita cuba “Pay It Forward’?


(one to many, many to more many to more many...)

Pay It Forward?? Menatang kejadah hapakah Pay It Forward ni?

Pay It Forwad ni adalah cara kita membalas budi seseorg pd kita dgn membuat kebaikan pada org lain dan bukan pada org yg berbudi pada kita. Senang crita, aku bg satu contoh dgn menggunakan nama2 member2 baik aku. Ojan belanja Daus makan kat Signatures KLCC contohnya. Daus tak perlu membalas budi Ojan, sebaliknya Daus kena tolong Suraya baiki tv LCD Sony yg rosak. Suraya pulak akan tolong Bobo buat kerja sekolah matematik (Hehe! Contoh je ye bo? Jangan marah beb!). Bobo akan menyambung kitaran ni maybe dgn menolong Tirah temankan pegi shopping lipstick dan make up Avon contohnya. Contohnya saja. :P

Korg nmpk tak cycle tu? Ianya adalah satu kitaran ringkas yg terhasil dari menggunakan contoh2 yg terdekat dgn aku. Baru 5 org tu. Cuba bayangkan kalau kita apply konsep Pay It Forward ni dalam kehidupan kita. Kita apply pada family kita, pada geng2 kita, pada member2 housemate kita, pada lecturer2 kita, pada officemate2 kita, pada sesapa saja. Utk permulaan, kita tak perlu susah payah pergi jauh2, just perkenalkan konsep ni pada member2 baik kita dan jadikan diri kita org pertama yg menolong member2 kita.

Seterusnya, jangan minta balasan. Tetapi explain pada member2 kita supaya membalas budi dgn membantu kawan2 yg lain. Dan org yg dibantu member2 kita tu harus membantu kawan2 yg lain. Jika boleh, gandakan ‘tahap’ bantuan itu biar semakin bertambah baik. Kalau bantuan pertama tahapnya 10%, bantuan kedua kalau boleh biarlah 20%. Tapi itu bukanlah satu kewajipan guys, sebaliknya apa yg penting ialah membalas budi pada org lain. Senakin luas konsep ini diamalkan, maka semakin ramai org yg akan menerima bantuan dan semakin ramai yg sudi utk membantu. Tetapi firstly, ianya adalah tanggungajwab korg utk memastikan member2 korg faham akan konsep ini.

Rasa tak seronok sebab korg dah bantu org lain, tapi takde org bantu korg? Jangan risau guys! Suatu hari nanti jika korg percayakan konsep ni, believe me, there will be somebody outside there destined by The God to help you. Jangan tunggu bantuan korg dibalas, sebaliknya sematkan keikhlasan dalam bantuan korg itu, walaupun itu mungkin cubaan pertama korg utk mulakan Pay It Forward ni. Be proud of it guys. Korg dah mebantu org lain. Dan If God wills, someday bila korg sendiri yg berdepan masalah, someone will come to you saying that…

“Don’t’ worry. I’ll do Pay It Forward for you.”


(Pay It Forward dalam kebaikan ye? Bukan utk cinta. Hehe!)

Time tu mesti korg dah terlupa yg korg pernah buat Pay It Forward ni. Dan maybe jugak korg akan tersenyum simpul sebab korg tau, this is what you get when you do something good to others. Tapi Tuhan slalunya tak lupa org yg berbuat baik, kerana kebaikan akan dibalas dgn kebaikan. Simple bukan? Tak perlukan sistem yg rumit2, just bila korg tolong kawan2 korg, katakan ia adalah satu Pay It Forward. And you should be proud if you help your friends better than the help you have received by others.

Dalam agama mana skalipun, membalas budi dgn lebih baik tak pernah dilarang. Ikhlaskan niat, pastikan member2 korg faham konsepnya dan keep hoping dia akan teruskan konsep ini. Wouldn’t it be nice if semua org dalam Malaysia kita ni faham konsep Pay It Forward ni? :D

Orang Cina yg mahir dalam perniagaan mungkin boleh membantu orang India. Orang India yg pakar dalam bidang IT mungkin boleh membantu Orang Melayu. Dan Orang Melayu yg dalam pengetahuannya tentang pertanian dan budaya mungkin membantu kembali Orang Cina. Dan alangkah bertuahnya kita jika semua kaum saling membantu dan mengutuhkan hubungan kaum yg ada? Bukankah Malaysia kita akan lebih makmur? Tidakkah dapat kita mencapai SatuMalaysia atau OneMalaysia dgn lebih cepat melalui konsep ini?


(tercemar nilai bangsa bila kita meletakkan kemarahan dan kebencian pada peringkat tertinggi dalam minda kita...)

Peristiwa 13 May selalu dikenang sbg antara peristiwa paling menyayat hati dalam sejarah bangsa Malaysia. Berpuluh2 kempen perpaduan sudah dirasmi dan dilancarkan kerajaan, tetapi hari ini di mana2 kedengaran Orang Melayu tak puas hati dgn Orang Cina kerana menguasai bidang perniagaan. Orang India dan Orang Cina pula tak puas hati dgn ketuanan Melayu. Tetapi sampai bila? Jika umur semuda 20 30 tahun, mungkinlah kita masih mampu melaung2 di demonstrasi jalanan. Bila umur sudah 50 60 tahun? Nak angkat kaki sendiri pun kena minta bantuan anak2 kita, kita masih nk bertelagah sesama dgn sahabat sebangsa?

Fikir2kanlah. Mungkin satu hari anak2 kita yg bernama Najib akan bermain bola dg Anwar, Hadi Awang, Guan Eng, Sami Vellu dan Karpal Singh. Tapi bapak2 nya masih sibuk berebutkan kerusi panas di DUN2 dan Parlimen2… Hehe!


(kenapa kita gunakan lambang merpati putih utk keamanan? bukan sang harimau si raja rimba, atau sang singa si raja hutan??)

:D

Chiow~

3 ulat gigit daun hijau:

yeah!setuju!(sambil menghentak meja)

hehe!
babe, bila mau follow blog aku daa? bangga tau biler cik farhah follow blog gue?
:P

oi2...asal aku tak nampak pun follower kat blog ko?ade ekk?hahaha..aku explore jap..kalo ade..ade la buah epal aku tuh ha..hahaha

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed