Baru saja selesai mengkhatam sebuah filem Melayu di pawagam! Pelik? Yelah, sebab kalau ikutkan hati, takde masa beb nak tengok crita Melayu kat pawagam. Bak kata member baik gua Encik Pisunk, takde makna! Sound tak best lah, action hampeslah, storyline stereotaip lah, boleh kata semuanya yg bersifat dhaif, mazmumah dan melemahkan semangat semata2.

Tapi kali ni aku tak putus semangat. Aku melangkah jugak ke TGV KLCC hari tuh. Rupanya kali ni aku tewas. Penglipur Lara tewas dengan sebuah filem Melayu karya Ahmad Idham walaupun slalunya aku slam dia habes-habesan sebab buat filem2 sampah! Tapi kali ni baru aku tau Ahmad Idham ni sebenarnya kreatif dan berani berkarya bila tak terpengaruh sgt dgn filem2 yg berhasrat mengaut keuntungan semata2. Rempit?? Perghhh! Crita paling loser aku pernah tgk!


(Awal, Haziq dan Heliza. Rempah ratus adabi utk Syurga Cinta)

Tapi kali ni buah tangan beliau menjadi, “Syurga Cinta”. Jalan cerita yg cukup simple pada pandangan aku, tetapi garapan dan adunan pelakon2 yg perlbagai umpama penambah perisa nyum2 pada muvi ini. sgt kelakar, sedikit mendalam pengertian pada dasar2 agama serta sedikit kecomelan Heliza membuat aku tak sayang duit membazir sploh hengget utk filem ini!

Membazir? Hmm, tak sesuai gua guna perkataan tuh. Maybe sedekah! Maybe… Sedekah ada jugak hasil kan? Ye tak?

Let’s check out Filemometer “Syurga Cinta” mengikut kacamata Penglipur Lara! Kriteria yg pertama, Plot atau “Jalan Cerita”.

Pada aku, Syurga Cinta adalah kisah simple seorg pemuda bernama Irham lakonan Awal yg berasal dari keluarga yg kaya tak hengat, berniat pada awalnya utk mempermainkan cikgu yg comel, cute, mata bulat, manja, berbudi bahasa.. (eh, lebih2 pulak gua! lol!) yg mempunyai pegangan agama yg kuat iaitu Cikgu Syuhadah lakonan Heliza. Usha punya usha, si Irham ni berjaya memikat hati Cikgu Syuhadah. Itupun dgn bantuan Haziq (dalam filem ni nama dia Ikmal). Bila dah berjaya, Irham kena break off dgn Cikgu Syuhadah depan member2 dia sebab diorg dah betting utk memainkan perasaan Cikgu Syuhadah yg suci murni tuh!

Dari segi plot, takdela gempak mana kan sebab mcm dah ramai je buat? Tapi percayalah pada aku, Syurga Cinta tetap lain dari filem2 melayu yg bersepah-sepah sebelum ni. Bahkan, kalau boleh, aku nak letakkan Syurga Cinta ni satu level dgn filem2 sperti Cinta, Sepi, Baik Punya Cilok, Buli, Cuci, XX-Ray, atau satu level lagi rendah dari Puteri Gunung Ledang.Penangan sebab slalu kutuk filem Melayu, Syurga Cinta buat gua sedar betapa selama ni gua tak brapa support industri filem gua sendiri!

Maka, dengan ini buat first time kalinya, gua bagi 3.5 per 5 utk filem Melayu yakni Syurga Cinta bagi poin plot!! Tepuk3!

Utk poin Character Development atau “Perkembangan Watak”, aku rasa Syurga Cinta paling layak menerima 4.0 per 5. Seyes beb! Gua tak memain. Especially acting dari lelaki kegilaan gadis-gadis masa kini, Awal. Awal dari seorg mamat yg spoilt dgn kemewahan dan maksiat je spanjang masa boleh berubah menjadi seorg mamat yg menghargai agama dan cinta. Dan dalam transformasi tu, macam2 hal dan kejadian yg berlaku. Paling gua tak boleh lupa, scene nak teguk alcoholic drinks kat club tu, si Irham ni siap boleh baca Bismillah beb!

Kelakar, sedih, heppy semua ada! Aku rasa memang inilah yg menjadi tunjang kekuatan filem ini sebab klau ikutkan hanya watak2 utama yg mempu menyinar sebab skejap sgt muvinya. Parents Awal dalam crita ni lakonan Mustapha Kamal dan Dian P. Ramlee memang sangatlah aku tabik! Watak perents yg gemar bersosial dan merosakkan hidup anak mereka sendiri bukan senang nak bawak beb. Tapi sayangnya sbg penonton, filem ini habes tanpa memberitahu penonton apa yg terjadi pada kedua watak tersebut.

Sebab aku takde point action atau “Aksi” utk Syurga Cinta, aku ulas lebih sket pasal Heliza. Heliza walaupun baru biji benih warna hijau kacang panjang dalam industri seni lakonan ni, tapi bagi aku lakonan dia menjadi. Well, utk org baru okeylah tu. Dialog2 dan gerak lentok badan beliau quite ‘masuk’ dgn Awal. Tapi yg sket slack ialah bila kadang2 Heliza bercakap, she sounds like ustazah. Patutnya Heliza sbg Cikgu Syuhadah lebih ‘relax’ dalam menyampaikan nasihat2 pada Irham. Akan tetapi, bila si Heliza ni buat scene2 comel, gua pun tak tahan beb! Seyes comel! Cun! Shweeet giler!!




(Apasal kekedang aku rasa Heliza ni copycat lecturer ADS kitorg?? atau hnya aku?)


Terutama bila dia buat scene “S.A.B.A.R. Sabar…” sambil senyum manja ala2 Jun Ji Hyun dalam My Sassy Girl! Hehe! Ala, islamik islamik pun klau awek tudung dah comel, layan saja la ye tak? :D


(Eh, ada awek korea dalam Syurga Cinta? Bapaklah!:P)


Dan bila part sedih yg aku tak tahan tuh! Dalam hati aku dah cakap, “B**i la kau Awal! WTF ko buat awek aku macam tuh! Hehe! Eh, muvi kot.” Sambil aku tersenyum sendirian. Takdela, itu cuma metafora aku nak membuktikan lakonan diorg memang kaw2 punya. Part sedih je satu panggung diam, brader kat sbelah aku siap pegang tisu beb! Tapi dia kaver la so that awek dia kat sbelah takdela nampak dia mcm mat bunga sangat. Tapi overall, gua respek sama semua pelakon dalam ini filem. Kalau macam ni, gua tak malu nk recommend filem Melayu kat member2 Chinese atau Indian.

So, pada couple2 yg mencari filem yg relax, happy2, n nk enjoy time weekend, gua suggest 5 bintang korg tgk “Syurga Cinta”. Puas hati beb utk filem Melayu. Kalau pun takde action yg lelebih CGI nya, tapi sekurang2 nya set dalam kepala hotak korg nk tgk muvi yg relax. So, in the end korg dapat apa yg korg expected and at the same time jugak, kalau dapat secebis dua pengajaran dalam crita nih, itu dah cukup baek. Yeehaaaa!!

Eh oh lupa, watak2 member Irham lakonan Shaheizy Sam dan Fizz Fairuz pun memang sempoi! Gua tertanya-tanya bila mamat Shaheizy Sam ni dapat role hero? Hmm… boleh kasi dia dialog2 lan**u sket ye tak?

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed