Tarikh 12 May dah 3 hari lepas. Pagi2 lagi aku dah hantar sms utk dia wishing ‘Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa sihat di samping keluarga tersayang’.

Takde reply. Maybe dia tak baca pun sms aku. Maybe. Dapat, pastu terus buang… kan?

Terkadang rasa malas nk menulis tentang hati dan apa yg membuat blog jadi macam surat cinta zaman skolah2. Tapi bila stiap kali 12 May, aku akan bangun pagi dgn rasa dub dab dub dab!


“Dia tau ke aku masih ingat lagi birthday dia?”

Takde jawapan. 

“Ingat kot…” Cubaan utk sedapkan hati. 

“Nak mesej xnk?”

“Ahhh, mesej je. Bukan ade pape pun!”

 

Laju je tangan aku menyentuh skrin. Sent! Dah, lupakan, dah hantar dah pun. Takde pape dah.

Yeke?? Yeke takde pape?

Time tgh mandi nk gi ofis, slalunya aku amek masa 10 minit je. Tapi sebab ‘takde pape’ hari tu, dekat stengah jam aku kat dalam bilik air! Pasang shower to the max, pastu sandarkan kepala kat dinding, fikir. Tengok siling, tengok air, sama je. Takde pape yg brubah.

Kluar bilik mandi, iron baju sket. Tengah sedap2 tangan kanan gosok…

Swoooshhhhhh!! Aku swing kat ibu jari tangan kiri yg tgh tekan baju. Adoii!! Rasa mcm nk tersiat kulit. Panas siot! Dah la iron, pakai jela. Baju iron tak iron, klau tak hensem, mcm ni lah jugak. Ye tak?

Sampai KL sentral, orang masih tak ramai. Aku lepak jap kat couch sambil tengok orang beratur. Kira cam silent observer. Padahal fikiran masih dok berlegar2 pada dia. Dah bangun ke dia? Dah makan ke? Dapat ke tak sms aku td? Dah 4 tahun, ntah2 dia dah lupakan aku terus…

Tengok jam, pkul 7.02am. lambat lagi. Lepak tggu next LRT lah, orang tak ramai sikit.

Usha…

Usha….

Aiyak!! Dah 7.45am! Pergh, dekat 45 minit dok melayang fikir pasal dia. Ingat Tuhan pun kadang2 tak selama ni. Adeyh! Bangun terus naik LRT. Dalam LRT pun sama, gelak ketawa dia masih bermain2 kat anak mata. Aku try tepis sket2, tak nk menyiksa hati sebab kejap lagi nk masuk ofis, aku nk focus kerja.

Tak dapat beb! Last2, sampai KLCC, aku jalan menonong. Kau nk datang dalam fikiran aku, kau datanglah. Aku dah penat nk tahan2. Boleh kata seharian hari tu fikiran dok berlari2 pasal dia je.

Kting! Jam dah tunjuk 5.20pm. Pandang kiri kanan, ada lagi 4 5 org staffs yg masih tekun kat cubicles diorg. Hmm, hari ni kluar awal sikitlah. Lepak kat taman depan tu.

Jalan. Tak sampai 10 minit aku dah dapat port couch betul2 bawah pokok yg redup. Ada beberapa pasang couple tgh melayan cinta masing2. No hal. Aku tak maksud nk kacau diorg. Lantak! Maksiat? Aku bukan budak RM…

Tarik nafas dalam2, lepas. Sambil lepas, aku cuba lepaskan skali bayangan dia. Alhamdulillah, 4 5 kali buat mcm tu, aku dah rasa lain. Mata aku baru boleh nampak benda lain slain dia. Hmm, 4 tahun dah Diyya. Kenapalah susah sangat aku nk release kau, padam segala kenangan kau dalam kotak memori nih?


“Assalamualaikum? Adik buat apa kat sini?” Sorang brader tetiba tegur aku. Nampak cam baik.

“Waalaikumussalam. Heh. Takde pape bang. Saja lepak lepas balik ofis. Cari ketenangan skit.”

Dia senyum.

“Owh. Hmm, cari ketenangan? Macam problem awek?” Tepat! Skali shoot dah kena. Sedara mara David Blaine ke apa brader ni?

“Awek? Takdelah bang. Crita dah lepas. 4 tahun. Tinggal sayang je masih tertinggal. Hari ni birthday dia…” Aku pun heran apasal aku senang sgt crita hal2 mcm ni kat brader tu. Ntah. Laju je mulut aku bercakap.

“Macam tu. Hmm, adik nampak tak akak yg pakai baju merah tu? Yang tengah dukung baby tu?” Sambil hujung ibu jari kanan dia melurus ke sorg perempuan berbaju kurung merah. Perempuan tu pulak mcm tau2 je, trus berpaling, sempat la aku usha kelibat wajah dia. Cantik…

“Nampak bang. Bukan jauh… haha!”

“Tu isteri abang. Cinta abang yang ketiga. Yang first, dia tinggalkan abang. Yang second, usia perkenalan kami cuma stahun je, sebab dia pergi dulu. Abang tak tau awek adik ni cinta yg keberapa, tapi yg pasti abang boleh nampak adik memang benar2 sayangkan dia kan?”

Aku diam.

“Lupakanlah dik. Terlalu pendek hidup kita sbg lelaki utk menghukum diri kerana wanita dan maaf abang kata, dayus untuk kita mengalah dengan cinta pada wanita melebihi cinta pada Ilahi. Lupakanlah dia. Yang terbaik, adik doakan dia bahagia. Abang tak nak doakan, tapi andai ada jodoh adik dgn dia, tak kemana dik…”

“Tak bang. Saya takkan doakan kami ada jodoh. Cukuplah sampai sini.” Aku senyum.

“Itu lebih baik. Dah. Adik dah solat asar ke ni? Sembang2 pasal cinta sampai lupa solat, tak kemana kita… kan?”

“Haha! Betul. Dah bang. Erm, saya balik dululah. Malas nk kejar2 naik ktm nti. Abang taulah kan KL mcmana bila ofis hour habes. Erm, saya Firdaus, abang?”

“Faham2. Hee. Panggil abang, Mie je. Azmi.” Dia sambut salam aku.


Lepas tu aku blah. Dalam beberapa langkah aku menapak, aku berpaling dan tgk dia berjalan menuju pada isterinya yg tengah melambung2 anak lelaki dia. Terdengar hilaian ketawa mereka berdua bila si anak tu ketawa. Indah.

Aku sambung berjalan dan membuang pandang pada KLCC.


“Tuhan, lepaskanlah dia dari aku. Biarlah 6.03 pm 12 May 2009 menjadi titik akhir memori Diyya mengalir lesu dalam minda aku.”

Selamat tinggal Cinta yg telah lalu… 

Diyya, umpama bidadari kau datang dalam hidup aku, aku lepaskan kau pergi bagai bubuk2 dedaun yg hilang balik redup pokok2 di taman KLCC~


(first picture of her taken in front of The Store KB, with my nokia 7610, lagi 2 minggu nk pmr '03...)

5 ulat gigit daun hijau:

Daus~~~

Nape ko pendam sorg2?
Smpai hati ko...
Mesti ko puas aku membebelkn?
Memang pun!
Hahahaha~
Bgusla ko jumpe abg tu...
Mungkin sestgah perkara bila diberi pendapat oleh orang lain adelah lebih baik dr kwn sendiri..

Jodoh,ajal suma dlm tgn Tuhan...
Kita hanya merancang..
Ape yg aku tau,ko da wat yg terbaik...so xde benda yg ko perlu kesal..

Lgpun buat ape kita ingt org yg xingt kte?
I learn that the hard way bro..
Heh...

Papehal aku mmg xlupe ko n korg2 suma yg kwn aku ni..

N kejarangan aku kontek korg xde kaitan dgn penyejuk hati aku...

Anyways,keep in touch..sempat2 kte hang out bila aku intern nnt...
Salam~

firdaus.. now im understand~~

aku pn no comment..
aku pn makan tak abis lg..

betol3..aku sokong pendapat komen di ats..

the best is yet to come...
someday u'll find someone better. =)

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed