(31 ogos 2005, sambutan k'merdekaan.. klasik!)
Tarikh kejadian: 20 May 2009
Masa : agak2 dalam 10-15 minit nak maghrib
Lokasi :
Tgh aku lepak2 sedut angin maghrib, biasala baru balik opis, mesti nk lepak2 luar umah lu baru masuk. Ye tak?
Tetiba aku terfikir satu benda. Taun ni dah dua ribu semilan, taun depan dua ribu speloh. Dalam bulan 7 taun depan, aku dah bukan lagi student yg kena mengadap buku2, esemen, test dan final exam. Semua tu dah takde. Semua akan ditinggalkan. Kalau tak sambung master la.
Tapi spanjang aku hidup 21 taun nih, aku rasa mcm byk lagi benda-benda pelik yg aku tak buat dan aku tak rasai. Kalau katalah maut menjemput di usia 60 taun, maknanya aku ada lebih kurng 49 taun lagi aku nk completekan wish (ke aku nk panggil must-do list?) nih.
Aku nk semak balik apa aku dah buat, especially time skolah menengah. Kalau korg rasa tak penting dalam kamus hidup korg, sila skip ke post lain. Ni luahan rasa gua!
Tapi klau yg bosan cam haram dan dari korg dok klik-klik icon YM, Gtalk atau bosan menunggu YouTube yg slow, baik korg layan bebelan aku ni ye tak? Mana tau korg pun pernah buat benda2 nih.
Benda2 ‘cool’ time skolah menengah…
1) Memecah masuk asrama puteri waktu Light-Off
Benda best ni gua pernah buat masa F4. Masa tu gua prefect. Tapi sebab gua bengang dgn cikgu yg membebel disiplin budak2 F4 (batch gua) kat masjid, lepas smayang isya’ gua plan ngan member2 gua budak atas kitorg nk pecah masuk time habes prep. So, dalam pkul 12 lebih2, warden dah balik umah. Dan kitorg menjalankan misi ‘meronda’ aspuri!
Dgn t-shirt linkin park kaler itam, gua bersama lagi 4 orang member gua merentas
Lepas hampir nk tercabut tulang belikat jalan tunduk2 kat koridor, kitorg sampai tingkat 3. Time tu, gua dpt tgk pemandangan yg begitu indah skali. Dari sesi perbualan pillow talk dan sesi usik mengusik ehem ehem yg begitu mesra layaknya, dapat gua andaikan diorg ni memang gatal! (dorm f5 boleh tutup lambat, sebab senior) Sorg member gua gi jumpa awek dia dan selepas lebih stengah jam ‘menikmati’ pemandangan malam yg mendebarkan itu, kitorg turun berlari nk habeh nafas sbb ada budak f2 menjerit bila nmpk kitorg cam hantu minyak tersusup-susup nk godek reopen pintu pagar blakang.
Sambil lari tuh, dalam hati masing2 berdebar-debar sebab gua tau lepas ni akan ada head count kat aspura. Dah slalu mcm tu. Tapi dgn otak bijaksana member gua, dia dah prepare kain sarung awal2 kat masjid. Bila head count dibuat, kitorg jalan balik dari masjid, bila warden tanya…
“Mu pat oghe ni maghi mano? Tok gheti nok tido lepah light-off??”
(kamu 4 org ni dari mana? Tak reti nak tido lepas light off?)
“Negho sejid cekgu. Takdok oghe geghok.”
(tertidor kat masjid cikgu. Takde org kejut.)
“Prep?”
“Tok gi cekgu. Negho.”
(tak pegi cikgu. Tertidor.)
“hah! Beghatur sini. Nok suruh hungga sikit male2 nih.”
(beratur kat sini. Nak suruh korg berlari sikit malam2 ni)
Lepas tu, kitorg kena lari keliling court bola tampar lebih kurg 30 round. Warden tu tersenyum puas sebab dia rasa mcm dia dah jalankan tugas dia.
Dan kitorg pun senyum gak sebab kena denda ponteng prep. Hal pecah masuk aspuri sampai ke SPM x pecah. Anyway, senyum kitorg lagi ber’makna’ dari senyum warden, heheh~
Rating kepuasan: 9 bintang!
2) Memiliki hamba tebusan dari kalangan Form 1 yg lembik2
Antara pengalaman paling best di hostel. Aku ada sorg budak suruhan, Apih(bukan nama sebenar). Budak ni nk kata manja, xde la sgt. Tapi senang mengikut kata. ‘Lesen’ memiliki hamba hanya diperoleh time F5. Lu gila nk ada hamba time F4? Nak jadi ‘gulai’ budak2 F5?
Senang beb. Hidup gua di hujung minggu sgt terurus. Lepas klas hari khamis (prep ptg xde), aku akan longgokkan uniform2, dan benda yg perlu dibasuh dgn tangan2 form1 yg lembut itu. Aku tak nak budak form2, tangan dah kasar. Aku mau tangan yg masih ‘suci’ utk mencuci segala barang2 aku.
Budak ni memang sempoi. Klau dia outing, aku kirim beli ais kacang ke, ayam goreng FAMA ke, beli komik gempak ke, wira tunggal ke, konpem dia beli. Siap bagi trus kat aku, padahal aku nak baca je. Lepas baca, aku bagi balik ah, tapi pakai duit dia. Takpela, aku nk asuh dia minat membaca. Ye tak?
Tapi okey la, lama2 budak ni bila aku nk kluar lepas SPM, dia dah pandai berdikari sikit. Pandai basuh baju sendiri. Pandai iron baju utk aku. Tau kat mana port nk lepak klau nk ponteng prep yg clear. Kalau nk ponteng masjid, jangan sesekali bagi alasan sakit perut. Semuanya aku turunkan. Hatta ilmu nk telefon free kat public phone pun aku bg. Ilmu nk pow air tin kat vending machine je aku tak turunkan. Takkan nk bagi semua? Lemak la tu!
Paling best, bila aku dtg balik time konvo, si Apih ni dah form2. Jumpa aku je dia trus salam. Maknanya dia ingat lagi. Baguslah. Aku dulu pun kena camtu gak, lebih kurg. Tapi xdela nk bengang kat senior
Member2 aku kat Faris Petra, Semesta, Sesma, Star pun sama. Skrg? Aku dah tak tau.
Rating kepuasan: 7 bintang!
(member2 sebatch spm'05, ada yg dah fly, dah kawen, tgh keje, macam2... :D)
3) Bergaduh ngan akak/makcik/pakcik/abang dewan makan @ kantin yg berperangai jembalang
Aku ingat lagi, ada sorg pakcik dewan makan ni dia tak pernah senyum kalau time tuang lauk. Kalau dia senyum pun, konfem huduh! Itu aku tau, tapi at least, senyum je la
Lama beb benda ni happen, last2 kitorg dah tahan, mulalah plan jahat terancang di kalangan setan2 btch dgn bakal2 doktor dan engineer.
Cubaan pertama kitorg nk cilanatkan pakcik ni ialah dengan cara memberi sindiran2 ‘manis’ semanis kurma seperti…
“Kenapa masam sgt ni pakcik? Bini pakcik sawan babi ke? Senyum la sikit, mana tau balik umah nti, bini pakcik normal balik…”
“Pak cik dulu keje tentera ke? Patutlah muka tak design nk senyum.
Yang ni paling best (ayat member aku, Iqbal, aku masih tak sekejam dia…)
“Woi binat**g. Kau kalau nk keje macam Perdana Menteri, kau balik
Bila pujian2 melambung itu tidak diendah, perang saraf terpaksa dimulakan. Pagi jumaat, kuih yg terhidang cumalah seketul karipap. Tapi kitorg ramai2 budak form 5, pakat amek tray. Dah habes makan…
Fiiuuuunggg! Banggg!!!! Banggg!!! Banggg!! Dekat 15 tray melayang umpama hujan mencurah ke kaunter dewan makan. Tapi kiotrg xdela tuju pakcik tu, just baling ke tempat slider tu je. Budak2 junior yg lalu lalang semua jalan menunduk sebab form5 je semua yg buat. Kesian gua tgk. Dah habes ‘show’ kitorg bangun tumpahkan teh yg tak rasa pape tuh, pastu telangkupkan ramai2 atas meja. Macam gangster tamil pun ada aku rasa.
Dalam 4 5 hari lepas tu, aku perasan pakcik tu dah xde. Dia faham kot. Lepas tu semua okey balik. Mak cik2 ngan akak2 dewan makan pun slalu senyum bila bagi lauk. Klau minx lebih sket pun kuah, diorg senang hati nk bagi. Aku ingat pak cik tu anggap diri dia mandur kot, sampai semua staff lain takut2 nk baik ngan student. Kat mana la pakcik tu skrg agaknya ya?
3 je dulu ek? Nanti ada masa kita sambung okeyh? Aku baru dapat tag dari Nymq~ Uyeay! Best best! So, nak buat tag tu dulu…
Bye~ :D
5 ulat gigit daun hijau:
dulu asrama mana?
xpe, x janji pon xpe. tp kalau tibe2 terpilih, mesti kene inform.
d.teo replied? for real ke?
haahhaha... nape nama dak scipp tidak dimention kan??? hihi..
dan 1 lagi,untuk gambar ke 2 tuh,macam ad 1 muka yg teramatlah familiar.... hahahah...
hah!!!!!! boleh x jgn buat lawak. kelakar plak ok kalau d.teo tu reply. kalau dia reply, haih. byk plak masa dia kan. gahahahaha!.. anyways, nak buat category tu mcm mana? x fhm.. kasi cth pls
bro,gua ada sorg member yang tak tahan dok hostel disekolah berasrama yg terkemuka time f1,gua rasa lu kenal sapa..try tnya tgk,gua dgr ada kisah hitam disebalik itu..
hoohoho...ish2, smpi skrg bt ak taw cite sebenar..hahahha..
Post a Comment