( melepak bersama member2 lepas ofis hour memang nikmat yg tak mampu terucap dek kata2... ditemani awek2 lalu lalang dan senyum manja... ooohhhh!)

Post ni bermula dengan perkataan yg mulia, yakni kata2 memuncakkan syukur pada Yg Maha Esa, Allah yg Satu. Ni bukan post budak2 masjid atau surau, teruskan membaca. Takde unsur nasihat pun.

Malam semalam dan pagi ini adalah hari yg cukup2 gelabah ulat gonggok bagi aku. Malam semalam sebab aku kena siapkan 2 buah montage utk Engagement Day PEG, salah satu department bawah Petroleum Engineering dalam PCSB dan pagi ni sebab aku kena bawak benda tu by hand sampai ke level 40, Tower 1 sebelum pkul 8 pagi.

Habes apa masalahnya?

Masalahnya sebab lately aku slalu sampai ofis pkul 8.20-8.30 pagi. Event pulak start awal2 sungguh. Apa lagi, gelabah la pagi tadi berebut2 naik komuter dgn LRT sampaikan 2 3 sms dgn berbelas2 miscal aku tak jawab. Pedulik apa! Aku tgh serabut time tu la byk miscall dgn sms sampai.

Luckily, sesi utk 2 montage presentation tuh start dalam dalam pkul 9 pagi. Lepas ucapan alu-aluan dari Boss kitorg. So, sempatlah aku kasi diorg test dgn laptop diorg. Dah setup-setup semua, sampailah saat yg ditunggu. Sebenarnya aku cuak sebab aku bukan biasa sgt buat montage2 ni, tapi sebab ofismate aku, Efa ni siap manje2 dgn loghat Sarawak dia kat aku, maka aku pun dgn konon gentlemannya pun stujulah nak tolong. Lagipun Iman yg request first2 tuh, sgtlah comey! Mata dia comey giler. Weyh, syaithon, apa aku melalut nih daa??

Skali hambik diri aku sendiri! Banyak giler gambar kena taruk. Naseb baeklah diorg ni tak demand montage2 yg canggih2. Sekadar menarik, kelakar, dan informative. Makanya aku malam semalam bertungkus-lumuslah menyiapkan montage tu. Dah siap awal dalam pkul 11 malam, aku cuba send kat Efa. File aku tu size dalam 54Mb. Pergh, rupanya Gmail tak leh send mail lebih dari 25Mb. Di saat kecemasan unta Baghdad mcm tulah aku baru tau fact tuh! Apasal Uncle Google tak kasi tau awal2?? Haa??? Nak kena cepuk??

Terkeluarlah perkataan cacian, cercaan dan makian tahap Samivellu mabuk todi yakni tahap paling tinggi dalam sejarah makian pada google, walhal aku tau itu memang salah aku wat keje last2 minute. Biasalah manusia, mesti nak salahkan orang lain jugak! Ye tak?

Aku try pulak dgn YM dan yahoomail, semua tak jalan. Try compress, pun sama! Paling kecik pun pkai rar file dia jadik dalam 50Mb. Aku dah putus asa. Nak tak nak aku kena sampai ofis sebelum pkul 8.30 pagi. Kalau tak mampus montage tu tak sempat nk display. Waaaarghhh! Misi mustahil btul! Kalau pakai awan guling Goku pun blum tentu sempat sebab kat KL ni, awan guling pun sangkut kat jam! Dem!

Alhamdulillah, bala menjadi rahmat. Dalam aku sampai gopoh gapah tu(masa tu event dah start!), Hannan trus ambik t’drive aku tu, cucuk dan try kat laptop. Semua jalan okey. Takde masalah langsung. Pap! Bila sampai time montage presentation, dada aku dah berdebar-debar, janganlah kena kutuk, janganlah.

Hahahahahaha!!

Tetiba ramai yg ketawa and macam enjoy je montage aku tuh! Whoaaaaaaa!!! Hilang segala resah di jiwa yg menghiris luka. Wuhuuu!! Beberapa manusia yg dikategorikan Boss2 Otai mcm Mr. Rosli, Mr.Kamal, Mr. Bahari dan Mr. Mat Zin serta termasuklah staff2 GnG, semua layan gelak2 dan sempoi2 je tgk gambar2 diorg kat montage tu. Semuanya ada 4 montage, aku buat 2. PEG Social & Recreational Club dan Team Bulding. Bila habis je montage2 tu, aku terdengar diorg cakap…

“Eh, dah habis ke? Halaaa! Apasal tak letak semua gambar?? Kelakarlah! Hahaha!”

Ya Allah, masa tu rasa cam nk peluk2 je mamat yg cakap tuh, Mekasih la sebab korg menghargai usaha aku. Seronok beb bila hasil kerja budak intern yg hina, lunyai lagi luncai macam aku dienjoy oleh para2 Boss yg tahap2 E5 semua tuh. Otai2 beb seyes wa cakap lu. Tapi sebab aku masih waras, so aku takdelah peluk betul2! Gila kau! Kang tak pasal2 aku dichop ehem ehem.

Aih! Poyo! Kang dichop GAY!!!

Dan bila engagement session tu habes, Efa bgtau aku dia dah cakap kat Boss kredit kat aku sebab sempat siapkan 2 montage dari 4 montage tu walaupun masa yg ada kritikal giler! Wuyoo! Siap ada kredit2. Patut la Boss jumpa aku lepas tu masa nak naik lif, dia senyum2. Hehe…

Terima kasih Tuhan kerana memudahkan hariku.

Alhamdulillah. Dan semua berjalan dgn baik lepas tu. Keje aku siap. Hati pun tenang di tambah2 kemenangan 2-0 El Barca ke atas MU!! Hehe!

Kesimpulannya, hari yg best… Sangat best!

Maaf lah klau post aku kali ni sedikit poyo! Skali skala beb! Ampun…

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed