2 3 hari ni Penglipur Lara struggle giler nk buat post kat blog. Ntahlah, kadang2 seronok baca blog org yang xde keje lain dok sibuk update blog je keje. Best giler sebab bila lama2 menulis, feel tu dtg sendiri. 

Penglipur Lara boleh je mengutuk ke, menghina, mencerca atau mengeji sesapa kat sini sebab ni log peribadi Penglipur Lara, tapi watpelah Penglipur Lara nk buat mcm tu kan? Rasa pelik tau bila ada blog, tapi tak menulis. Seolah-olah dah ada isteri, tapi balik rumah nasi tak dimasak. Baju tak dibasuh. Seluat tak diiron. Senang cerita, rasa tak complete lah hidup klau lama2 tak post apa2 kat blog. 

Tapi bila nak post, Penglipur Lara nk pembaca2 dpt something. At least klau rasa mcm takde faedah sgt pun, sekurang-kurangnya Penglipur Lara dapat buat pembaca2 tersenyum keseorangan. Ada la jugak gunanya jari jemari anda menekan klik di butang belah kiri mouse. Rasa terhibur walaupun lepas seminit dua, korg akan tertanya-tanya…

“Eh, apehal aku senyum sensorg nih? Giler apa?” 

Seperti yg korg lakukan skrg? 

Apa? Korg tak senyum? Haa, ni yg buat Penglipur Lara rasa tak yakin nak menulis nih! Apadia? Owh, korg tak kisah? Bagus2. memang korg pembaca yg setia. Ataupun blog Penglipur Lara ni dalam ranking terakhir korg? Yelah, sebab blog orang lain happy2, fun2 kan?

Lagi satu, bila menulis Penglipur Lara suka tulis panjang2. Penglipur Lara takde seni nk tulis pendek2 pastu biarkan pembaca2 faham dgn sendiri. Penglipur Lara lebih suka bagi penjelasan dan buat pembaca berfikir panjang2. Bukan sekadar tgk 2 3  keping gambar, pastu close tab. 

Macam yg anda nk buat skrg! Haa! Kantoi! Jangan lagi… Baca dulu. 

Err, sebenarnya klau nk close skrg pun okey gak. Sebab Penglipur Lara dah takde benda nk crita pun. Owh, lupa hari tu sempat gi makan kat satu restoran Arab kat Cyberjaya. Dekat ngan MMU. Nanti Penglipur Lara crita benda best yg berlaku kat situ. 

Haah, lupa lagi satu benda ada tak sapa2 yg dah beli novel thriller terbaru Ramlee Awang Mursyid? “Mikhail” tajuk dia. Penglipur Lara ingat nk sambar gak satu, tapi nk dapatkan komen2 org yg dah baca. Kalau stereotaip mcm A.D.A.M atau novel2 lain, Penglipur Lara rasa nak cancel je. Watpe beli klau plot sama ye tak?

Tapi klau best bgtau okeyh? 

Next post ada gambar, Dijamin bermutu tinggi! Ada ke? :P 

Adios for Now~



0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed