Okeyh, tak mau crita banyak sebab dah nak dekat pkul 4 pagi. Aku pun nak tidor kejap kejap lagi. Tapi korg kenal la aku kan? Kalau dah tgk muvi tapi tak review, nanti termimpi2 pulak nanti klau tidor.

So, kat sini aku nk review sbuah filem yg baru je aku layan hari jumaat hari tuh. Kredit tu Pisunk yg susah2 invite member2 kaki wayang intern KLCC tak hengat nih melayan skali lepas office hour jumaat hari tuh. Naseb baek minggu ni tak hectic, so tahap keseronokan dan ke’enjoy’an nk tgk wayang masih tinggi serta berkobar2. Hehe!

Jadi, muvi apa yg aku tgk utk direview kali nih??

Tak lain tak bukan…  “Terminator Salvation!!!” 


(perhatikan poster ni btul2! korg nampak tak skull tu dibentuk dari apa?? :P)

Seperti biasa, segmen review filem bersama Penglipur Lara akan cuba mencari kepuasan maksimum kepada pembaca2 dalam menilai sesebuah filem baru di pawagam. Ayuh kita ke kriteria yg pertama yakni,

Plot atau “Jalan Cerita”

Baik, klau korg ni memang dah follow T1, T2, dan T3 pastinya korg akan mengharapkan T4 atau T Salvation ni adalah pelengkap pada series Terminator yg sebelumnya bukan? Kat sini Penglipur Lara nk bgtau, lupakan jelah niat suci murni korg tu sebab T4 masih lagi bukan penamat pd peperangan yg-tak-penah-habes antara manusia2 dan robot2! Perang John Connor dgn robot2 yg macam2 la pulak skrg! Bentuk moto la, bentuk cam bulldozer la, macam2!  Seyes, sampai kadang2 rasa macam Terminator ni dah tak ‘special’ dahtu senang pulak nak kalah. Tak macam T2 dan TX klau korg masih ingat? Ingat?


(TX! Terminator of the Terminators!!!)

Plot yg sedikit memeningkan aku sebab critanya John Connor perlu selamatkan bapak dia di masa depan so that bapak akan terus hidup, jumpa mak dia, make love dan  lahirkan dia??? WTH!! Apa benda la pangarah dia ni mengarut nih? Hadoyai! Plot yg sgt pening dan sgt serabut compared to previous series of Terminator yg masih boleh dihadam oleh akal yg normal. Namun crita Terminator salvation agak istimewa kerana kali ni ada sekor Terminator albino yg jadi macam co-partnet utk watak hero. Byk crita pelik, tapi ada gak plot yg best iaitu Terminator jatuh cinta ngan manusia! Hahaha!

So, utk point Plot atau Jalan Cerita, muvi T Salvation gua bagi 3.2 per 5!!

 

Point paling best utk dihighlight dalam T Salvation nih tentulah point yg kedua dalam kriteria Penglipur Lara yakni,

Character Development atau “Perkembangan Watak”

Christian Bale sbg John Connor dan Sam Worthington sbg manusia yg dimodified jadi Terminator sgtlah berkesan dalam mendalami watak masing2. John Connor dgn all-time tagline “This is John Connor” memang dari awal sampai akhir pressured giler babash sebab nak buat macam mana, dah dari dulu lagi pun makhluk2 bermata merah, keras seperti besi dan banyak senapang tuh asyik nak bunuh dia je! Lakonan C. bale memang kool dari segi ketegasan dan keberanian dia sebab dia memang jenis tak mudah putus asa. Dan dia jugak susah nk percaya masa depan manusia adalah sesuatu kemusnahan. Maka, dia cuba mencari solution pada benda yg dia sendiri susah nk percaya, tapi sedikit keyakinan tetap ada pd character beliau. S. Worthington pulak cemerlang dgn manusia terminator yg berperasaan walau kadang2 agak blur sebab senang2 je cabut cip kat otak sendiri! Laptop klau xde cip, bukan trus out-of-order ke? Mati la tu!! Tapi overall, garapan utk terminator ni sgt menarik dgn kisah yg tersendiri. Akhirnya kedua2 bergabung menumpaskan Skynet… cawangan San Francisco je la pulak! Ada lagi rupanya…


(Wish that the middle Bot tu dapat lebih sket part dalam muvi nih! Baru kaw!)

Watak2 lain? Gelabah, sedikit hilang punca dan tak ‘strong’ atau ‘tak convincing’. Apahal2 pun, gua rasa kita memang tak nak tau pun pasal org lain ye tak? Nk tgk T-800 je lama2 sket! Hahaha! Muka familiar tuh. Muka sapa? Kena la tgk sendiri! Hehe!

So, utk poin ni, T Salvation gua bagi 4.0 per 5!!

 

Poin yg ketiga yakni poin Action atau “Aksi” bukanlah sesuatu yg perlu Penglipur Lara terangkan dgn detail sebab serie-serie T sebelum ni memang dah melimpah ruah dgn letupan, efek2 bunyi serta pertarungan antara Terminator yg sesungguhnya amat menjilat jari! Nyum2~

Tapi gua sedikit kecewa dgn level kekreatifan action itu sendiri. Dalam T2 dan T3, wrestling session antara Terminator nmpk mcm gempax dan always a step ahead of other movies. Tapi kali ni sedikit mengecewakan utk melihat Terminator2 yg sgt senang dikalahkan, mudah diikat dgn tali, dan sgt rumit bentuk luarannya! Dulu kan Terminator rupa manusia, so ia nampak lebih ‘menakutkan’ bila berbentuk manusia. Tapi klau dah jadi robot mcm T Salvation, baik gua tgk Transformers ye tak?  

Tapi apa-apa hal pun,aku saspek scene T-800 kejar John Connor tuh! Dgn wajah yg bengis takde perasaan, dan muscle yg beribu-ribu lemon lagi kaw dari Terminator2 lain, memang gua kecut perut klau gua sendiri kena kejar. Walaupun aku adalah Terminator Asli jugak dari planet bumi, tapi skali skala tgk filem mcm ni urat2 keluli dan adamantium gua tetap tergeletek jugak beb! Hehe!

Kalau nk tgk letupan biasa2, boleh la layan muvi nih. Tapi klau nk tgk scene2 yg semenarik The Island, Ip Man, The Rock, atau Muay Thai Chaiya, korg pasti menyesal! Eh, scene ni dah slalu tgk. Haa, camtula dalam hati aku masa tgk muvi ni. Agak gagal di situ utk T Salvation mencari sedikit rempah dalam memberi ke’authetic’an rasa pada T Salvation kali nih!

Maka, utk point Action atau “Aksi”, gua bagi T Salvation 3.7 per 5!!

Worth the f***ing money in ur wallet ? Klau bajet lebih, pegi la tgk.

Kalau tak? Baik layan Syurga Cinta atau Monster Vs Alien! Hahaha! 


(agak2 klau katalah Korg jadi terminator kan, korg layan tak awek super duper manja hottie mcm ni? :P)

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed