Filem X-Men Origins: Wolverine ni aku layan kat wayang dalam 2 hari lepas. Masih panas dan aku rasa aku xnk ceritakan pasal sinosis dia. Sebab? Aku yakin kalau korg nk baca sinopsis korg boleh jumpa sinopsis nya even kat paper skalipun. Detail pulak tuh!
So, apa yg aku nk ceritakan ialah sejarah filem ni di mana ia telah diadaptasi dai salah sebuah siri paling berjaya dalam sejarah komik X-Men iaitu X-Men Origin: Wolverine! Nama filem ini sbijik sama mcm komiknya dan pada follower2 X-Men, komik X-Men siri Origins ni ialah antara siri must-have collection bagi membuktikan korg ni "true" X-Men maniac!! Owh yeahh!!
Dan sbg info tambahan, org yg mencipta X-Men ni ialah Saudara Kulop bin Leman!! Xdeah, pengasas X-Men mestilah Stan Lee!
(cover asal komik dier, gambar pekebun!! hahaha! :P)
Okeyh, antara2 line up actors filem ni:
Hugh Jackman sbg Logan @ Wolverine
(okeyh, gua dah setel semua tikus2 lam dapur cik kiah nih! dapur sapa pulak??)
Liev Schreiber sbg Victor Creed @ Sabretooth
(meh sapa2 nk lawan kokak betis? hehe! :P)
Daniel Henney sbg David North @ Agent Zero
(zero! kosong! agaknya bapak gua x reti tulis rumi kot masa isi surat beranak gua...)
Taylor Kitsch sbg Remy LeBeau @ Gambit
(hobi gua, membakar kad poker! sebab tu nama gua gambus! eh, silap! gambit!)
Will i Am sbg John Wraith
(pak cik boom boom pow jadi Wraith, mamt yg bleh jadi beskut chipsmore! kejap ada, kejap xde!)
Ryan Reynolds sbg Wade Wilson @ Deadpool
(deadpool semasa masih lagi bentuk manusia sebelum jadi bentuk syaithon mulut kena jahit!!)
Dan watak2 lain yg buat filem ini bakal jadi pisang goreng panas cik limah ialah:
Lyn Collin abg Silver Fox
Alice parkinson sbg Elizabeth Howlett
Dominic Monaghan sbg Barnell Bohusk @ Beak
Danny Huston sbg William Stryker
Kevin Durand sbg fredericj J. Dukes @ The Blob
Scott Adkins sbg Weapon X1
dan ramai lagi...
Macamana bagus pun sesebuah filem, aku lebih suka mnilai ia berdasarkan 3 kriteria yg aku create sendiri, yakni:
Pertama, "Plot atau Jalan Cerita"
Plot filem X-Men Origins: Wolverine secara keseluruhannya tak lari jauh dari jalan cerita komiknya. Cuma pengolahan gavin Hood bagi aku berjaya mencipta mood yg lebih segar dan pada masa turut mengekalkan selera fan2 setia komik keluaran Marvel ini. Tetapi jika ingin dipandang dari sudut kreativiti utk cuba lari dari kebiasaan, filem ini bg aku biasa2 saja. Maybe sbb pengarahnya nk bermain playsafe dan nk taruk sebanyak mungkin action so that jalan ceria filem ini byk mengikut plot asal komiknya. Apapun, 3.0 per 5 utk plot.
(sapa nk potong rambut?? yeehaaa!!! :P)
Kedua, "Character Development atau Perkembangan Watak"
Disebabkan filem ni didedikasikan pasal kisah silam Wolverine je, maka perkembangan watak2 lain agak slow dan kadang tak nmpk sgt relevannya. Contoh, watak Blob dan Wraith yg bg aku terlalu minima efeknya pada keseluruhan crite. Tapi watak2 sperti Sabretooth, Deadpool, Stryker dan Gambit berjaya mencuri perhatian dgn ability diorg yg gempax giler babash. Memang buat jaw korg jatuh ke lantai ahhh!! So, 3.5 per 5 utk X-Men bg point ni.
Ketiga, "Action atau Aksi"
Bab ni, aku memang salute n tabik spring kat Gavin Hood! Scene Wolverine gi cekau tank tu memang kaw2 masyuk n memang maggi slurppplah!! Lagi satu, time hero serigala kita ni tgh lawan ngan Deadpool kat satu menara yg bulat n tinggi. Realistik giler smpai kita mcm boleh rasa menara tu tinggi dan otak kita akan sentiasa berfikir, camana si Wolverine ni nk kalahkan musuh dia yg lagi kuat, lagi bijak n mempunyai ability X-men2 yg lain! So, utk point action, gua bagi 4.5 per 5 utk X-Men!!
Overall, secara jujurnya aku rasa korg kena tgk filem ni walaupon maybe korg bukan peminat X-Men hatta korg tak pernah dgr n tak tau pun X-Men tu menatang apa. Aku jamin lepas layan crite ni, korg akan tertanya-tanya, "Apa jadi kat Wolverine lepas tu? Takkan dia blah bodo camtu je??" Jawapannya, korg find out sendiri! :P
Hahaha! Takdelah. Lepas tu, Wolverine dan Prof Charles Xavier telah menubuhkan sebuah skul mutant utk geng2 mutant yg terlepas dari pulau tu. Dan Wolverine ni dia jadi macam senior lecturer kat skul tu. Sapa Prof Charles Xavier?? Adeyh! Korg ingat x scene last2 yg ada sorg mamat kepala botak datang utk save budak2 mutant tu? Haa, itulah Charles Xavier!
Menarik? Yes!!! Maknanya korg semakin hampir utk menjadi salah sorg kipas-susah-mati
X-Men. Apa tggu lagi? Cepat berambus ke cinema yg terdekat dan selomgkar sendiri sejarah hidup Wolverine! Skreeetttttt!! (bunyi kuku Wolverine seret badan heli...)
(walaupun nama gua dekat2 ngan wolf, gua keturunan kucing parsi rupanya!)
Chiow~
Owh lupa, nk baca sinopsis filem ini dulu? Klik sini.
1 ulat gigit daun hijau:
menarik review ni.. hehe.. btol3..(ikut gaya ipin)...
Post a Comment