Baik, aku dah janji aku akan buat review filem Star Trek kan? Kali ni aku nak bagi special discounted price kat pelayar2 dunia Penglipur Lara! Mcmana caranya? Haa, aku buat review utk 2 buah filem sekaligus.

Okeyh. Apa yg menarik pasal post kali ni, aku akan cuba bandingkan 2 buah filem yg bengenre action tapi mempunyai keunikan masing2 yg tersendiri. Satunya bergenre action drama dan satu lagi bergenre action thriller.

Calon2 bagi segmen review filem bersama Penglipur Lara ialah:

Star Trek dan Angels& Demons!
(Trek Bintang!!! :P)


(Malaikat dan Syaithon!! :P)


Kalau korg pernah baca review filem X-Men yg aku pernah buat dulu, korg akan tau aku akan judge sesebuah filem tu based on 3 kriteria utama. Let’s selongkar kisah Star Trek dan Angels & Demons dari sudut pandangan criteria Penglipur Lara;

Pertama, “Plot atau Jalan Cerita”

Filem Star Trek yg terbaru ini sememangnya satu cubaan utk mengubah stereotaip drama2 dan series2 Star Trek yg sebelum ini begitu kaya dgn makhluk2 asing dari planet yg aneh2 yg menjadi latar belakang drama Star Trek. Filem Star Trek kali ini tidak lagi menggunakan secara maksimum kostum yg pelik2, tetapi ia memfokuskan kepada cerita 2 org lelaki, seorang manusia, James Kirk dan seorang campuran manusia dan Vulcan, Spock.

Kedua-dua makhluk ini berasal dari genetic yg super duper genius dalam galaksi dan Star Trek menceritakan bagaimana dari sebuah persengketaan, persahabatan boleh terjalin antara keduanya bila keselamatan anggota2 Starfleet terancam!

Takmau crita panjang, Star Trek aku bagi 3.5 per 5 utk plot yang simple dan tak memeningkan kepala utk difahami.

Bagaimana dgn Angels & Demons? Mula2 aku sangkakan ia adalah sequel kpd blockbuster The Davinci Code, tp ternyata Angels & Demons adalah filem yg sgt berbeza skali dari The Davinci Code. Tom Hanks sbg Prof. Robert Langdon adalah pakar symbol(symbolist)yg mengkaji tentang sejarah silam Christianity dan mengaitkannya dengan pelbagai insiden yg berlaku pada masa kini dalam bukunya.


(Prof. Serba Tahu! Last2 minute, mesti kegeniusan dia kluar!!)


Walau bagaimanapun, dia adalah seorang atheis yg tidak percayakan Tuhan. Bilamana kematian Pope yg menyedihkan berbilion penganut Kristian di seluruh dunia terjadi, sebuah pengundian dijalankan oleh paderi2 dari seluruh dunia di Vatican City bagi memilih salah seorg dr 4 Preferati yg paling berkebolehan bagi menggantikan Pope.
Plot semakin memuncak apabila 4 Preferati itu diculik oleh sebuah pertubuhan bawah tanah yg paling digeruni, iaitu Illuminati. Illuminati turut mencuri sebuah reactor nuclear mini yg mampu meletupkan Vatican City andai disalahguna, bagi mengugut paderi2 tersebut. Enjoykan diri korg dgn menyaksikan bagaimana Robert Langdon menggunakan kepintarannya menyelongkar sejarah gereja2 di Rom dalam menyelesaikan konflik yg berpunca dari dendam atas kesilapan pentadbiran gereja pada waktu dahulu.

Untuk plot, Angels & Demons layak menerima 4.5 per 5 bagi aku.


Kedua, “Character Development atau Perkembangan Watak”

Dalam Star Trek, watak James Kirk dan Captain Spock memang bersinar umpama bintang2 di langit dengan dibantu oleh Uhura, bapak Spock dan krew2 Starfleet yg lain. 2 buah cerita yg berbeza tentang mereka memakan masa selama sejam, dan ia membolehkan penonton yg slow-catcher akan dapat memahami filem ini dgn begitu detail skali walaupun maybe sebelum ni apa yg diorg tau ttg Star Trek hanyalah ia adalah sbuah filem yg byk makhluk bertelinga tajam! :P

(Chris Pine as James Kirk!)

(silar "heroes" a.k.a Captian Spock!)

James Kirk dan Spock masing2 mempunyai stail sendiri semasa memimpin dan masing2 menggunakan justifikasi logik yg melampau2 utk membuktikan siapa lebih hebat. Two thumbs up utk kedua-duanya dan aku memberi 4.2 per 5 utk Star Trek dalam point character development.

Watak Robert Langdon dalam Angel & Demons pula sgt berkesan pada waktu2 cemas dan kritikal yg menyebabkan jantung luruh ke lantai sebab dia ni selalu selesaikan misteri di waktu last2 minute! Hahaha! Tinggal 2 3 second nk mati, dia boleh terlepas lagi. Watak dia memang cool dan larian2 pantas dia sentiasa berjaya menyelamatkan keadaan walau kadang2 dia agak lembik (senang kena belasah!). :P

(cemas2!!!)

Namun, kekecewaan di hati aku bilamana watak Vittoria Vetta sekadar menjadi umpama pelengkap (atau pembantu) pada Robert Langdon. Aku lebih suka jika plotnya begini, Vittoria diculik dan diseksa dgn kejam oleh Illuminati dan jika Robert Langdon ingin mematikan bom tersebut, dia terpaksa memerah otak dalam menyelesaikan teka teki Illuminati sebelum dpt menyelamatkan Vetta. Namun, Vetta hanyalah sekadar watak tempelan dan itu tidak berlaku dalam Angels & Demons.


(talented? might be! but nor proven in fact...)

Ewan MacGregor? Korg masih ingat Obi Wan Kenobi? Yes! Sebagai Camerlengo yg sgt bijaksana memutar alam, watak beliau dalam Angels & Demons harus dipuji. Mati2 aku sangka mamat ni baik, rupanya… jeng jeng jeng! Haaaa, korg kena tgk sendiri! So, utk point ini, Angels & Demons, 3.0 per 5.


(Mamat ni "baik" selama 2 jam, pastu tetiba "jahat" selama 10 minit!)


Ketiga, “Action atau Aksi”

Baik Star Trek atau Angels & Demons, kedua-dua nya telah mendefinisikan aksi dgn begitu gempak skali! Scene peperangan Starfleet dgn kapal angkasa yg dtg dari masa depan boleh dikatakan hampir sempurna dgn byk grafik2 yg sgt cun dan kemas. Cuma kadang2, peluru senapang laser tu maybe boleh tukar lah kot, bosan lah! Dah lama konsep senapang laser yg kluar kaler2 tu diolah dalam Star Wars.


(Starfleet is real nice!!)


(apahal???)


(Booooooommmm!!! kapow!!)


Banyak juga scene2 dalam Star Trek yg membuat penonton mcm nk terjatuh dari kerusi kat cinema. Contohnya, time James Kirk kena turun pakai tali utk defuse kan perisai kapal makhluk penjahat tuh. Memang heart-throbbing lah kata omputeh! Slain itu, elemen humor yg turut diselit skala membuatkan action nampak relaks dan sgt ‘selesa’ ditonton. Jadi, aku bagi 3.8 per 5 utk Star Trek bagi point action.

Angels & Demons pula lain cerita. Aku kena fikir 2 3 kali lebih laju dari scene kat panggung sebab action nya begitu laju walaupun tidaklah segempak Star Trek. Filem ini betul2 memerlukan seseorg penonton utk membaca synopsis nya terlebih dahulu sblm menonton! Kalau tak, memang sgt mudah utk blur!


(kejor yop kejor! walau ia bukan masalah hang...)

(fuyoh! best jugak main bunga api letup2 heli ni kan? :P)


Action paling best dalam filem ini di scene2 akhir di mana Camerlengo cuba ‘membuktikan’ kebaikan dirinya dgn menyelamatkan berbilion manusia yg tgh huru hara kat Vatican City. Efek letupan dari reactor tuh memang sadis, dan sgt2 cool. Kalaulah bom tu meletup kat tanah, maybe tinggal 2 3 org je kot Roman Katholik kat bumi neh. Hehe!

Jadi, aku bagi 3.5 per 5 bagi point action!

Secara keseluruhan inilah ringkasan pemarkahan calon2 kali ini;

Star Trek - 3.5(Plot), 4.2(Character), 3.8(Action)

Angels & Demons - 4.5(Plot), 3.0(Character), 3.5(Action)


So, pada korg yg mecari kepuasan dalam melihat api, letupan, tembak menembak, aku suggest korg layan Star Trek! Dijamin 2 jam tu korg akan sekurang-kurangnya keluar dgn perasaan puas melihat full-packed action yg kaw2 tetapi juga sebuah cerita yg dpt difahami.


(Official poster!!! :P)
Tetapi kalau korg mencari kepuasan dgn action filem yg memerlukan korg berfikir serta mencabar minda, go for Angels & Demons! Masa menonton, mungkin korg akan blur2 sebab Robert Landon mcm x henti2 terkejar-kejar, tapi bila korg started to digest the whole story, korg akan dpt ayat yg macam ni.

(a picture stands a thousand words... but which words?)


(Illuminati... hmm?)

“Owhhhh. Macam tu rupanya!” atau “Owhhhh. Tula pasal…”

Till then...

Chiow~

1 ulat gigit daun hijau:

hhohohhooh .. i vote for angles and demons.. best gile.. serius!!!!!...

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed