(ini bukan suraya... sapa? baca no 13!)




1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

Ketenangan hati.



2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

LG Cookie & Sleeveless shirt Goggles. Jean’s Levis masih blum mampu.


3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

Hotel kat Pulau Perhentian Beach Resort. Ada sapa2 nak sponsor? :P



4. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

Restoran Saba’ kat Cyberjaya. Arabian style. Agak sedap.



5. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

Karangkraf: Teknik2 Photoshop.



6. Apakah nama penuh kamu? EJA TERBALIK!

SUADRIF.Dekat2 dgn kete drift! Hehe!



7. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak?

Mak kot. Arwah yah senang klau masuk hutan. Sebab dia slalu tinggal aku sensorg kat blakang.



8. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??Rowan Atkinson!



9. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?

Rohaimi Mat Ela, Falihin Azmi, Nasrul Ghazali, Ridhuan Abd Samad, Asfarizi, Abd Hakim Nordin, Ishak Zulkifly, Viknesh Kumar, Firdauz Mahmud, Abd Hafiz Hassan, Anwar Mahmod, Hasraimie Hasnan, Zulhilmi Abdullah, Fauzan Abdullah, Izzudin Nordin, Khairil Hafizi, Apih Syntech, Suraya Ideris, Nurul Safwanah, Nurmusnita, Nur Rahmah, Nurul Farhah… Eh? Dah lebih ke?



10. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?

Masa kat asrama, memang la! Tapi skrg ada maid. Hehe! :P



11. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?

New York, Swiss dan North London.



12. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..

+ Awek Keane!

+ Die-hard-fan Fernando Torres walaupun x minat bola!

+ Rumah sewa dia dkt wangsa maju.

+ Kepala memang sempoi, boleh layan sembang any topics! Any! Luar dan dalam...

+ Kurus dan takdela tinggi sgt pun! :P



13. 5 perkara yang amat saya gilai?

+ Lukisan

+ Photoshop

+ Winamp

+ Bawak moto kapcai petang2 kat kampung!

+ Elisha Cuthbert! Hehe…



14. Pelukan atau ciuman?

Pelukan! Yang second to ‘datang’ sendiri…



15. 8 perkataan yang sering diucapkan? (kalau marah kat sapa2 ahh)

+ SDFF!!

+ Whut The H**k!!

+ Bodo lar…
+ Leceh dowh!
+ Layan je!
+ dan lain2 yg sewaktu dengannya…




16. 8 buah buku yang paling baru dibaca

+ Ungu Karmila – RAM
+ Dilbert’s Management Techniques and Skills
+ Teknik2 Photoshop
+ Buku Teks Kajian Tempatan KBSR darjah 4 (jadi tutor anak sdara aku!)
+ Anwar Ibrahim (err…)
+ tu je kot.




17. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??

+ Crush – D. Archuletta

+ She Will Be Loved – Maroon 5

+ Scars – Papa Roach
+ This I Promise You – ‘Nsync


+ Blame It On Me - Akon

+ Nurnilam Sari - Awie

+ You Make Me Wanna - Blue

+ Itu Kamu – Estranged
+ That’s What You Get – Paramore



18. Mari men’TAG’ 8 orang lain…

Sapa bosan2 tak tau nk watpe.
Silakannnnn!!!





Okeyh, tak mau crita banyak sebab dah nak dekat pkul 4 pagi. Aku pun nak tidor kejap kejap lagi. Tapi korg kenal la aku kan? Kalau dah tgk muvi tapi tak review, nanti termimpi2 pulak nanti klau tidor.

So, kat sini aku nk review sbuah filem yg baru je aku layan hari jumaat hari tuh. Kredit tu Pisunk yg susah2 invite member2 kaki wayang intern KLCC tak hengat nih melayan skali lepas office hour jumaat hari tuh. Naseb baek minggu ni tak hectic, so tahap keseronokan dan ke’enjoy’an nk tgk wayang masih tinggi serta berkobar2. Hehe!

Jadi, muvi apa yg aku tgk utk direview kali nih??

Tak lain tak bukan…  “Terminator Salvation!!!” 


(perhatikan poster ni btul2! korg nampak tak skull tu dibentuk dari apa?? :P)

Seperti biasa, segmen review filem bersama Penglipur Lara akan cuba mencari kepuasan maksimum kepada pembaca2 dalam menilai sesebuah filem baru di pawagam. Ayuh kita ke kriteria yg pertama yakni,

Plot atau “Jalan Cerita”

Baik, klau korg ni memang dah follow T1, T2, dan T3 pastinya korg akan mengharapkan T4 atau T Salvation ni adalah pelengkap pada series Terminator yg sebelumnya bukan? Kat sini Penglipur Lara nk bgtau, lupakan jelah niat suci murni korg tu sebab T4 masih lagi bukan penamat pd peperangan yg-tak-penah-habes antara manusia2 dan robot2! Perang John Connor dgn robot2 yg macam2 la pulak skrg! Bentuk moto la, bentuk cam bulldozer la, macam2!  Seyes, sampai kadang2 rasa macam Terminator ni dah tak ‘special’ dahtu senang pulak nak kalah. Tak macam T2 dan TX klau korg masih ingat? Ingat?


(TX! Terminator of the Terminators!!!)

Plot yg sedikit memeningkan aku sebab critanya John Connor perlu selamatkan bapak dia di masa depan so that bapak akan terus hidup, jumpa mak dia, make love dan  lahirkan dia??? WTH!! Apa benda la pangarah dia ni mengarut nih? Hadoyai! Plot yg sgt pening dan sgt serabut compared to previous series of Terminator yg masih boleh dihadam oleh akal yg normal. Namun crita Terminator salvation agak istimewa kerana kali ni ada sekor Terminator albino yg jadi macam co-partnet utk watak hero. Byk crita pelik, tapi ada gak plot yg best iaitu Terminator jatuh cinta ngan manusia! Hahaha!

So, utk point Plot atau Jalan Cerita, muvi T Salvation gua bagi 3.2 per 5!!

 

Point paling best utk dihighlight dalam T Salvation nih tentulah point yg kedua dalam kriteria Penglipur Lara yakni,

Character Development atau “Perkembangan Watak”

Christian Bale sbg John Connor dan Sam Worthington sbg manusia yg dimodified jadi Terminator sgtlah berkesan dalam mendalami watak masing2. John Connor dgn all-time tagline “This is John Connor” memang dari awal sampai akhir pressured giler babash sebab nak buat macam mana, dah dari dulu lagi pun makhluk2 bermata merah, keras seperti besi dan banyak senapang tuh asyik nak bunuh dia je! Lakonan C. bale memang kool dari segi ketegasan dan keberanian dia sebab dia memang jenis tak mudah putus asa. Dan dia jugak susah nk percaya masa depan manusia adalah sesuatu kemusnahan. Maka, dia cuba mencari solution pada benda yg dia sendiri susah nk percaya, tapi sedikit keyakinan tetap ada pd character beliau. S. Worthington pulak cemerlang dgn manusia terminator yg berperasaan walau kadang2 agak blur sebab senang2 je cabut cip kat otak sendiri! Laptop klau xde cip, bukan trus out-of-order ke? Mati la tu!! Tapi overall, garapan utk terminator ni sgt menarik dgn kisah yg tersendiri. Akhirnya kedua2 bergabung menumpaskan Skynet… cawangan San Francisco je la pulak! Ada lagi rupanya…


(Wish that the middle Bot tu dapat lebih sket part dalam muvi nih! Baru kaw!)

Watak2 lain? Gelabah, sedikit hilang punca dan tak ‘strong’ atau ‘tak convincing’. Apahal2 pun, gua rasa kita memang tak nak tau pun pasal org lain ye tak? Nk tgk T-800 je lama2 sket! Hahaha! Muka familiar tuh. Muka sapa? Kena la tgk sendiri! Hehe!

So, utk poin ni, T Salvation gua bagi 4.0 per 5!!

 

Poin yg ketiga yakni poin Action atau “Aksi” bukanlah sesuatu yg perlu Penglipur Lara terangkan dgn detail sebab serie-serie T sebelum ni memang dah melimpah ruah dgn letupan, efek2 bunyi serta pertarungan antara Terminator yg sesungguhnya amat menjilat jari! Nyum2~

Tapi gua sedikit kecewa dgn level kekreatifan action itu sendiri. Dalam T2 dan T3, wrestling session antara Terminator nmpk mcm gempax dan always a step ahead of other movies. Tapi kali ni sedikit mengecewakan utk melihat Terminator2 yg sgt senang dikalahkan, mudah diikat dgn tali, dan sgt rumit bentuk luarannya! Dulu kan Terminator rupa manusia, so ia nampak lebih ‘menakutkan’ bila berbentuk manusia. Tapi klau dah jadi robot mcm T Salvation, baik gua tgk Transformers ye tak?  

Tapi apa-apa hal pun,aku saspek scene T-800 kejar John Connor tuh! Dgn wajah yg bengis takde perasaan, dan muscle yg beribu-ribu lemon lagi kaw dari Terminator2 lain, memang gua kecut perut klau gua sendiri kena kejar. Walaupun aku adalah Terminator Asli jugak dari planet bumi, tapi skali skala tgk filem mcm ni urat2 keluli dan adamantium gua tetap tergeletek jugak beb! Hehe!

Kalau nk tgk letupan biasa2, boleh la layan muvi nih. Tapi klau nk tgk scene2 yg semenarik The Island, Ip Man, The Rock, atau Muay Thai Chaiya, korg pasti menyesal! Eh, scene ni dah slalu tgk. Haa, camtula dalam hati aku masa tgk muvi ni. Agak gagal di situ utk T Salvation mencari sedikit rempah dalam memberi ke’authetic’an rasa pada T Salvation kali nih!

Maka, utk point Action atau “Aksi”, gua bagi T Salvation 3.7 per 5!!

Worth the f***ing money in ur wallet ? Klau bajet lebih, pegi la tgk.

Kalau tak? Baik layan Syurga Cinta atau Monster Vs Alien! Hahaha! 


(agak2 klau katalah Korg jadi terminator kan, korg layan tak awek super duper manja hottie mcm ni? :P)

(aku tak nak explain apa pasal pic ni. Sweet je kot!Heh! Mat bunga la lu!)


Nita : Eh, korang. Penting sgt ke nak memilih GF yg high-maintenance ke, low maintenance ke? Bagi korg penting eh?

Soalan yg terlucut dari mulut Nita masa tgh lunch break smalam membuat aku terasa berdegup degap. Apahal pulak bukak topik pasal awek2 ni? Dem! Ahhh, sudah kena jawab nih. Tapi jawapan special aku sudah tentulah kat blog manis berkrim, enak lagi disukai ramai ni. Biasalah bila depan member2, kita kena reserve. Cakap tak boleh 110% direct. Kena preserve sikit sebab fahamlah2, kadang istilah “talam” perlu juga diguna bagi menjaga hati pihak2 tertentu.


Tak gitu Bowbow?


Lanjutan dari soalan itu, dan dek kerana nampak macam ramai yg berminat nk melayan, Nita menyambung dengan soalan kedua beliau. Soalan panas2 jugak kluar dari mulut minah ni!


Nita : Kalau katalah awek korang mintak belanja, dan time tu korang takde duit. Agak2, korang cakap tak korang takde duit?”


Aku tak tau apa makna di sebalik soalan Nita. Tapi yang pasti jawapan Keane dan Azfa paling pantas, mapan dan tuntas. Umpama jawapan skema soalan fizik yg kantoi bocor masa SPM 05! Ooopsss! :P


Keane : Wowowo! Sorrylah beb nak cakap takde duit. Habes2 pun kitorg akan cakap gak ada duit, pastu baru fikir mana nak cekau duit tuh! Pantang beb cakap depan awek takde duit.


Padat bukan?! Dan terus menuju ke destinasi yeah yeah. Macam lagu Datu’ Sitibank!


Azfa : Kalau aku, aku cakap je aku takde duit. Dia kena fahamlah takkan sentiasa kitorg ada duit kot? Lagipun, aku lebih selesa jadi diri aku sendiri. Watpe nak bohong. Jujur jelah.


Jujur! Golek2 sikit ayat dia tapi maksudnya tercapai.


Aku yg tgh sedap melayan nikmat Nescafe ais (teringat kat iklan Maya Karin pasal antioksidant tu…) hanya mendengar jawapan dan hujah2 dari member2 yg tgh hangat membentangkan reason2 dari kepala hotak syaithon diorg kenapa begitu, kenapa begini. Dan kadang-kadang, jawapan diorg cukup spontan dan bernas. Agak2 kalau letak kat siding DUN Perak, mau takleh cari makan Ir Nizar dgn Zambry. Baru nak bentang rang, pung pang pung pang diorg ebrhujah. Mantap giler ahh! Antara ahli mesyuarat meja maple pada waktu itu terdiri dari YB Musang, Dato’ Pisunk, Orang Kaya Azfa, En. Keane, Datin Nita, Tengku Ampuan Syue, Seri Dewi Lanang Farah Donut dan Laksmana Daus yg hensem light2 je.


Balik2 je ke ofis lepas lunch, jari jemari runcing bak bendi dara aku ni gatal pulak nak menulis sebab aku rasa aku dah jumpa satu topik best utk aku mengarut kat blog aku. “Bagaimana reaksi lelaki bila berhadapan dgn awek high-maintenance?” Tapi skali tgk2, aku ada presentation Mr. Boss @ SGM aku daa. So, malamnya barulah aku dapat memuaskan nafsu aku (woi nafsu menulis laaa! Hadoyai! Korg ni pikir bukan2 dowh~).


************************************************


Sambil menghangguk2 kepala melayan lagu ‘Munajat Cinta’ dari Dewa 19 (tribute to Bowbow), minda Einstein aku dah start berfikir dgn rakusnya apa jawapan2 yg paling kaw utk soalan2 Nita tu. Lama gak aku fikir punya fikir dan setelah habes sbotol air Vitagen (aku cilok anak sdara aku punya je dlm fridge… hehe!), tangan pun mula ligat2 mengetuk2 keyboard. Hmm…
Pada aku, lelaki ni tergolong dalam 2 kategori. Pertama, Lelaki Normal dan kedua, Lelaki Pondan Sotong Laknat! Hehe! Takdeah. :P


Kategori yg pertama ialah kategori lelaki yg high-maintenance. High-maintenance maksudnya dressing nk kena branded2, t-shirt klau tak kurg2 Body Glove, mesti nak Seed ke, Giordano ke, Esprit ke. Baju lambak2 atau lebih2 stok mcm Cheetah, Forest, atau Antioni ni tak main la, takde class. Kalau jeans pulak, kurang2 kena Edwin, Lee, Sub, PDI atau yg lagi mahal, Levi’s, Versace atau AX. Kalau kluar dgn awek, makan of course xnak makan tempat biasa2, McD jauh skali, at least kena yg dua hidangan tu harga kurg2 serat. Takpela, lu banyak duit. Takde hal la.


So, lelaki mcm ni, perempuan high-maintenance ke, low-maintenance ke dia takde masalah. Sebab dia memang dilahirkan berduit. Tak kisahlah dia keje kuat ke, mak bapak dia ada mesin fotostat duit asli kat rumah ke, dia rompak Royak Bank of Scotland ke tapi dia berduit. Yang penting dia berduit! Bila berduit, keupayaan utk memenuhi nafsu shopping awek akan dapat dilaksanakan dgn mudah dan jayanya. Alahai, pompuan ni habes2 pun kalau shopping, kita dah boleh agak dia punya list item dia. Kalau tak baju, kasut. Kalau tak kasut, handbag. Kalau tak handbeg, perfume atau aksesori. Klau tak perfume atau aksesori, make up punya barang. Itulah kitaran hidup shopping wanita. Tak yah nak bohong! Hehe…


Jadi jika jejaka itu berpoket tebal (banyak duit, bukan habuk atau name card member2), maka ia akan jadi semudah membuka zip seluar sendiri, atau semudah meminta tolong Remy utk ambik kat stesen bas klau sampai UTP lewat2 pagi. Sangatlah mudah. Sebab duit banyak bai. So setel bab lelaki high-maintenance sebab dia lebih dari mampu utk support benda2 yg tak mampu disupport sperti kaum lelaki yg bawah ni.


(it's nice to have someone by our side... isn't it?)

Kategori yg kedua ni yg problem tahap kad touch-n-go takleh jalan sebab balance tak cukup dan ada awek cun kat blakang tapi mesin tu haram dok bunyi sound mcm ni…


“Balance anda habes! Balance anda sudah tak cukup! Mangkuk ayun! Mangkuk ayun! Kalau reti nak guna touch-n-go, reti reti la topup kerusi!”


Cuba korg bayangkan kalau mesin tu bunyi mcm tu time korg touch kad korg pastu dibelakang korg ada awek cun giler babi seiras Diana Danielle tgh berkemban! Amacam? Agak2 kalau awek tu gelak guling2 selsema babi pun korg takleh wat apa kan? Sebab sengkek! Kalau loaded senang, tibai je!


(See! Gigi i pun gigi platinum! Bf u boleh belikan gigi platinum utk u kew??)


Tapi bila low-maintenance, katalog2 awek yg sesuai utk lelaki macam ni ibarat setebal karangan budak tadika. Kalau dapat 2 muka surat pun dah kira satu kesyukuran yg amat sangat. Tolak2 lukisan dan conteng2, tinggallah lebih kurg 4 5 org awek je yg ‘masuk’ utk diorg. tu pun muka sedih2 je semua.


Sebab apa? Sebab bila lelaki low-maintenance dia kena cari GF yg low-maintenance jugak atau yg high-maintenance tapi sekurang-kurangnya yg faham keadaan dia.


So jangan la expect lelaki2 low-maintenance akan ajak korg makan kat Madam Kwan ke, Sakae Sushi ke, sebab diorg ni nak kluar makan kat maple dgn member2 pun diorg dah reserve duit utk the ais brapa, roti kosong brapa. Apatah lagi nak makan kat restoran2 di atas tuh, alamatnya time makan tu, mata2 dah terbayang2 image Maggi Mee perisa kari menari2 di celahan pinggan mangkuk bersama air kosong dalam peti ais.


Kalau lelaki low-maintenance dapat GF low-maintenance, nice! Masing2 memahami dan masing2 tau limit masing2. Tapi bila bila lelaki low-maintenance bercouple dgn GF high-maintenance, tu yg kadang2 kita dpt tgk scenario bila member2 ajak kluar hinggu minggu, ada yg merenung masa depan tgk wallpaper pokok kaktus kat depan PC tuh! Nak kluar mcmana beb, weekend lepas dah beli hadiah birthday dah 50 60 hengget, habes lu nak simpan apa dalam poket? Pasir? Herba akar kayu? Anak ikan tilapia? Kalau herba akar kayu tu laku nak tukar dgn spinggan nasi paprik kat café, takdehal la. Ini tak, nak makan pun lu struggle, kena beli hadiah mahal2 pulak. Nk kena bungkus lagi hadiah tu. Pastu klau dah nama hadiah, kena la berserta kad pulak. Yang harga asal 50 60 maybe dah jadi 70 dah. Nampak tak?


************************************************


Tapi tak selalunya begitu jugak kan? Kadang2 ada je awek atau GF yg high-maintenance tapi understanding. Bila kluar, tong-tong la apa yg patut ditong-tong. So, xdela buat muka ayam mati bini time dating. Menguis2 lantai umpama mencari cacing utk menunjukkan protes. Jalan pun senyum2 je sebab dah tau budget tak lari. Kan best mcm tu?


Dalam kulit kacangnya, klau lu lelaki, aku suggest cari la yg GF atau awek yg sedang2. Tak high sgt, tak low sgt. Bimbang gak dpt yg low sgt, dating asyik makan kuew tiaw je, apa crita beb?? Nk mesej2 malam2, bermanje2 pun henpon asyik habes topup, tak syok gak kan?? So, cari la yg sedang2, yg padan dgn kita secara batiniahnya, lahiriahnya dan jugak ekonominya. Kalau lu nk shoot enemy yg jauh masa main CS pun, lu pkai sniper ye tak? So, janganla pkai ‘pistol’ nak menembak ‘enemy’ yg jauh2 sgt. Ambik atau pilih yg ‘dekat2’ dgn kita dan paling penting, baik hati budi, kuat adat budaya.


Utk girls, senang je conclusionnye. Cukup2 lah beli baju, kasut, handbag benda alah tu semua. Pakai je mana ada. Bukan tak boleh beli, boleh, tapi berpada-pada dan skali skala. Bukannya rutin atau habit ruji yg harus dibuat kewajipan stiap minggu. Seksa kaum kami nk memenuhi selera anda itu.

Sekian~

Chiow!


(well, rasanya pada sapa yg mencari cinta, try la usha muvi nih kot. aku pun tak smpt tgk lagi. hehe...)

( melepak bersama member2 lepas ofis hour memang nikmat yg tak mampu terucap dek kata2... ditemani awek2 lalu lalang dan senyum manja... ooohhhh!)

Post ni bermula dengan perkataan yg mulia, yakni kata2 memuncakkan syukur pada Yg Maha Esa, Allah yg Satu. Ni bukan post budak2 masjid atau surau, teruskan membaca. Takde unsur nasihat pun.

Malam semalam dan pagi ini adalah hari yg cukup2 gelabah ulat gonggok bagi aku. Malam semalam sebab aku kena siapkan 2 buah montage utk Engagement Day PEG, salah satu department bawah Petroleum Engineering dalam PCSB dan pagi ni sebab aku kena bawak benda tu by hand sampai ke level 40, Tower 1 sebelum pkul 8 pagi.

Habes apa masalahnya?

Masalahnya sebab lately aku slalu sampai ofis pkul 8.20-8.30 pagi. Event pulak start awal2 sungguh. Apa lagi, gelabah la pagi tadi berebut2 naik komuter dgn LRT sampaikan 2 3 sms dgn berbelas2 miscal aku tak jawab. Pedulik apa! Aku tgh serabut time tu la byk miscall dgn sms sampai.

Luckily, sesi utk 2 montage presentation tuh start dalam dalam pkul 9 pagi. Lepas ucapan alu-aluan dari Boss kitorg. So, sempatlah aku kasi diorg test dgn laptop diorg. Dah setup-setup semua, sampailah saat yg ditunggu. Sebenarnya aku cuak sebab aku bukan biasa sgt buat montage2 ni, tapi sebab ofismate aku, Efa ni siap manje2 dgn loghat Sarawak dia kat aku, maka aku pun dgn konon gentlemannya pun stujulah nak tolong. Lagipun Iman yg request first2 tuh, sgtlah comey! Mata dia comey giler. Weyh, syaithon, apa aku melalut nih daa??

Skali hambik diri aku sendiri! Banyak giler gambar kena taruk. Naseb baeklah diorg ni tak demand montage2 yg canggih2. Sekadar menarik, kelakar, dan informative. Makanya aku malam semalam bertungkus-lumuslah menyiapkan montage tu. Dah siap awal dalam pkul 11 malam, aku cuba send kat Efa. File aku tu size dalam 54Mb. Pergh, rupanya Gmail tak leh send mail lebih dari 25Mb. Di saat kecemasan unta Baghdad mcm tulah aku baru tau fact tuh! Apasal Uncle Google tak kasi tau awal2?? Haa??? Nak kena cepuk??

Terkeluarlah perkataan cacian, cercaan dan makian tahap Samivellu mabuk todi yakni tahap paling tinggi dalam sejarah makian pada google, walhal aku tau itu memang salah aku wat keje last2 minute. Biasalah manusia, mesti nak salahkan orang lain jugak! Ye tak?

Aku try pulak dgn YM dan yahoomail, semua tak jalan. Try compress, pun sama! Paling kecik pun pkai rar file dia jadik dalam 50Mb. Aku dah putus asa. Nak tak nak aku kena sampai ofis sebelum pkul 8.30 pagi. Kalau tak mampus montage tu tak sempat nk display. Waaaarghhh! Misi mustahil btul! Kalau pakai awan guling Goku pun blum tentu sempat sebab kat KL ni, awan guling pun sangkut kat jam! Dem!

Alhamdulillah, bala menjadi rahmat. Dalam aku sampai gopoh gapah tu(masa tu event dah start!), Hannan trus ambik t’drive aku tu, cucuk dan try kat laptop. Semua jalan okey. Takde masalah langsung. Pap! Bila sampai time montage presentation, dada aku dah berdebar-debar, janganlah kena kutuk, janganlah.

Hahahahahaha!!

Tetiba ramai yg ketawa and macam enjoy je montage aku tuh! Whoaaaaaaa!!! Hilang segala resah di jiwa yg menghiris luka. Wuhuuu!! Beberapa manusia yg dikategorikan Boss2 Otai mcm Mr. Rosli, Mr.Kamal, Mr. Bahari dan Mr. Mat Zin serta termasuklah staff2 GnG, semua layan gelak2 dan sempoi2 je tgk gambar2 diorg kat montage tu. Semuanya ada 4 montage, aku buat 2. PEG Social & Recreational Club dan Team Bulding. Bila habis je montage2 tu, aku terdengar diorg cakap…

“Eh, dah habis ke? Halaaa! Apasal tak letak semua gambar?? Kelakarlah! Hahaha!”

Ya Allah, masa tu rasa cam nk peluk2 je mamat yg cakap tuh, Mekasih la sebab korg menghargai usaha aku. Seronok beb bila hasil kerja budak intern yg hina, lunyai lagi luncai macam aku dienjoy oleh para2 Boss yg tahap2 E5 semua tuh. Otai2 beb seyes wa cakap lu. Tapi sebab aku masih waras, so aku takdelah peluk betul2! Gila kau! Kang tak pasal2 aku dichop ehem ehem.

Aih! Poyo! Kang dichop GAY!!!

Dan bila engagement session tu habes, Efa bgtau aku dia dah cakap kat Boss kredit kat aku sebab sempat siapkan 2 montage dari 4 montage tu walaupun masa yg ada kritikal giler! Wuyoo! Siap ada kredit2. Patut la Boss jumpa aku lepas tu masa nak naik lif, dia senyum2. Hehe…

Terima kasih Tuhan kerana memudahkan hariku.

Alhamdulillah. Dan semua berjalan dgn baik lepas tu. Keje aku siap. Hati pun tenang di tambah2 kemenangan 2-0 El Barca ke atas MU!! Hehe!

Kesimpulannya, hari yg best… Sangat best!

Maaf lah klau post aku kali ni sedikit poyo! Skali skala beb! Ampun…

Malam tadi lepas maghrib, brader aku ajak gi makan kat satu restoran arab kat cyberjaya. Plan nak pegi sebenarnya dari minggu2 lepas lagi tapi sebab slalu last2 minute jadi macha, so hujung minggu ni baru plan tu jadi kenyataan. Lepas smayang maghrib siap2 semua, barulah kiotrg satu keta gerak ke sana.

On the way tu, brader aku cuba menunjukkan skill membaca peta dari agakan dia sendiri sebab dia kata routes kat map lagi jauh. Makanya bila sampai kat simpang putrajaya, brader aku cilok masuk jambatan yg lawa tuh, dan ends up perjalanan kiotrg jadi dekat sejam suku walhal patutnya 45 minit je.

Tapi brader aku terer control keadaan. Anak sulung dia dah meraung2 cam George of The Jungle kelaparan kat seat blakang sebab ptg td dia tidor, so dia tak sempat bantai laksa penang yg sedap tuh! Hehe! Dia dengan selamba, boleh pulak gi explain pasal apa ambik jalan tu? Sebab nk tgk pemandangan putrajaya. Hahaha! Nice la bro. Terkadang cuak sedikit terasa bila kelentong sebab takut restoran tu tutup awal, atau sekurang-kurang tersesat lagi 2 3 jam!

Aaarggghh!! Tu bukan crita utama la. Lek la dulu. Tu baru intro. Okeyh, dalam sikit lebih kurang pkul 9.30 malam, kiotrg smp kat restoran tu. Dari jauh, dah nampak sinar2 signboard kaler biru mengelip2. Perut aku yg dari tadi dok menyanyikan soundtrack lagu2 Foo Fighters terus menambah nada ke pitching yg paling tinggi sebab excited nk try tibai makanan arab puas-puas. Aah aku lupa nk bgtau nama restoran tu, Mat’am Saba’ atau dalam bahasa melayunya, Restoran Saba’ walaupun stakat aku tau mat’am tu maksudnya kantin. Apadia? Bahasa arab memang macam tu? Ada aku pedulik?


(signboard dia dari jauh dah meghelip2)

Tapi yg aku naik heran, ramai gula umat manusia kat restoran tuh. Apa dia taruk morphin ke, heroin ke dalam kebab dia? Mana la tau nak bagi orang ketagih. Seyes ramai beb! 30 tables, semua penuh! Macam haram! Aku yg dah memang selalu lepak maple memang amat mudah mendidih darah muda. Ala, maple kan slalu klau meja penuh, dia akan amek meja lain letak depan kita? Ni dia punya kaki2 semua buat dek je. Gua berkata dalam hati…

“Dem! Penuh meja. Mamat arab 2 ekor ni dari tadi aku tgk dok melayan sembang je. Tak reti nk blah ke? Arghh, terpaksa buat muka tak malu, Pegi push2 orang supaya cepat blah. Aku nak makan la bodo…”

Luckily, tak lama lepas tu aku jumpa spot kat dalam. Azab menunggu meja setel, campur azab tunggu order sampai pulak. Agak2 dah bosan menunggu, aku bawak anak sdara aku kluar amek angin kat luar.

Skali aku terpandang pemandangan yg masyuk beb. Ahli geng2 surau, kategori2 Pak Imam, Pak Bilal, Muadzin dan ahli2 geng surau dalam 6 7 orang tgh melepak layan bersembang ngan berasap kat meja luar sambil minum Barbigan!

Wuyoo!! Gua terkaget jap. Advanced la geng2 surau area cyberjaya ni. Lepas balik masjid, ngan pakai kain pelekat siap, minum Barbigan! Hahaha! Agak2 lu la kan, kalau kat kampung lu boleh tak Pak Imam minum Barbigan? Ganas beb! Aku rasa tobat2 Pak Imam kampung lu akan disula dgn tangan terikat kat pokok ketapang pastu dilepaskan semut2 merah sebesar ibu jari bagi menambah derita Pak Imam yg disula minum Barbigan depan khalayak ramai.

Kenapa gua cakap macam tu?

Lu tengok lah sendiri botol Barbigan nih!


(hai! saya barbigan apple. takde alkohol bang... 'tulen' gitu!)

Tak ke sebijik mcm botol Carlsberg beer tuh? Tak pun Heineken!

Hahaha! 

2 3 hari ni Penglipur Lara struggle giler nk buat post kat blog. Ntahlah, kadang2 seronok baca blog org yang xde keje lain dok sibuk update blog je keje. Best giler sebab bila lama2 menulis, feel tu dtg sendiri. 

Penglipur Lara boleh je mengutuk ke, menghina, mencerca atau mengeji sesapa kat sini sebab ni log peribadi Penglipur Lara, tapi watpelah Penglipur Lara nk buat mcm tu kan? Rasa pelik tau bila ada blog, tapi tak menulis. Seolah-olah dah ada isteri, tapi balik rumah nasi tak dimasak. Baju tak dibasuh. Seluat tak diiron. Senang cerita, rasa tak complete lah hidup klau lama2 tak post apa2 kat blog. 

Tapi bila nak post, Penglipur Lara nk pembaca2 dpt something. At least klau rasa mcm takde faedah sgt pun, sekurang-kurangnya Penglipur Lara dapat buat pembaca2 tersenyum keseorangan. Ada la jugak gunanya jari jemari anda menekan klik di butang belah kiri mouse. Rasa terhibur walaupun lepas seminit dua, korg akan tertanya-tanya…

“Eh, apehal aku senyum sensorg nih? Giler apa?” 

Seperti yg korg lakukan skrg? 

Apa? Korg tak senyum? Haa, ni yg buat Penglipur Lara rasa tak yakin nak menulis nih! Apadia? Owh, korg tak kisah? Bagus2. memang korg pembaca yg setia. Ataupun blog Penglipur Lara ni dalam ranking terakhir korg? Yelah, sebab blog orang lain happy2, fun2 kan?

Lagi satu, bila menulis Penglipur Lara suka tulis panjang2. Penglipur Lara takde seni nk tulis pendek2 pastu biarkan pembaca2 faham dgn sendiri. Penglipur Lara lebih suka bagi penjelasan dan buat pembaca berfikir panjang2. Bukan sekadar tgk 2 3  keping gambar, pastu close tab. 

Macam yg anda nk buat skrg! Haa! Kantoi! Jangan lagi… Baca dulu. 

Err, sebenarnya klau nk close skrg pun okey gak. Sebab Penglipur Lara dah takde benda nk crita pun. Owh, lupa hari tu sempat gi makan kat satu restoran Arab kat Cyberjaya. Dekat ngan MMU. Nanti Penglipur Lara crita benda best yg berlaku kat situ. 

Haah, lupa lagi satu benda ada tak sapa2 yg dah beli novel thriller terbaru Ramlee Awang Mursyid? “Mikhail” tajuk dia. Penglipur Lara ingat nk sambar gak satu, tapi nk dapatkan komen2 org yg dah baca. Kalau stereotaip mcm A.D.A.M atau novel2 lain, Penglipur Lara rasa nak cancel je. Watpe beli klau plot sama ye tak?

Tapi klau best bgtau okeyh? 

Next post ada gambar, Dijamin bermutu tinggi! Ada ke? :P 

Adios for Now~




1- Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda.
Hait! Macam bagi command nk gi perang je.. hehe!

2- Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini.
Tak tau la fakta ke tak. Aku rasa je kot.

a) Dia memang mamat yg relax2 je kalau depan orang. Bukan control macho, tapi jenis yg suka memerhati.
b) Suka kaler2 gelap. Sebab blog dia nmpk cam ‘dark’. Tapi bila dah baca, haha, sungguhlah kelakar. =P
c) Follow lagu2 yang happening dan jenis yg update lagu2 terhangat di pasaran. Mungkin juga pelombong2 setia series2 jepun, korea dan omputeh di lombong DC++ UTP .
d) Berkemahiran menceritakan sesuatu dgn amat-amat detail. Agaknya klau buat novel, stakat nk tulis 500-600 muka surat tu sambil makan roti tgk tv je kot dia bleh buat!
e) Mempunyai geng2 di kampus yg sgt2 mengenali beliau. Beliau easy going, sempoi dan tak kerek, kawan2 dia pun ramai.

3- Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri.

a) baru nak aktif balik blogging. Aku buat satu post taun 2007 dan taun 2009 baru post kedua muncul. Hehe..
b) Jenis susah nak buang benda dalam almari, locker, drawer, bilik etc. Tak kisahlah amenda pun. Lebih suka tgk benda ‘ada’ kat situ dari ‘takde’ bila dah dibuang dlm dustbin.
c) Tak pernah celebrate birthday dgn kek klau with femly. Femly aku macam tak menghargai sgt tarikh kelahiran ahli-ahlinya.
d) Penah jatuh cinta monyet time form 3. Skali cinta betul2 pulak. Lepas tu kena dumped. Lepas tu penah suka kat sorg gadis ni. Lepas tu tak sempat nk make a move, kena dumped awal2. Adeyh~
e) Kalau kat kg, aku ada satu spot special nk cari ketenangan. Slalu layan lukis potret kat situ, atau just duduk2 layan blues.
f) Satu2nye benda yg aku nak as present birthday aku dan smp skrg aku rasa aku takkan dapat ialah selai Bomber AX. Ada kawan2 yg baik hati baca post ni tak? Teehee! =P
g) Suka melayan budak2. Tapi aku menyampah klau budak2 besar menangis. Cam nak hempuk ngan wheel chair je!
h) Boleh layan semua jenis genre lagu. Nasyid pun masuk buku jugak. Tapi klau classical, Celine Dion dan Lee Ann Rhymes adalah antara senarai wajib. Lagu2 cam bunyi sanctuary pun aku layan.
i) 2 buah tempat yg paling aku nk pegi ialah North London dan Switzerland. Dan kedua-duanya memerlukan kos yg bukan sikit, jadi aku kena seving skrg.
Elemen Air lebih baik dari Angin. Angin lagi baik dari Tanah. Dan Tanah lagi baik dari Api. Itu pendapat aku.

4-Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka.

a) Bobo - Member baik aku yg ‘kisah silam’ sila dia lebih kurang sama mcm aku!
b) Suraya - Antara GFs(as in fren) yg sekepala dgn aku. Sempoi dan sgtla kelakar serta meminati balak2 hensem korea yg lgsg tak kenal dia.
c) ZettySoone - Cik adik berKenari Merah menyala. Kalau gelak, comel cam kucing parsi. Geng suraya jugak.
d) Mars - Wanita paling kejam terhadap ex-skulmate aku. Hahaha!
e) Jared - Genius batch IT IS Jan’06. Ko tak bosan ke semua subjects ko dapat A haa Jared?
f) Ojan - Blog dia pelik. Dia rasa la blog dia pelik. Tapi aku nk tag jugak!
g) Orked Bee - Businesswoman, wife, gf, girl’s batch leader… semua dia. Tension aku.
h) FangXuan - a good fren yg sgt obses dgn makanan dan henpon terbaru. Hehe!
g) Moshi2 - aku tag dia sebab aku suka bila dia susun ayat, rasa cam tgk The 70s Show. Sumpah funny!

Er, 9 je kot. Yang sorang lagi aku save kalau aku dah jumpa someone special okeyh? =P

Oppps, thanx sgt2 to Nymq sebab tag aku. First time nih orang tag. Rasa cam tanggungjawab besar giler nk buat jujur2. Hehe! Tapi memang blog Nymg sentiasa jadi companion aku bila tgh bosan kat ofis.

Hari sabtu nak gi Aquaria pastu makan2 kat Sabak Restoran! Uyeay!!

Have an awesome weekend guys n girls! (^_~)

(31 ogos 2005, sambutan k'merdekaan.. klasik!)


Tarikh kejadian: 20 May 2009

Masa : agak2 dalam 10-15 minit nak maghrib

Lokasi : Taman permainan budak2

Tgh aku lepak2 sedut angin maghrib, biasala baru balik opis, mesti nk lepak2 luar umah lu baru masuk. Ye tak?

Tetiba aku terfikir satu benda. Taun ni dah dua ribu semilan, taun depan dua ribu speloh. Dalam bulan 7 taun depan, aku dah bukan lagi student yg kena mengadap buku2, esemen, test dan final exam. Semua tu dah takde. Semua akan ditinggalkan. Kalau tak sambung master la.

Tapi spanjang aku hidup 21 taun nih, aku rasa mcm byk lagi benda-benda pelik yg aku tak buat dan aku tak rasai. Kalau katalah maut menjemput di usia 60 taun, maknanya aku ada lebih kurng 49 taun lagi aku nk completekan wish (ke aku nk panggil must-do list?) nih.

Aku nk semak balik apa aku dah buat, especially time skolah menengah. Kalau korg rasa tak penting dalam kamus hidup korg, sila skip ke post lain. Ni luahan rasa gua!

Tapi klau yg bosan cam haram dan dari korg dok klik-klik icon YM, Gtalk atau bosan menunggu YouTube yg slow, baik korg layan bebelan aku ni ye tak? Mana tau korg pun pernah buat benda2 nih.

Benda2 ‘cool’ time skolah menengah…

 

1)      Memecah masuk asrama puteri waktu Light-Off

Benda best ni gua pernah buat masa F4. Masa tu gua prefect. Tapi sebab gua bengang dgn cikgu yg membebel disiplin budak2 F4 (batch gua) kat masjid, lepas smayang isya’ gua plan ngan member2 gua budak atas kitorg nk pecah masuk time habes prep. So, dalam pkul 12 lebih2, warden dah balik umah. Dan kitorg menjalankan misi ‘meronda’ aspuri!

Dgn t-shirt linkin park kaler itam, gua bersama lagi 4 orang member gua merentas padang sebab main gate dah kunci. Dgn teknik2 meloloskan diri melalui pagar yg suam-suam kuku je kukuh, kitorg berlima jalan tunduk2, pelan2 naik aspuri. Tapi sebab iman masih ada, gua dgn member2 gua target dorm pompuan f5 je, sebab takmo usha adik2 yg baru. Diorg suci lagi.

Lepas hampir nk tercabut tulang belikat jalan tunduk2 kat koridor, kitorg sampai tingkat 3. Time tu, gua dpt tgk pemandangan yg begitu indah skali. Dari sesi perbualan pillow talk dan sesi usik mengusik ehem ehem yg begitu mesra layaknya, dapat gua andaikan diorg ni memang gatal! (dorm f5 boleh tutup lambat, sebab senior) Sorg member gua gi jumpa awek dia dan selepas lebih stengah jam ‘menikmati’ pemandangan malam yg mendebarkan itu, kitorg turun berlari nk habeh nafas sbb ada budak f2 menjerit bila nmpk kitorg cam hantu minyak tersusup-susup nk godek reopen pintu pagar blakang.

Sambil lari tuh, dalam hati masing2 berdebar-debar sebab gua tau lepas ni akan ada head count kat aspura. Dah slalu mcm tu. Tapi dgn otak bijaksana member gua, dia dah prepare kain sarung awal2 kat masjid. Bila head count dibuat, kitorg jalan balik dari masjid, bila warden tanya…

“Mu pat oghe ni maghi mano? Tok gheti nok tido lepah light-off??”

(kamu 4 org ni dari mana? Tak reti nak tido lepas light off?)

“Negho sejid cekgu. Takdok oghe geghok.”

(tertidor kat masjid cikgu. Takde org kejut.)

“Prep?”

“Tok gi cekgu. Negho.”

(tak pegi cikgu. Tertidor.)

“hah! Beghatur sini. Nok suruh hungga sikit male2 nih.”

(beratur kat sini. Nak suruh korg berlari sikit malam2 ni)

Lepas tu, kitorg kena lari keliling court bola tampar lebih kurg 30 round. Warden tu tersenyum puas sebab dia rasa mcm dia dah jalankan tugas dia.

Dan kitorg pun senyum gak sebab kena denda ponteng prep. Hal pecah masuk aspuri sampai ke SPM x pecah. Anyway, senyum kitorg lagi ber’makna’ dari senyum warden, heheh~

            Rating kepuasan: 9 bintang!


2)      Memiliki hamba tebusan dari kalangan Form 1 yg lembik2

Antara pengalaman paling best di hostel. Aku ada sorg budak suruhan, Apih(bukan nama sebenar). Budak ni nk kata manja, xde la sgt. Tapi senang mengikut kata. ‘Lesen’ memiliki hamba hanya diperoleh time F5. Lu gila nk ada hamba time F4? Nak jadi ‘gulai’ budak2 F5? 

Senang beb. Hidup gua di hujung minggu sgt terurus. Lepas klas hari khamis (prep ptg xde), aku akan longgokkan uniform2, dan benda yg perlu dibasuh dgn tangan2 form1 yg lembut itu. Aku tak nak budak form2, tangan dah kasar. Aku mau tangan yg masih ‘suci’ utk mencuci segala barang2 aku.

Budak ni memang sempoi. Klau dia outing, aku kirim beli ais kacang ke, ayam goreng FAMA ke, beli komik gempak ke, wira tunggal ke, konpem dia beli. Siap bagi trus kat aku, padahal aku nak baca je. Lepas baca, aku bagi balik ah, tapi pakai duit dia. Takpela, aku nk asuh dia minat membaca. Ye tak?

Tapi okey la, lama2 budak ni bila aku nk kluar lepas SPM, dia dah pandai berdikari sikit. Pandai basuh baju sendiri. Pandai iron baju utk aku. Tau kat mana port nk lepak klau nk ponteng prep yg clear. Kalau nk ponteng masjid, jangan sesekali bagi alasan sakit perut. Semuanya aku turunkan. Hatta ilmu nk telefon free kat public phone pun aku bg. Ilmu nk pow air tin kat vending machine je aku tak turunkan. Takkan nk bagi semua? Lemak la tu!

Paling best, bila aku dtg balik time konvo, si Apih ni dah form2. Jumpa aku je dia trus salam. Maknanya dia ingat lagi. Baguslah. Aku dulu pun kena camtu gak, lebih kurg. Tapi xdela nk bengang kat senior kan? Adat la dok asrama, time kat bawah, memang hanceng la, tapi klau kuat, lu dah naik f5, time tu la lu dpt power. Sapa mengalah time form1 form2, serius gua bet dia takkan rasa benda ni.

Member2 aku kat Faris Petra, Semesta, Sesma, Star pun sama. Skrg? Aku dah tak tau. Ada lagi ke benda2 mcm ni? Bagi aku, benda2 camni patut wujud kot utk mengukuhkan silaturrahim dan simbiosis antara senior dan junior.

            Rating kepuasan: 7 bintang!



(member2 sebatch spm'05, ada yg dah fly, dah kawen, tgh keje, macam2... :D)

3)      Bergaduh ngan akak/makcik/pakcik/abang dewan makan @ kantin yg berperangai jembalang

Aku ingat lagi, ada sorg pakcik dewan makan ni dia tak pernah senyum kalau time tuang lauk. Kalau dia senyum pun, konfem huduh! Itu aku tau, tapi at least, senyum je la kan. Takdela aku ngan member2 aku bengkek je time nk hulur tray tuh. Paling kitorg tensen, bila dia start main campak2 je lauk dalam tray. Pastu wat keje macam tak puas hati. Kau keje pembantu dewan makan, memang tugas kau la cedok lauk mangkuk!!

Lama beb benda ni happen, last2 kitorg dah tahan, mulalah plan jahat terancang di kalangan setan2 btch dgn bakal2 doktor dan engineer.

Cubaan pertama kitorg nk cilanatkan pakcik ni ialah dengan cara memberi sindiran2 ‘manis’ semanis kurma seperti…

“Kenapa masam sgt ni pakcik? Bini pakcik sawan babi ke? Senyum la sikit, mana tau balik umah nti, bini pakcik normal balik…” 

“Pak cik dulu keje tentera ke? Patutlah muka tak design nk senyum. Ada rupa pelakon sapa tu? Alaa, yg tu. Haaa, Hamid Gurkha! Sbijik la pakcik!”

Yang ni paling best (ayat member aku, Iqbal, aku masih tak sekejam dia…)

“Woi binat**g. Kau kalau nk keje macam Perdana Menteri, kau balik Bangladesh. Muka dah la macam lori ubi! Kalau nk lama kat sini, kau keje elok2. Terima kasih pak cik ye…” 

Bila pujian2 melambung itu tidak diendah, perang saraf terpaksa dimulakan. Pagi jumaat, kuih yg terhidang cumalah seketul karipap. Tapi kitorg ramai2 budak form 5, pakat amek tray. Dah habes makan…

Fiiuuuunggg! Banggg!!!! Banggg!!! Banggg!! Dekat 15 tray melayang umpama hujan mencurah ke kaunter dewan makan. Tapi kiotrg xdela tuju pakcik tu, just baling ke tempat slider tu je. Budak2 junior yg lalu lalang semua jalan menunduk sebab form5 je semua yg buat. Kesian gua tgk. Dah habes ‘show’ kitorg bangun tumpahkan teh yg tak rasa pape tuh, pastu telangkupkan ramai2 atas meja. Macam gangster tamil pun ada aku rasa.

Dalam 4 5 hari lepas tu, aku perasan pakcik tu dah xde. Dia faham kot. Lepas tu semua okey balik. Mak cik2 ngan akak2 dewan makan pun slalu senyum bila bagi lauk. Klau minx lebih sket pun kuah, diorg senang hati nk bagi. Aku ingat pak cik tu anggap diri dia mandur kot, sampai semua staff lain takut2 nk baik ngan student. Kat mana la pakcik tu skrg agaknya ya?

  Rating kepuasan: 8.5 bintang!

3 je dulu ek? Nanti ada masa kita sambung okeyh? Aku baru dapat tag dari Nymq~ Uyeay! Best best! So, nak buat tag tu dulu…

Bye~ :D


(saat riang ria ribena sebelum melangkah alam universiti... lepas ini? ikutlah hayunan kaki melangkah...)

Baik, aku dah janji aku akan buat review filem Star Trek kan? Kali ni aku nak bagi special discounted price kat pelayar2 dunia Penglipur Lara! Mcmana caranya? Haa, aku buat review utk 2 buah filem sekaligus.

Okeyh. Apa yg menarik pasal post kali ni, aku akan cuba bandingkan 2 buah filem yg bengenre action tapi mempunyai keunikan masing2 yg tersendiri. Satunya bergenre action drama dan satu lagi bergenre action thriller.

Calon2 bagi segmen review filem bersama Penglipur Lara ialah:

Star Trek dan Angels& Demons!
(Trek Bintang!!! :P)


(Malaikat dan Syaithon!! :P)


Kalau korg pernah baca review filem X-Men yg aku pernah buat dulu, korg akan tau aku akan judge sesebuah filem tu based on 3 kriteria utama. Let’s selongkar kisah Star Trek dan Angels & Demons dari sudut pandangan criteria Penglipur Lara;

Pertama, “Plot atau Jalan Cerita”

Filem Star Trek yg terbaru ini sememangnya satu cubaan utk mengubah stereotaip drama2 dan series2 Star Trek yg sebelum ini begitu kaya dgn makhluk2 asing dari planet yg aneh2 yg menjadi latar belakang drama Star Trek. Filem Star Trek kali ini tidak lagi menggunakan secara maksimum kostum yg pelik2, tetapi ia memfokuskan kepada cerita 2 org lelaki, seorang manusia, James Kirk dan seorang campuran manusia dan Vulcan, Spock.

Kedua-dua makhluk ini berasal dari genetic yg super duper genius dalam galaksi dan Star Trek menceritakan bagaimana dari sebuah persengketaan, persahabatan boleh terjalin antara keduanya bila keselamatan anggota2 Starfleet terancam!

Takmau crita panjang, Star Trek aku bagi 3.5 per 5 utk plot yang simple dan tak memeningkan kepala utk difahami.

Bagaimana dgn Angels & Demons? Mula2 aku sangkakan ia adalah sequel kpd blockbuster The Davinci Code, tp ternyata Angels & Demons adalah filem yg sgt berbeza skali dari The Davinci Code. Tom Hanks sbg Prof. Robert Langdon adalah pakar symbol(symbolist)yg mengkaji tentang sejarah silam Christianity dan mengaitkannya dengan pelbagai insiden yg berlaku pada masa kini dalam bukunya.


(Prof. Serba Tahu! Last2 minute, mesti kegeniusan dia kluar!!)


Walau bagaimanapun, dia adalah seorang atheis yg tidak percayakan Tuhan. Bilamana kematian Pope yg menyedihkan berbilion penganut Kristian di seluruh dunia terjadi, sebuah pengundian dijalankan oleh paderi2 dari seluruh dunia di Vatican City bagi memilih salah seorg dr 4 Preferati yg paling berkebolehan bagi menggantikan Pope.
Plot semakin memuncak apabila 4 Preferati itu diculik oleh sebuah pertubuhan bawah tanah yg paling digeruni, iaitu Illuminati. Illuminati turut mencuri sebuah reactor nuclear mini yg mampu meletupkan Vatican City andai disalahguna, bagi mengugut paderi2 tersebut. Enjoykan diri korg dgn menyaksikan bagaimana Robert Langdon menggunakan kepintarannya menyelongkar sejarah gereja2 di Rom dalam menyelesaikan konflik yg berpunca dari dendam atas kesilapan pentadbiran gereja pada waktu dahulu.

Untuk plot, Angels & Demons layak menerima 4.5 per 5 bagi aku.


Kedua, “Character Development atau Perkembangan Watak”

Dalam Star Trek, watak James Kirk dan Captain Spock memang bersinar umpama bintang2 di langit dengan dibantu oleh Uhura, bapak Spock dan krew2 Starfleet yg lain. 2 buah cerita yg berbeza tentang mereka memakan masa selama sejam, dan ia membolehkan penonton yg slow-catcher akan dapat memahami filem ini dgn begitu detail skali walaupun maybe sebelum ni apa yg diorg tau ttg Star Trek hanyalah ia adalah sbuah filem yg byk makhluk bertelinga tajam! :P

(Chris Pine as James Kirk!)

(silar "heroes" a.k.a Captian Spock!)

James Kirk dan Spock masing2 mempunyai stail sendiri semasa memimpin dan masing2 menggunakan justifikasi logik yg melampau2 utk membuktikan siapa lebih hebat. Two thumbs up utk kedua-duanya dan aku memberi 4.2 per 5 utk Star Trek dalam point character development.

Watak Robert Langdon dalam Angel & Demons pula sgt berkesan pada waktu2 cemas dan kritikal yg menyebabkan jantung luruh ke lantai sebab dia ni selalu selesaikan misteri di waktu last2 minute! Hahaha! Tinggal 2 3 second nk mati, dia boleh terlepas lagi. Watak dia memang cool dan larian2 pantas dia sentiasa berjaya menyelamatkan keadaan walau kadang2 dia agak lembik (senang kena belasah!). :P

(cemas2!!!)

Namun, kekecewaan di hati aku bilamana watak Vittoria Vetta sekadar menjadi umpama pelengkap (atau pembantu) pada Robert Langdon. Aku lebih suka jika plotnya begini, Vittoria diculik dan diseksa dgn kejam oleh Illuminati dan jika Robert Langdon ingin mematikan bom tersebut, dia terpaksa memerah otak dalam menyelesaikan teka teki Illuminati sebelum dpt menyelamatkan Vetta. Namun, Vetta hanyalah sekadar watak tempelan dan itu tidak berlaku dalam Angels & Demons.


(talented? might be! but nor proven in fact...)

Ewan MacGregor? Korg masih ingat Obi Wan Kenobi? Yes! Sebagai Camerlengo yg sgt bijaksana memutar alam, watak beliau dalam Angels & Demons harus dipuji. Mati2 aku sangka mamat ni baik, rupanya… jeng jeng jeng! Haaaa, korg kena tgk sendiri! So, utk point ini, Angels & Demons, 3.0 per 5.


(Mamat ni "baik" selama 2 jam, pastu tetiba "jahat" selama 10 minit!)


Ketiga, “Action atau Aksi”

Baik Star Trek atau Angels & Demons, kedua-dua nya telah mendefinisikan aksi dgn begitu gempak skali! Scene peperangan Starfleet dgn kapal angkasa yg dtg dari masa depan boleh dikatakan hampir sempurna dgn byk grafik2 yg sgt cun dan kemas. Cuma kadang2, peluru senapang laser tu maybe boleh tukar lah kot, bosan lah! Dah lama konsep senapang laser yg kluar kaler2 tu diolah dalam Star Wars.


(Starfleet is real nice!!)


(apahal???)


(Booooooommmm!!! kapow!!)


Banyak juga scene2 dalam Star Trek yg membuat penonton mcm nk terjatuh dari kerusi kat cinema. Contohnya, time James Kirk kena turun pakai tali utk defuse kan perisai kapal makhluk penjahat tuh. Memang heart-throbbing lah kata omputeh! Slain itu, elemen humor yg turut diselit skala membuatkan action nampak relaks dan sgt ‘selesa’ ditonton. Jadi, aku bagi 3.8 per 5 utk Star Trek bagi point action.

Angels & Demons pula lain cerita. Aku kena fikir 2 3 kali lebih laju dari scene kat panggung sebab action nya begitu laju walaupun tidaklah segempak Star Trek. Filem ini betul2 memerlukan seseorg penonton utk membaca synopsis nya terlebih dahulu sblm menonton! Kalau tak, memang sgt mudah utk blur!


(kejor yop kejor! walau ia bukan masalah hang...)

(fuyoh! best jugak main bunga api letup2 heli ni kan? :P)


Action paling best dalam filem ini di scene2 akhir di mana Camerlengo cuba ‘membuktikan’ kebaikan dirinya dgn menyelamatkan berbilion manusia yg tgh huru hara kat Vatican City. Efek letupan dari reactor tuh memang sadis, dan sgt2 cool. Kalaulah bom tu meletup kat tanah, maybe tinggal 2 3 org je kot Roman Katholik kat bumi neh. Hehe!

Jadi, aku bagi 3.5 per 5 bagi point action!

Secara keseluruhan inilah ringkasan pemarkahan calon2 kali ini;

Star Trek - 3.5(Plot), 4.2(Character), 3.8(Action)

Angels & Demons - 4.5(Plot), 3.0(Character), 3.5(Action)


So, pada korg yg mecari kepuasan dalam melihat api, letupan, tembak menembak, aku suggest korg layan Star Trek! Dijamin 2 jam tu korg akan sekurang-kurangnya keluar dgn perasaan puas melihat full-packed action yg kaw2 tetapi juga sebuah cerita yg dpt difahami.


(Official poster!!! :P)
Tetapi kalau korg mencari kepuasan dgn action filem yg memerlukan korg berfikir serta mencabar minda, go for Angels & Demons! Masa menonton, mungkin korg akan blur2 sebab Robert Landon mcm x henti2 terkejar-kejar, tapi bila korg started to digest the whole story, korg akan dpt ayat yg macam ni.

(a picture stands a thousand words... but which words?)


(Illuminati... hmm?)

“Owhhhh. Macam tu rupanya!” atau “Owhhhh. Tula pasal…”

Till then...

Chiow~

Tarikh 12 May dah 3 hari lepas. Pagi2 lagi aku dah hantar sms utk dia wishing ‘Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa sihat di samping keluarga tersayang’.

Takde reply. Maybe dia tak baca pun sms aku. Maybe. Dapat, pastu terus buang… kan?

Terkadang rasa malas nk menulis tentang hati dan apa yg membuat blog jadi macam surat cinta zaman skolah2. Tapi bila stiap kali 12 May, aku akan bangun pagi dgn rasa dub dab dub dab!


“Dia tau ke aku masih ingat lagi birthday dia?”

Takde jawapan. 

“Ingat kot…” Cubaan utk sedapkan hati. 

“Nak mesej xnk?”

“Ahhh, mesej je. Bukan ade pape pun!”

 

Laju je tangan aku menyentuh skrin. Sent! Dah, lupakan, dah hantar dah pun. Takde pape dah.

Yeke?? Yeke takde pape?

Time tgh mandi nk gi ofis, slalunya aku amek masa 10 minit je. Tapi sebab ‘takde pape’ hari tu, dekat stengah jam aku kat dalam bilik air! Pasang shower to the max, pastu sandarkan kepala kat dinding, fikir. Tengok siling, tengok air, sama je. Takde pape yg brubah.

Kluar bilik mandi, iron baju sket. Tengah sedap2 tangan kanan gosok…

Swoooshhhhhh!! Aku swing kat ibu jari tangan kiri yg tgh tekan baju. Adoii!! Rasa mcm nk tersiat kulit. Panas siot! Dah la iron, pakai jela. Baju iron tak iron, klau tak hensem, mcm ni lah jugak. Ye tak?

Sampai KL sentral, orang masih tak ramai. Aku lepak jap kat couch sambil tengok orang beratur. Kira cam silent observer. Padahal fikiran masih dok berlegar2 pada dia. Dah bangun ke dia? Dah makan ke? Dapat ke tak sms aku td? Dah 4 tahun, ntah2 dia dah lupakan aku terus…

Tengok jam, pkul 7.02am. lambat lagi. Lepak tggu next LRT lah, orang tak ramai sikit.

Usha…

Usha….

Aiyak!! Dah 7.45am! Pergh, dekat 45 minit dok melayang fikir pasal dia. Ingat Tuhan pun kadang2 tak selama ni. Adeyh! Bangun terus naik LRT. Dalam LRT pun sama, gelak ketawa dia masih bermain2 kat anak mata. Aku try tepis sket2, tak nk menyiksa hati sebab kejap lagi nk masuk ofis, aku nk focus kerja.

Tak dapat beb! Last2, sampai KLCC, aku jalan menonong. Kau nk datang dalam fikiran aku, kau datanglah. Aku dah penat nk tahan2. Boleh kata seharian hari tu fikiran dok berlari2 pasal dia je.

Kting! Jam dah tunjuk 5.20pm. Pandang kiri kanan, ada lagi 4 5 org staffs yg masih tekun kat cubicles diorg. Hmm, hari ni kluar awal sikitlah. Lepak kat taman depan tu.

Jalan. Tak sampai 10 minit aku dah dapat port couch betul2 bawah pokok yg redup. Ada beberapa pasang couple tgh melayan cinta masing2. No hal. Aku tak maksud nk kacau diorg. Lantak! Maksiat? Aku bukan budak RM…

Tarik nafas dalam2, lepas. Sambil lepas, aku cuba lepaskan skali bayangan dia. Alhamdulillah, 4 5 kali buat mcm tu, aku dah rasa lain. Mata aku baru boleh nampak benda lain slain dia. Hmm, 4 tahun dah Diyya. Kenapalah susah sangat aku nk release kau, padam segala kenangan kau dalam kotak memori nih?


“Assalamualaikum? Adik buat apa kat sini?” Sorang brader tetiba tegur aku. Nampak cam baik.

“Waalaikumussalam. Heh. Takde pape bang. Saja lepak lepas balik ofis. Cari ketenangan skit.”

Dia senyum.

“Owh. Hmm, cari ketenangan? Macam problem awek?” Tepat! Skali shoot dah kena. Sedara mara David Blaine ke apa brader ni?

“Awek? Takdelah bang. Crita dah lepas. 4 tahun. Tinggal sayang je masih tertinggal. Hari ni birthday dia…” Aku pun heran apasal aku senang sgt crita hal2 mcm ni kat brader tu. Ntah. Laju je mulut aku bercakap.

“Macam tu. Hmm, adik nampak tak akak yg pakai baju merah tu? Yang tengah dukung baby tu?” Sambil hujung ibu jari kanan dia melurus ke sorg perempuan berbaju kurung merah. Perempuan tu pulak mcm tau2 je, trus berpaling, sempat la aku usha kelibat wajah dia. Cantik…

“Nampak bang. Bukan jauh… haha!”

“Tu isteri abang. Cinta abang yang ketiga. Yang first, dia tinggalkan abang. Yang second, usia perkenalan kami cuma stahun je, sebab dia pergi dulu. Abang tak tau awek adik ni cinta yg keberapa, tapi yg pasti abang boleh nampak adik memang benar2 sayangkan dia kan?”

Aku diam.

“Lupakanlah dik. Terlalu pendek hidup kita sbg lelaki utk menghukum diri kerana wanita dan maaf abang kata, dayus untuk kita mengalah dengan cinta pada wanita melebihi cinta pada Ilahi. Lupakanlah dia. Yang terbaik, adik doakan dia bahagia. Abang tak nak doakan, tapi andai ada jodoh adik dgn dia, tak kemana dik…”

“Tak bang. Saya takkan doakan kami ada jodoh. Cukuplah sampai sini.” Aku senyum.

“Itu lebih baik. Dah. Adik dah solat asar ke ni? Sembang2 pasal cinta sampai lupa solat, tak kemana kita… kan?”

“Haha! Betul. Dah bang. Erm, saya balik dululah. Malas nk kejar2 naik ktm nti. Abang taulah kan KL mcmana bila ofis hour habes. Erm, saya Firdaus, abang?”

“Faham2. Hee. Panggil abang, Mie je. Azmi.” Dia sambut salam aku.


Lepas tu aku blah. Dalam beberapa langkah aku menapak, aku berpaling dan tgk dia berjalan menuju pada isterinya yg tengah melambung2 anak lelaki dia. Terdengar hilaian ketawa mereka berdua bila si anak tu ketawa. Indah.

Aku sambung berjalan dan membuang pandang pada KLCC.


“Tuhan, lepaskanlah dia dari aku. Biarlah 6.03 pm 12 May 2009 menjadi titik akhir memori Diyya mengalir lesu dalam minda aku.”

Selamat tinggal Cinta yg telah lalu… 

Diyya, umpama bidadari kau datang dalam hidup aku, aku lepaskan kau pergi bagai bubuk2 dedaun yg hilang balik redup pokok2 di taman KLCC~


(first picture of her taken in front of The Store KB, with my nokia 7610, lagi 2 minggu nk pmr '03...)

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed