Sedang sedap mendendangkan lagu She's So High Above Me, aku tertanya-tanya siapa Cleopatra, Joan of Arc dan Aphrodite sebenarnya. Kamu boleh cari maklumat tentang ketiga-tiga wanita ini di Wiki, cuma aku ringkaskan pada kamu yang malas membaca. Sekurang-kurangnya kamu kenal siapa 3 wanita cantik yang menjadi inspirasi dalam lagu ini.

Kira macam sudut tambah ilmu lah!


Cleopatra VII Philopator.


Dia adalah Firaun terakhir yang memerintah Mesir. Selepas kematiannya, Mesir menjadi sebahagian tanah jajahan Empayar Rom. Cleopatra kekal menjadi ikon penting dalam seni penulisan barat di mana banyak pementasan teater dan filem telah diolah untuk menggambarkan kecantikan yang dimiliki Cleopatra.

Blaise Pascal dalam Pensees berkata, "Cleopatra's nose, had it been shorter, the whole face of the world would have changed."


Joan of Arc.


Joan of Arc atau The Maid of Orleans adalah heroin kebanggaan Perancis. Dia memimpin tentera Perancis untuk kemenangan dalam beberapa siri Perang Seratus Tahun. Walau bagaimanapun, dia ditangkap oleh The Burgundians, dijual pada orang Inggeris, dibicarakan dan dibakar hidup-hidup hanya pada usia 19 tahun.

24 tahun kemudian, Callixtus III berjaya membuktikan mahkamah telah tersilap dalam penjatuhan hukuman terhadap Joan of Arc.


Aphrodite.


Adalah dewi cinta dan kecantikan tamadun Greek. Dia dilahirkan apabila Cronus membuang sebahagian diri Uranus ke dalam laut, dan dari buih-buih lautan (foam), terlahirnya Aphrodite. Aphrodite juga dikenali sebagai Cytherea dan Cypris, tempat yang dikatakan menjadi tanah kelahirannya. Burung merpati dan burung swan adalah antara haiwan yang sering dikaitkan dengan Aphrodite.


Dalam Islam, antara wanita-wanita yang cantik yang pernah disebutkan adalah Saidatina Aisyah R.A (mempunyai kulit putih kemerah-merahan), Siti Khadijah R.A dan Puteri Balqis. Namun, interpretasi dalam bentuk fizikal wanita-wanita yang mulia ini adalah tidak dibenarkan demi mengelakkan idolism, sesuatu yang dilarang di dalam Islam.

Sekadar perkongsian ilmu.

12 ulat gigit daun hijau:

Balqis lawan Cleopatra.
Macam mana?
Balqis mesti menang! hehe.

wow...impressive enrty pagi isnin.

rasa hendak mencari gadis seindah aisyah pula~

thank you for the info :)

hm. interesting. maybe that's where the word aphrodisiac comes from? (referring to aphrodite)

BalqisShafiqa - haha! mungkin. tapi Cleopatra sudah tiada beribu tahun dahulu.

masih nak lawan?

hee! :P

DandelinoiD - bukan kau sudah ada ke?

kadang-kadang aku dapat tangkap juga kau selit watak jiwang dalam entri kau.

hahaha!

Rose I R - my pleasure...

wani g g g - could be. because it's normal for the westerns to relate things with creatures to show their appreciation for the mythological history...

haha..kerana sebuah lagu ek?

xsilap aku..kalo cleopatra tu,die saling jadi sebutan sbb selain cantik,dia jugak pndai..die goda Caesar utk selamatkn Egypt dan kemudian goda Marc Anthony ke sape tah,yg second in charge utk bunuh Caesar bila Caesar punya kuasa da bergolak...dan jatuhla sebuah empayar kerana seorang wanita....

Joan of the Arc tu secara xsengaja xsilap die jadi pemimpin...die nk buktikan sumthing xsilap...and zaman tu kn pompuan slalu dianiaya..means every free thinking woman,woman who knows how to think and dream..is called a witch..masyarakat kondem kelebihan perempuan..at dat time..women mesti obey macammana pun..hak xda...Joan punya semangat tinggi and die dress up pun cam laki...maybe sbb tu kot org terima dan ada yg tercabar dgn kepimpinan die...

Aphrodite ni byk die punya version..biasal Tuhan Greek...bley bertukar2 dan beranak pinak tp xmati2...kalo mati pun bertukar,kalo bertukar pun mati...tp Aphrodite ni jahat gak..die ke ek yg sumpah Medusa jd hodoh? ingt....

kalo ko pasan..suma pompuan ko mention ni xcte pun cantek die camne...cantek ni ikut zaman (xcaya? tgk ANTM..pemenang cycle skrg tu da byk kali audition knape bley mng cycle skrg?) dan pandangan...kalo ko p negara cina,yg mata bulat la cantek..cam ko ni daus da biasa tgk mata bundar sukala pompuan korea yg kiut miut tuh..hehe~

all and all...aku suka post nih sbb aku bley poyo! haha~

Spinach - komen kau dah macam satu post baru. hehe! tapi tak apa, ini cuma pengkongsian ilmu.

yup, memang tak disebutkan tentang kecantikan. tapi cuba fahami betul-betul apa yang aku nak tulis.

apa yang aku nak katakan ialah tanpa tahu dengan susuk yang jelas bagaimana bentuk luaran ketiga-tiga wanita ini, mereka masih dikatakan cantik.

the beauty is defined without the glimpse of an eye.

itu yang menyebabkan aku tertarik untuk menulis tentang mereka.

nama pelik yg xmembawa maksud apa2 akn merugikan ank itu sdri krn nama ank merupakan doa buat mereka...))

ZilaJai - :) kan?

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed