Bila budak-budak berlari, selalu sungguh aku dengar orang tua-tua kata...

"Haaa, lari lagi. Jatuh baru padan muka. Orang cakap semua tak mahu dengar."

Dan 5 minit selepas itu, memang budak itu jatuh. Selalunya menangislah. Tapi kalau yang keras hati sedikit, mungkin mencebik tidak puas hati pada orang tua tadi.

Bila budak-budak kampung nak minta bola takraw atau bola sepak dengan penghulu...

"Alah, membazir duit aje beli bola tu semua. Kau orang main sekejap, lepas itu bola hilang, mintak lagi. Haish, kalau nak sangat, tunggu aku mintak dengan tok wakil."

Tunggu punya tunggu punya tunggu, bola tak sampai-sampai. Akhirnya, budak-budak kampung kumpul duit sendiri (mintak seringgit seorang bila nak beli bola).

Bila seorang lelaki nak berkahwin...

"Amboih, cepat betul nak kahwin. Kamu nak bagi makan apa anak dara orang tu? Pasir? Nak beli rokok mintak duit dengan aku, ada hati nak kahwin." Sambil hembus asap rokok kaw-kaw punya depan batang hidung!

Lalu si lelaki ini kahwin lari dengan perempuan itu. Heboh dan malu satu kampung. Yang malu, keluarga belah lelaki dan perempuan itu juga.

Aku tidaklah kata semua orang tua itu begitu. Tapi norma masyarakat kita memang diajar dengan cara 'memberi nasihat' dalam bentuk yang kalau aku boleh sebut, menjatuhkan semangat dan maruah. Langsung tidak membina. Seolah-olah sesuatu hal yang berlaku dalam hidup itu, takkan ada naturaliti, takkan ada pro dan con. Semua akan menuju satu destinasi, yakni yang tak baik. Yang tak elok.

Apalah salah kiranya budak yang tengah berlari itu diberi nasihat sebegini...

"Kalau nak berlari, jangan berlari di kawasan banyak tiang, banyak bucu. Berlari tempat lapang. Jangan menangis kalau jatuh. Orang lelaki tak boleh menangis kalau jatuh."

Aku rasa kalau bagi nasihat sebegini, confirm budak itu akan dengar. Sebab apa? Sebab kita tidak menghalang apa yang dia suka buat, berlari. Sebaliknya kita bagi nasihat supaya dia beringat dan tidak mudah putus asa dalam apa yang nak dibuat.

Budak-budak kampung nak main bola. Apalah salahnya kalau...

"Aku bukan tak nak bagi bola. Tapi apa kata kau orang kumpul duit sendiri dahulu. Kalau tak cukup, bagitahu. Bila dah ada bola, seorang kena jaga amanah, jaga bola. Baru tahan lama."

Bukankah lebih baik begitu? Fikiran budak-budak ini sampai mana sangatlah. Sebab itulah perlunya ada orang tua yang berfikiran matang untuk menunjuk dan memberi contoh apa itu makna nilai murni dalam diri. Mengutuk dan merendah-rendahlan usaha orang-orang muda tak bawa apa-apa kebaikan pun. Habis-habis, kena ludah depan mata. Nak melawan tak mampu sebab kudrat dah tak ada. Cubalah didik pakai kata-kata yang bijaksana. Berhikmah. Jangan hanya berhikmah bila lihat bini sudah saiz besar, cadang jual tanah nak cari 'pucuk muda'.

Anak lelaki yang merasakan dirinya sudah wajib berkahwin, wajib dikahwinkan. Bukan dipukul dengan kata-kata yang menginjak-injak maruah.

Cubalah dengan lembut dan penuh hormat.

"Kita lelaki bila ingin berkahwin, harus fikir 3 4 langkah ke hadapan, lebih dari orang perempuan. Mana nak cari duit rumah, mana nak cari duit makan pakai, mana nak cari duit anak isteri berbelanja. Bila sudah berdua, fikiran dan tanggungjawab pun berganda. Orang lelaki kena fikir semua itu. Sebab itu ilmu agama mesti ada terselit celah dada. Baru kuat nak jadi tempat anak dan isteri bergantung bila susah dan senang..."

Bukankah lebih sedap didengar? Jangan dihalang, sebaliknya buka jalan dan biarkan anak muda itu berfikir. Hidupnya sudah ada, jadi jangan jadi batu tercangkung di tengah jalan, sebaliknya jadi cahaya menyuluh bila tersalah langkah. Orang muda tersalah langkah, bukankah itu perkara biasa? Apa orang tua syumul sangatkah sampai orang muda tak boleh salah langsung?




Aku rasa sebab sikap orang tua hari ini juga jadi faktor Malaysia melimpah ruah dengan lelaki baham budak perempuan umur 7, 8 tahun, budak perempuan hamil bersalin di sekolah, anak bakar ibu, cucu rompak nenek, menantu pukul bapak mertua dan macam-macam kegilaan yang tak pernah didengar.

Kamu tak rasa begitu?

Aku bersuara sebab aku berfikir. Banyak sangat benda yang dibuang diatas jemala fikiran budak-budak yang nafsunya membara-bara. Itulah akibatnya!


18 ulat gigit daun hijau:

Waaa... btol la... tp susah kot nk ubah budaya cemni..

aku stuju 100%. nnt ko da tua, bc balik blog ni n dun repeat da same mistakes :D

Betul jugak.
Tapi selalu org tua sebut bila kita nakal.
"Bertuah punya anak"
Diorg tak cakap "bodoh punya anak"

Mungkin tak semua org tua mcm tu. tp kerana nila setitik. mentaliti masyarakat terus buat penilaian.
kan.

:)

btol2..
tapi jarang dah dgr skarang..
dlu time tok dgn tokwan ada..
salu dgr lepa ckp y 1st tue..hihihi..

bes la p.o.v si penulis blog :)

Susah nak berbudaya macam nie.. Psal kahwin tu..My ustaz ckp bila dah kahwin dibukakkan pintu rezeki ..Sape tade duit baik kahwin..

Hehehhe..Tak manis kita menjatuhkan org yang dah memang nak kahwin..Setuju sgt

i like :)

wani g g g - yeah. sesuatu yang sudah lama sangat. maybe our generation can change that.

who knows right?

=)

Orkid - yeah. kesedaran kena bermula dari sekarang.

Pipi Muncet - hmm, "Bertuah punya anak!" disebut sebagai satu cara untuk tak nampak sangat orang tua itu menyumpah.

Tapi itu still bukan satu cara yang bagus untuk memperbetul keadaan.

Do the words carry a good meaning in it? Tak kan? Just tak nak rasa bersalah sangat, so sebut macam tu.

Apa salahnya kalau bagi encouragement instead of cakap "Bertuah punya anak!".

Kan? =)

safiyyahosman - yerp. setuju. orang lama-lama dididik dengan cara kasar. sebab boleh kata, memang orang dulu hatinya keras dan teguh.

tapi kalau sekarang ini norma ini tidak diubah, tak ada pendekatan yang lebih intelek, well, that's the whole point of me writing here.

BlueSpecky - thanks! =)

sophie - apa yang saya nak kata, nak kahwin atau tak kahwin pun, bila bagi nasihat, berilah dalam bentuk yang membina.

bukan dengan kata-kata yang jelas-jelas menjatuhkan air muka.

dan dalam ur case, I do agree with you, with certain conditions.

hehe!

Farhah - terima kasih. =)

teguran melulu menjadikan individu rasa tress dan bertindak diluar kawalan.

BalqisShafiqa - semacam rebel.

a hahhh btul tuh...
kdg2 kte as human bein' mst de wat slh...
ta slh kn lo owg2 tu nsihat kn dgn cre baek..mybe lg dpt mmbantu...
tp ta sume owg samee... :))

cikCepet - sekurangnya kita boleh berusaha kan?

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed