Ada orang sanggup menunggu lama. Punya kesabaran setinggi pergunungan Alps di sempadan Itali-Perancis. Ditipu, dipermain berkali-kali pun masih bisa kuat meyakinkan diri sendiri "Tak apa, mungkin sesuatu terjadi." Kadang-kadang datang juga persoalan menerjah diri, tapi ditepis sejauh mungkin agar hasutan makhluk hina itu tidak meresap dalam diri.
Masih tahu bila amarah menguasai diri, dalam penulisan di blog pun bisa keluar kata-kata yang langsung tidak membawa kebaikan. Hanya sekadar melepaskan marah yang satu itu. Besar mana sangatlah nafsu amarah kita dibandingkan dengan kuasa dan ketentuan Ilahi?
Tapi kadang-kadang terasa juga diri begitu hina. Bukan kerana ego setinggi langit sebab ego itu sudah jatuh tersembam di bumi beberapa hari yang lalu. Bukan jua kerana pengorbanan yang sudah tidak bernombor, sebab sudah terlalu banyak drama jauh dan dekat yang terjadi. Melumpuhkan kekuatan dikit demi dikit.
Apa yang kau cuba buktikan? Kau mampu setia dan jadi bodoh untuk selamanya? Seperti membelek sebuah buku cerita kanak-kanak, Cinderella misalnya. Kamu tahu penghujungnya membahagiakan jadi tidak kira sebanyak mana kamu belek muka surat itu, kamu hanya tunggu penghujungnya. Dan kadang-kadang kamu tidak menghayati pun perjalanan cerita ini.
Tapi buku yang sedang aku 'baca' ini aku tidak tahu penghujungnya apa dan bagaimana. Tiada tinta yang tertulis yang menjamin bahagia di hujung cerita. Seolah kamu baca sebuah buku tiada bertulisan. Putih dan tiada berdakwat. Hendak kata suci, sudah banyak dakwat yang tertumpah menyebabkan kamu semakin sedar ia takkan kemana. Namun, hati masih keras mahu membelek. Mahu memberi peluang.
Apa yang kau cuba buktikan?
Tuhan, kalau ini diperlukan untuk aku melatih kesabaranku maka sampaikanlah aku ke penamatnya.
Tuhan, kalau ditakdirkan perjalanan aku hanya separuh muka surat sekalipun, aku tetap bersyukur kerana menemukan aku dengan 'derita' cerita ini. Aku sudah menemui 'manis derita'.
Dan kekalkanlah aku agar aku senantiasa melihat kebaikan mengatasi keburukan. Sepertimana Kau mencipta Mont Blanc di Alps.
4 ulat gigit daun hijau:
Do not give up. Kitorang support ko seratus peratus! Hope you'r emaking the right choice bro~
AlexAlabasta - thanks bro. really appreciate it.
waaa...satria neo..eyda ske sgt!! hehee
eyDa - haha! really? well, u might consider this thing before buying one...
=)
Post a Comment