Dua hari yang terbaik. Suhu dingin yang menyelesakan untuk menenangkan fikiran yang kusut dengan masalah-masalah yang sementara. Benda kecil dipandang besar. Sebab itulah mata selalu nampak masalah, bukan penyelesaian. Walhal jalan sudah ada terbentang, bukan dipandang tapi terus merisau dengan benda-benda yang tidak perlu.

Pada yang tertentu (akan ada yang baca dan faham) terima kasih untuk bermain naik, turun dan berpusing-pusing di benda beroda bernama roller coaster. Bukan semua orang mampu naik benda itu. Dan bukan semua orang mampu naik benda itu dengan kawan-kawan baik. Kawan-kawan yang sudah kenal dari Januari 2006 hinggalah mempunyai paper yang sama untuk final exam terakhir di UTP.

Aku bukan juga terlalu tenang. Bukan juga terlalu gelabah. Cuma sekadar ingin menikmati saat ini. Mungkin sebab itu aku tidak terlalu tertekan dengan final exam yang cuma lagi 5 hari. Seperti aku rasa final exam itu tidak lagi sepenting final-final exam sebelum ini. Sebelum ini harus berusaha kuat untuk hafal, tulis, kira dan practise. Tapi kali ini minda lebih kosong, lebih tenang. Mungkin sebab ini yang terakhir. Hidup sudah tidak perlu terburu-buru. Punya waktu secukupnya untuk hadam dan jawab dengan sepenuh hati dan perasaan. Nota-nota hantu raya pun sudah tidak perlu rasanya. (Dulu aku pernah bawa buku teks ke dalam tandas sebab nak salin nota banyak sangat, aku bawak buku teks terus! Hehehe...)

Itu pun satu kenangan juga bukan?

Saat ini aku tidak rasa bermasam muka ada faedahnya. Tidak tahulah bagi sesetengah orang yang masih suka memikirkan benda-benda kecil dalam hidup mereka. Asyik dengan masalah orang lain. Aku tidak ada masalah pun. Pemikiran aku sudah jauh berbeza dari aku mula-mula melangkah ke UTP dulu. Dahulu melihat orang minum arak di depan mata adalah sesuatu yang sangat janggal bagi aku. Sekarang kau mahu minum tunggang terbalik, minumlah. Aku peduli apa. Melihat perempuan berskirt pendek (Melayu) dulu aku geleng-geleng kepala. Sekarang, aku cuma tersenyum. Bukan semua manusia sama. Dan sama tidak semestinya serupa. Didikan aku berbeza. Tapi perbezaan itu sekarang ini aku yang tentukan. Bukan lagi kata-kata orang yang aku dengan senangnya boleh panggil sayang dan sahabat.

Pada rakan-rakan ITIS terutamanya, rakan-rakan budak engineering JAN06, rakan-rakan yang pernah join event bersama aku, rakan-rakan main futsal, rakan-rakan lepak di mapley, rakan-rakan di lecture yang aku borak-borak time bosan, rakan-rakan di blog KersaniSakti, rakan-rakan yang pernah mengenali, terima kasih untuk semua ini. Untuk semua ini. Tidak kan terganti lagi.

Falsampah kata, "Makan sepinggan maggi goreng telur mata bersama rakan-rakan itu lebih nikmat dari menikmati buffet di hotel seorang diri...."

Redhai makan minum. Halal dan 'haram'. Yang halal kamu tahu, yang tak halal pun kamu tahu. Takkan berkawan 4 tahun masih tanya aku apa benda 'haram' yang aku buat dengan korang kan? Mesti kamu tahu. Kini kapal akan belayar sendiri. Dan tidak banyak pelabuhan yang indah dan secantik pelabuhan yang pernah aku singgah di sini.

Cinta di Melaka jua semakin luput. Kamu yang sedang deactivate facebook dan blog kamu, sila jaga diri baik-baik ya. Rehatlah selama mana kamu mahu. Aku tetap jua di sini. Sama saja. Sama seperti mula-mula kamu kenal dulu. Tidak berganjak.




9 ulat gigit daun hijau:

Lepat Pisang - haha, thanks!

hey, xde terserempak ngn u lg da pasni :[ keep in touch yea, walaupon thru blog aje :] good luck

wani g g g - thanks. appreciate the memories~

jgn dok wat ayat2 sadis mcm ni bro..xmau nanti masuk Metro..

Anip - hehe. masuk Metro famous gak beb. hehe.

itulah hidup!=D
gud luck dalam perjalanan hidup..

ella A - thanks. well, we can't make better of everything right?

mata jadi sarat bila hati kata sesuatu masalah itu berat.

makan sendirian di hotel mewah memang tiada makna.

semua yang tertulis saya mengerti.

BalqisShafiqa - terima kasih. tahu itu.

=)

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed