Petang tadi tengah sedap-sedap layan video klip Big Bang, tiba-tiba satu sms masuk. Aku memang cukup tak suka sms tak kena timing. Nak sms, sms lah di hening-hening subuh ke, waktu itik berjalan masuk kandang ke, barulah aku tak busy. Ingat senang ke jadi Duta Korea Selatan kat Malaysia. Segala urusan kena ikut timing sana tahu?

Sms tu macam nilah lebih kurang...

"RM0. Ingin menonton video-video panas 26 orang Ex-GF saya yang disimpan untuk koleksi peribadi? L*na, An*s, Ay* dan ramai lagi. Cuma send 'YES' ke nombor ini dan video akan didownload terus ke handphone anda. Pakej langganan juga disediakan."

Aku tengok skrin. Hmm, 013242115*. Tak pernah save nombor ni. Ingat member-member nak buat pedajal. Mana lah tau ada member-member yang terdesak sangat nak cari duit lebih kan. Tapi bukan.

Hmm, tau apa aku reply?

"Brader, ada yang HD punya video tak? Saya kalau format .3gp tak berapa nak layan sangat, tak clear."

Lepas tu dia tak reply dah. Aku gelak sorang-sorang macam orang gila. Haih, macam-macam manusia ni bila nak buat bisnes. Kadang-kadang video yang entah apa-apa ni, ada saja manusia yang download. Aku tak paham. Tak puas-puas lagi yang ada kat internet? Membazir kredit!

Tapi yelah, konsepnya sama saja, demand and supply. Kalau tak ada permintaan, tak ada penawaran. Tapi nak tawar 'barang' pun agak-agak lah kan? Kalau Pak Imam yang dapat sms macam ni, mengucap panjanglah jawabnya ye tak?

Hiduplah dengan penuh tanggungjawab.

p/s: aku terus delete ya sms tu. takde buat benda lain haaa....

10 ulat gigit daun hijau:

salam ziarah. :)
mesej macam ni selalu serang saya.

saya hantar balik:
kalau berani sangat, kita jumpalah.
nak tengok korang buat depan mata.

memang diam laa 'mereka' tu.

ehh smalam emak i pon ade dapat gak... hahaha... yg hebat tuhh..ex gf ada 26...pramugari drpd pelbagai ngara...miahahaha..hensem sgt ke mamt tuhh...amer x silap nme die..hahaha

bdoh siot bende2 cmni...
skit ati aku...

kdang2 aku blas je
"awat bdoh snagt ang ni...??"
huhu

sayeee dpt jugak~weeee.ntah pape.hahaha~

Slalu jugak dpt msj cmni...xphm btol laaa..uhu~

BalqisShafiqa - haha! diorang bukan berani. diorang buat sebab diorang tau kita takkan buang masa nak report nombor-nombor diorang ni.

berani awak eh? hehe!

key-one - hensem macam Adam dalam Adamaya kot?

hehe! :P

-aPi- haha! ada diorang reply? buang duit je.

sama macam aku. hahaha! tapi dah geram, apa nak buat kan?

Farhah - ye? tak send 'yes' kat diorang?

:P

syue - manusia bila fikir dan letak duit je dalam fikiran, macam ni lah jadinya.

:D

hidup. normallah.

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed