Aku seharusnya solat asar waktu ini. Tapi keghairahan untuk mencurah idea di sini membuat aku sedikit leka dengan benda bernama blog. Kamu tahu kenapa? Aku dapat idea menulis ini sewaktu sedang menjawab soalan final exam dalam dewan sebentar tadi.

Perasan atau tidak, nama kanak-kanak hari ini semakin lama semakin susah nak disebut dan diingati? Kalau dahulu, paling canggih pun nama budak lelaki orang bagi Danial, Aiman atau yang masih boleh dikira ringkas dan senang untuk diingati. Kalau budak perempuan, nama-nama seperti Nadia, Maizurah itu pun bagi aku sudah cukup sedap didengar dan disebut. Lebih-lebih lagi kalau membawa maksud yang baik, memang selalunya kena dengan sifat dan tingkahlaku serta pembawakan si empunya nama.

Tapi hari ini orang lebih 'gila' meletak nama yang pelik, sukar disebut dan dieja dan kadang-kadang tak membawa apa-apa maksud. Aku hairan juga dari manalah datangnya mazhab yang mengajar ibu-bapa meletak nama anak-anak atas dasar ingin berbangga dengan rakan-rakan. Atau kerana minat yang melampau-lampau pada sesuatu atau seseorang, hinggakan nama anak sendiri mesti kalau tak banyak, ada sedikit iras-iras dengan sesuatu yang diminati itu.

Kamu mahu contoh? Cuba sebut nama-nama ini.

Nurkhylia Tania Artisha.

Kheressa Lylia Mayang Sari.

Astaizah Mumtaz Ibhan Felicia Asmara.

Rizki Langit Ramadan.

Danish Ben Pierre Andre.

Reeve Damien Cahaya Deeni.

Fea Eryssa Indah Fitriati.

Teguh Budiman Armand Azhari Ahzad Ahlami.

Irisha Myra Sania Samara.

Aaron Alban Leroy Fariq Haizen.

Fildza Haifa Citta Karamina Kaisara Kamelia.

Ibnu Iqbal Socrates Dylan Rumi.

Joaquin Indot Jeremy Jeffrey.

Rezarin Rezaimen Keiflin Armada Jiwa Rifdhi.

Khadeeja Zaireen Murshim Luth Mikhail.

Bagaimana? Tak terasa tergulung-gulung lidah nak menyebutnya? Dan sebenarnya, nama-nama ini memang nama-nama orang Melayu kita. Tak ada yang bukan Melayu. Memanglah meletakkan nama anak-anak itu hak ibu-bapa, tapi bagai sudah lari jauh dari tujuan asal sebagai panggilan serta secara tidak langsung sebagai doa untuk si polan si polan, sesuatu harus diubah di sini, dalam norma masyarakat kita.

Mungkin harus diberitahu bahawasanya nama yang diberi haruslah punya maksud yang baik. Bukan apa, nama itu akan berulang-ulang kali disebut oleh ibu dan bapa, guru-guru, rakan-rakan. Makanya kalau nama pun sudah punya maksud yang tidak baik, atau langsung tidak ada makna, maka rugilah satu doa yang berterusan itu.

Namun begitu, tidak salah untuk meletakkan nama yang unik dan menarik. Cuma pastikan setiap nama itu punya maksud yang baik. Cantik tetapi tiada maksud, apalah gunanya? Lagi satu aku perasan, fenomena ini berlaku (maaf kata) pada orang yang pada pendapat aku kurang jua ilmu pengetahuan tentang agama. Bukanlah mengatakan aku ini alim atau serba tahu, tetapi apa salahnya bertanya pada yang lebih arif atau sekurangnya bacalah buku untuk memilih nama yang baik.

Mungkin generasi kita sudah 'kaya' dengan nama-nama pengaruh sumbangan budaya barat dan timur. Tapi kekalkanlah apa yang kita ada, itu lebih baik. Lagipula, memang nama-nama orang Melayu itu sudah asli dan indah bahasanya. Memang kena dengan kita. Tak ada hebatnya mengagung nama dari budaya lain. Mungkin sebab kita merasa lebih gah bila berdiri dan bertunjangkan adat resmi orang lain, inilah sikap Melayu. Yang harus diubah....

p/s: risau bila anak cucu yang buta ilmu letak nama 'Vanilla Ice' sebab bunyi macam sedap!


13 ulat gigit daun hijau:

nama anak aku insya Allah Aishah.
sebab Aisyah maksudnya happy, aku nak anak aku happy always.

hehe berangan.

haha...
ada seorang kawan aku nak namakan nama anak macam nama pelik2 tu...

tapi bukan dia nak pun!
bini dia nak, sebab sedap...pft.

aaaaaaaaa~ kre nama aku pun pelik gak ke? uhuk....

weh
berbelit lidah aku nyebut nye!
abes skrin laptop basah ngan ayaq liuq!
hehehe

anis - indah. Aisyah, isteri kesayangan Baginda selepas Khadijah...

dan putih kemerah-merahan.

mesti cantik anak kau kan? :)

Dandelinoid - hahaha! ni lagi teruk punya kes.

bagi awek kawan kau baca buku sikit.

tak pun, bagi link suruh google.

hehe!

Spinach - yer! maaf, nama anda pun tergolong sama.

:P

reen_sofee - hambek kau. walhal, takde maksud pun.

tak adalah, kalau takde maksud tu kira okay lagi dari ada maksud, tapi maksud yang buruk.

kalau takde maksud, rugi sajalah.

salam ziarah.
nama saya balqis shafiqa.
nama mama jamilah.
hahaha.

tapi anak kawan mak ni nama anak dia Riyyan.
apa maksud riyyan ya?
senang kata cari nama yang ada maksud lagi-lagi bersifat arabic.

BalqisShafiqa - rumpun Melayu itu senantiasa bermula dengan nama Islam. dan nama Islam itu seharusnya lebih luas jika dikaji asal-usulnya dari sesur galur bangsa Arab.

lagipun bahasa Arab itu bahasa A-Quran. banyak pula terjemahannya. jadi pilih saja yang mana indah maksudnya dan sedap pula didengar.

haha.aku kalau boleh nak ltk nma ank2 aku simpe je.adam,aiman,syahirah,athirah.so nanti diorang pun xsusah nak sebut nama sendiri.ni kdg2 nma pnjg bejela dah 3,4 tahun pun xpandai nk sebut lg

Blithe spirit - itu pilihan masing-masing.

sekadar memberi pendapat di sini.

:)

nama saya Indah Fitriati. dan saya rasa tak susah pun utk sebut dan faham apa maksud nama itu. fitriati adalah fitrahku. dan Indah itu adalah jelas bahasa melayu,dan pada pendapat saya,nama yang diberi oleh bapa saya mempunyai makna yang sangat baik. begitu juga dengan Teguh Budiman dan Cahaya Deeni. kedua-duanya adik2 saya. nama2 ini diberi juga adalah kerana bapa saya berketurunan jawa, tiada kaitan oleh kerana terpengaruh dgn budaya luar dan tentu sekali kami mempunyai identiti jelas kerana tau asal usul keturunan kami, terima kasih :)

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed