(kerusi favourite dia... kadang2 dia tertidur di kerusi ni.)


Selalunya aku tak begini.


Tapi dalam membelek2 album lama dalam laptop, tetiba hati rasa tersentuh melihat wajah-ajah arwah ayahanda yang aku panggil ‘Ba’.

Post ini bukan menagih simpati, malah aku harap klau korg tengah happy2, x payahlah baca. Ianya sekadar apa yg aku rasakan waktu itu. Aku tak nak pulak korg sedih ke, simpati ke. Benda pun dah lama berlalu.

 

Ia dah terlalu lama, tapi sehingga kini Ba masih hero terhebat dalam keluarga aku. Dalam ramai2 menantu atuk aku belah mak, tv yg dibeli oleh arwah Ba masih ada di situ.  Bukan mengatakan menantu2 lain kurg baik, tapi sehingga hari ini, atuk aku akan cerita pada cucu cicit dia, tv itu pemberian menantu kesayangannya.

 

Arwah Ba tak pernah sekali pukul Ma. Tak pernah. Ba kadang2 senang marah, tapi jika marah, Ba cepat2 akan keluar dari rumah dan pergi ke tempat lain. Ma tak pernah kena penangan Ba. Aku tak faham mcmana Ba mampu tahan marahnya. Aku tak yakin aku mampu lakukan apa yang Ba lakukan.



(Ba tengah gunting rambut salah seorg cucu dia... umpama potret yg berkata2.)

Arwah Ba minat btul berkebun. Dia paling suka tanam nenas. Kadang2 bila musim nenas, seluruh keluarga belah mak dan Ba akan datang ke rumah kami utk menikmati nenas dari kebun. Keluarga kami tak biasa beli nenas, bila nak makan, tunggu hingga musim nenas, dan jika buah ‘jadi’, tahun itu semua orang akan makan nenas. Makan dengan gembira. Dan Ba akan gembira jika semua orang dapat merasa hasil tangannya.


Bila ada urusan pasal tanah pusaka, pasal pembahagiaan harta, arwah Ba akan jadi rujukan. Sebab arwah baik dgn DO. Hinggakan orang2 kampung lebih senang berurusan dengan dia dari berurusan dgn DO. Sebab arwah faham perangai dan kesusahan orang kampung utk ke bandar. Mungkin sebab itu, arwah Ba jadi ketua kampung lebih 15 tahun. Dia nk berhenti pun, masih ada org mintak nasihat dgn dia.

 

Satu benda aku yg selaku anak lelaki Ba tak mampu lakukan hingga ke hari ini ialah pergi ke kubur di setiap pagi jumaat selepas subuh. Arwah Ba tak pernah terlepas ke kubur pada hari jumaat utk membaca Tahlil dan Yasin pada arwah atuk dan moyang aku serta saudara-saudara lain. Dari aku kecil hinggalah aku masuk sekolah menengah, aku perasan Ba akan lupakan hal hal keluarga pada pagi jumaat, dan terus ke kuburan selepas subuh. Tak usahlah cakap pasal benda lain pada waktu itu, dia buat tak peduli saja.


Seolah-olah minda arwah Ba sudah terlekat dgn ingatan pada ayahnya dan moyangnya. Namun aku hingga kini masih gagal utk menuruti jejak amalannya itu.


Dan hingga kini aku masih ingat dulu masa kecil jika aku melukis sesuatu lukisan, Ba buat tak peduli saja. Dan aku sering menyangka Ba x kisah dgn minat aku. Tapi rupa-rupanya bila lukisan sudah siap, Ba akan memberi komen2 yg kadang buat aku garu kepala. Muka sengetlah, mata x bundarlah, pipi seronglah. Maknanya Ba sengaja suruh aku berusaha dahulu sebelum mengalah. Ba tak mahu aku lakukan sesuatu dgn senang. Dia mahu aku capa kejayaan dgn cara susah. Agar aku mengerti indahnya erti pengorbanan.

 

Terima kasih Ba. Ba sudah memberi dan menjadi contoh terbaik utk anak Ba ini menempuh hidup dan menjadi insan yg penyayang pada insan bergelar wanita. Ba sudah mengajar aku bagaimana menghadapi hidup tanpa bergantung pada orang lain. Ba juga sudah menjadi role model terbaik utk anak-anaknya berhadapan dgn onak dan duri kehidupan.



(8 bulan 7 hari sebelum Ba meninggalkankami...)


Semoga arwah Ba tenang di sana.

Al-Fatihah utk Ba. 

3 ulat gigit daun hijau:

doakan je kesejahteraan die..
at lis kau penah rase kasih syg sorang ayah..:)

mm.. xpela klu masih xmampu buat ap yg dia buat,but lpas solat jangan lupa doakn untuk dia....

Suraya - InsyaAllah...
just terlalu byk kenangan yg xmungkin dilupakan..

Mars - :D wiil do!

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed