Maaf, tak dapat hupdate blog ini dengan sempurna.

Kersani terpaksa mengarung air dekat 20 minit sebelum dapat cari oasis internet kat cyber cafe yg serba usang ini. Hehe!

Apapun, kersani akan cuba untuk hupdate blog ini sekerap mungkin in future. Stay tune wokeyh?

:D

p/s; hupdate blog di CC dengan seluar yg basah lenjun sungguh memalukan. Haish.... Kat howetown kersani, hujan dah 3 hari tak berhenti. maklumlah pantai timurrrrrr...

stay safe dan jangan main hujan. nanti demammmmm....



(hohoho, si kucin hitam...)


Sambil me'relax'kan diri selepas paper final yang last skali petang tadi, aku cuba usha teaser utk movie Spider Man 4. Macam biasa, berita2 yang kurang boleh dipercayai selalunya cepat saja tersebar dekat internet escpecially western media. Tapi tak hairanlah sebab mereka memang suka hebohkan benda yang akan datang, kira macam tease movie-goers utk menantikan filem2 yang bakal keluar kat panggung. Akhirnya, aku yang kat sini pun dah tak sabar2 nak tunggu kemunculan filem ni. Dengar cerita jugak, kali ni Lelaki Labah-labah ni akan lawan dengan 3 villains:- Carnage, The Lizard dan paling best, villain comel, Black Cat! Hehehe... (MJ tentu jealous sebab dia takde power, takleh lawan2 macam Black Cat. Hehehe! :P)


Sebenarnya Spider Man 4 ni dah lama masuk dalam awaiting list aku sebelum Transformers 3. Sebab apa? Sebab Spiderman lebih dulu menjadi hero kesukaan aku sebelum Prime. Aku tak tau lah korang macamana, tapi aku suka si Peter Parker ni sebab mamat ni boleh dikatakan macam nerd jugaklah, tapi alih2 jadi superhero. Dapat kuasa awal2 dulu pun sebab kena gigit labah2, pastu kena berlatih pulak tu. Means, dia bukanlah manusia luar biasa, cuma orang biasa yang lembik tapi tiba2 ada kuasa ajaib. Magik wooo!


Aku suka pengolahan Sam Raimi dalam semua trilogi Spiderman. Tak kiralah 1, 2 atau 3. Kerana bagi aku, dia berjaya menonjolkan yang Peter Parker ni cuma budak kolej biasa. Bukan senang kot superhero nak berhadapan dengan masalah seperti mempunyai awek yang super duper hot seperti Mary Jane Watson, ada auntie yang penyayang dan selalu membebel dan jugak menghadapi kematian atuk dia. Tambah2 lagi, semua villain yang ada kat bandar tu dendam tak pasal2 dan tak habis2 dengan dia. Entahlah, orang lain mungkin suka superhero yang power ganas2, mampu kalahkan penjahat dengan sebelah tangan atau mempunyai gadget2 yang cool. Tapi takpe, itu hak korang masing2. Semua ada hak utk punya hero masing2 kan?


Tapi bagi aku, Spiderman sangat unik sebab kehidupan dia dekat dengan kehidupan seorang remaja macam aku. Menghadapi masalah yang hampir sama, study study study. Cuma masalah awek je aku takde. Hehe. Maybe lepas ni aku boleh try bagi labah2 gigit jari aku, mana tau boleh pegi Chancellor Hall ke, IRC ke pakai lompat2 je. Bosan2, boleh melepak minum air kotak ribena kat puncak KLCC. Kan?


Chow!


(tengok poster pun aku dah menjilat jari! nyum! nyum! cepatlah keluar....)




(oren. kenapa oren? sebab err... sebab oren punca vitamin c! haaa! kot....)


Aku merasa kagum dengan orang yang mampu membuat 2, 3 post dalam sehari. Mana diorang dapat idea ya?


Tak kisahlah pendek atau panjang, tapi post diorang tetap menarik. Aku nak study past year paper utk final exam pun kena klik kat post diorg dulu, baca, baru boleh start study. Magik apa diorang pakai ya? Antara member aku yang paling pandai buat post pendek2, macam Suraya nih! Tak caya? Sila layan blog beliau yang dilahirkan dengan nama Blog Suraya.


Maybe aku patut belajar menulis post pendek2. Macam yang aku cuba buat ni. Tapi, kenapa macam tak menarik saja? Haish!


Notakaki 1: Maaf kepada 'kamu', malam ni LAN utp tidak membenarkan student tidor lewat melayan YM. Maaf ya kamu. Dan. 'lagu' itu untuk akukah? :P

Notakaki 2: Aku selalu solat isya' malam2. Bila tengah kumur2 amek wudhu', aku perasan kadang2 gusi aku berdarah tetiba bila kena air sejuk. Budak Bio, ada sesapa boleh bagi penjelasan logik dengan menggunakan bahasa 'melayu' dan bukan istilah2 Bio yang aneh2? Terima kasih.


Chiow.



(half full or half empty? baca dulu buah fikiran aku, baru decide!)


Pagi ini idea aku 'datang' awal sikit. Selalunya pukul 4, 5 pagi barulah idea tu datang mencurah2 ke ladang gandum. Aku pun tak faham. Maybe sebab dulu aku penah kena insomnia (satu keburukan) maka sekarang ni bila aku lambat tidur, banyak pulak idea datang (satu kebaikan).


Seperti biasa, post aku akan berbunyi sedikit kasar utk kaum hawa. Suka tak suka, memang macam nilah style penulisan aku. Kalau mana korang rasa betul, baguslah. Kalau mana yang korang rasa salah, pandai2 lah ke ruangan komen untuk membidas. Membina tak membina, itu bergantung pada idea kau orang jugak. Tapi selalunya, aku akan cuba jadi seadil mungkin untuk tak nampak sangat 'kelemahan' kaum perempuan yang satu ini.


2 minggu lepas, ada perasan ada satu blog ini slam aku kaw2 punya! Dan apa yang membuat aku sedikit terkilan adalah kerana ada jugak sorang kawan perempuan aku yang juga kawan perempuan ni, boleh pulak pegi support kawan dia tuh. Tak adalah nak terasa sangat, tapi maybe sebab aku tak pernah expect dia berperangai macam ni kat belakang aku, so mesti korang faham kan? Lagipun, dia ni aku boleh kategorikan sebagai kawan baik aku jugak. Tak apalah, benda dah lepas.


Malam ni jugak aku terbaca satu ayat perempuan yang berbunyi begini. "Kenapa lelaki gopoh sangat nak panggil Syg, Baby dan ucap kata-kata cinta?" atau kalau aku boleh simplify kat sini, cakap "Saya Sayang Awak...." Ini betul2 punya cerita dan aku tak reka sikit pun! Tak caya, bukak akaun fb aku, mesti korang nampak home wall aku. Mulanya aku tak kisah sangat sebab aku ada benda lain nak fikir, tapi bila dah 2 kali aku cuba nak tidur tapi mata masih tak mau lelap sebab rasa macam aku kena jawab soklan tu! Aku tak nak jawab kat fb sebab macam bodoh je melayan status perempuan itu dengan ayat2 yang berbunyi seperti "Bluekkk...", "I shayunk you cowang je...." atau "Untuk u, i bagi due-due, Syg dan Beby..." Macam FUCK ah lelaki cakap macam tu! Sebijik fuck dah kluar.


Terima kasih kerana masih membaca.


Wahai kaum perempuan, lelaki yang betul2 sayangkan kamu tak akan panggil kamu Syg atau Baby sesuka hati lah! Kamu ingat panggilan tu macam kami panggil anak kucing yang datang menempel bila kami tengah melepak kat mapley ke??? Sempit betul pemikiran sesetengah perempuan yang suka bertanya soalan2 macam ni kat fb atau mana2 je dan mengharapkan ada lelaki murahan yang gatal reply dan jawab status dia, pastu berlagak manja dengan contoh2 seperti ayat2 di atas. Fuck ah! Kamu perempuan, harus sedar tak semua lelaki di fb adalah cerdik dan aku boleh katakan ramai lelaki yang memang suka dengan perempuan2 yang macam ni. Memang kena sangat, perempuan suka buat status yang kononnya kontroversi, so dapatlah reply yang berunsurkan kegatalan dan kejalangan serta ke'bangang'an semata2. 2 kali dah aku sebut fuck nih.


Terima kasih kerana masih membaca.


Setiap kali aku membaca status2 seperti itu, aku tahu secara otomatik memang perempuan itu tak matang, merasa dirinya hot dan maaf kalau sedikit kasar, bodoh sombong tak makan ajar! Aku tambah sedikit adjectives utk perumpamaan itu. Kenapa aku kata begitu? Sebab perempuan seperti ini berlagak mahal bila ada lelaki yang cuba berkomunikasi dengan cara yang baik. Sebaliknya mereka boleh menjadi perempuan yang cukup murah bila di'layan' lelaki2 yang bodoh macam lembu. Maaf lembu, kau tak bersalah. Diorang yang bersalah. Aku tumpang populariti kau barang seketika.


Kau nak kata aku berfikiran kolot kerana post2 sebegini? Terpulang. Bukan aku hairan pun kalau kau ada 12 juta ribu kawan sekalipun kat laman sosial kau. Sebab bila aku baca komen2 di laman sosial perempuan2 yang sebegini, selalunya ayat2 lelaki desperate yang akan memenuhi ruangan komen tersebut. Kadang2, komen yang diterima amatlah lucu seperti "Awak dah makan kew? Kite makan nasi lemak tadi..." (makhluk mana peduli kau makan apa lembu!) atau "I baru clash. Hati i dah tertutup utk perempuan...." (pathetic macam fuck!) atau lebih kesian, "U ni cutelah. Sama macam muka adik I. Orang mana ye? Nak kenal leh?" NAK KENAL LEH???ayat gersang tahap belalang kunyit dah! Fuck ah! Selalunya, primary pic kat laman sosial perempuan2 seperti ini jangan kira ah semua nak bergaya, semua nak tayang, semua dengan spek hitam besar tahap kepala kereta api je semua, tapi level pemikiran dan penulisan macam budak kena syndrom down! Lagi 2 kali aku cakap fuck. Patutkah aku berhenti? Okey, max aku cakap 5 kali, so aku ada lagi satu kan? Padahal, kadang2 tu nak edit pic sendiri pun tak reti. Kena mintak tolong orang lain editkan.


Dan sekali lagi sebagai shield utk aku jugak, aku tak kata semua perempuan macam tu. Tak semua beb! Ramai juga perempuan yang aku kenal, memang bijak, matang dan mempunyai gaya pemikiran dan idea sendiri. Tak adalah pula mereka2 ini buat status kegersangan seperti itu di laman sosial mereka. Mereka punyai gaya sendiri utk menarik perhatian, dan bukan dengan ayat2 yang bodoh dan lebih teruk, menarik perhatian mat2 desperate utk komen. Sebabnya aku kata teruk, bila aku tanya pendapat kawan2 aku dan bloggers yang aku tak berapa rapat pun, boleh kata 6 dari 7 orang akan setuju. Setuju dengan apa?


Setuju dengan idea bahawa perempuan yang bijak tak akan membuat ayat atau bertindak secara kontroversi hanya sekadar untuk menarik perhatian. Mereka punya personaliti yang simple, tapi kelihatan bijak dan sememangnya bijak. Profoundly, they are beautiful in just the way the God made them. Bukan kecantikan yang dengan jelasnya memperlihatkan dan membuat lelaki akan berkata "Buat2 comel, tapi bodohlah dia ni..." Korang tak rasa pathetic ke kalau dengan hanya melihat laman sosial korang, lelaki akan buat conclusion macam tu? It's a rule of thumb lah cik kak oi. Jangan buat2 bodoh supaya anda tak kelihatan bodoh. Sifir dua kot!


Ironinya, perempuan yang bijak tak perlukan kata2 yang banyak dan pada masa yang sama, lelaki2 ni secara egoisnya akan berkata dalam hati, "Nice! Smartlah dia ni...." See! Kamu nampak perbezaan besar di situ? Atau aku perlu pamerkan contoh2 lain? Tak perlulah kan? Sebab aku rasa 90% bloggers yang selalu melepak kat blog aku semua bijak2. Semua ada pendirian masing2. Tapi tak tau lah pulak kalau2 orang yang aku maksudkan tu pun singgah blog aku jugak. Kalau ya, BAGUSLAH KAMU TERASA!!!


Penat menulis panjang2, tapi kepuasan itu datang bila ada komen2 yang mengkritik secara ikhlah dan ikhlas aku tak tau, tapi kalau aku dapat point kamu, don't worry, aku akan hormat pendirian kamu. Yakinkan aku, aku akan terima pendapat kamu. Itu saja.


Owh lupa, dari aku sebut reserved F word yang kelima tu baik aku cakap i'm really sorry for my offensive, bad, psychopathic language in this post. Sebab aku rasa perlu dan memang itu yang aku sebut right at the moment aku baca status2 perempuan semacam tu. Kadang2, emosi memang perlu utk improvise suasana dan bagi 'soul' dalam penulisan. Tak faham? Ahhh, malas aku nak explain. Fikir ah sendiri! Lemak lah kamu semua nak aku cakap.


Chiow!


Half empty? Half full? Why the heck do i have to answer this question at the first place? Bagus, kamu memang bijak kalau jawapan kamu seperti itu! Buat apa memilih kalau kamu ada pilihan utk dapat keduanya bukan? :D




Sehari dua ini asal bangun tidur saja, benda pertama yg akan aku buat adalah picit butang on laptop dan bukak chrome utk update blog2 yg selalu bergerak aktif. Hatta banyak lagi nota2 yg perlu dibaca, ditelaah dan dihafal utk final exam tapi kalau tak update post2 AdekNurul, Cik Tanya Sama hati, Cik Epal, Cik Suraya, Wani, Rose, AkuTakPeduli, LampuNeon, Mashimarul, Dahlia, Bobo, Dandelinoid dan ramai lagi member2 bloggers, aku rasa macam Maya Karin tak pekena nescafe je di pagi hari. Rasa tak lengkap. Macam ada keje yg tak sudah.


Aku perasan jugak kebelakangan ni ramai betul kawan bloggers aku yg clash. Kalau korg selalu blog surf member2 bloggers aku, mesti korang tau sapa yg aku maksudkan. Bukan nak menambah perisa dalam gulai ke apa, sekadar aku cuma nak menyatakan aku bersimpati atas apa yg berlaku. Tak apalah, apapun yg berlaku hidup mesti diteruskan. Yang sudah tu sudahlah, kalau kenang buat membingitkan kepala, menyesakkan nafas, lebih baik lupakan. Maafkan walaupun pahit. Sebab memberi kemaafan itu besar ertinya utk menenangkan jiwa. Okeyh?


Alhamdulillah, aku pun dah lepas 2 paper. Satu yg aku rasa confident dan satu lagi paper yg aku anggap killer paper utk sem ni. Kiranya senang cerita, aku masih ada lagi 4 paper menanti, tapi tak apalah sebab aku rasa masih boleh cope out dengan paper2 tersebut. Tersebut? Macam ayat buat karangan darjah 4. Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu tidur! Hehehe. Apa kaitan? Apa kes? Ntah, jangan tanya. Hehe!


Anyway, kadang2 aku rasa macam tak macho jugak kadang2 kalau lelaki ni sibuk dok bercerita tentang diri dia kat blog. Macam syok sendiri pun ada. Tapi bagi aku, it depends on macamana kau setelkan kemelut yg bergelumang dalam diri kau tuh. Kalau sekalipun kau tak tulis kat blog, tapi kau ada cara yg bagus utk lepaskan benda2 yg tak patut dalam diri kau then it's good for you. Tapi dari kau buat benda pelik2 semata-mata nak lepaskan kemarahan atau ketidakpuasan hati kau, lebih baik kau buat kat blog. Sekurang-kurangnya kau tak menyusahkan sesapa ye tak? Bukan aku paksa sesapa pun baca blog ni. Aneh kalau kau sibuk menghentam lelaki yg ada blog, tapi kau sendiri tak mengerti dan tak pernah jumpa cara yg bagus utk kau releasekan pressure dalam diri kau. Nasihat aku, belajarlah dan cari cara lain. Kalau masalah kau dah menjadi masalah member kau, itu dah lain cerita jadinya nanti beb!


Dan pelik juga aku tak rasa macam 'kehilangan' sangat 2 3 hari ni. Maybe, tekanan utk buat yg terbaik utk final kali ni jadi catalyst utk healing feelings yg mengarut2 tuh. Alhamdulillah, jalan yang aku nak pilih dah semakin jelas dan insyaAllah, aku sedang berusaha membuka hati utk seseorang yang masih belum kunjung tiba. Aku tak mengharapkan banyak sebenarnya, cukupkah kalau kali ini, biarlah dia seorang yg matang dan bijak utk aku bawak bercerita dan berkongsi impian aku. Seronok dan teruja sebenarnya utk mempunyai seseorang dari kaum yg berlainan yang kau sayang utk kau jadikan yang halal utk kau suatu hari nanti dan kau tahu dia memahami diri dan impian kau. Betterhalf? Better than that, it's YOUR PERFECT HALF. :D


Dan untuk menjawab soalan kau wahai roomateku incik Hakim yang handsome lagi menawan berkereta Viva Silver berplet nombor BKF 1637, aku masih single. Tak ada cerita Melaka ke, Kelantan ke, Terengganu ke atau mana-mana negeri sekalipun yang sedang membelengu. It's a fresh new start and i'm gonna back to square one, and if God will, i'll jump to a new leaf. Aku kan ulat hijau, so kenalah selalu melompat-lompat ye tak? Baru padan dengan nama. Wuuhuuu!


Dan kawan Cik Epal yang bernama Naza Atiqah itu sungguh comel, aku rasa. Hahaha! Cik Epal, tak nak kenalkan aku dengan dia? :P Nanti aku belanja kau chicken chop atau burger besar? Kau kan suka makan western food?


Tak apalah kalau tak dapat pun, walaupun terlewat sket follow Family Outing, tapi tetiba aku rasa blog aku dah lama tak ada gambar perempuan yg panas (hot la tuh!). Jadi, aku letak beberapa keping gambar Lee Hyo Ri sebab, aaa, nak letak gambar kawan cik Epal tu, sekali dia dah ada bf la pulak. Hehehe. Tak nak pulak aku kena sound dengan bf dia. Cari pasal di kala final exam begini, bukan pilihan yang tepat. Kalau tengah bosan cari pasal, itu aku selalu juga buat. Haha! Gurau-gurau saja. Enjoy guys! Girls, tak sangat lah kot.... Ahaxz!



(jauh)


(dekat sket....)


(laaaagi dekat.... aish, makin seksi?)


( tadaaa!!! the real her... so natural. and stunningly gorgeous too...)



Peace and love to all, Chiow!


(kau dah nampak hujung jalan, tapi kena langkah satu-satu...)


Entri ini tiada apa2 yg menarik, sebab aku tak rasa dalam keadaan serebrum, sereblum serta medula oblongata yang sebegini, benda yg dinamakan otak sedang penuh dengan nota-nota akademik. Jadi otak kanan aku sedikit slow sebab memberi ruang utk otak kiri bergerak aktif mencari rezeki. Kan? Tengok, aku dah melalut cakap bahasa penduduk gurun kalahari. Haish!


Betullah kata orang, buat satu-satu. Ikut hati, mati. Sekarang aku kena fokus pada satu2 benda sebelum aku nak fikir benda lain. Benda2 yang memeningkan kepala seperti 'itu', rasanya tak perlu fikir lagi bukan? Nantilah, kalau dilayan pun buat panjang cerita, macamlah aku tak ada kerja lain nak buat!


Tapi apa-apa pun, let's get back to basic. Family selalunya akan jadi tempat bergantung bila keadaan 'sempit' macam ni. Yeah, aku setuju kalau ada bloggers atau readers yg kata ada sesetengah benda kita tak boleh share dengan parents. But then, abang-abang dan kakak-kakak kan ada? Kalau sekalipun tak boleh bagitau secara 'direct', gunalah bahasa kiasan. Dan kalau kau bertuah ada bros or sis yg understanding dan easygoing, diorg akan psycho buat2 diorang tak faham. Walhal, diorg memang faham atau even betterm diorg memang dah lalui dah pun benda tu. Well, everybody's got their own past stories anyway. Macam meludah ke langit, terkena muka sendiri saja aku nih...


Looking at the brighter side, aku tak expect dan aku harap tak ada apa2 yang pelik berlaku sehari dua ini. Tak mau unwelcome surprises yang boleh bikin kepala jadi bingit. Maybe sebab itu, ketenangan kadang2 aku jumpa di kedai mamak setelah 3 4 jam mengadap lectures notes dan membantai soklan2 past year paper. Dan kadang2 ketenangan tu datang tak disangka bila bangun awal merenung matahari pagi.


Impian? Lepas paper aku dah kena ready dengan proposal. Rasanya ada barter trade akan berlaku. Harap2. Tolonglah jadi! Hehehe....


And thanks to my bro yg selalu bagi nasihat2 berguna kat aku sampai sekarang. Dia dah lalui dulu apa yg aku bakal dan nak lalui selepas ini, so i guess aku takde right utk tolak opinion dia. And to member2 lepak kat mapley, member2 study, member2 layan bola, member2 blog, member2 segala jenis member lah, terima kasih sebab, ntah, sebab jadi member aku lah kot!


"Jaga urusan dengan Allah, dan Allah akan jaga urusan kita...." Aku quote sket kata2 abang aku. Untuk korang, dan diri aku sendiri jugak.


notakaki: Filem 'Merantau' dah dipreview kat pawagam masa aku ke mid-valley hari tu. Biasanya kalau dah preview, tak lama lah kan nak kluar betul2 kan?





(poster pun macam misteri je....)


Had a great time watching this newly arrived movie!


Aku tak rasa aku nak cerita banyak or review in detail about this disaster-kind movie, but then again, aku suggest korang yang free, pegilah layan movie ni kat panggung! Dijamin best, terbaikkkk dari ladang coco crunch!


Story line: 4.5 out of 5 stars!

Character development: 4 out of 5 stars!

Action: 5 stars!!!


Whut more can i say? Movie ni kluar tepat pada waktu movie2 lain semuanya fail utk capture aku punya enthusiast. So geng, ajak bf, gf, member2, mak cik, pak cik, abang ipar, adik ipar dan ketua kampung korang utk layan movie ni. Anyway, it's rated as 13PG, so nothing to worry about the ehem ehem scenes.... Memang tak banyak pun! :P


Lepas ni confirm aku cari DVD dia.....


Oooopps, bows to Pedot, Azfa, Jared, Keane, Nita, Suraya, Fasha and Meera for the great night! Anytime soon, kita lepak kat dataran lagi okeyh?


Chiow!






Kihadapan Adik Manis, Minaci Musnita...


Sesungguhnya kidatangan adik manis ke tempat kerja abang pada malam simalam telah membuatkan jantung abang berdegup-degup kincang. Abang sindiri tada mengetahui adakah ini chenta pandang pertama abang pada adik manis.


Adik manis selalu sombong sombong sama abang. Tapi tadapa, abang sikit tada kisah juga. Abang tau adik manis sangattttttt suka itu white coffee ais. Itu pasal tiap tiap kali adik manis datang juga, abang kasi bikin itu air sama adik manis.


Tapi abang sikittt juga kicil hati. Adik manis silalu datang itu sama lelaki lelaki. Abang tara suka! Adik manis senyum sama abang, abang sekali jadi cair juga. Macem air batu! Bila adik manis panggil 'anne', abang rasa macam satu kali mau cium adik manis juga! Abang banyakkkkk suka.


Abang tara pandai tulis itu email la. Sikali abang mau kasi tau abang chenta sama adik manis. I Love You! One two three!


Kuch Kuch Hota Hei,
Abang Banyak Suka Sama Adik Manis Hey...


Yang Bener,

Raja




Once again, this entry has been created right on 5.10 in the morning. Just couldn’t stop the running mind to tap something on the keyboard and here I am, writing this entry. Wonder why do all the ideas are flowing smoothly at this particular hour. Let it be, not a miraculous thing to be even pondered upon anyway.

I had a good conversation with my lovely mum yesterday evening. She was enjoying herself giving advice to me about choosing the perfect girl, again. Yeah mum, as much as you enjoy the advice-giving ‘ceremony’, I do enjoy just listening to your voice. Out of blue, I realized there’s nothing seems to sound so wonderful and invigorating like a mum’s voice. Well, she got quite a convincing cause for that, since my same-aged cousin is somehow compelling his mum to go ‘merisik’! (Sorry, couldn’t find any good English words to translate that.)


So my mum freaked out and I’ve ‘voluntarily’ lend my ears to listen to those dramas that are happening in my hometown. Hey, if you think it’s easy to say to your mum that you did not even think about getting married in next 10 years, try it! Should be fun though. Especially when your mum is influenced a lot by your ‘makcik-makcik’. Hee!


But Mum, I have my plan. Do not worry about me so much. I know you’re just being who you are, always the best mother I will ever have. And I do really love you for that. Gratitude. But the plan I have, such I’ve discussed with you and our family, would you give your ‘restu’ and blessing?


I know my ‘imaan’ isn’t that good. And your fear is based on the deep feeling that you profoundly knew me since I was small. But this time, I’ll pray for your forgiveness that I’m certain to decide what is best for me, for once. What a heart to break a mum’s heart, and so I say my forgiveness. A million times. Countless. With love and trust, with the mercy of The God, I’ll go to learn something within me. I’ll go for what I have been planning and never since I had told anyone before.


Maafkan andai terluka. Redhailah bila masanya tiba nanti.




Nota kepala 1: Entri ini sedikit panjang. Diingatkan pada ibu-ibu mengandung agar mempercepatkan bacaan bila dah terasa air ketuban tu pecah.

Nota kepala 2: Gua suka style letak 2 keping gambar dalam satu2 entri. Tapi utk entri kali ni gua kumpul semua gambar2 kat bawah ye.

Nota kepala 3: Lu nak gambar lebih2, tunggu gua upload kat FB. Gua malas nk upload malam ni!


Jumaat, 6/11/09


9.15 am: Rumate gua yg tersayang yakni Akim bersama awek dia drop gua kat stesen KTM batu gajah. Diorg kata nak gi Ipoh trus, so diorg lepak dgn gua sampailah tren tiba. Sharp pkul 9.16 pagi, tren jalan. Hati gua sayu meninggalkan bumi Perak nih.


12.05 pm: Gua sampai kat stesen KL. Pusing punya pusing, gua jumpa Masjid Negara yg paling dekat utk gua solat jumaat. Dengan jeans selekeh dan t-shirt sendat, gua bantai semayang. Asalkan gua tutup aurat! Bestnya, gua jumpa dgn salah seorang usahawan paling kaya kat Malaysia, sapa tah nama dia. Syed Al-Bukhary. Haa, kira okeylahkan solat satu saf dgn dia ye tak?


3.00 pm: Gua gerak pegi Maxis KLCC, sebab nak jumpa bapak sepupu gua. Dia keja dengan pos Malaysia, tapi posted kat Maxis. So, gua merasa first time naik van pos, masuk headquarters dia, masuk gudang surat, semua semua lah! Excited giler babi tengok karung2 surat yg muat utk bubuh badan gua kat dalam tuh! Hahaha! Banyak pulak tu!


5.15 pm: Gua pinjam motor bapak sepupu gua pegi Bukit Jalil, nak cari tiket match bola lah konon! Sampai sampai je, ada dekat 2000 peminat bola yg senasib macam gua. Hampeh! Hati gua dah panas dah, datang jauh2 dari Perak nak tengok bola, tapi hasrat macam tak kesampaian. Dem, gua menyumpah seranah dalam hati. Tapi masa tu, gua ingat kalau malam sabtu tak dapat tiket jugak, gua panjat je pagar stadium tu! Hehehe...


9.00 pm: Takde peristiwa penting. Hehe. Gua layan nur kasih sambil call orang2 kampung gua yg datang kot2 ada bawak tiket lebih. Naseb baek ada, tu pun gua kena jumpa dia dan amek tiket tu kat depan stadium. Chantekk!!!



Sabtu, 7/11/09


8.25 am: Matahari belum lagi timbul, gua sekali lagi terpacak depan kaunter tiket kat stadium Bukit Jalil! Sekali lagi tiket dikatakan habis, padahal berlambak2 ulat-ulat tiket tengah cari mangsa nak jual tiket harga mark up! Tak masuk akal betul. Apa diorg gua gila nak bayar RM90 utk sekeping tiket? Gua lagi sanggup panjat pagar la brader!


11.35 am: Singgah gerai pekena nasik lemak ayam Melayu masa otw balik rumah. Masa tu, gua tak yakin orang2 kampung gua bawak tiket, that's why gua usha lagi skali pagi ni. Takut2 diorg sampai baru nak cakap tiket habes, tak ke naya?


2.00 pm: Tidor!!! Persiapan misti mau rapi nak tgk match piala Malaysia lah katakan..... Hehehe!


5.30 pm: Gua bawak motor laju2 sampai stadium. Tengah jalan lagi, jalan dah sesak macam haram! Baru pkul 5 lebih. Tapi yg datang memenuhkan jalan raya tu semua pakai baju merah. Gua senyap jelah, satu negeri beb! Hujan pulak tgh lebat tak hengat!


5.45 pm: Orang kampung gua sampai. Fuhh, naseb baek ah ada tiket! Kitorg berlima merempuh masuk pintu pagar sebab Abang Polis Gila Babi tak nak buka gate walaupun sepatutnya diorg bukak dari pkul 5.30 ptg lagi. Macamana lah peminat tak emo??? Lepas melilau-lilau dekat setengah jam, barulah dapat port yg baek sket. Match start lagi 3 jam! Gila!! Time ni gua terserempak dengan Danny X-factor. Boleh tahan mamat tu, siap pakai topi yg kaler merah putih, pastu ada loceng2 lagi! Hahaha! Tapi dia sempoi la. Gua tegur, dia layan je.


8.15 pm: Player2 Negeri Sembilan dan Kelantan masuk ke padang utk panaskan badan. Sorakan dekat 80,000 penyokong Kelantan dan 15,000 penyokong Negeri Sembilan gamat, gegak gempita satu stadium! Ditambah dengan mercun, bunga api, laungan2 orang utan dan macam macam lagilah! Gua dah hilang fokus nak dengar, masa tu gua pandang padang je, excited tgk trofi Piala Malaysia diarak masuk.


8.45 pm: Match starts! Dan the rest, gua tau lu orang dah baca paper. Pasukan negeri gua, Kelantan tumpas 1-3 pada pasukan Negeri Sembilan. Apa nak kata, Team Nogori main lagi cantik, gua tak salahkan sesapa kecuali sorang defender Kelantan jersi no 25 yg maen macam budak tadika tak cukup makan!! Babi lu!


Sebagai salah seorang penyokong tegar pasukan Kelantan, gua humbly mintak maaf, gua susun sepuluh jari dengan perangai tak bertamadun segelintir penyokong Kelantan yg tak mampu nak kawal emosi diorg. Gua pun kecewa, tapi gua tau peluang tu akan ada lagi season depan. So, kenapa nak emo lelebih ye tak?


Apapun, benda dah jadi, Gua nak ucap tahniah utk Team Sang Rusa. Untuk Team Kelantan, Red Army akan sentiasa berada di belakang anda musim depan dan seterusnya! Jangan putus asa, tahun depan kita pastikan Piala Malaysia, penantian 40 tahun akan terbalas!


Chiow!



(lautan peminat Red Warriors yg datang dari jauh dan menunggu hampir 3 jam sebelum gate dibukak! Tak ke panas hati???)



(gua respek semangat diorg support team negeri kaw2! yang bengong baling mercun cuma budak2 nakal yg dok kat seating bahagian atas. tak berani dok bawah takut kena blasah! bacul ah!)



(gua letak jugak gambar gua sekeping. takut lu orang tak caya! hehehe!)






(credit to zaki.abd for the picture)


Terbang gagak hinggap di ranting,
Dari Perlis semangat berkocak,
Biar berlagak Si Rusa dan kambing,
Lembing dan keris tetap terpacak.


Anak sembilang dimakan kelah,
Enak disalai di atas api,
Maju Red Warriors pantang mengalah,
Menumpaskan Si Rusa menjulang trofi.


Tenggelam timbul si pasir jerlus,
Dalam timbul ternampak intan,
Indra Putra dan Khalid Jamlus,
Menjadi wira pasukan Kelantan.


Bukanlah cacian bukanlah fitnah,
Andai tersalah harap dimaafkan,
Nor Farhan bakal menjadi pemusnah,
Menyembelih Sang Rusa dijadikan santapan.


Gemilang Tok Guru umpama bintang,
Membawa haluan dimensi baru,
Kini Piala Malaysia akan datang,
Kawe tunggu di Kota Bharu!!!!


GOMO KELATE GOMO!!!!!


(credit to zaki.abd for the picture)



(cubaan menyalakan lighter yg gagal kerana nak angkat pun hampir tak mampu. angin kuat sgt!)


Lain kali jangan percaya teori, hipotesis, inferens, pandapat atau perbincangan kawan-kawan yg ambek kursus Information Technology atau Information System tapi pandai2 nak bagi pendapat pasal benda2 elektrik!


Cukuplah kami menderita kepanasan berbulan-bulan lamanya disebabkan hasil teori pemikiran kawan-kawan yg seorang pun takde kepakaran pasal kipas sebenarnya! Hahahahaha!!! Susah payah teori 'Bilah Kipas Dipasang Terbalik' dicipta (klik sini!), rupanya sebab kipas tu berhabuk je. Sebab tulah angin dia tak kuat.


Tapi takpe, aku dan roomateku belajar sesuatu di pagi hari ini. Remy, Pedot, Bobo, Pisunk, Keane, jangan offended okeyh? Teori korang memang tak boleh pakai! Hahahahaha!!!


(nampak tak tangan tu terketar2 sebab 'terlalu sejuk'????)





Hanya bermain dengan gambar dan huruf. Harap dia suka.



(gambar sebelum makan aku tak nak letak, tapi kami makan sikit saja.... heh!)


Aku pun tak tahu kenapa idea aku datang mencurah-curah bila jarum pendek di jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi. Mungkin kitaran tidur aku dah berubah. Otak jadi lebih aktif bila bulan menjelma. Ahhhh, aku bukan vampire! Apa? Ingat aku minat sgt cerita-cerita vampire nih???


Sabtu lepas adalah hujung minggu utk 'melepas'. Bukan melepas sesuatu keluar dari perut, tapi melepaskan tekanan jisim otak yg tepu, setepu susu Fernleaf yg budak2 suka minum tuh! Kecik2 dah suka minum susu, apa nak jadi nih? 3 minggu straight benda yg boleh berfikir dalam kepala ni dijadikan hard disk dan diformat setiap pagi dan petang kerana test, assignment dan presentation. Masa tu aku dah 'atas pagar', sikit lagi nak weng. Kalau tak, aku mungkin update blog ni dari Tanjung Rambutan! Kan? Kan?


Jadinya, plan asal utk melayan Inglorious Basterds tak tercapai sebab cerita tu tak ditayangkan kat Perak! Memang basterd lah! (maaf, bahasa kurang sopan!) Last2, kami layan nafsu perut sebelum melayan nafsu menonton muvi, bukan nafsu syahwat okeyh! Gila kau, semua lelaki beb!


Jadi, Tori Khomi Set dan semangkuk udang pulut dibalut dgn weeds jadi pilihan aku. Lebih bertuah, kami ada wakil pelajar dari Jepun yakni Zuri-Hirumi Abdullah yg memang serba tahu pasal makanan2 pelik kat Sushi King. Macam biasa, sebagai seorang yg memang expert, lauk dia memang sentiasa lagi sedap dari lauk kitorang. Hampeh! Piri Piri Chicken Set jadi pilihan dia. Sempat lah aku pow seketul dua daging ayam dia walaupun Tori Khomi pun sebenarnya chicken set jugak! Hehehe. Tapi sedikit nasihat utk korg yg suka melantak kat sushi king, cubalah rasa Fruche Strawberry atau Fruche Blueberry. Sedap siot! (Aku rasa aku eja fruche tu salah, pedulikan!)


Petangnya, dalam pukul 6.14.34 perpuluhan 544 saat, kitorg melangkah ke panggung wayang 1 TGV jusco. Ahhh, lama sungguh tak bau hapak seat dalam panggung wayang! Nyaman sekali dicampur bau coke yg tumpah, popcorn2 yg berselerakan di seat serta maybe sedikit air liur mahkluk2 asing yg tertidur time layan movie2 yg membosankan (teman awek, salah perempuan!) Tak kisahlah, asalkan dapat feels tgk wayang sejak sekian lama.


Kami layan Jennifer's Body. Prinsip aku layan muvi ini senang. "Kalau muvi tak best, at least aku dapat tengok scene Megan Fox tanggal jaket! Heheheh!" Lelaki kot. Normal lah kan. Lainlah kalau ayat aku macam ni, "Wuish, seksinya Jack Black!" Kalau korang dengar aku cakap macam tu, cepat2 capai benda yg tajam lagi berbisa dan libas tanpa rasa bersalah. Aku bakal memberikan ciuman terulung utk korang!


Chow!


(guys, aku kena letak caption ke utk picture ni? :P)




(daisy putih yg mendamaikan...)


Aku tak pasti samada readers kat sini pernah layan muvi 'Daisy'. Pernah? Kerana bagi aku muvi tersebut adalah antara muvi2 yang perfect dari segi story line, sinematografi dan feels yg wujud dalam setiap babak filem tersebut. Feels yang bagi aku 95.5% sempurna utk seorang lelaki yang jatuh cinta pada perempuan yang tidak mampu utk dimiliki. Bukan tidak boleh, tapi pilihan utk tidak memiliki lebih baik dari memliliki perempuan itu.


Akhirnya, dia hanya mencintai dan melindungi gadis itu dari jauh. Memandang dari celahan kaca dalam hujan, dan setiap pkul 4 petang, dia akan meninggalkan sepasu bunga daisy utk menceriakan hari perempuan itu. Dan dalam dia, perempuan itu jatuh cinta pada 'Daisy Man' yang tidak dikenalinya hinggalah saat dia hilang pendengaran...


Cerita ini masih panjang dan aku pasti lepas ini ramai readers yg akan cari balik file sharing atau korek dari member2 collector muvi utk cari muvi ini. Tapi berbaloilah! Muvi ini memang buat aku rasa lelaki itu sangat bijak dan perempuan itu sememangnya sayangkan lelaki itu. Tapi apa yg akan jadi pada kita(lelaki) ya kalau situasi ini terpikul pada bahu sendiri?


Mampu ke kau jatuh cinta pada seorang perempuan tapi pilihan utk melihat cinta kau bahagia dengan orang lain lebih baik dari dia mencintai kau kembali? Tak sakit ke? Entahlah, aku sendiri tak yakin utk menjawab soalan ini. Mungkin entri kali ini kedengaran macam aku ni mat jiwang, well, terpulanglah. Kau tak perlu pun jawab soalan aku, tapi rasanya seronok juga kalau tiba2 lelaki yg 'so-called 'bukan mat jiwang' menghadapi situasi seperti ini, aku nak tengok riak wajah diorg! Benda kalau kena atas batang hidung orang lain memang senang utk diketawakan, tapi bila kena batang hidung sendiri, baru bertemu buku dengan ruas bukan? :D


Melindungi perempuan, itu satu lagi tugas lelaki. Aku rasa macam nak menulis tentang lelaki yg perlu berfikiran jauh, atau senang cerita, BIJAK! Tapi mungkin lain kali, biar aku cari sumber dulu. Satu pesanan utk semua, ni dari interview (perbualan) aku dengan seorang perempuan.


Aku: Apa bezanya bila u dengan ur bf dan u dgn kawan2? Dua dua pun u happy, so?


Perempuan: Bila dgn kawan2, yes i'm happy. But with my bf, the feeling isn't the same. It's different. You're happy the way that you know he completes you...


Dapat apa yg aku maksudkan? Jadi, bahagiakan pasangan anda. Haha! Aku ni pandai bagi nasihat saja, kisah aku bukan macam 'Daisy' pun...



(pretty sure ramai readers yg dah came across with the actress...)




Tentu korang tertanya-tanya apasal aku upload gambar sampah sarap kat atas nih. Takpe, sebelum korang fahamkan diri korang, aku pun amek masa lama gila nak faham politik kampus aku sekarang. Al-maklumlah semua orang 'believe in change' dan semua penduduk kampus tau 'change' apa yg sedang hangat kat UTP di Tronoh nih.


Sebelum korang bertambah pening, ini ada maklumat penting utk penghadaman fikiran korang. UTP baru saja lepas General Constituency Election atau 'Pilihanraya MPP' utk senang difahami. Seperti biasa, budak-budak yg pro ke 'arah itu' dan budak-budak yg 'lost' tak tau pro arah mana-mana akan bertanding merebut jawatan tertinggi pelajar. Dah namanya berkempen, mestilah masing-masing nak tunjuk lagak manifestasi yg gempak-gempak kan? Banting, banner, poster memang tak payah ceritalah, sampai kat atas jalan raya pun (kalau dibenarkan) diorg nak tampal poster dan banner! Semangat macam haram!


Tapi dalam banyak-banyak perubahan yang dijanjikan (aku dan member-member aku memang tak percaya pun!), takde seekor pun calon yang cuba memanifestasi pasal kebersihan kat UTP! Semua nak manisfestasi idea dan gimi-gimik yang "WOW!!!" tapi banyak benda-benda asas yg dilupakan. Kepentingan kebajikan pelajar, akademik, perancangan masa depan, kebersihan, ketelitian dalam penilaian keputusan pelajar antara isu-isu yg bagi aku WAJIB dijadikan menu utama dalam interface antara wakil pelajar, pelajar dan pihak pengurusan. Tapi hampeh, memang aku dah rasa 'perubahan' kali ini setakat macam gaduh kucing! Bunyi gedebang gedebung dari jauh, tapi hasilnya tak ada pun! ZERO! Macam anjing menyalak bukit!


Contoh KEGAGALAN pertama, calon-calon MPP ni gagal utk mengutip balik poster2 yg berselerakan di kawasan academic building! NAK KUTIP SAMPAH SENDIRI PUN TAK MAMPU??? Apatah lagi nak betulkan dogma dan pemikiran pelajar supaya maju 10-20 tahun kehadapan. Kecewa, aku memang kecewa. Sejujurnya, aku tak kisah pun kalau calon-calon ini nak buat banner sebesar gunung everest, atau banting sepanjang tembok china skalipun, BUATLAH!!! AKU TAK HERAN LANGSUNG!!! Tapi yg aku tak puas hati, sehari lepas election, bila aku lalu jalan nak gi ke kelas, poster-poster wakil pelajar (AHHH, bosan!!!), poster-poster 'manusia-manusia sampah' ni bertaburan di atas jalan dan aku kesian dekat mak cik cleaner yg tak pasal2 dapat pahala free tolong kutip sampah-sarap diorang.


WOI MANGKUK, LAIN KALI NAK BERTANDING, TOLONG AJAR ANAK BUAH KE, ANAK APA-APALAH, KUTIP BALIK SAMPAH SARAP KAU! Jangan fikir kau dah menang election, poster-poster kau tu menarik perhatian aku sangat. Seriously, aku pijak-pijak je poster-poster tu semua bila aku jalan. Sumpah! Kau tak puas hati, meh datang bilik aku v5c-5-1-2. Call dulu sebelum datang, boleh aku prepare ayat2 power nak bagi berdesing sket telinga tuh! Dan aku ada bukti pun memang aku pijak poster-poster tuh! Lantaklah poster sapa, pro apa pun, mana-mana yg ada tengah jalan, lagi sedap aku 'merasa' tapak kaki aku!



Aku bukan pelajar yang perfect! Tapi brader, sendiri pikirlah. Pukul 4.45 petang, kotak undian baru suku je penuh. Ko tak rasa macam ko ni hina ke hanya disokong oleh kroni-kroni kau? Ahhh, persetankan! Bosan aku melatah pasal manusia-manusia macam ni. Ada sesapa tak puas hati???



Pada aku, cinta bukan sains roket. Cinta bukan sesuatu yang rumit, yang memerlukan lelaki atau perempuan utk mencuba semua 'rasa' mempermainkan dan dipermainkan sebelum membuat keputusan. Ramai sungguh yg kata, even kawan2 aku pun menganggap hidup lelaki macam dalam akuarium. Dan perempuan adalah 'ikan' yg mesti dipancing seekor demi seekor utk dirasa. Bila sudah rasa tahu rasa manis dan pahit pada semua ikan, barulah kau nak buat pilihan. Ahhhh, persetankan lelaki! Perempuan pun sama!


"Saya bukan tak boleh terima awak. Tapi saya perlukan masa utk berfikir..." Sedangkan bukan aku tak tahu berapa ramai lelaki yg mengelilingi kamu, mengucapkan kata-kata sayang palsu! Yang kelakarnya, lelaki seperti ini kamu layan lebih istimewa dari yang betul-betul sayang pada kamu. Pantang kalau yg lelaki yg benar-benar ikhlas ini terbuat silap, pasti akan 'dihukum' seteruk-teruknya agar merasa sakit, kononnya itulah pengorbanan sebelum cinta diterima. Dan pada masa yg sama, kata-kata mesra lelaki durjana, kau layan penuh mesra.


Hahaha! Malam ini pedih. Tapi aku belajar sesuatu. Aku sudah buat sesuatu yg tak pernah aku lakukan kerana kamu. Kerana aku sangka kamu istimewa. Kamu berbeza dari yg lain. Tapi malam ini kamu buktikan kamu cukup sabar menyeksa sampai ke limit batasan aku. Aku tidak putus asa, tapi aku tahu perjuangan aku sebenarnya tak ada makna pada kamu. Kamu anggap ini permainan. Macam kisah lama kamu juga. Walhal kadang2 kamu lupa, lelaki ini yg membuat kamu ketawa di saat kamu sedih dan di saat lelaki2 durjana itu sedang dengan perempuan lain. Tapi akhirnya, kamu lukakan juga.


Tolong jangan komen entri ini. Fikiran aku sedang tidak betul. Dan aku sedang berfikir tentang sesuatu. Kamu perempuan yg memerlukan cinta, tapi bila cinta itu datang dekat pada kamu, kamu buang macam kain buruk. Kamu campak dengan kata2 manis agar hati lelaki tidak terluka. Kamu susun bahasa biar derita itu nampak 'manis'. Tak apalah, sekali lagi lelaki itu curang! Hahaha, terima kasih perempuan. Dunia egoistik lelaki memang akan jadi mangsa perempuan di planet mana2 pun.


Curang? Ahhh, indah perkataan ini. Indah lagi bila melakukannya! Satu soalan aku pada kamu, kemana kamu rasa kamu akan menapak dengan kecurangan kamu ini? Hukum dunia wahai perempuan, curang dibalas curang. Jadi jangan letak status YM, GTalk, FB, FS atau Tweeter kamu dengan doa2 pada Tuhan utk diberikan cinta sejati kalau kecurangan itu macam permainan kamu! Selalu aku dengar lelaki punya air mata buaya. Bagaimana dengan perempuan yg membuang cinta hanya utk keseronokan sementara? Benar aku jauh, dan aku cuba mendekatkan diri pada kamu setiap hari. Setiap hari. Kamu tak mampu nafikan ini, tak usah cuba.


Cukuplah rasanya sampai di sini. Tragedi oktober berulang. Beribuan kali aku memaafkan kamu dalam diam. Beribuan kali aku menyejukkan hati yg panas kerana sayang. Tak terucap lagi kata sayang kerana kamu tak pernah memandang. Walau apapun, terima kasih utk permainan itu. Tapi layak ke aku utk berterima kasih? Penat sudah aku cuba membuktikan. Tapi alasan2 kamu semuanya aku cuba fahami walaupun aku tahu andai tersadung, kamu selalunya terperangkap dengan kata2 kamu sendiri. Tapi lelaki berair mata buaya setia memaafkan, owh maaf, lelaki berair mata buaya tak kenal cinta. Ya, mungkin sebab tak kenal cintalah yg membuatkan hingga malam ini tangan aku masih terketar2 bila menulis entri gila ini!


Perempuan, aku tidak meminta banyak. Mahal sungguhkan satu peluang? Owh maaf, sekali lagi terlupa, lelaki berair mata buaya mana layak diberi peluang. Tempatnya di bakul sampah saja. Bila hidup kamu ditimpa hujan, kamu akan datang balik ke tong sampah itu supaya kamu ada teman. Satu pilihan, dicampak bila saja kemahuan dan nafsu kamu dipenuhi. Pandai pula kamu mencari jalan ke sini bila kamu rasa 'lelaki2 jujur' di luar sana mula bosan pada kamu.


Sekali lagi cukuplah. Kerana aku tahu lelaki berair mata buaya atau mana2 lelaki pun ada batasan kewarasannya. Kamu pijak lumat kewarasan itu, hancurkan apa saja yg mungkin membuat aku sayang pada kamu utk tumbuh subur kembali. Tapi kali ini tidak, permainan kamu sampai di sini. Kamu yang memulakan, dan aku berhak utk menamatkannya sekarang. Kerana sudah 2 kali kamu mematikan kamu dalam hati kamu, biar aku tamatkan selamanya dalam hati AKU malam ini. Maaflah, takkan ada terima aku kembali atau drama2 melankolik lagi, terima kasih? Cukuplah apa yg sudah aku perbodohkan diri sendiri.


Kamu jalanlan sendiri. Kita lihat nanti, siapa yg bertatih bertongkat dan siapa yg takkan menoleh lagi ke belakang! Tidak lama pun, dan aku tahu kamu pun bukan jauh sangat!






Anang, kau bertuah kerana kau dianugerahkan pandai buat lagu.


Bolehlah kau buat lagu sedap macam Separuh Jiwaku Pergi bila cinta kau pergi.


Tapi aku? Main gitar pun tak pandai.


Tak apalah, lukisan kau masih ada. Masih ada.


How i wish aku pandai main gitar. Biarlah lagu aku tak sedap, tapi telinga aku aman mendengar lagu sendiri.


p/s: gua dibenarkan jiwang dalam post kali ni.


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed