Post ini bukan menagih simpati, malah aku harap klau korg tengah happy2, x payahlah baca. Ianya sekadar apa yg aku rasakan waktu itu. Aku tak nak pulak korg sedih ke, simpati ke. Benda pun dah lama berlalu.
Ia dah terlalu lama, tapi sehingga kini Ba masih hero terhebat dalam keluarga aku. Dalam ramai2 menantu atuk aku belah mak, tv yg dibeli oleh arwah Ba masih ada di situ. Bukan mengatakan menantu2 lain kurg baik, tapi sehingga hari ini, atuk aku akan cerita pada cucu cicit dia, tv itu pemberian menantu kesayangannya.
Arwah Ba tak pernah sekali pukul Ma. Tak pernah. Ba kadang2 senang marah, tapi jika marah, Ba cepat2 akan keluar dari rumah dan pergi ke tempat lain. Ma tak pernah kena penangan Ba. Aku tak faham mcmana Ba mampu tahan marahnya. Aku tak yakin aku mampu lakukan apa yang Ba lakukan.
Arwah Ba minat btul berkebun. Dia paling suka tanam nenas. Kadang2 bila musim nenas, seluruh keluarga belah mak dan Ba akan datang ke rumah kami utk menikmati nenas dari kebun. Keluarga kami tak biasa beli nenas, bila nak makan, tunggu hingga musim nenas, dan jika buah ‘jadi’, tahun itu semua orang akan makan nenas. Makan dengan gembira. Dan Ba akan gembira jika semua orang dapat merasa hasil tangannya.
Bila ada urusan pasal tanah pusaka, pasal pembahagiaan harta, arwah Ba akan jadi rujukan. Sebab arwah baik dgn DO. Hinggakan orang2 kampung lebih senang berurusan dengan dia dari berurusan dgn DO. Sebab arwah faham perangai dan kesusahan orang kampung utk ke bandar. Mungkin sebab itu, arwah Ba jadi ketua kampung lebih 15 tahun. Dia nk berhenti pun, masih ada org mintak nasihat dgn dia.
Satu benda aku yg selaku anak lelaki Ba tak mampu lakukan hingga ke hari ini ialah pergi ke kubur di setiap pagi jumaat selepas subuh. Arwah Ba tak pernah terlepas ke kubur pada hari jumaat utk membaca Tahlil dan Yasin pada arwah atuk dan moyang aku serta saudara-saudara lain. Dari aku kecil hinggalah aku masuk sekolah menengah, aku perasan Ba akan lupakan hal hal keluarga pada pagi jumaat, dan terus ke kuburan selepas subuh. Tak usahlah cakap pasal benda lain pada waktu itu, dia buat tak peduli saja.
Seolah-olah minda arwah Ba sudah terlekat dgn ingatan pada ayahnya dan moyangnya. Namun aku hingga kini masih gagal utk menuruti jejak amalannya itu.
Terima kasih Ba. Ba sudah memberi dan menjadi contoh terbaik utk anak Ba ini menempuh hidup dan menjadi insan yg penyayang pada insan bergelar wanita. Ba sudah mengajar aku bagaimana menghadapi hidup tanpa bergantung pada orang lain. Ba juga sudah menjadi role model terbaik utk anak-anaknya berhadapan dgn onak dan duri kehidupan.
Semoga arwah Ba tenang di sana.
Al-Fatihah utk Ba.