Perlukah Government Protected Companies(GPC) dalam Ekonomi Malaysia?
Apa kesannya terhadap pelajar2 Malaysia?

GPC? Pernah tak korg dgr istilah ni? Rasanya masih ramai yg tak tau atau tak nak amek tau pun pasal hal ni kan? Baiklah. Mungkin jugak korg rasa benda2 ‘protected’ ni takde kaitan dgn korg atau korg rasa, “Aku ada banyak keja lain slain dari baca notes kau la!”. Haha! Takdehal. Aku cuma rasa aku perlu share sedikit benda yg aku tau pasal GPC ni kat korg sebab as a student, benda ni jugak ada sket kait-mengait dgn kita (student) yg bakal grad dan bakal menganggur utk beberapa bulan atau minggu atau hari sebelum boleh dapat keje. Kalau korg rasa kepala korg hanya di’design’ utk blajar tanpa mempedelikan keadaan politik, sosial dan ekonomi semasa Malaysia, silalah bawa kepala anda itu ke dinding, hentak dalam dua tiga pat ploh kali pastu sembam lam mangkuk tandas sebab memang korg xde pekdah pun klau baca notes aku neh! Okeyh, utk kalian2 yg sudi membuang masa dalam 2 3 minit mentelaah notes nih, aku harap korg dpt pikirkan something dari otak korg yg cerdas dan cergas tu utk kebaikan kita dan adik2 kita bila melangkah ke alam kerjaya nti.

Government Protected Company atau GPC ni sebenarnya ‘tak dapat dilihat’ atau ‘tak wujud’ dalam mata kasar masyarakat Malaysia yg harmoni neh. Companies yg ada ‘hidden label’ as GPC ni beroperasi seperti syarikat2 lain di Malaysia, TETAPI di sebalik business operation yg diorg buat hari2, diorg sebenarnya making profit utk anak cucu org kerajaan dan pada masa yg sama merugikan dan meranapkan duit rakyat! Malahan, diorg cukup pandai menyembunyikan business track record diorg dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mcmana ini berlaku? Baik, aku bagi satu contoh sebuah company automotif yg ulung kat Malaysia (kita bagi jela nama dia ‘Perut’on), yg telah beroperasi sejak lebih 12 tahun lamanya. Model2 yg dikeluarkan oleh ‘Perut’on sebahagian kecilnya ada yg berjaya, namun lebih banyak model yang GAGAL! Sebagai contoh, ‘Perut’on Tiara, kereta ni telah mendapat kritikan hebat dari pengguna2 Malaysia yg mengatakan ia langsung xde kelebihan berbanding kereta lain yg dikeluarkan pada zamannya. Problem automatic window slalu rosak/jammed (yg ni memang famous dgn brand dier!), timing belt slalu jugak rosak/putus, design pun teruk, makan minyak or gas gazzlerr punya kereta dan paling ramai pengguna tak puas hati ialah disebabkan harganya pada masa itu yg dianggap tak logik utk sebuah kereta hatchback!


Selepas keluarnya model kereta Tiara itu, banyaklah pula sungutan2 pembeli yg memang tak puas hati langsung dgn ‘Perut’on nih yg kononnya perusahaan otomobil utama negara! Diorg senang2 kata, “Okey, kita buat model baru.” Jawapan yg langsung xde profesionalisme. Tahukah korg harga bg satu2 major changes jika nk mengubah atau memperbaharui sesebuah model kereta? Paling kurang, sesebuah company automotif memerlukan +- RM500 million untuk rekaan baru, pembuatan acuan, adaptation of new technology, buying skills and equipment dan sebagainya. Bayangkan dlm skala ekonomi Malaysia yg kecil nih, sesebuah kereta baru mesti terjual sekurang-kurangnya +- 50000 buah untuk mendapat balik modal dan mengaut keuntungan. Bayangkan pula mcmana klau kereta tersebut tidak dibeli oleh pengguna di Malaysia?? Nah! Setelah kerugian berjuta2 ringgit akibat kegagalan dalam memasarkan model mereka, company tersebut telah menggunakan kuasa kerajaan dalam menyuntik insentif kewangan pada mereka! Nilai insentif tersebut bukan dalam kiraan ratusan ribu atau juta, sebaliknya berbilion dilaburkan kembali kepada mereka. Sebab? Nak jaga status nasional! Dalam hal ini, kerajaan terpaksa memperuntukkan jutaan duit rakyat dan meminimakan kos biasiswa pelajar2 yg tidak berkemampuan seperti kita semua semata2 utk ‘menghidupkan’ company sebegini! Diorg jugak x segan2 amek duit peruntukan PPRT, duit pembangunan luar bandar, duit peruntukan kaum ibu dan anak2 yatim, malahan duit zakat pun turut dibantai! Atas alasan? Nk jaga status nasional. Lagi… 

Beribu-ribu pelajar yg terpaksa bersusah payah bekerja sambilan dan beratus-ratus ibu bapa terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki utk membiayai perbelanjaan persekolahan dan pengajian anak2 mereka samada di sekolah atau di universiti(itupun dengan yuran dan sebagainya!). Kemana duit dan dana tersebut ‘hilang’??? Tak lain dan tak bukan, hilang di’telan’ dan di’pelungkupkan’ oleh company2 GPC yg langsung tiada usaha utk memperbaikkan kualiti model2 mereka sebaliknya bergantung kepada ‘kantung susu’ kerajaan dalam meneruskan kemandirian hidup mereka. Mereka ni tak ubah seperti parasit, mendapat kesenangan dgn menyedut hasil titik peluh org lain! Saban tahun, company2 GPC ini akan mengisytiharkan penyata kewangan mereka yg semakin kukuh dan mendapat net profit berjuta2 yg dtg entah dari mana. Sedangkan setiap model mereka boleh dikatakan gagal di pasaran kerana tiada kualiti utk bersaing dgn model2 dari luar negara! Apa yg lebih menyedihkan, mereka lebih mengutamakan pengguna luar negara berbanding pengguna dalam negara kita. Rakyat Malaysia hanya menikmati keluaran2 model kereta yg jelas sekali tidak dan kurang bermutu(alasannya: lebih ekonomi dan rakyat Malaysia tidak mampu!) walhal pengguna2 luar negara menikmati keluaran2 model2 kereta yg lebih baik! “Kera di Hutan Disusukan, Anak di Pangkuan Mati Kelaparan”!! Inilah halnya yg berlaku dalam ekonomi companies GPC yg telah dibutakan dari pandangan rakyat Malaysia!

Situasi yg sama juga berlaku pada sebuah company penerbangan Malaysia, yg mana jika disebutkan namanya di sini, pasti korg kenal sgt2. Sekali lagi, biarlah aku ‘ganti diri’kan company tu dgn nama ‘MAS’do. ‘MAS’do ini sejak 10 tahun terakhir (1999-2008) tak pernah sekalipun mencatat keuntungan dalam business operation mereka dek kerana politik, selfishness orang2 politik kat ‘dalam’ syarikat tersebut dan jugak gagal dalam menyediakan persaingan yg sihat pada company penerbangan yg lain. Sehinggakan pada satu tahap, ‘MAS’do telah mencatat kerugian hampir RM760 billion tanpa dapat memberi sebab musabab yg munasabah! Ke mana hilangnya wang tersebut?! Sedangkan ia satu2nya syarikat penerbangan Malaysia yg diiktiraf oleh kerajaan dan langsung masih tiada persaingan dgn company penerbangan tambang murah yg ada seperti AirAsia dan FireFlyz. Lebih memburukkan keadaan, dalam keadaan seperti itu, pihak pengurusan ‘MAS’do masih mampu membeli 3 lukisan yg berharga lebih RM 1 juta atas alas an utk social image dan pelaburan. Logikkah sebuah syarikat penerbangan melabur dalam bidang lukisan? Jika benar sekalipun, tidakkah mereka seharusnya mendapat khidmat consultant terlebih dahulu sebelum melabur dalam bidang yg mereka tidak professional langsung? Lebih menghairankan rakyat Malaysia, lukisan tersebut tidak pernah didedahkan kepada press dan khalayak ramai! Bukan apa, kalau dah beli, kami rakyat yg kadangkala bersengkang mata cari duit siang dan malam, hendak juga tengok lukisan2 berharga sejuta lebih ni kan? Agaknya, apalah yg dilukiskan tu ye? 

Banyak lagi sebenarnya syarikat2 GPC yg sedang nazak dan sedang beroperasi di Malaysia atas nama ‘Hidup Segan Mati Tak Mau’! Diorg ni hidup betul2 bergantung pada saraan duit kerajaan yg asalnya diperah dari duit rakyat. Maknanya duit mak bapak kita pun involve skali. Dana tersebut diorg dpt melalui cukai, tax dn sebagainya. Dan sebagai pelajar yg bakal grad someday, hidupnya company2 ni kat Malaysia langsung tak membantu korg utk dpt keje yg lebih baik. Why? Kat sini aku nk bg 3 reasons walaupun aku bleh bg smp x cukup kertas klau korg nk.

1) Company2 GPC ni sebenarnya hal milik sedara2, sepupu sepapat, anak menantu, cucu2, cicit2 dan jugak kaum kerabat golongan2 politician dictator kat Malaysia! Pengarah2 syarikat GPC ni adalah org yg langsung xde KREDIBILITI utk memegang jawatan sbg MD, Senior Manager, Chief Executive Officer(CEO), dan sebagainya. Diorg xde education, xde technical skill, xde PR yg bagus dan paling menyayat hati, bodoh sombong utk belajar! Dahlah bangang, angkuh pulak! Perfect utk jadi keldai!! Tapi di Malaysia, makhluk2 sebegini dapat menjadi Director, CEO, Board of Directors dan macam2 pangkat2 yg kadangkala kita x tau pun apa function sebenar dia kat company tu! Disebabkan nk menjaga hati kaum kerabat sebegini, maka terpaksalah duit rakyat di’sebat’ utk terus mengenyangkan perut2 keldai neh! So korg yg xde ‘cable’ atau korg ni memang jenis yg kerja jujur dan ikhlas tahap dewa, sampai bila pun korg akan berada di bawah sebab korg x pandai ‘kipas’ golongan2 di atas.

2) Company2 GPC ni jugak xde sesuatu yg dipanggil brand credibility and reliability! Dalam cara kerja dan menguruskan syarikat, diorg ni lgsg xde pride dalam profesion atau product yg diorg hasilkan. Sebagai contoh, jika sesebuah model kenderaan tu dilaporkan rosak atau mengalami defection oleh pengguna, ayat biasa yg diorg akan bagi ialah “Ooooh, biasalah cik. Keta dah 3 4 tahun memang macam ni. Biasa je ni cik.” See! Diorg lgsg xde pride nk tunjukkan yg produk diorg bagus dan bermutu. Kenapa tak buat model yg bermutu? Yg tahan lama? Kenapa setiap kali diadukan kerosakan, alasan sama je yg kluar? Produk lama! Produk tak bermutu! Habes? Apa kerja hangpa dok buat? Takkan selamanya nk biarkan dan bg excuses?! Company2 sebegini takkan memberi satu kepuasan pada student yg mencari job satisfaction and adeventure. Korg boleh keje, tp after 4 or 5 years, korg akan rasa korg xde feel atau tak puas hati pun atas apa yg korg buat. Kenapa? Sebab company high management dan administration yg lemah, diterajui pulak oleh kroni2 org politik yg xde technical skills and kepakaran dalam apa2 bidang. Bidang yg diorg tau cuma bercakap dan kelentong!

3) Company2 GPC yg besar2 raksasa ni memakan belanja yg besar utk di’maintain’ oleh kerajaan. Tapi apa nk buat? Sebab company2 ni adalah ‘hak milik halimunan’ kerajaan yg dikaburi dr mata rakyat, so nk x nk, kenalah politician kita cari alasan utk back up kerugian demi kerugian company2 GPC neh! Yg aku paling tak tahan, alasan yg diberikan pada rakyat di media elektronik setiap kali nk ‘tokak’ duit rakyat ialah “Kita harus bersama2 membantu ekonomi Malaysia. Beli barangan buatan Malaysia. Barangan kita bermutu.” Ptuih! Diorg memang talam 14 muka! Industri barangan Malaysia yg bermutu seperti Batik di Terengganu dan Kelantan, Labu Sayong di Perak, Industri makanan tradisional spt Cencaluk di Melaka, Keropok lekor di Terengganu, Budu di Kelantan, Industri perabot dan ukiran2 kayu dari Pahang, Industri pembuatan Wau di Pantai Timur, Industri alatan dan makanan tradisional dari Sabah dan Sarawak dan macam2 lagi xde pulak diorg bagi dana sebesar itu! Memanglah automotif dan aircraft ni besar dari segi perbelanjaannya, tapi tak boleh ke sumbang sket utk inustri kecil-kecilan nih? Sampai kadang2 aku rasa pelancong yg dtg ke Malaysia lebih menghargai budaya dan seni warisan kita berbanding kaum politician kita sendiri! 

Salah satu penyelesaian yg aku boleh cadangkan, kedengaran pelik tetapi berkesan ialah mengisytiharkan company2 GPC yg dah terlalu lama ‘makan lemak’ kerajaan ni sebagai BANKRAP!! Sebagaimana di’quote’ oleh Jeffrey A. Miron dalam menilai ekonomi di Amerika Syarikat,
“Alternatif terbaik berbanding bantuan pemulihan ialah membiarkan institusi kewangan bermasalah ini diisytiharkan bankrap. Pengisytiharan bankrap beerti pemilik saham dikeluarkan dan pemiutang memiliki syarikat tersebut. Pengisytiharan bankrap tidak beerti syarikat tersebut ditutup, ia hanya dipindah milik (sebagaimana berlaku kepada sesetengah syarikat penerbangan). Pengisytiharan bankrap menghukum mereka yang mengambil risiko melampau sambil mengekalkan aspek perniagaan untuk mencipta keuntungan.
Berbeza dengan bantuan pemulihan yang melibatkan pemindahan sejumlah wang dari pembayar cukai kepada mereka yang telah diketahui terlibat dengan pemberian pinjaman berisiko tinggi. Cara ini hanya menggalakkan syarikat untuk mengambil risiko besar yang tidak dihitung dan bergantung kepada bantuan pemulihan oleh kerajaan. Amalan yang ‘tidak bermoral’ ini akan menyebabkan gangguan kepada agihan sumber kewangan ekonomi.”
Sekarang dah dpt apa yg nk aku sampaikan? Sebagai student di Malaysia, inilah salah satu penyelewangan pentadbiran kerajaan skrg. Mengkritik bukan bererti aku benci pada kerajaan, cuma aku minta hal ini disedari oleh rakan2 aku di luar sana. Jangan belajar je membuta tuli tanpa memahami hakikat perjalanan ekonomi kita yg berubah setiap hari. Utk kerajaan Malaysia, perbetulkan hal ini. kami pelajar2 universiti, kolej, kolej perguruan dan kampus bukan lagi bodoh, buta, pekak, dan bisu dalam menilai progress kemajuan ekonomi yg kamu war2kan. Ubah cara kamu mentadbir ekonomi semasa. Kamu dipilih oleh kami! Jangan lupa klau satu tanda pangkah student boleh naikkan kamu jadi wakil rakyat dan pemimpin negara, satu pangkah dari kami, student2 Malaysia, juga boleh jadikan kamu hilang jawatan! So, respect our right as students, respect or rights citizens of Malaysia, kita sama2 boleh betulkan wrongdoing neh! ~Apa yg penting, kerjasama…. Lalala~ (wonderpet themesong)

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed