Aku teringat satu kartun yg pernah tersiar di salah sebuah akhbar yg baru di’ban’ oleh kerajaan Malaysia beberapa hari yg lepas akibat disalah anggap memutar belitkan fakta. Akhbar tu berkata, pemilihan MT sebuah parti yg baru selesai semalam adalah penuh dgn tipu daya, tipu muslihat dan penuh dgn taktik2 kotor ‘money politics’
Dalam kartun tu, ada 2 kolum.
Kolum yg pertama:
Situasi SATU.
Yg Mulia Tunku Andul Rahman meletak jawatan sbg PM dan sekaligus sebagai presiden UMNO.
Reaksi Rakyat: Rakyat jelata Tanah Melayu pada waktu itu mengalirkan air mata kesedihan kerana Tunku telah meletak jawatan. Nak cerita sayangnya rakyat Tanah Melayu pada waktu itu kepada Tunku, seorg yg telah memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu hingga ke titisan darah pejuang yg terakhir.
Ada yg melaung2 meminta Tunku agar jangan melepaskan jawatan, serta ada juga yang akan bersetia utk terus menyokong Tunku sekalipun dia tidak lagi akan berkuasa selepas itu. Bahkan, Tunku turun dari pentas dan dikerumuni rakyat jelata yang ingin bersalaman, memeluk beliau dan Tunku dijulang oleh sesiapa jua yg melihat beliau pada waktu itu.
Itu peristiwa yg benar2 berlaku lebih kurang 50 tahun duhulu. Sekarang?
Kolum yg kedua.
Situasi DUA.
Datuk Seri Pak Lah melepas jawatan sebagai presiden UMNO, tapi masih lagi sebagai PM negara Malaysia.
Reaksi Rakyat: Rakyat Malaysia, hampir 49% tidak peduli langsung tentang perletakan jawatan beliau. Media2 massa utama negara dikerah agar menyebarkan berita tentang peristiwa yg dikatakan bersejarah ini, tapi rasanya tak ada siapa yg peduli.
Tak ada sesiapa yg sedih. Tak ada sesiapa yg rasa kita kehilangan seorg pejuang melayu. Walaupun TV1, TV3, Awani, Bernama dan berbagai2 ‘channel’ lain sibuk mencanang berita ini, tapi rasanya tak ada orang ambil kisah.
Hanya Najib yg datang memeluk beliau. Mungkinkah itu pelukan kesyukuran kerana selepas ni, beliau pula bakal menjadi orang tertinggi dalam UMNO? Hmm, yang hairannya, kalau dikatakan UMNO ingin berubah, kenapa tak ada orang2 dlm UMNO yg berkaliber yg mencabar Najib? Kesetiaan pada ketua?
Tapi dalam jawatan2 lain, berebut2 pulak yg nk bertanding. Takkan jawatan presiden saja diorg ni setia? Hinggakan Shafie Apdal yg tak mampu nk selesaikan masalah gula satu ketika dulu pun turut bertanding jawatan Pembantu Presiden? Ish ish ish. UMNO sudah tak ada orang lainkah?
Hairan juga. Rakyat tak sebak langsung dgn peninggalan Pak Lah. Kemenangan menantu beliau pun disertakan dgn pergaduhan penyokong2 beliau di luar dewan. Bergaduh dgn penyokong Khir Toyo. Owh, begini rupanya cara UMNO menyambut kemenangan. Tapi, apa yg berubah? Sama saja macam dulu. Itu yg penulis rasa.
Tapi ada satu yang bagus. Umpama pepatah dari mulut seorang rakan baik.
“Sebiji bola bila semakin kuat ditekan ke air, semakin kuat ia melantun ke muka andai terlepas dari pegangan.”
Sekarang ini, PR ditekan dgn berbagai2 cara. Kita lihatlah nanti. Bak kata Tun M, jumlah pengundi muda pada tahun 2012 nti akan bertambah sbyk 1.5 juta orang. 1.5 juta orang muda, yg berfikiran baru, yg berfikiran lebih terbuka, lebih bebas dalam menghuraikan pandangan, mendapat info2 yg seimbang antara Malaysiakini dan Utusan Melayu, mungkinkah 2012 jadi anjakan paradigma utk UMNO?
UMNO tidak pernah berada di bawah. Kalau jatuh, tentu sakit. Apapun, aku tidak kata semua UMNO itu buruk. Muhyiddin Yassin masih ada. Tg Razaleigh masih ada. Mustapha Mohamad masih ada. Mukhriz masih ada. Mereka ini adalah umpama ikan2 yang tidak masin dalam UMNO. Yang lain? Bukan setakat masin, bahkan lebih masin dari garam…
Ikan masin, orang tak makan banyak2. orang makan sikit2…
Humbled
1 week ago
0 ulat gigit daun hijau:
Post a Comment