Baru-baru ini aku terbaca satu artikel di majalah keluaran tempatan, yang mana isi kandungan artikel tersebut telah menarik minat aku utk menulis sedikit coretan di sini sementara menanti tamatnya office hour.

Artikel tersebut menceritakan tentang kemahiran seorg tua yg bertaraf pak cik yg berusia lebih kurg 65 tahun. Apa yg menariknya tentang pak cik ini ialah beliau mempunyai kemahiran membina kapal, perahu dan bot tanpa menggunakan sebarang plan. Berdasarkan pada kemahiran dan pengetahuan yg ditimba setelah bertahun-tahun belajar dan bekerja dgn ayah beliau sendiri, pak cik Mat (aku namakan dia pak cik Mat) mempunyai satu kemahiran yg unik dan jarang2 dimiliki oleh pembina bot2 moden hari ini.

Kerja2 menghasilkan sebuah bot bukan satu kerja yg mudah, bahkan ia memerlukan pembinanya mempunyai penelitian dan ketepatan yg tinggi agar lengkung, bentuk dan kecantikan pada plan dapat diterjemahkan dalam bentuk yg indah pada bot yg sebenar. Namun pak cik Mat tidak memerlukan semua itu. Apa yg pak cik Mat perlukan hanyalah satu gambaran yg wujud dalam mindanya, dan berdasarkan pada ‘bayangan’ itu, pak cik Mat mampu membuat sebuah bot yg besar, cantik dan berkualiti tinggi.

Tanpa sebarang dokumentasi, pak cik Mat berkebolehan utk menyiapkan sebuah bot dalam masa yg dijanjikan. Pulangan yg beliau perolehi pula tentulah lumayan. Dan kini pak cik Mat giat melatih generasi baru utk mengikut jejak langkahnya.

Walaupun begitu, aku merasakan sesuatu projek/pembinaan sesuatu yg unik seperti bot kayu yg dibina pak cik Mat amat memerlukan satu dokumentasi yg lengkap. Ini kerana pada pandangan aku, tidak semua orang mempunyai kemahiran seperti pak cik mat yg mampu membuat gambaran ukuran kayu hanya dalam fikiran beliau. Tetapi sebenarnya kesilapan ini bukan hanya salah pak cik Mat, tapi lebih kepada tradisi pencetusan ilmu orang Melayu yg tidak suka menulis, tapi lebih kepada verbal dan ikut-ikutan.

Bukanlah aku ingin menghina orang Melayu kerana aku tahu orang Melayu dahulu kala kaya dgn berbagai2 ilmu pertukangan, perniagaan, perhubungan dgn masyarakat lain dan sebagainya. Tetapi satu kelemahan bangsa kita ialah kita tidak suka mencatat ilmu tersebut agar ia dpt menjadi rujukan generasi yg seterusnya. Kita orang Melayu harus mengakui kita tidak suka menulis dan mencatat benda penting dalam hidup kita. Dan hal ini berlangsung sejak dahulu hinggalah ke hari ini.

Jika diperhatikan sejarah pembinaan Istana Meiji di Jepun yg berusia lebih ribuan tahun, jangan terkejut jika aku katakan, plan rekaan istana tersebut masih ada sehingga ke hari ini. Walaupun istana tersebut telah dibina lebih 1000 tahun duhulu, akan tetapi disebabkan plan asal istana tersebut masih ada dan dijagai dgn baik, maka kerajaan Jepun masih mampu memperbaiki kerosakan yg terdapat pada istana tersebut utk dijadikan sebagai khazanah negara mereka. Kecantikan, keindahan ukiran serta keunikan istana tersebut yg hanya terdapat di Jepun dapat dipelihara melalui pengajian pada dokumentasi asal istana tersebut.

Bagaimana keadaannya dgn masyarakat kita? Andai kata runtuhnya Istana Menanti di Negeri Sembilan, atau runtuhnya Masjid Kampung Laut di Kota Bharu atau runtuhnya Istana Melaka di Bandar Melaka, masihkah kita ada ruang utk memperbaiki atau mengembalikan rupa asal bangunan2 yg penuh bersejarah tersebut? Masih adakah kita rujukan atau plan asal istana2 tersebut utk dijadikan panduan jika ada kerosakan atau bencana menimpa tinggalan2 sejarah ini? Jika di zaman kita sekalipun panduan2 dan rujukan2 itu sudah hilang, tidak mustahil anak2 kita dan generasi yg akan dtg tidak akan tahu wujudnya istana yg agung di Negeri Sembilan dan Melaka, dan mungkin jua mereka akan tertanya2, bagaimanakah rupa bentuk Masjid Kampung Laut yg dibina tanpa menggunakan paku itu?

Dokumentasi-dokumentasi sejarah ini tidak akan terganti dan kita tidak akan menyedari nilainya sehinggalah kita kehilangan tinggalan2 sejarah ini. Kita berbangga dgn adanya Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar PETRONAS, Litar Antarabangsa Sepang dan KLIA, tapi andai sifat tidak suka mencatat bahan2 penting ini masih lagi tidak hilang dalam diri orang Melayu, lama kelamaan kita akan kehilangan jatidiri bangsa kita, bangsa Melayu.100 tahun lagi, menara2 ini mungkin akan rosak atauhilang terus dan waktu itu, mungkinkah hanya foto2 menara2 ini yg akan terdapat dlm buku teks sejarah generasi akan dtg. Sedangkan bangunan asalnya sudah lenyap ditelan masa. Dan disebabkan kelemahan kita pula yg tidak mampu utk memperbaikinya.

Kalaulah bangunan2 seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Padang Merdeka, Rumah Datuk Sidek, Masjid Negara dan pelbagai lagi bangunan2 yg memberikan karakter pada orang Melayu semakin lama semakin rosak, hilang dan binasa, tidak mustahil anak2 dan generasi akan dtg terus lupa pada siapa Tunku Abdul Rahman, siapa Tun Abdul Razak, siapa Tun Hussein Onn, siapa Tun Sambanthan, siapa Tun Tan Cheng Lok, siapa Tok Janggut, siapa Mat Kilau, siapa Datuk Sidek, siapa Tun Mahathir dan ramai lagi. Mereka akan mengatakan itu hanyalah mitos, atau lagenda kerana sudah tidaka ada physical structure di depan mereka yg boleh dijadikan bukti perjuangan pejuang2 negara ini.

Mungkin jua yg mereka akan kenal hanyalah golongan2 penyanyi dan penghibur yg hadir mereka seperti maggi dan tidak lebih dari sekadar menghasilkan satu atau dua album, sebelum hilang entah kemana. Bukan aku ingin menghukum golongan ini, tapi kita orang Melayu patut sedar, kita sudah terlalu banyak golongan penyanyi. Hinggakan kita tak kenal siapa yg wajar diberikan penghargaan sbg seniman atau sekadar artis celup. Cukuplah anak2, kawan2, abang2, kakak2 atau adik2 kita jadi penyanyi. Aku ingin sekali melihat anak2 Melayu jadi pemikir, peneraju zaman, ahli kaji sejarah yg ulung, serta pendokong kepada kemajuan ekonomi dan sosial dunia, politikus yg bijak berhujah dan kental dan sebagainya.

Bukan bangsa kita tidak boleh. Kita pernah ada Tun Seri Lanang, kita pernah ada Tun Perak, kita pernah ada Burhanuddin al Helmi, kita pernah ada Tun Mahathir, kita pernah ada Hamka, dan jangan takut, kita akan ada lagi pemikir2 Melayu yg lain. Cuma, kita perlu ada usaha yg kental utk mendidik mereka menjadi pemikir dan manusia yg agung, dan bukan penghibur semata-mata.

“Yang Pipih Tak Datang Melayang, Yang Bulat Tak Datang Bergolek…”

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed