Baru2 ini sebuah kajian antarabangsa yg turut disertai oleh Malaysia Think Tank telah meletakkan Malaysia di tangga ke 36 dari 115 buah negara yg telah menyertai kajian tersebut. Kajian tersebut yg dinamakan sebagai ‘International Property Rights Index (IPRI) 2009’ atau IPRI ada sebuah kejain bagi menunjukkan kesan langsung antara kualiti sistem pemilikan harta terhadap pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Negara kita mengalami sedikit penurunan berbanding tahun sebelumnya, iaitu 2008 di mana Malaysia diletakkan pada tangga ke 31. ianya adalah penurunan sebanyak 5 anak tangga. Walau bagaumanapun, kita masih berada di hadapan negara-negara asia yg lain seperti Thailand, Filipina, Indonesia. Hanya Singapura yg berada di tangga ke 35.

Okeyh, cukup dgn bahasa newspaper. Apa yg aku nk tuliskan kat sini ialah mengenai kesedaran atau ketidak sedaran kita bahawasnya selama kita hidup ini, ada satu elemen penting tentang pengurusan harta yg tidak kita ketahui baik dgn mendalam atau tidak mendalam.

Aku ambil contoh Malaysia kerana ia melibatkan kita para mahasiswa secara langsung. Kenapa secara langsung? Kerana selepas ini kita akan graduate, berkerjaya dan seterusnya akan berusaha utk mengumpul harta sebanyak yg mungkin, selarat yg kita mampu. Tetapi sedarkah kita, andainya sistem pengurusan harta di negara kita dapat dipertingkatkan mutunya, maka rakyat Malaysia secara amnya akan mempunyai taraf hidup yg lebih baik.

Mendifinisan pengurusan hakmilik harta bukanlah sesuatu mudah.

Kes yg pertama. Sebagai contoh, seorang petani. Kita namakan petani ini sbg Pak Ali. Pak Ali mempunyai 20 bidang tanah sawah yg terbiar. Pak Ali tidak membenarkan sesiapa juga utk mengusahakan tanah kepunyaannya kerana bimbang jika sesuatu hal berlaku, dia akan kehilangan tanahnya. Akhirnya, tanah tersebut diniarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang usaha utk memajukannya.

Kes yg kedua. Mari kita namakan seorang pemuda. Contohnya Abu. Abu mempunyai ramai kenalan, tetapi tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan. Apabila dia berhasrat utk memulakan perniagaan, dia merasa risau jika hak dirinya sebagai orang yg mempunyai kenalan dan pemilik syarikat akan ditipu dan dia akan dipergunakan oleh orang lain. Akhirnya, Abu hanya bekerja sendirian, menjalankan bisnes kecil-kecilan.

Tidakkah dapat kita lihat bahawa kita telah kehilangan sumber yg begitu berharga sekali dalam dunia perniagaan hari ini? Pak Ali mempunyai sumber dan resource yg byk sementara Abu mempunyai ramai kenalan yg akan menguntungkan bisnesnya jika dibuat secara besar besaran tetapi dek kerana mereka tidak memiliki pengetahuan yg jelas dan telus tentang cara pemilikan dan pengurusan harta, sumber2 tersebut menjadi pembaziran pada mereka dan negara.

Sebagai mahaisiswa, kita akan merasai semua ini apabila melangkah ke alam kerjaya. Pada waktu itu, jika kita tidak mempunyai pengetahuan yg cukup dan ampuh tentang pemilikan dan pengurusan harta, kita akan sentiasa merasa selesa utk makan gaji. Padahal jika diikutkan kepada keupayaan dan kebolehan, ramai di kalangan mahasiswa yg mempunyai karakter, jati diri, kebolehan serta kecekapan utk menjalan perniagaan sendiri, seterusnya mampu menjadi usahawan yg berjaya.

Persaingan dari syarikat2 sudah wujud akan sentiasa ada. Ini bukanlah pembolehubah manipulasi, sebaliknya adalah pembolehubah malar. Tetapi apa yg mempu kita lakukan sebagai mahasiswa adalah melengkapkan diri kita dgn pengetahuan yg secukupnya tentang isu ini. Mahasiswa yg berani utk bergerak maju akan mampu mencetuskan kejayaan dalam dunia globalisasi yg serba moden hari ini melalui idea2 kreatif dan moden. Tiada apa yg perlu ditakutkan, sebaliknya setiap peluang yg terhidang harus diambil sebaik mungkin utk menggandakan usaha dan menjadi big person dalam dunia hari ini.

Penambahbaikan kerajaan mengenai isu ini juga harus disokong dan mana2 kelemahan yg terdapat dalam jaringan ini harus diperbaiki. Rakyat Malaysia harus jelas tentang hak milik dan pengurusan harta mereka, dan mereka akan lebih berani utk mengembangkan potensi yg ada ke luar negara dan serata pelosok dunia.

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed