Ramai di kalangan kawan2 dan member2 aku yg couple. Ada yg bahagia, ada yg ‘pretending’ diorg bahagia, ada yg tgh gaduh, ada yg cinta tahap nk mati, serta seribu mcm keadaan org yg asyik masyuk dilamun cinta. Bukanlah nk mengatakan tak boleh utk mencintai sesorg sepenuh hati, tapi kadang2 kita kena tny diri sendiri, berapa percent dari hati kita yg kita simpan utk diri sendiri. Andai kata, andai kata cinta yg diagung2 kan tak kesampaian…

Persoalan yg aku nk sembang pada note aku kali ni, mengenai pandangan seorg lelaki terhadap wanita yg akan berubah apabila sesuatu hubungan berjalan utk suatu tempoh yg lama. Sebenarnya, mungkin kaum wanita kurg sedar atau tidak sedar bahawasanya selepas sesuatu tempoh masa, kaum lelaki akan mula “mencari” 2 benda dalam diri pasangannya. Aku yakin ramai yg mengetahui, secara normalnya, kita akan mencari kelebihan dan kekurangan pasangan kita.

Namun, kaum wanita biasanya lebih suka mengutamakan yg pertama iaitu kelebihan mereka. Bukanlah aku mengatakan semua wanita itu begitu, tp sbg lelaki, aku tau semakin lama hubungan itu terjalin, semakin seorg lelaki itu akan turut mencari kelemahan pasangannya. Dan hal inilah yg jarang2 disedari oleh kaum wanita. Selalunya, apabila kelihatan seorg lelaki mula mencadangkan sesuatu pembaharuan dlm hubungan, wanita lebih pesimis utk memberi respon sebegini..

“Awak dah tak sayang saya lagi ek?” atau mungkin juga begini…

“Awak memang! Kalau dah bosan, apa saja yg saya buat semua tak kena.” Atau lebih teruk mungkin juga begini…

“Sudahlah! Cakap sajalah yg awak ada orang lain kan? Kan?”

Dan biasanya soalan2 begini jarang yg membawa kepada penyelesaian yg baik. 80% daripadanya mungkin membawa kepada penghujung sesuatu hubungan kerana lelaki memang diketahui terkenal dgn ego yg tinggi. So, bila ditanya soalan2 begini, jawapan “Ya!” sudah cukup untuk meruntuhkan segala kenangan manis yg dibilang setiap kali anniversary atau mungkin juga ada yg merajuk berhari2 lamanya.

Makanya, aku ingin memberitahu satu rahsia kepada wanita2 yg ingin serius dlm hubungan mereka. Serius maksud aku, yg ingin hubungan mereka berkekalan dan bukan utk sekadar memenuhi kuota collection boyfriend. Ahaxz! Baik, sebagai lelaki, secara jujur, selepas sesuatu tempoh masa, kami akan “merasa” kelemahan kaum wanita. Pada ketika ini, biasanya kami akan jadi “resistant” utk jelaskan pada korg secara direct, bimbang kalau2 ayat yg disusun disalaherti oleh kaum wanita.

Jadi utk menunjukkan hal tersebut, kaum lelaki akan sedikit menjauhkan diri, atau cuba memberi hint2 tertentu. Dan hal ini, byk bergantung kepada keberanian lelaki tersebut. Setiap lelaki mempunyai cara yg berbeza utk menonjolkan rasa yg mereka mahukan sesuatu perubahan dilakukan dlm hubungan itu. Ada yg akan secara terus terang menyatakan apa yg perlu dilakukan, ada yg akan memberi respon dgn mengalih perhatian pada benda lain, bola sepak misalnya, rakan2 atau hal2 lain. Dan hal ini selalu disalahertikan oleh kaum wanita sebagai lelaki itu mula curang, pasang spare part dan sabagainya.

Dalam keadaan ini, saya percaya jika dipandang remeh pada hal2 sebegitu, sesuatu hubungan akan semakin hambar dan kemungkinan besar akan lebih parah jika “escapism” lelaki itu jika kena tepat pada masanya, didatangi pula wanita yg lain yg lebih memahami pada waktu itu. Sedangkan pada hal dari persoalan escapism yg kecil dan tidak serius, ia mungkin menyebabkan kapada kecurangan yg nyata dan yg lebih besar impactnya.

Jadi bagaimana utk mengatasi “escapism” lelaki?
Sebenarnya, ada 3 cara utk memahami lelaki pada waktu “escapism” mereka.

Pertama, fikirkan benda yg positif ttg pasangan anda. Mana2 lelaki akan tiba waktunya dia akan cuba utk “escape” dari relation yg panjang. Pada waktu ini, sgt penting utk anda berfikir secara positif kerana jika kedua2 pihak berfikir secara negatif, maka penyelesaian yg sering terjadi ialah pergaduhan. Utk membetulkan keadaan, ambil sedikit masa bagi membiarkan kami bertenang. Apa yg saya cuba maksudkan di sisi ialah, jangan terus mengongkong dan pada waktu yg sama let loose kesalahan yg leceh2 sperti terlupa sms, terlupa wish good night dan sebagainya. Don’t blame us utk benda2 yg sebegitu pada waktu kami tgh “escape”. Hal-hal sebegitu umpama booster utk mempercepatkan proses utk break up atau clash. Dan langkah pertama ini, memerlukan kesabaran yg tinggi dari kaum wanita. Kesabaran anda dioutweight oleh escapism kami? Judge dan nilai sendiri. Tapi percaya satu benda, jika anda dpt bertahan pada waktu ini, ia akan menjadi satu milestone yg kami, kaum lelaki takkan lupakan sampai lah ke anak cucu. Dan jangan risau, anda sentiasa boleh ‘redeem’ kesabaran anda dgn perfume Gucci, Dior atau DKNY atau dgn teddy bear yg bagak2 bila kami sudah normal.

Kedua, jika anda melihat kami sudah okey, atau “kembali” normal, take time utk hang out berdua di tempat2 yg relax dan cuba bincangkan masalah tersebut secara informal. Sebagai contoh, ajak pasangan anda melukis atau photographing (btul ke ni?), atau lepak2 di park atau just duduk2 di tepi tasik, tapi pastikan keadaan sekeliling yg tidak mengganggu perbualan anda dan pasangan anda. Ini penting kerana biasanya kami lebih suka mengatakan isi hati hanya utk sekali pada satu2 masa. Jika sesuatu permasalahan ditimbulkan, kami lebih suka menyelesaikannya dalam satu masa sahaja. Jika satu perbualan yg serius terganggu, lelaki akan lebih malas utk berbincang atau mencari penyelesaian pada masalah tersebut. Simple, do something u always do with us, as every man appreciate his girl did best to him when he’s on escapism. Jangan paksa diri lakukan benda yg tak mampu dilakukan, sebaliknya lakukan sesuatu yg biasa dilakukan, tapi lakukan dgn lebih relax dan fun. Jika hasil dari perbualan tersebut menampakkan 10% kesan positif pada kami, anda sebenarnya sudah menyelesaikan 70% masalah anda. :D

Ketiga, perbetulkan diri sendiri dan MINTA kami perbetulkan diri kami. Tak ada sesiapa suka dipaksa, dan cara meminta kaum wanita akan menunjukkan kesan yg berbeza pada pembaharuan dari pihak lelaki. Jika permintaan dilakukan dgn lembut dan baik, trust me, lelaki akan lebih senang memperbetulkan kesalahan mereka. Sebaliknya, jika permintaan disertai dgn amarah, sindirian dan cabaran, trust me, permintaan anda akan masuk ke dalam longkang pada waktu itu juga. Atau mungkin juga, anda akan ditinggalkan berseorangan kerana permintaan “baik” anda hanya manusia yg sempurna mampu melakukannya. Maka, think and act accordingly. Bf anda tentunya berbeza dgn bf roommate anda, course mate anda dan org lain. Dan of course pastikan permintaan anda lebih “special” dan lebih “mesra” daripada permintaan anda utk membeli sekeping roti canai atau secawan the tarik di kedai2 mamak atau “maple”.

Apa yg tertulis di sini berbeza dgn apa yg tersurat dalam hubungan anda. Takkan ada seorg pakar motivasi atau Dr. Love yg mampu menyelesaikan segala masalah sperti Hitch. Takkan ada. Justeru, motivator terbaik tentulah diri anda dan pasangan anda sendiri kerana kita masing lebih memahami antara satu sama lain. Escapism adalah sesuatu yg normal pada lelaki. Dan ada waktunya, seseorg laksamana kapal memerlukan pembantunya utk menavigasi arah. Jika pembantunya seorg yg bijak, bertenang, sabar dan kreatif dlm menyuarakan pandangan, kapal tersebut akan belayar pada arah yg betul. Sebaliknya, kita mungkin akan melihat “Sinking Titanic” atau paling tidak, World War II yg akan berlangsung secara live di kafe, di taman dan sebagainya. dan jika itu terjadi, jangan risau, kami, kaum lelaki yg menonton secara live “siaran” tersebut, memang enjoy utk tau kesudahan cinta korg! Ahaxz! Joking!

Make Love, Not War…

:D

1 ulat gigit daun hijau:

toleransi adalah prioriti.

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed