Lelaki yang Baik

Memahami setiap kali temannya menerima berita gembira, dia akan mengatakan “Tahniah sayang! You memang berhak untuk terima ni.” Sambil, dia akan hulurkan hadiah dan memeluk temannya dengan penuh rasa cinta di depan rakan-rakan lain.

Lelaki yang Lebih Baik

Setiap kali temannya menerima berita gembira, dia akan berpura-pura semacam tidak tahu. Bila temannya seakan-akan bersedih dengan perlakuannya, dia akan memberitahu temannya untuk mengambil sesuatu. Tanpa diduga temannya, dia akan menyelitkan kad kecil bertulis “Aku gembira di saat kau senyum. Aku ingin berkongsi saat itu hanya bersamamu. Bukan di hadapan orang lain”, sambil menyelitkan hadiah paling istimewa dalam genggaman temannya. 

Lelaki yang Baik

Di saat temannya bersedih, dia akan mendengar cerita temannya. Segala yg didengari akan cuba difahaminya sebaik mungkin. Dia juga akan mengusap tangan temannya untuk menenangkan fikiran temannya itu. Mungkin membuat kelakar agar temannya tersenyum kembali.

Lelaki yang Lebih Baik

Dia akan merenung mata temannya, melakarkan senyuman dan menyandarkan kepala temannya yang sedang bersedih pada dadanya. Tidak perlu bercerita di saat-saat begitu. Dia akan memainkan lagu kegemaran temannya di saat dia terleka dan biarkan apa yg ada dalam kepala temannya ‘mengalir’ ke dalam dadanya. Dia akan menciumi dengan lembut ubun-ubun temannya seolah-olah mengatakan “Aku tahu apa yg bermain di fikiranmu. Aku tahu apa yg merisaukanmu. Jangan kau bimbang, aku di sini bersamamu.”

Lelaki yang Baik

Apabila dia keluar bersama-sama rakan-rakannya yg tidak sukakan temannya, dia akan cuba melakukan sesuatu untuk membentuk hubungan itu. Mungkin ‘open table’ dan mungkin juga membayar untuk benda-benda lain. Semuanya sanggup dia lakukan agar rakan-rakannya menerima temannya.

Lelaki yang Lebih Baik

Jika dia merasakan rakan-rakannya tidak menyukai temannya, dia akan membiarkan temannya sendiri berusaha untuk menjadikan dirinya disukai. Dengan memberi kata-kata semangat dan dorongan, tetapi bukan dia yang akan melakukannya. Dia menghormati keupayaan, kelebihan dan kekurangan temannya dan berkeyakinan bahawa temannya akan mampu mengambil hati rakan-rakannya. Sebaliknya juga, dia harus tahu dan sedar adanya batas antara temannya dan rakan-rakannya dan bijak mengutamakan kedua-duanya.

2 ulat gigit daun hijau:

I nak lelaki yg baik. lebih baik tu cam x best je. :P

hehe... depends... :D

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed