Pernah tak kadang kala korg merasakan kita perlu untuk melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan? Yang lain daripada yang selalu kita lakukan? Yang sebelum ini kita tak pernah terfikir untuk melakukannya. Dan bila setiap kali peluang itu terbuka di hadapan kita, kita akan tersentak-sentak, berdegup-degup rasa di hati untuk mencuba.
Tapi kaki kita tak melangkah sebagaimana hati kita mahukan…
Dan langkah kaki kita sekadar mati di situ tanpa kita mampu berbuat apa-apa. Sambil melangkah pergi, kita menggeleng-geleng kepala menyesali apa yang tidak kita lakukan. Ahhhh, kenapalah aku tak buat saja?! Bukan susah pun?! Tengok! Semua dah terlepas.
Perasaan berat yang berkumpul di hati rasa sangatlah berat. Semacam tak tertanggung untuk dibeban dalam jasad yang satu.
Dan bila bertemu kawan…
Kita tersenyum. Senyum yang menyimpan 1001 penyesalan. Kita tak mahu kawan-kawan kita tahu apa yg kita rasakan pada waktu itu. Lebih-lebih lagi apabila kawan-kawan kita ajak berbicara sesuatu yang menggembirakan. Kita cuba untuk ikut tersenyum. Tapi senyum yang mati. Senyum yang tiada roh. Tiada jiwa.
Dan bila kita bersendirian…
Fikiran kita akan kembali tertumpu pada sesuatu itu yang kita benar-benar hampir melakukannya. Tapi kita tak mampu. Kita tak mampu. Puas kita mencuba gagahkan diri, tapi kenapalah kaki terasa seperti terpaku pada bumi. Tangan pula ibarat tergantung pada langit yang luas. Langsung tak memberi ruang untuk membuka sedikit jalan pun. Dan kita terus-terusan menyesali hal yang satu itu.
Suatu hari, dengan izinNya, kita diberikan peluang kedua dalam keadaan yang langsung tidak kita sangkakan…
Ahhhhh! Persetankan penampilan aku. Pegi mampus apa baju aku pakai. Perfume? Tak perlu! Zip seluar? Yeah! Yang ni mana boleh miss. Hmm, baik. Aku cuma beberapa langkah dari itu. Sudah bertahun rasanya menunggu. Walhal baru saja beberapa minit. Tolonglah Tuhan, kali ini jangan jadikan aku kayu. Atau tunggul. Atau lelaki loser! Tolonglah.
Dan bila sesuatu itu bermain-main dgn rambutnya, kita merasakan this is it! Cukuplah dgn kutukan, hinaan. cercaan dan hinaan kawan2 baik yg sgt constructive itu. Hari ini, saat ini, aku bukan orang yg sama. Please God, please, janganlah ditamatkan babak masa yang terindah ini dalam masa yang hanya Kamu mampu mengubahnya. Ahhhh, matanya… meredup memandang jauh kehadapan. Apa yang kau fikirkan. Rasa bagai ingin menjerit, aku ingin berada dalam pandanganmu! Pandanglah aku. Pandanglah. Tapi kau tidak sekali menoleh pada aku…
Dan bila serasa waktu itu terhenti, kita melangkah ke arah sesuatu itu. Ya Allah, cantiknya. Dan dengan suara yang sudah dipendam sekian lama, kita tekad. Biarlah apa nk jadi. Biarlah. Dan sedalam nafas yang paru-paru ini mampu tertarik…
“Hai. Saya tak pernah buat benda gila macam ni. Tapi hari ini saya rasa memang saya gila. Erm, boleh tak orang gila ni nak berkenalan dgn awk?”
Alamak! Ahhh sudah! Matanya berkerut. Mungkin tertanya-tanya siapa gerangan yang bertanya. Cuba mengingati kalau-kalau pernah bertemu. Tidak. Tak penah ada dalam kotak memori. Kenapa dia ni macam pelik je?!
Ya Tuhan, tolonglah positif…
“Boleh je. Saya E**N.” Sambil mengulas senyum yang seolah-olah membuat kau cair dan… dan… dan ingin melompat-lompat seperti donald duck yang baru di French kissed oleh daisy duck!
Dan kau merasakan itu adalah hari terindah dalam hidup kau…..
Humbled
1 week ago
0 ulat gigit daun hijau:
Post a Comment