Selalunya mentaliti kita hari ni, bila sebut saja budaya barat, dalam kotak minda kita mesti terbayang seks bebas, parti liar, irresponsible drink, salah guna dadah dan macam2 yg tak baik, yg kononnya berpotensi mencemarkan budaya timur kebanggaan kita.

 

Aku tak berapa setuju klau kita ‘pukul rata’ atau menyempitkan minda kita dgn fikiran2 sebegitu…

 

Kenapa??

 

Sebab kita cenderung memfokus retina serta fikiran kita pada yg negative sahaja. Betul. Aku tak nafikan kadar jenayah dan gejala sosial diorg memang dah tahap merapu meraban semua, tapi aku nk mengajak korg cuba lihat dari budaya yg lain.

 

Budaya yg positif, yg kadang2 bangsa timur ni kurg amek perhatian…


1) Menyemai sikap benar2 sayangkan alam sekitar dan bukan sekadar iklan bodo kat tv.

 

Kalau kita lihat di tempat kita, iklan jaga alam sekitar ni dah mcm2 tema dan slogan dah dipakai. Tapi hasilnya?? Hampeh! Sungai kita masih tercemar dgn plastik2, botol2, tin2 kosng, sisa toksik, bangkai2 menatang dan mcm2 rempah ratus yg ada dlm sungai kita..

 

Pendek kata, klau sesorg tu mengusahakan perniagaan sampah sarap, memang x payah modal. Pegi je kat sungai2 kita. Confirm byk sgt menda bleh diniagakan!

 

Sebab apa? Sebab masyarakat kita kurg atau tak merasai pentingnya sungai. Sungai = tong sampah awam! Maka, suka hati mak cik tiri belah nenek angkat aku la nk buang sampah dalam sungai tu. 



(bapak la ni punye pasal, ngan aku skali kena kaut sampah2 ni. hampeh2!)


Patutnya, makhluk2 yg mcm ni, jgn bagi saman je, kita patut fikirkan hukuman yg lebih setimpal, iaitu tiap2 hujung minggu, satu keluarga diorg mesti pegi kat mana sungai, n tolong JPS utk bersihkan sungai yg diorg kotorkan tu! Baru merasa sket mcmana rasanya buat dirty jobs cam dlm crita Mike Rowe tu… hehee! 


2) Menyokong semangat kesukanan dan bukan kebodohan dalam sukan

 

Tak lain tak bukan, contoh aku mestilah EPL (English Premier League pada yg buta huruf dlm dunia bolasepak!).

 

Bagi korg yg biasa layan bola, mesti korg rasa satu pride atau ‘bangga’ bila menyokong kelab2 sperti Chelsea, Arsenal, Liverpool atau MU kan? Sebab apa? Sebab kita suka cara diorg bermain dgn taktik dan teknik yg betul.

 

Selain diorg dapat mengawal bola dgn baik, kita sebagai penonton terhibur dan dapat belajar benda baru bila tgk cara permainan diorg. Walhal, pemain2 yg bermain dalam satu padang tetap sama, 11 org jugak satu team, sorg je referee, tapi kegilaan pada bola cukup2 mengagumkan.

 

Tapi bola kita???




(awwwwwwww!!!! beg iiiiiiii!!!)


Sedih! Pemain2 kita lebih suka bercakaran sesame pemain dari bermain bola. Kaki yg boleh diguna utk menggelecek lebih suka menyimpan energy bila menerajang atau membuat flip back kick pada penjaga gol lawan, atau sekurag-kurangnya referee.

 

Meriah! Memang meriah! Tapi meriah dgn aksi2 tinju, gusti, street fighter dan dragon ball. Nasen baek xde yg ada kebolehan kame hame ha! Kalau tak, mesti salah seorg dr player akan keluar dari padang berlari2 sambil bogel sebab pakaian semua dah kena fire.



3) Menghargai ilmu dari pelbagai sudut

 

Rasa2 korg la, klau salah sorg dari adik atau anggota femly kita kata bercita2 nk jadi pemain skateboard profesional, atau nk jadi usahawan cendawan, atau nk jadi penternak lembu atau kambing besar-besaran, agaknya bagaimana reaksi parents atau org2 tua kita?

 

Mesti adik atau family member kita tu kita kena gelak kan??

 

Hahaha! Ada ke cita2 nk jadi penternak lembu! Hahaha! Pengusaha cendawan. Berapa ramai yg nk beli cendawan kao haa?? Inilah antara2 dialog2 yg mungkin kedengaran jika disuarakan hasrat hati utk menceburi profesion2 di atas.




(walupun gue tidaklah hensem sperti the Jonas Brother, gue ader banyak susu weyyy!!!)


Hakikatnya??

 

Kita tak sedar, seorg pemain skateboard di negara eropah, diorg belajar tentang ilmu aerodinamik dan fizik utk memahirkan diri mereka. Bila diorg dah terer, diorg masuk tournament dan dapat penajaan berjuta2 ringgit utk brand2 sperti Quiksilver, Tribal, Vans, Atlanta dan sebagainya. diorg boleh jadi kaya mcm Tony Hawk dan disebabkan diorg ada ilmu, diorg boleh contribute balik pada society yg support minat diorg.



(mungkin jugak aerodinamik subjek kena diajar kat luar klas kan? sapa tau?)


Masyarakat kita??

 

Kita jugak tak sedar perniagaan mengusahakan cendawan sebenarnya membawa pulangan yg cukup lumayan. Korg ingat cendawan2 yg kita makan kat hotel tu sketul nipis2 tu singgit dua hinggit?? Cendawan tu mahal gler korg tau tak.

 

Pengusaha cendawan yg serius, diorg blajar tentang ilmu agriculture dan nurture cendawan2 yg unik, berkualiti tinggi serta mahal. Bila dah nmpk lubang bisnes, diorg bukak company dan bekalkan pada hotel2 mewah dan mendapat untung yg berlipat ganda. Klau bernasib baik, siap boleh export lagi ke luar negara.

 

Tapi kita?

 

Kita jugak tak sedar benda yg sama boleh berlaku pada penternak lembu atau kambing. Jika ada kesungguhan utk belajar, ilmu bukan hanya dalam buku dan kelas smata2. pengalaman adalah guru yg paling baik utk mendidik manusia mengejar apa yg diimpikan.

 

 Impian bukan utk org lain, impian kita utk kita… Cuma kita perlu berani melangkah…

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed