Bebaru ni aku tertonton satu rancangan komedi slapstick yg aku dah ingat ingat lupa tajuk dia. Kalau tak salah aku, tajuk rancangan tu ada ‘jangan marah’ something, tapi aku tak ingat sangat apa nama full dia. Ahhh. Itu tak penting. Yang lebih penting aku nk tuliskan pada note aku kali ni ialah mengenai kebodohan konsep rancangan tersebut yg amat2 bodoh pada aku. Maaf kalau artikel kali ini akan byk menggunakan perkataan yg bermula dgn huruf ‘B’ tersebut.

Rancangan bodoh ni kira mcm nk tiru konsep satu rancangan mat saleh iaitu ‘Just Kidding’. Di mana, krew2 bodoh akan melakukan aksi2 bodoh di khalayak ramai agar orang ramai akan turut kelihatan bodoh seperti mereka. Antara aksi2 yg diorg buat yg sempat aku tgk ialah, meniru tarian beruk, makan pisang yg tergantung kat tali dgn tangan terikat(game ni dimenangi sorg makcik yg umur lebih kurg 40an), celup tangan dalam bekas ada lintah, pastu buat joke simbah2 air kat pengunjung sebuah shopping complex serta byk lagi2 aksi2 bodoh yg tahap dewa bagi aku utk dilakukan oleh org2 normal ataupun berakal waras.

Apa yg menarik perhatian aku sebenarnya adalah semua krew tersebut adalah budak2 Melayu sewel yg aku rasa lingkungan umur 20an. Diorg buat joke2 bodoh tu semua di khalayak ramai seolah2 mereka ni budak2 berumur 4 5 tahun, yang masih dungu, atau tak berpelajaran atau tak tahu erti malu. Paling aku sakit hati, diorg punya fesyen rambut, mak aii, mengalahkan artis. Kalaulah bakat mereka digilap utk benda2 yg lebih baik, lebih kreatif kan bagus. Ini tidak, kedunguan, kebodohan serta sifat ketidak maluan diorg dimanipulasi oleh penerbit dan pengarah rancangan2 sebegini, utk menerbitkan rancangan yg hny amat sesuai ditonton di kepulauan Galapagos!

Andai katalah, semasa diorg ni tgh shooting aksi2 bodoh diorg tu, mak bapak diorg sendiri yg terkena bahana lawak2 bodoh diorg, diorg tak rasa malu ke dgn sedara mara? Malahan, bila mengusik orang awam, diorg main hentam je mangsa2 diorg. Kadang2 ada kakak2 yg tgh dok dukung anak, terpaksa amek jalan lain sebab xnk lalu dekat dgn diorg. Bukan apa, takut disimbah dgn air, dan berbagai2 lagi aksi lain yg aku rasa cukup bodoh dan memalukan utk dipertontonkan pada kanak2.

Apa pengarah komedi kat Malaysia ni dah xde idea sgt ke, sampaikan terpaksa ambek dua ekor ‘beruk’ utk mengacarakan rancangan diorg, pastu cuba ‘memberukkan’ orang awam yg lalu lalang. Bodoh btul! Hakikat rancangan ini bodoh memanglah sudah tak boleh dipertikaikan, tapi yg aku peliknya syarikat2 penyiaran masih ambik rancangan2 mcm ni utk dihidangkan pada penonton. Diorg ni takde akal ke? Aku tak tahu kat bahagian mana dalam rancangan tersebut yg aku terhibur. Sumpah! Dari awal rancangan sampailah ke hujung siaran, aku dan anak sdara aku hanya terkedu tak tahu apa yg kelakar. Yg ketawa lebih2, bukan org lain, ‘beruk2’ dua ekor tu juga!

Pastu diorg wat cabaran sapa dapat lakukan aksi bodoh yg most bodoh di antara yg terbodoh, pemenang akan dapat RM50! Maka, ramailah ‘beruk2’ yg tgh melepak kat shopping complex tu turut memberukkan diri mereka dgn aksi bodoh tersebut. Diorg kononnya bersuka ria apabila disimbah cat, timbang baldi dgn kepala, dan time tu jugak aku terfikir, ini saja ke level pemikiran budak2 melayu yg tgh lepak2 buang masa kat situ? Bangga menjadi beruk? Banggalah kan sebab dapat masuk tv? Beruk2 pun, aku masuk tv, ye x? Jadilah ko beruk…

So geng, kepada korg2 yg secara x sengaja tertukar channel rancangan utk ‘beruk2’ ni, aku mintak korg tak payahlah bazir masa korg tgk rancangan ni. Takde nilai satu sen pun. Dahlah tak kelakar, bahkan korg akan rasa sangat sangat bodoh, sampaikan kebodohan itu ibarat tiada tandingannya. Baik korg tidor, atau layan facebook, atau pegi la buat benda lain yg lagi berfaedah dari melayan rancangan macam ni. Aku terasa kebodohan dia adalah pada tahap maksima, sampai aku rasa aku kena share ngan korg kat facebook.

Aku boleh trima lawak2 bodoh nabil dan apek yg sekurang-kurangnya masih ada 10% - 20% pengajaran yg cuba diorg selitkan walaupun kadang2 tak berjaya. At least, diorg cuba utk wujudkan something yg boleh dicontohi dgn aksi2 diorg. Tapi bila melihat rancangan bodoh utk ‘beruk2’ bodoh ni, aku tertanya-tanya, siapala yg bodoh sgt arah dan terbitkan rancangan mcm ni? Idea kosong! Kononnya nk imitate Just Kidding, tapi bila kurg ilmu, mcm tu lah jadinya. Cuba korg tonton Café Akhil Hayy, atau Bersama Dato’ Dato Fadzilah Kamsah, set diorg sgt simple. Tak perlu aksi2 bodoh bersama beruk2, tak perlu byk merepek tak tentu hala, tapi motif yg ingin disampaikan tetap berjaya sampai pada penonton. Bahkan, penonton2 tetap terhibur dgn jenaka berilmiah yg dipersembahkan.

Kesimpulannya, cukuplah showdown manusia2 yg gila kuasa di sebuah negeri di utara tanah air serta rancangan2 ‘beruk’ yg tak sekolah dipertontonkan di tv pada kami, rakyat Malaysia. Kami dah jelak, bosan, mual, loya, nk muntah, serta fed up dgn porpaganda2 dan lawak2 bodoh di tv skrg ni. So geng, klau rasa nk tgk tv sgt, jom kita tgk Upin dan Ipin, Jimmy Neutron, atau paling tidak Sesame Street. Sungguhpun diorg adalah kartun, tapi sekurang-kurangnya diorg mengajar anak-anak sedara aku mengeja, membaca serta mengira sperti Sesame Street. Upin dan Ipin pulak, aku cukup bangga sebab kartun diorg kelakar dan penuh dgn nilai2 ketimuran. Jimmy Neutron? Budak genius yg byk idea walaupun kadang2 tak masuk akal.

Tapi, tak masuk akal lagi bagus dari ‘memberukkan’ diri kan? Atau takde akal? :D

Fikir-fikirkan…

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed