Saya pernah ditanya dua soalan yang membuatkan saya balik ke rumah dan termenung panjang untuk memikirkan jawapan pada kedua-dua soalan tersebut. Walaupun soalan itu mungkin juga gurauan dari rakan-rakan yang kebosanan tatkala sudah bosan bercerita tentang kekasih masing-masing, maka soalan-soalan berbaur politik yg sarkastik pula dilontarkan dan diperbincangkan.

Soalan pertamanya begini…

“Boleh tak kita orang Islam jadi Liberal? Bukan Islam ni dah sempurna ke? Kenapa nak kena ada Islam Liberal pulak?”

Jawapan daripada seorang rakan pula begini…

“Mana boleh! Islam ni orang Islam punya. Mana boleh campur aduk dengan Liberal orang putih.”

Soalan keduanya begini…

“Bukan ke Islam ni terbuka dan menyenangkan umatnya? Liberal kan pegang konsep yg senang. Patutnya Islam sokonglah tapi janganlah letak nama Islam Liberal, kan?”

Jawapan untuk soalan keduanya begini… (dari seorg rakan lain juga)

“Memang boleh. Tapi kat Malaysia ni je yg ulama2 wara’ sgt sampai tak boleh trima pandangan ‘politician’ dan orang lain.”

Jadi? Yang mana satu betul? Kedua-dua soalan ini bagi saya memerlukan satu pengkajian yang teliti sebelum boleh dijawab kerana satu jawapan yg tidak ‘descriptive’ akan menimbulkan persoalan yang lain. Contohnya, jika Liberal boleh diterima, “Liberal yang bagaimana yang boleh diterima?”. Dan jika Liberal tidak boleh diterima dalam Islam, “Adakah itu bermakna Islam menolak semua pendangan dari pemikir bangsa lain?”

Maka oleh kerana soalan-soalan inilah, saya terbawa-bawa untuk mencari satu penghuraian yang saya rasakan mungkin boleh menjadi salah satu jawapan pada kedua soalan ini. (Hakikatnya, soalan tersebut mungkin tiada jawapan yg konkrit!). Lalu setelah hampir seminggu mencari jawapannya, saya suka untuk berkongsinya dengan anda di sini.

Konsep Liberalisme sebenarnya bermula dengan Libertarianisme. Liberalisme dan Libertarianisme adalah dua perkataan yang berbeza maksudnya dan berbeza sekali maksudnya. Liberisasi adalah dokongan pemikir2 barat yang telah mengevolusikan Libetarianisme secara sangat negatif. Liberisasi yg dibawa dari barat ini bersifat sementara, bermuslihat, tidak terancang untuk jangka masa yang lama dan terpaling penting, ia menuntut homo sapien untuk kembali dan tunduk pada undang-undang rimba, iaitu : “Yang kuat akan hidup dan yang lemah akan mati”. Dalam hal ini, pada pandangan saya, Islam menolak sama sekali jenis pemikiran seperti ini kerana ianya menindas sesama manusia dan tiada unsur2 keadilan yang akan membela nasib mereka yg tertindas. 

Dalam dunia moden, idealisme seperti ini direalisasikan dalam bentuk-bentuk pemerintahan seperti komunisme, monarki, diktatorisme dan sebagainya. Sebagai contoh, komunisme yang diamalkan di German semasa di bawah kekuasaan Karl Marx. Rakyat2 German disogokkan kononnya mereka akan mendapat pendidikan yang sama rata, layanan kesihatan yg sama rata, hak-hak yang samarata tanpa mengira pangkat atau kedudukan dalam masyarakat. Sebaliknya apa yg berlaku, keadaan ini tetap tidak adil untuk rakyat German kerana mereka yang malas bekerja (kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh @ tentera paksaan pada masa itu) tetap mendapat layanan yg sama seperti mereka yang rajin bekerja. Hal ini bertambah serius ekoran rakyat German sama sekali tidak dibenarkan menyimpan harta kekayaan apatah lagi merasa kemewahan hasil dari titik peluh mereka sendiri. Evolusi German akhirnya meletus, ‘Brain Drain’ berlaku dengan tanpa dapat dikawal di German dan akhirnya empayar Karl Marx tumpas di tangan kehendak dan kesedaran rakyat German yang mahukan keadilan dan kesaksamaan yang sebenar dalam pentadbiran.

Berbalik kepada Libertarianisme, ia sama sekali berbeza dengan Liberalisme. Libertarianisme adalah idea dan pemikiran asal yang mununjangi pemikiran hak-hak manusia adalah sama rata dan hanya satu kuasa yang lebih berkuasa dari yang lain, iaitu kuasa Tuhan. Ia menentang sekeras-kerasnya penggunaan kezaliman dan paksaan untuk mencapai sesuatu tujuan yang hanya menguntungkan hanya satu pihak dan menderitakan pihak yang lain. Ia seolah-olah berbeza langsung dengan Liberalisme di mana Libertarisniame memandang manusia tanpa ada beza pada agama, warna kulit, fahaman, kepercayaan , bangsa, topografi serta budaya dan cara hidup. Idea ini berpaksi dari fikiran bahawa manusia semuanya dilahirkan dari perut ibu mereka yang mana tiada siapa yang boleh dianggap lebih istimewa dari yang lain dan tiada siapa pula berhak mendapat hak yang lebih dari orang lain.

Dalam konteks dunia moden, corak pentadbiran domokrasi dan demokrasi berperlembagaan adalah paling hampir kepada idealisme ini. Sebagai contoh di Malaysia, rakyatnya yang berusia 21 tahun ke atas mempunyai hak (bukan diberikan!) untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka rasakan layak untuk memimpin mereka. Hal ini direalisasikan dengan wujudnya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) yang merupakan badan berkecuali dan adil dalam menguruskan pilihanraya di Malaysia. Ketulusan SPRM tidak ingin saya perbahaskan di sini, tetapi apa yang penting, kita harus menyedari bahawa kita semakin hampir kepada konsep Libertarianisme. Namun, wujudnya pihak-pihak tertentu yang panjang akal tetapi tiada integriti untuk agama dan keadilan telah mengambil peluang ini (peluang ke atas kejujuran memilih pemimpin) untuk menangguk di air keruh demi kepentingan diri sendiri dan individu tertentu dan bukannya untuk kepentingan rakyat secara universal.

Libertarianisme yang sebenar menjulang beberapa prinsip yang baik dan berguna untuk semua seperti ‘Kedaulatan Undang-undang’, ‘Kuasa kerajaan yang terhad’,’Individu merdeka’ dan ‘Pasaran bebas’. Undang-undang yang dimaksudkan di sini ialah undang-undang yang adil untuk semua dan bukan hanya dibahas dalam sebuah dewan yang mana hanya satu puak sahaja yang berbahas (kononnya!) dan dengan sewenang-wenangnya memutuskan bahawa undang-undang yang diperbahaskan itu adil! Bukan! Konsep keadilan yang cuba saya persoalkan di sini ialah untuk melihat kelogikan dan kewajaran undang-undang tersebut sebelum digubal dan cuba pula menimbang seberapa banyak pendapat dari pihak-pihak yang akan merasai kesan penggubalan undang-undang tersebut di kemudian hari.

Sebagai contoh, arahan dari Kerajaan untuk menaikkan harga minyak misalnya. Seharusnya sebelum arahan tersebut dikeluarkan, ia harus menerima pandangan dari Persatuan Pengguna kerana walaupun tidak secara langsung, apabila harga minyak melambung, harga barang-barang runcit akan turut melambung. Persoalannya, apabila harga minyak turun, adakah harga barang runcit akan turut menurun? Persoalan ‘indirect connection’ inilah yang harus dikaji dengan teliti sebelum sesuatu itu digembur-gemburkan di televisyen. Lebih menyedihkan, media massa dan elektronik seakan-akan membuta hatikan diri apabila hal ini diperdebat dan dibangkitkan. Bias menjadi sesuatu penyakit yang tiada ubatnya.

Apa yang cuba saya maksudkan dengan ‘Kerajaan yang terhad’ ialah sesuatu pihak pemerintah tidak harus mempunyai 100% kuasa untuk menentukan hitam dan putih dalam penggubalan rang dan sebagainya. Kuasa total tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapa kecuali pada Allah s.w.t. Seseorang manusia walaupun seadil mana dirinya, ada ketikanya ia akan mengutamakan dirinya terlebih dahulu daripada org lain. Atas faktor inilah lahirnya kewujudan kes-kes rasuah yang tidak tersiasat oleh pihak berkuasa sedangkan sudah jelas-jelas si pemakan suap itu bersalah, kes-kes bunuh yang tidak langsung meninggalkan bukti (mana mungkin seorg pembunuh boleh menjadi pembunuh yg sempurna!), kes-kes penghancuran alam sekitar oleh pihak-pihak tertentu yang didalangi pihak-pihak yang berpengaruh dan sebagainya. Hal ‘Individu merdeka’ dan ‘Pasaran bebas’ rasanya tak usahlah saya utarakan di sini kerana saya yakin pembaca sudah menghadamnya dan mampu pula memberi pandangan mereka sendiri.

Dari kupasan2 saya tadi, ingin saya jawab sekemas-kemasnya pada rakan-rakan saya itu bahawa agama Islam yang kita anuti ini langsung tidak menolak idea-idea atau pemikiran yang baik, adil dan saksama. Malah, Islam amat menyukai andainya ada idea-idea baru dalam memperbaiki taraf masyarakat tidak kiralah dari segi politik, sosial atau ekonomi. Islam tidak perlu pembaharuan dari segi hukum-hakamnya kerana ia sudah sempurna, namun ia perlu kepada pembaharuan dari segi mencorakkan kefahaman terhadap Islam itu sendiri. Mana mungkin seorang anak muda yang moden masih mahu atau berminat untuk membaca kitab-kitab lama yang berusia puluhan tahun untuk mengenal dan mendalami Islam. Dari itu, maka muncullah majalah-majalah dan blog-blog Islamik yg menerangkan, membicarakan dan memperdalami Islam dengan kaedah dan ‘method’ yg lebih moden dan interaktif, sesuai dengan kehendak semasa dan kemajuan teknologi pada hari ini. Dan banyak lagi pembaharuan-pembaharuan lain yang anda semua dapat fikirkan yang mana pembaharuan-pembaharuan itulah yang seharusnya menjadi agenda utama dalam minda pemuda-pemudi kita pada masa ini.

Berbalik kepada soalan-soalan rakan-rakan saya itu tadi, jawapan saya begini…

Kita sebagai muslim boleh menjadi liberal dalam hal2 yang menambah baikkan Islam itu sendiri. Tidak selamanya umat Islam harus jumud atau terkurung dengan mengatakan aku adalah Islam, dan aku takkan dan tidak perlu berubah. Manusia akan tetap berubah seiring dengan masa tidak kira mereka mahu atau tidak perubahan itu. Kemajuan amat dituntut dengan sangat jelas dalam Islam, dan jika seseorang muslim hidup dalam kemiskinan dan kedaifan, adalah wajib bagi dirinyanya untuk berusaha mencari kehidupan yang lebih baik baginya. Hidup ini bukan hanya ada warna putih dan hitam sahaja. Ada warna-warna biru, hijau, merah, kuning dan lain-lainnya yang mana jika diadunkan warna-warna ini, bukankah dunia akan menjadi lebih indah? Bukankah dunia akan menjadi lebih baik jika manusia yang berbagai-bagai ragamnya saling memahami dan saling pula menghormati antara satu sama lain? Jelasnya, idea2 gerakan tajdid atau pembaharuan dalam Islam amat digalakkan untuk memperbaiki kelemahan umat Islam dan ianya semakin dirasai dari ke hari akan keperluannya. Tetapi persoalan utama yang ingin saya utarakan ialah, adakah kita salah seorg daripada gerakan2 ini? Dan apa pula usaha kita untuk sekurang-kurangnya mendokong atau menyokong mereka-mereka ini?

Ambillah masa…
Saya tinggalkan anda dgn jawapan anda sendiri…. 

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed