Jika dilihat pandangan ibu bapa masa kini, masih ramai yang lebih cenderung utk mengawal prospek masa depan anak-anak mereka. Anak-anak kecil dihantar ke sekolah dgn harapan guru2 dpt mendidik mereka dgn ilmu-ilmu asas seperti matematik, sains dan lingusitik sebelum mereka meneruskan dgn pelajaran yg lebih serius di sekolah menengah dan universiti. Di bahu dan minda anak-anak ini terbeban dgn satu persoalan yg menghendaki mereka utk menjadi seseorg yg berjaya seperti doktor, jurutera, peguam, dan saintis. Sebaik sahaja ibu atau bapa melangkah keluar dari kawasan sekolah, harapan tersebut ditinggalkan pada jemala guru2 utk mencapai impian itu.
Persoalannya, adakah definisi berjaya pada hari ini hanya pada status doktor, pensyarah, peguam dan sebagainya? Bagaimana dengan usahawan perladangan? Usahawan pembuatan? Atau bisnes persendirian? Gejala mengawal minda anak-anak kecil ini sebenarnya sudah berlangsung dalam hidup masyarakat Melayu sejak bertahun-tahun lamanya. Pada zaman 60an, anak2 yg merantau mencari rezeki sudah cukup bangga jika pulang ke kampung dgn title sebagai seorg guru atau kerani. Menjelang era 70an dan 80an, minda masyarakat Melayu sudah sedikit terbuka namun tradisi utk meminta anak2 menjadi ‘sesorang’ atau lebih tepat conformity to be like everyone else masih ada pada waktu itu.
Sebagai contoh, ibu bapa sering memberi perumpaan utk berjaya, anak2 harus jadi doktor, jadi engineer atau jadi peguam. Pemikiran seperti ini telah menyempitkan minda anak2 kecil yg walhal masih belum faham apa erti atau maksud sebenar perkataan berjaya. Mereka hanya mendengar drpd ibu bapa dan mentafsirkannya mengikut naluri kedua org tua mereka. Memiliki duit yg byk, adakah hanya itu definisi berjaya? Atau mempunyai legasi perniagaan yg bersaiz sederhana, tetapi mampu diwariskan kepada anak2, bukankah itu definisi berjaya yg lebih baik? Pada fikiran saya, sifat suke mengongkong janganlah diteruskan. Ibu bapa boleh mempelopori minda anak2 tetapi bukan mengawalnya seperti yg masih ada pada masa kini. Jangan terlalu menjadi stereotaip, sebaliknya biarkan imaginasi anak2 yg gemar bermain monopoli misalnya, sebagai satu encouragement atau galakan pada diorg utk pursue apa yg diorg minati. Mungkin juga kerana minat mereka dlm perniagaan menjadikan mereka suka kepada monopoli. Mungkin pada awal usia semasa di persekolahan, mereka telah mula menunjukkan minat dalam perniagaan atau keusahawan. Galakkan mereka tetapi pada masa yg sama, lihat apa yg mereka lakukan. Tegur jika ada kesalahan dan berikan pilihan pada mereka. Anak2 akan lebih cepat matang, dan bekebolehan utk berfikir secara lebih rational dgn cara ini.
Tetapi apa yg menyedihkan saya ialah apabila minat anak2 bercambah utk mencari ruang dlm hal2 sebegini, ahli2 keluarga biasanya lebih cepat utk menghukum daripada memberi sokongan atau menilai hal tersebut. Ada anak2 kecil yg sgt gemar melukis, menulis dan sgt berbakat, tetapi disebabkan minda ibu bapa yg sempit dan tertutup, bakat2 ini termati dan terkubur dgn begitu sahaja. Paksaan utk membaca buku selepas mereka penat mengulangkaji tidak akan membuahkan hasil. Beri sedikit masa pada anak2 utk melakukan sesuatu yg mereka minati dan sukai. Lebih baik jika ibu dan bapa turut sama melayan karenah mereka. Dengan cara ini, mereka akan terasa lebih dihargai oleh disayangi. Jangan terkejut, andai sekiranya anak2 kecil ini akan bercerita ttg impian mereka utk merekacipta pesawat yg mampu terbang selaju cahaya, atau mungkin juga membuka sebuah kedai permainan kerana sy pernah mendengar semua itu dari anak2 kecil berumur 3, 4 tahun! Bayangkan indahnya imaginasi mereka dan betapa baiknya pula jika imagnasi itu mampu mereka realisasikan.
Minda anak2 kecil bersih kerana tidak disogokkan dgn politik, masalah rumahtangga, ketagihan merokok dan sebagainya. Maka Tuhan memberi mereka kelebihan utk berimaginasi setinggi langit. Kebolehan dan gift ini jika dibentuk, dilatih dan dimanfaatkan sebaik-baiknya akan menjamin masa depan yg cerah utk mereka. Jangan disempitkan definisi berjaya hanya pada mata kita, sebaliknya lihat menerusi mata dan minda seorg kanak2 yg kreatif dan bijaksana. Dunia mereka mungkin lebih kecil dari dunia kita tetapi andai dipersoalkan ttg impian, kita mungkin kalah teruk dgn mereka. Dunia imaginasi mereka jarang sekali terhad dgn persoalan duit, modal dan sbagainya. Maka, biarkan mereka berimaginasi utk sesuatu yg baik, dan realisasikan imaginasi mereka dgn cara yg positif. Berhujah secara ilmiah dgn mereka, ransang pemikiran kritis dan kreatif agar mereka sentiasa berfikir dan menjana kebolehan yg ada pada mereka. Persoalkan ttg sesuatu yg matang, dan lihat apa reaksi mereka. Binbing mereka agar lebih rajin merungkai persoalan. Dan hargai setiap jawapan mereka walaupun mungkin jawapn mereka tidak tepat.
Kesedaran ttg hal ini telah byk diperdebatkan di negara2 barat di mana anak2 kecil yg mempunyai daya fikiran yg luarbiasa sudah lama ditempatkan di sebuah sekolah khas agar buah fikiran mereka dapat diguna pakai dalam kehidupan hari ini. Sebagai contoh, CIA yg sememangnya kita kenali sbg sebuah operasi risikan AS, telah mengambil ramai anak2 kecil yg berfikiran luar biasa sbg pelatih2 mereka di masa akan dtg. Anak2 kecil ini mempunyai idea2 yg canggih dan jauh melangkaui pemikiran manusia dewasa. Dan hasilnya, CIA berjaya mencipa berbagai2 alatan eletronik dan risikan yg moden, sgt berguna yg mana idea asalnya dtg dari imaginasi kanak2 kecil ini. Minda inovatif dan kreatif mereka yg tersimpan dlm jasad yg kecil telah digilap agar bakat mereka akan lebih menyerlah apabila mereka dewasa kelak. Justeru, tidak hairanlah jika CIA sentiasa mempunyai perisik2 yg sgt2 pintar walaupun baru berusia belasan tahun
Seharusnya, hal ini menjadi satu titik tolak baru dalam fikiran rakyat Malaysia. Sekolah2 yg byk terdapat pada hari ini bukan lagi tempat yg 100% sempurna utk anak2 kecil menimba ilmu. Anak2 seharusnya diberikan peluang yg tidak terhad utk menimba pengetahuan dan mengeksplorasi bakat yg terpendam dlm diri mereka. Biarkan mereka ‘jatuh’ utk beberapa kali sebelum mereka bangun sendiri. ‘Narrow mind tunnel’ yg kita amalkan pada hari ini mungkin sudah tidak relevan lagi dgn apa yg mungkin mereka perolehi dari dunia luar. Mencetuskan semangat dari imaginasi yg tinggi yg ada pada anak2 kecil tidaklah sukar atau memerlukan kos yg byk, bahkan ia cukup menyeronokkan utk dicuba. Layan sahaja celoteh mereka, dan pada satu point, akan akan terkedu mendengar impian mereka yg indah, luarbiasa dan boleh dicapai sebenarnya pada satu hari nti. Ia bukan angan2 kosong. Ia adalah impian, dan impian adalah sesuatu yg achievable!
Syeikh Hassan Al-Banna pernah ditanya,
“Bagaimana tuan melihat masa depan negara kita?”
Jawab beliau…
“Lihatlah anak2 kecil pada hari ini.”
Tidakkah kita merasa sebegitu? Bukankah kita juga mempunyai impian suatu masa dulu. sekurang-kurangnya andai impian kita sudah tidak mampu tercapai, berilah peluang pada anak2 kecil utk mencapai impian mereka. Siapa tahu, Malaysia mampu melahirkan ahli perniagaan sehebat Bill Gates, atau pelawak sperti Russell Peter, atau mungkin juga pakar perniagaan sperti Donald Trump. Dan mereka2 ini semuanya bermula dgn impian. Maka, tidak mustahil, anak2 Melayu akan menjadi salah seorg predecessor pada golongan2 ini. Semoga bumi Malaysia kita ini akan lebih cemerlang dgn kelahiran anak2 Melayu yg berani, berinovasi dan berimpian tinggi utk mencapai apa yg mereka impikan. Seterusnya, mengharumkan nama Malaysia dan membawa kemajuan utk agama dan bangsanya…
“When I dream, I dream it not just real. I dream it big”
:D
~sekadar tulisan ketika melihat anak saudaraku mencoret sebuah lukisan bunga matahari yg indah…
Humbled
1 week ago
0 ulat gigit daun hijau:
Post a Comment